Kenegaraan: YDPA dan Timbalan YDPA

Sultan Kedah Diisytihar Pemangku Yang Dipertuan Agong

KUALA LUMPUR, 26 Jan 2010– Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Sultan Kedah, Selasa diisytihar sebagai pemangku Yang di-Pertuan Agong.

Watikah perisytiharan itu dibaca oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu istiadat di Istana Darul Aman, Jalan Kedah, Bukit Persekutuan di sini.

Baginda kemudiannya menandatangani watikah perisytiharan bagi menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong selama sebulan.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menjalani rawatan fisioterapi selama 21 hari di Medical Park, St.Hubertus, Bad Wiessee, Jerman.

Sultan Abdul Halim, yang ditabalkan sebagai Sultan Kedah pada 20 Feb 1959, adalah Yang di-Pertuan Agong kelima dari 20 Sept 1970 sehingga 20 Sept 1975.

Istiadat hari ini turut dihadiri puteri baginda, Tunku Panglima Besar Datuk Seri Puteri Intan Safinaz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa anggota Jemaah Menteri.

Terdahulu, Sultan Abdul Halim dan Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun, tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA di Sepang pada 11 pagi bagi menghadiri istiadat itu.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Najib dan Rosmah.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s