Karangan: Kesan Globalisasi

Globalisasi atau “Dunia Tanpa Sempadan” berkembang luas ke seluruh dunia.  Kononnya globalisasi yang bebas ini akan membawa lebih banyak faedah kepada sesebuah negara yang ingin menguruskan ekonomi mengikut coraknya sendiri.  Walau bagaimanapun, negara-negara sedang membangun dinasihatkan membuat persediaan yang mencukupi bagi menghadapi cabaran yang bakal diterima akibat daripada gelombang globalisasi yang sukar disekat itu.

 

Bincangkan kesan-kesan globalisasi terhadap pembangunan sesebuah negara sedang membangun.

 

  • Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan TM(langit terbuka / liberalisasi)
  • Akibatnya berlaku aliran barangan / perkhidmatan / idea / maklumat secara bebas tanpa disekat.
  • Proses ini boleh membawa kebaikan dan keburukan.

 

1. Globalisasi akan memajukan ekonomi negara.

  • Dengan kemajuan telekomunikasi, maklumat ekonomi boleh diikuti sepenuhnya.
  • Peniaga boleh menghubungi seluruh dunia dengan sidang video, Internet dan E-mail.
  • E-dagang dan E-banking juga dapat dijalankan.
  • Dengan ini, peniaga boleh meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke seluruh dunia.
  • Perdagangan antarabangsa dapat dijalankan.(berniaga/membeli-belah melalui elektronik.)
  • Peniaga dan pengguna menjual dan membeli barangan melalui internet.
  • Oleh itu, ekonomi negara berkembang pesat. (promosi pelancongan)

(ekonomi bidangan / berlaku pengkhususan kerja. Negara kaya melabur di negara miskin)

 

2. Globalisasi mewujudkan kerjasama dan persefahaman sejagat.

  • Seluruh dunia boleh berhubung dan berinteraksi.
  • Kita boleh bertukar pengetahuan, pengalaman, budaya dan sebagainya.
  • Dengan ini salah faham dapat dikurangkan.(Hubungan erat dapat dijalin)
  • Sebarangan peristiwa dan keadaan di tempat yang lain akan diketahui dengan segera.
  • Dengan itu, kita boleh membantu negara yang berada dalam kecemasan.
  • Jadi, persefahaman sejagat yang lebih erat dapat dicapai.

 

3. Pemindahan teknologi ke negara kita akan bertambah pesat akibat globalisasi.

  • Pelabur asing dengan mudah membawa teknologi baru ke negara lain.
  • Misalnya syarikat Microsoft/IBM/Acer/Intel dsn melabur di MSC.
  •  (Modal, pekerjaan, latihan tenaga pakar)
  • Pusat penyelidikan dan pembangunan R&D teknologi multimedia/teknologi canggih akan muncul.
  • Syarikat komputer akan menjalankan R&D di  MSC.
  • Rakyat kita yang turut terlibat akan menjadi mahir selepas dilatih. (dapat bantuan melalui internet)
  • Mereka lambat laun akan mampu menerap teknologi canggih asing. 
  • Dalam jangka panjang Malaysia akan mampu mencipta teknologi(R&D) sendiri.
  • (Membolehkan pertukaran idea, ilmu dan maklumat yang berguna.)

 

4. Globalisasi juga menyebabkan penjajahan ekonomi oleh negara-negara maju.

  • Globalisasi menyebabkan negara maju mengetahui kedudukan ekonomi kita dengan telus.
  • Mereka juga dengan mudah terlibat dalam perniagaan saham BSKL kita.
  • Mereka juga dapat membuat spekulasi mata wang kita.
  • Akibatnya penyangak mata wang barat seperti George Soros berjaya meruntuhkan ekonomi Asia.
  • Kegawatan ekonomi Asia 1997/1998 sehingga hari ini belum pulih sepenuhnya.
  • Selain itu, negara maju dapat menguasai pasaran negara membangun.
  • Dengan kekuatan kewangan dan kemajuan TM, mereka dapat mempengaruhi minda Dunia Ketiga.
  • Propaganda melalui TM menyebabkan rakyat D Ke-3 membeli barangan mereka.

