Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu(MMKN)

Barisan Exco Kerajaan Negeri Terengganu 2008

Seramai sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan mengangkat sumpah dalam Istiadat Perlantikan dan Melafaz Sumpah Jawatan Exco, di Istana Maziah, Kuala Terengganu, (9 April 2008). Majlis mengangkat sumpah jawatan berlangsung di depan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mereka yang dilantik terdiri daripada tiga muka lama, iaitu Adun Cukai, Dato’ Mohamed Awang Tera; Datuk Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu) dan Adun Bandar, YB Toh Chin Yaw.

Manakala tujuh muka baru menerajui portfolio Exco Negeri terdiri daripada YB Ahmad Razif Abdul Rahman (Seberang Takir); YB Khazan Che Mat (Batu Rakit); YB Yahaya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan); YB Ashaari Idris (Langkap); Dato’ Za’abar Mohd Adib (Rantau Abang); YB Rozi Mamat (Telemong) dan Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar.

Istiadat yang berlangsung kira-kira sejam itu dimulakan dengan Menteri Besar, Dato’ Ahmad said mengadap Pemangku Raja dan menyembahkan senarai nama Exco sebelum kesemua sepuluh Exco berkenaan mengadap Pemangku Raja seorang demi seorang dan melafaz sumpah jawatan.

Menteri Besar dan barisan Exco baru kemudiannya menghadiri jamuan tengah hari sebelum ke Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu bagi menghadiri mesyuarat Exco dan penetapan portfolio masing-masing.

Berikut senarai penuh barisan EXCO Terengganu yang telah dilantik :

Menteri Besar

YAB Dato’ Ahmad Said

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Negeri

Pengerusi Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan Negeri

Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Petroleum dan Hasil Bumi Negeri

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri

YB Ramlan Ali

Timbalan Pengerusi I Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri

YB Rosli Othman

Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri

YB Ahmad Razif Abd Rahman

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri

YB Mohd Zawawi Ismail

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri

YB Yahaya Khatib Mohamad

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri

YB Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri

YB Datuk Abdul Rahin Mohd Said

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri

YB Alias Abdullah

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri

YB Dato’ Mohamed Awang Tera

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri

YB Dato’ Rosol Wahid

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri

YB Asha’ari Idris

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri

YB Nawi Mohamad

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri

YB Toh Chin Yaw

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri

YB Abd Halim Jusoh

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri

YB Datuk Za’abar Mohd Adib

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri

YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri

YB Khazan Che Mat

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri

YB Muhamad Ramli Nuh

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri

YB Rozi Mamat

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri

YB Muhammad Pehimi Yusof

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri

YB Dr. A Rahman Mokhtar

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri

YB Dato’ Din Adam

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s