Kertas 2 Bahagian D Panduan Pembinaan Graf

Ramai calon hilang “A” dalam Pengajian Am kerana kecuaian dalam membina graf Bahagaian D.

Bahagian D: membina graf Bar dan garis

Selepas membina graf yang sesuai, calon harus semak hal-hal berikut. Setiap kesilapan akan menyebabkan 9% dipotong. Maka calon akan hilang “A” untuk subjek Pengajian Am dalam keputusan STPM.

Aspek yang penting:

Tajuk: mesti ada catatan 3 perkara iaitu negara, perkara, tahun

Contoh: Malaysia: Pinjaman Yang Telah Dikeluarkan Kepada Pelbagai Sektor Oleh Bank-Bank Bagi Tahun 2003-2005

Dalam hal ini,Negara ialah MalaysiaPerkara ialah Pinjaman Yang Telah Dikeluarkan Kepada Pelbagai Sektor Oleh Bank-BankTahun ialah 2003-2005.Kehilangan mana-mana satu butiran di atas menyebabkan calon hilang “A”

Paksi X: mesti ada tahun/ label perkara(tahun mesti ikut susunan)

Paksi Y: mesti ada label, nilai dan unit
Contoh: Jumlah Eksport Negara(RM juta) Umur(Tahun) Indeks(mata) Dalam hal ini,Label ialah Jumlah Eksport Negara/Umur/IndeksNilai ialah RM/tahun/mataUnit ialah juta/bilion/ribu

Petunjuk: bahagian petunjuk jangan turunkan tahun
Sebaliknya turunkan label seperti kaum, sektor, jenis perkara dan sebagainya.

Lebar dan selang bar ikut keperluan. Skala dalam unit juta / ribu

About these ads

25 responses to “Kertas 2 Bahagian D Panduan Pembinaan Graf

  1. bahagian d dan e paling sukar untuk dijawab…bleh x ckgu2 tlg bgi tipZ2 yg snang spaya kmi bleh kongsi2 dgn kwn2

    Goay: lihat bahagian D & E dalam blog ini. Saya muatkan banyak panduan

  2. adakah cikgu ada menggunakan KATA KUNCI untuk menjawab bahagian D&E?

    Goay:Lihat post baru cikgu

  3. saya pelajar lower6,,
    saya xdpt nk bezakan sama ada graf bar komponen@kompaun,,
    tlg sy dptkn tip2 dr ckgu,,

    Goay: Jika soalan tanya tunjukkan jumlah/jadual ada jumlah, buatlah bar komponen.

    Jika soalan nyatakan bandingkan setiap sektor/atau dalam jadual, butiran tidak dapat dijumlahkan(misalnya kadar perubahan setiap sektor dalam % memamng tidak boleh dijumlahkan/indeks saham setiap kaunter seperti TNB, Genting dsn memang tidak lojik dijumlahkan.) buatlan kompaun.

  4. salam sejahtera cikgu…..saya ada kemusykiln dalm bhgn d ini…. sy m’pnyai kelemahn yg ketara dlm m’buat graf bar cermin…jd,sy nk mintk tips2 dr cikgu supaya sy boleh m’gatasinya..TQ..

    Goay: baca post cikgu tentang cara mengesan bar berpasangan

  5. salam sejahtera cikgu.saya ada pertanyaan mengenai graf bar.Dlm beberapa soalan yang saya buat dlm bku latihan,ada beberapa soalan yang menyatakan ‘jumlah’ tp jwpnnya graf kompaun.

    Goay: jika soalan kata menunjukkan jumlah, dalam satu tahun ada beberapa komponen. maka bar komponenlah.

    Jika soalan kata menunjukkan jumlah. Satu tahun hanya satu jumlah tanpa komponen, maka bar kompaun.

  6. salam ckg. saya masih ada masalah ttg graf histogram, dlm bar di kedua-dua pemboleh ubah spt pempuan dan lelaki, hanya guna satu jenis warna ataupun warna yg berbeza bagi masing-masing?
    selain itu, sekiranya kesuntukan masa,bolehkah saya mencorak dengan satu jenis warna saja?

    Goay: itu bukanhistogram. Itu bar berpasangan/cermin/songsang
    guna satu jenis warna ok asalakan anda label itu lelaki dan perempuan.
    Satu warna sudah ok.

  7. hi cgu,sy msh keliru dgn bhgian d,terdpt 2 pilihan soalan,tetapi adakah kedua2 nya berkenaan dgn graf sahaja ataupun 1 soalan berkenaan dgn graf dan 1 lagi soalan tersebut berkenaan dgn carta,dan kita blh pilih sama ada mahu menjawab graf ataupun menjawab carta.

    Goay: 2 soalan libatkan graf yang beza (sama ada bar, garis atau carta pai.) Anda pilih satu sahaja.

  8. cikgu, dlm bahagian E, contohnya carta aliran. kalau kita nak tukarkan kpd esei, berapa panjang yg kita kena tulis? knp dlm buku longman yg terbaru ni, contoh esei yg ditunjukkan sgt pendek sahaja(ms 351)? bukankah kita perlu memperluaskan isi dgn banyak?

    Goay:Tidak ada had panjang. namun 3 atau 4 isi cukup. satu halaman cukup.
    Karangan maksimum 350 patah kata. Tulis lebih tidak akan disemak. anda rugi sahaja.

  9. ingin tanya tentang skema for bahagian D.
    beberapa markah akan ditolak bagi kesilapan salah label petunjuk, misalnya label media cetak instead of media cetak(akhbar).

