Syarat Ahli Dewan Negara/Senator

Perlembagaan Persekutuan

Bab 4 – Badan Perundangan Persekutuan

Keanggotaan Parlimen

44.

hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali

sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang

Keanggotaan Dewan Rakyat

46.

ahli dipilih.

(2) Maka hendaklah ada –

(a) dua ratus sembilan orang ahli dari Negeri-negeri di Malaysia seperti

yang berikut:

(i) dua puluh enam orang ahli dari Johor;

(ii) lima belas orang ahli dari Kedah;

(iii) empat belas orang ahli dari Kelantan;

(iv) enam orang ahli dari Melaka;

(v) lapan orang ahli dari Negeri Sembilan;

(vi) empat belas orang ahli dari Pahang;

(vii) tiga belas orang ahli dari Pulau Pinang;

(viii) dua puluh empat orang ahli dari Perak;

(ix) tiga orang ahli dari Perlis;

(x) dua puluh lima orang ahli dari Sabah;

(xi) tiga puluh satu orang ahli dari Sarawak;

(xii) dua puluh dua orang ahli dari Selangor; dan

(xiii) lapan orang ahli dari Terengganu; dan

(b) tiga belas orang ahli dari Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, Labuan dan Putrajaya seperti yang berikut:

(i) sebelas orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;

(ii) seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan;

(iii) seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Putrajaya.

(1) Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada dua ratus dua puluh dua orang

Kelayakan menjadi ahli Parlimen

47.

(a) Dewan Negara, jika dia berumur tidak kurang daripada tiga puluh tahun;

(b) Dewan Rakyat, jika dia berumur tidak kurang daripada dua puluh satu

tahun,

melainkan jika dia hilang kelayakan untuk menjadi ahli mengikut Perlembagaan ini atau

mengikut mana-mana undang-undang yang dibuat menurut Perkara 48.

Tiap-tiap warganegara yang bermastautin di Persekutuan layak menjadi ahli –

Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen

48.

untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika –

(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau

(b) dia seorang bankrap belum lepas; atau

(c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau

(d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen

atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak

sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan

sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan

pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan

mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau

(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di

Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang

termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan

dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu

tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak

mendapat pengampunan bebas; atau

(f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana

negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak

kewarganegaraan di mana-mana Negara di luar Persekutuan atau telah

membuat suatu akuan setia kepada mana-mana Negara di luar

Persekutuan.

(2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi

menghilangkan kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen

selama tempoh yang dinyatakan oleh undang-undang itu orang yang melakukan

kesalahan berkaitan dengan pilihan raya; mana-mana orang yang telah

disabitkan atas suatu kesalahan sedemikian atau dibuktikan dalam prosiding

yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuatan

yang menjadi kesalahan sedemikian atau dibuktikan dalam prosiding yang

berhubungan dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuatan yang

menjadi kesalahan itu, adalah dengan demikian itu hilang kelayakan selama

tempoh yang dinyatakan sedemikian.

(3) Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan

(e) Fasal (1) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan, jika tidak boleh

dibatalkan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun yang

bermula dari tarikh penyata yang disebut dalam perenggan (d) tersebut

dikehendaki diserahkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, daritarikh

orang yang disabitkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (e) tersebut

dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda yang disebut dalam

perenggan (e) tersebut dikenakan ke atas orang itu dan seseorang tidaklah

boleh dihilangkan kelayakannya di bawah perenggan (f) Fasal (1) semata-mata

oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum dia menjadi

warganegara.

(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang

terdahulu dalam Perkara ini, jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang

kelayakan untuk terus menjadi ahli Majlis itu menurut perenggan (e) Fasal (1) atau di

bawah satu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2) –

(a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis

tempoh empat belas hari dari tarikh dia –

(i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam

perenggan (e) yang disebut terdahulu; atau

(ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas

suatu perbuatan di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat

menurut Fasal (2); atau

(b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan

(a) suatu rayuan atau apa-apa prosiding mahkamah yang lain dibawa

berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan, maka

kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis

tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah

yang lain itu dibereskan oleh mahkamah; atau

(c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh

selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang

dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi

pengampunan, maka kehilngan kelayakan itu hendaklah mula berkuat

kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.