(IMF mengenakan pelbagai syarat ketat demi menguasai ekonomi negara membangun.

Pemodal besar dari negara barat bebas masuk dan keluar negara membangun.Keganasan ekonomi: LID Australia tahu syarikatnya mahu melabur di Malaysia, belanja RM 300 juta untuk pikat mereka, Singapura

 

5. Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya berlaku.

  • Kini, TM/telekomunikasi begitu canggih sehingga melampaui sempadan negara.
  • Budaya liar dari barat dapat kita ikuti melalui internet, TV dsn. 
  • Budaya liar ini langsung tidak dapat ditapis.
  • Maka generasi muda terikut-ikut dengan nilai runtuh seperti….
  • Seluruh dunia akan dipengaruhi oleh budaya barat yang dominan. 
  • Budaya tempatan yang murni akhirnya dikikis oleh globalisasi.
  • Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh.

 

Penutup:

  • Globalisasi telah membawa kesan besar dari segi ekonomi, politik dan sosiobudaya.
  • Penduduk dunia perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan keimanan yang tinggi bagi menapis kesan globalisasi.
  • Dengan ini, barulah globalisasi benar-benar memberi faedah kepada kita.

 

Langkah:

Penguatkuasaan undang-undang.

  • Kini akta Cyber telah berkuatkuasa.
  • Hukuman yang ketat akan dikenakan terhadap penjenayah komputer.
  • Jenayah pemalsuan tandatangan multimedia, menceroboh, mencuri dan  memusnahkan data syarikat dapat disekat.
  • Penyiaran bahan lucah dsn juga disekat.
  • Hukuman berat berkesan sebagai langkah pencegahan.
  • Pakar TM yang menjadi pegawai penguatkuasa juga perlu ditambah.

 

Kemajuan TM sendiri

  • Kita hasilkan MEASAT I, II, III, Razaksat dan TiungSat-1
  • Kita wujudkan Jaring sendiri.
  • Dengan ini dapat mengawal penyebaran maklumat lucah dan palsu.
  • Pihak yang menyebarkan ilmu/maklumat palsu/isu sensitif dapat dikesan.
  • Tindakan undang-undang dapat diambil.
  • Kita juga perlu majukan lagi TM sehingga boleh menyekat kemasukan maklumat luar.
  • Dengan ini, maklumat/idea yang tidak sesuai dapat ditapis.

STPM 1996

3. Lebuh Raya Maklumat  berupaya mendekatkan dan menghubungkan manusia tanpa mengenal jarak dan batas sempadan. Bincangkan kemungkinan yang dapat dimanfaatkan daripada perkembangan teknologi tersebut dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

1997

3. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini.

4. Walaupun teknologi pengkomputeran banyak menpengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, namun terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan. Bincangkan penyataan ini.

1998

3. “Untuk mencapai status negara maju, sesebuah negara perlu mencapai tahap kemajuan sains dan  

      teknologi yang tinggi.”

     Jelaskan peranan sains dan teknologi dalam konteks penyataan di atas.

 

1999

4 Menurut International Data Corporation, terdapat 11 juta pengguna Internet di Asia  hari ini dan angka itu akan mencapai 42 juta pada tahun 2001. Ini adalah satu perkembangan yang menakjudkan. Walaupun Internet mempunyai pelbagai keistimewaan, ia juga mempunyai kesan sampingan.

Bincangkan penyataan ini.  2000 MSC

 

2008 1 Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan pekhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.

About these ads

2 responses to “Karangan: Kesan Globalisasi

  1. Pingback: Karangan PA (Pengajian AM) STPM : Kesan Globalisasi | koleksi Soalan PMR

  2. mana maksud kesan globalisasi…

    Goay: cari karangan saya dalam laman ini/buku longman Pearson

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s