Karangan Penting: Modal Insan

Usaha membangunkan modal insan berkualiti akan digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan, dan juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi.
Bincangkan persediaan awal yang perlu dilaksanakan untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama.

Pendahuluan: Pendek. 1 atau 2 ayat cukup.

1. Rakyat perlu meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.• Jadi, peluang pendidikan dan latihan berkualiti di semua peringkat mestilah meluas.
• Peluang pendidikan di peringkat tertiari seperti IPTA & IPTS mesti mencukupi.
• Kemudahan latihan kemahiran ditawarkan dengan meluas.
• dengan membina beberapa Kolej Komuniti, Pusat Giat MARA dan Pusat Teknologi Lanjutan.ILBN, JMTI
• Pendidikan dan latihan guru yang baik perlu untuk melahirkan guru-guru berkualiti, mahir,
bertanggungjawab dan bangga menjadi pendidik.
• Maka kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.
• Dengan ini, barulah modal insan dapat dilahirkan.

2. . Institusi pengajian tinggi kita juga mesti bertaraf antarabangsa• Institusi pengajian tinggi tempatan harus mencapai piawaian antarabangsa.
• Kualiti ahli akademik mesti merangkumi ketokohan, kepakaran dan komitmen
• Sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah tenaga akademik perlu memiliki ijazah Doktor Falsafah
menjelang tahun 2010.
• Bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan di universiti tempatan, jalinan kerjasama dengan institusi
terkemuka antarabangsa dan juga swasta penting.
• Kursus-kursus yang ditawarkan juga perlu sejajar dengan keperluan semasa sumber manusia.
• Maka, modal insan berminda kelas pertama dapat dilahirkan.

3. Keupayaan R&D, Sains dan Inovasi perlu dimajukan• Perbelanjaan cukup untuk aktiviti R&D diperuntukkan.
• Tabung Sains dan Tabung Tekno penting bagi mempermudahkan akses kepada sumber kewangan.
• Penyelidikan asas bagi maksud memperkembang dan mendalami ilmu akan digalakkan.
• Pengkomersialan penemuan R&D juga penting.
• Universiti juga harus mengeluarkan lebih ramai penyelidik, saintis dan jurutera (RSE).
• Program Brain Gain, program untuk melibatkan atau menarik ke Malaysia para penyelidik, saintis dan
jurutera yang cemerlang, termasuk warganegara Malaysia di luar negara dilancarkan.

4. Masyarakat Berbudaya dan Memiliki Kekuatan Moral mesti wujud.• Masyarakat “berminda kelas pertama” adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya
saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral.
• Rakyat harus menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara,
bangsa dan agamanya.
• Industri budaya dan kesenian negara harus dikembangkan.
• Identiti nasionalnya perlu kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah
dihanyutkan oleh arus globalisasi.
• Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara senantiasa
dijunjung.
• Semangat Islam Hadhari yang menekankan kepada pegangan prinsip-prinsip berasaskan nilai-nilai
universal yang luhur mesti diterapkan.

Kesimpulan: pendek. 1 atau 2 ayat cukup.

Soalan Past Year yang ada kaitan.

1997 1. Maruah dan martabat sesuatu bangsa itu tidak hanya terletak pada kemantapan bahasanya semata-mata. Masih terdapat faktor-faktor lain yang juga boleh menentukan maruah dan martabat sesuatu bangsa itu.
Berikan pendapat anda tentang penyataan di atas.

1999.1 Penubuhan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta(IPTS) bertujuan untuk menambahkan dan melengkapkan peranan Institusi Pendidikan Tinggi Awam(IPTA).

Bincangkan peranan IPTS dalam konteks yang tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripadanya.

About these ads

One response to “Karangan Penting: Modal Insan

  1. Karangn ni msk exam P.A tadi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s