(5) Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau

pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi

maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja

berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam

Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6) Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat

hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikhpelepasan keahliannya

berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan

Peruntukan melarang dua keahlian

49.

Parlimen, dan juga tidak boleh dipilih ke Dewan Rakyat untuk mewakili lebih daripada

satu bahagian pilihan raya atau ke Dewan Negara untuk mewakili lebih daripada satu

Negeri, dan juga tidak boleh menjadi ahli dipilih dan dilantik kedua-keduanya sekali

bagi Dewan Negara.

Seseorang tidak boleh pada masa yang sama menjadi ahli kedua-dua Majlis

Kekosongan di dalam Dewan Negara dan kekosongan luar jangka

54.

terdapat sesuatu kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara atau sesuatu kekosongan

luar jangka di kalangan ahli Dewan Rakyat, maka kekosongan atau kekosongan luar

jangka itu hendaklah didisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh dipastikan oleh

Yang di-Pertua Dewan Negara bahawa ada kekosongan atau oleh Suruhanjaya Pilihan

Raya bahawa ada kekosongan luar jangka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan

suatu pilihan raya hendaklah diadakan atau suatu pelantikan hendaklah dibuat dengan

sewajarnya:

Dengan syarat bahawan kegagalan membuat apa-apa pelantikan sedemikian

dalam tempoh yang dinyatakan dalam Fasal ini tidaklah menidaksahkan apa-apa

pelantikan yang di luar tempoh itu:

Dengan syarat selanjutnya bahawa, jika kekosongan luar jangka di Dewan

Rakyat dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Parlimen akan

terbubar mengikut Fasal (3) Perkara 55, maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh

diisi melainkan jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat memberitahu Suruhanjaya Pilihan

Raya secara bertulis bahawa kekuatan dari segi parti yang membentuk majority semua

ahli Dewan Rakyat terjejas oleh kekosongan itu, dan dalam keadaan sedemikian

kekosongan itu hendaklah diisi dalam masa enam puluh hari dari tarikh pemberitahuan

itu diterima.

(2)

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukan di bawah Fasal (3), apabila(Dimansuhkan).

(3) Jika sesuatu kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara adalah

berhubungan dengan suatu kekosongan yang hendaklah diisi oleh seorang ahli yang

hendaklah dipilih oleh sesuatu Negeri mengikut Jadual Ketujuh, maka peruntukan Fasal

(1) tidaklah terpakai bagi mengisi kekosongan itu.

Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen

55.

semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir

dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam

penggal yang berikutnya.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus

berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah

terbubar.

(4) Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan

dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil

bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari

dari tarikh itu.

(5) Sesuatu Rang Undang-Undang yang belum diputuskan di dalam Parlimen

tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan Parlimen.

(6)

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari masa ke(Dimansuhkan).

(7) Sesuatu Rang Undang-Undang yang menantikan perkenan Yang di-

Pertuan Agong di bawah Fasal (4) atau Fasal (4A) Perkara 66 tidaklah terluput

disebabkan oleh pemprorogan atau pembubaran Parlimen.

 

—————————————————————————————————————————————-

About these ads

2 responses to “Syarat Ahli Dewan Negara/Senator

  1. bolehkah ahli dewan rakyat dilantik menjadi pegawai kerajaan? tempoh jawatan ahli dewan rakyat ialah selagi menang kawasan pilihan raya kah?

    Goay:
    ahli dewan rakyat tak boleh jadi pegawai kerajaan.
    Tempoh jawatan ahli dewan rakyat ialah selagi menang kawasan pilihan raya.
    Bacalah buku. semua nota ada. malas.

  2. boleh tak terangkan dengan cara yang lebih jelas tentang syarat kelayakan untk menjadi ahli dewan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s