Karangan: Teknologi Hijau

Malaysia Ambil Langkah Tepat Dalam Teknologi Hijau, Kata Pegawai Jerman

MUNICH, 9 Mac 2010 — Malaysia telah mengambil langkah yang betul dengan menggalakkan pembangunan industri hijau bagi memastikan pembangunan yang mampan, memulihara persekitaran untuk generasi akan datang dan membina industri masa depan, kata Volker U. Friedrich, anggota Lembaga Pemegang Amanah Forum Malaysia-Eropah (MEF).

Pengarah pengasas C3IT Software Solutions GmbH itu berkata Malaysia “amat unik di kalangan negara-negara Asia.”

“Ia sentiasa berada di hadapan. Ia telah mengenal pasti yang daya saingnya di dunia boleh diperolehi menerusi penggunaan teknologi hijau. Negara ini mempunyai sumber yang kaya untuk mencapai ke arah itu – tanah yang luas, kepelbagaian bio, hutan hujan, kuasa air, gas asli dan biomas – dan komitmen kepimpinannya,” tambah beliau.

Friedrich berkata beliau bersetuju dengan Datuk Seri Peter Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang apa diperlukan Malaysia pada masa ini ialah rakan niaga dan kepakaran hijau untuk membawa Agenda Hijaunya ke hadapan.

Chin telah mengetuai delegasi untuk berucap di Spring Dialogue Forum Malaysia-Eropah di sini minggu lepas.

“Kami di Munich amat teruja mendengar desakan kerajaan ke arah kemampanan dan mengenal pasti teknologi hijau sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi masa depan di Malaysia,” kata Friedrich.

Monika Balga, profesional pemasaran yang berpangkalan di Munich pula berkata beliau gembira dapat mengetahui yang Malaysia menyediakan pinjaman mudah kepada syarikat-syarikat yang membekalkan dan menggunakan teknologi hijau kerana ia akan menjadi pemangkin untuk penyertaan yang lebih aktif di kalangan sektor swasta dalam mengguna pakai teknologi hijau.

Jerman ialah rakan dagang terbesar Malaysia di kalangan 27 negara Kesatuan Eropah (EU), destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import terbesarnya.

Warga Jerman juga merupakan pelabur ketiga terbesar di Malaysia dan lebih 300 syarikat Jerman mempunyai pejabat di Malaysia.

Dalam tahun 2009, jumlah dagangan Malaysia dengan Jerman bernilai AS$9.45 bilion. Di peringkat global pula, Jerman merupakan rakan dagang sembilan terbesar Malaysia.

Acara Spring Dialogue itu turut mengetengahkan syarikat-syarikat Malaysia seperti Top Glove, pengeluar sarung tangan getah terkemuka dunia yang mengeksport lebih daripada 35 epratus produknya ke Eropah.

Syarikat yang mengeksport 33 bilion sarung tangan setahun itu memanfaatkan teknologi hijau dalam pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistemnya.

Danny Ong, Naib Presiden Top Glove berkata syarikat bukan sahaja menghasilkan produk-produk lestari tetapi turut memulihara persekitaran semulajadi untuk mengurangkan kesan negatif pengeluarannya ke atas aktiviti-aktiviti manusia.

“Secara ringkasnya, sarung-sarung tangan getah ialah produk terbiodegradasikan (bio-degradable) dan mesra persekitaran, menggunakan bahan mentah atau sumber semulajadi yang mampan dan sentiasa boleh ditambahkan.

“Hijau itu bersih,” kata Dieter Klein, CEO of P21, yang memberi tumpuan kepada kuasa untuk abad ke-21.

Beliau maklum yang pelaburan Jerman ke Malaysia tertumpu terutamanya dalam industri elektrik dan elektronik, kimia dan produk kimia dan mesin dan sektor kelengkapan.

Beliau berharap dapat memudahkan lagi peluang kerjasama dalam sektor hijau dengan Malaysia setelah memahami dengan lebih baik berkenaan dasar hijau kerajaan.

Chin berkata beliau kagum dengan Jerman sebagai peneraju dunia dalam teknologi hijau memandangkan warga Jerman telah memperlihatkan tahap keprihatinan hijau yang tinggi dalam budaya, produk dan perkhidmatan mereka.

Beliau turut bercakap mengenai industri “photovoltaic” sebagai contoh industri teknologi hijau yang telah berkembang di Malaysia. Setakat ini, Malaysia telah berjaya memperolehi kira-kira tiga bilion euro dalam pelaburan asing langsung dari syarikat-syarikat seperti First Solar, Sun Power, Tokuyama and Q-Cells AG.

“Kejayaan industri “photovoltaic” memperlihatkan kemungkinan melabur di Malaysia. Saya menyarankan para industri Jerman mengambil masa sedikit untuk belajar mengenai dasar hijau kita dan tunggu pelancaran Rancangan Malaysia kesepuluh untuk mendapatkan “feel” yang lebih baik akan komitmen negara kita kepada masa depan yang lebih menghijau – masa depan yang mana kita semua boleh kongsikan bersama,” kata Chin.

Speaker lain yang turut hadir di majlis Spring Dialogue itu ialah Tun Musa Hitam, pengerusi Sime Darby Group, Tan Sri Jamilus Hussein, pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan Datuk Jalilah Baba, Ketua Pengarah MIDA.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s