    Goay: tak banyak markahlah. 1 or 2 marks only

  10. salam cikgu, saya nak tanya tentang bahagian E, kan ada pola perubahan dan pola perbandingan…apabila masuk bahagian analisis pengetahuan saya mesti keliru untuk membezakan format bersama dan berasingan…

    Goay: rujuk contoh soalan dan jawapan dalam buku Pearson Longman.

  11. ckgu macam mana saya nak bezakan graf kompound dengan graf bar kompound
    sebab saya counfius nak bezakan kedua-dua graf ini….

    Goay: rujuk blog ini, bahagian D, panduan membina graf.
    Senang, soalan tanya bandingkan: bar kompaun
    Soalan tanya tunjukkan jumlah: komponen.
    Soalan tak jelas, lihat sendiri, dalam jadual ada jumlah, bina komponen, tak boleh dijumlahkan bina bar kompaun.

  12. cikgu macam mana saya nak bezakan grar garis kompound dengan graf bar kompound..saya counfius nak membezakan kedua-dua graf ini….harap cikgu dapat membantu….

    Goay: rujuk blog cikgu, cari bahagian D, paduan membina graf. ada penjelasan.

  13. cikgu macam mana saya nak bezakan graf berpandukan soalan?? boleh cikgu memberikan petunjuk berdasarkan setiap graf?? hp so teacher cn help me out 2 overcm dis pro..tq

    Goay: bacalah paduan cikgu membina graf dalam kategori bahagian D, blog ini. Anda tak cari bahan pun.

  14. slmt sjhtra ckgu,.. sya ingn brtnya,. adkh graf bar pramid hnya untk pmboleh ubah UMUR shj???? apakah prbzaan graf bar prmid dgn graf bar cermin???

    Goay:bar prmid dgn graf bar cermin sama. Soalan tak sebut bina bar prmid/cermin. Soalan hanya sebut bina bar yang sesuai. Jadi, nama jenis bar tak penting. Piramid bukan untuk umur sahaja. Jika ada 4 pemboleh ubah, bar yang dipanggil berpasangan/piramid/cerminlah yang sesuai.

    Rujuk panduan cikgu dalam kategori bahagian D

  15. macam mana kita nak kenalpasti dengan graf atau carta apa yang patut kita gunakan bagi setiap soalan???

    Goay: cari panduan cikgu dalam katogori D

  16. assalamualaikum cekgu..saya betul2 susah nak skor bhgian d ni.. saya susah nak hafal bentuk jadual.. boleh cekgu bg tips?

  17. assalamualaikum cikgu..??
    saye nak tanye,
    dalam graf bar gabungan paksi belah kanan ( paksi graf garis ) memang dalam bentuk peratus sahaje ke..??
    terime kasih..><

    Goay: tak mesti, ikut maklumat dalam petikanlah. Jika dalam jadual ada kuantiti dan harga, maka hargalah jadi paksi kanan(paksi graf garis.

  18. cikgu..APE ciri bndar selamat..

    Goay: Mesti tiada jenayah
    Kadar kemalanagan jalan raya/tempat kerja rendah
    Makanan selamat tak ancam kesihatan
    Alam sekitar yang bersih tanpa pencemaran

  19. salam,
    malaysia perlu mengorak langkah dengan mengaplikasikan sains dan teknologi dalam meningkatkan mutu sukan negara.Bincangkan.

    cikgu blh bgi jawapan dalam bentuk point2 bgi soalan nie?

    Goay: baca karangan saya dalam buku Pengajian Am Longman Pearson

  20. cikgu boleh bagi nota mengenai cara mengenalpast jenis carta atau grar yang dikehendaki soalan.

    Goay: ada panduan khas dalam blok ini. anda tak cari

  21. assalamualaikum..saya merupakan pelajar upper 6 2011..saya keliru bahagian E..soalan yang menyatakan BANDINGKAN. .BOLEH CIKGU TERANGKAN PADA SAYA

    Goay: nak saya jelaskan “banding” satu perkataan sahaja memang mengelirukan.
    1. Mesti ada data yang sesuai dibandingkan.
    2. soalan mesti jelas, nak banding apa? adakah data itu sesuai dibandingkan?
    3. Jadi, rujuk buku saya(longman Pearson) dan panduan menjawab dalam blog ini.(jangan malas mencari)

  22. cikgu,dalam carta pai bertingkat,jika lupa tulis unit dalam jumlah,dan kurang lukis beberapa maklumat dalam carta,markah keseluruhan akan dapat berapa?

  23. cikgu macam mana nak bezakan semua graf untuk jwapan dlm bahagian d???tolong ya cikgu sebab ada sesetengah soalan dah bagi graf apa yang kena buat dan ade juga soalan yang tidak nyatakan jenis graf…saya nak tahu macam mana nak bezakan semua jenis graf termasuklah graf bar, graf garis dan carta pai??

    Goay: 1. rujuk buku saya Longman Pearson.
    2. rujuk panduan saya dalam blog ini. Anda tak caripun

  24. hi sir.bleh x sir bg pnduan dlm pmbinaan jdual mengikut mgikut graf msing2?? sbb sy msih keliru perbzaan jdual mreka.. trima kasih

    Goay: anda perlu minta panduan guru kelas anda. Anda juga perlu beli buku rujukan dan buat latihan. Jika tak faham lagi, tayalah kawan-kawan. Mesti melalui latihan baru anda faham. Jika cikgu bercerita sahaja di sini, memang tidak berguna.

  25. salam cikgu..
    klu menulis angka melebihi garis graf x boleh ka?

    Goay: potong sikit markah sahaja. Elakkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s