Karangan: Teknologi Hijau

Dasar Teknologi Hijau Nasional
DTHN merupakan dasar penting untuk meneruskan kepesatan pembangunan negara pada masa depan, di samping menjadi salah satu usaha untukmenggunakan teknologi yang lebih baik dan kurang berbahaya kepada persekitaran.

Galakan fiskal peruntukan kewangan untuk pembangunan dan penggunaan teknologi hijau yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak semasa Belanjawan 2010 amat bertepatan pada masanya. Usaha ini secara langsung memanifestasikan keyakinan dan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan teknologi hijau sebagai penjana nilai tambah kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Ketika ini, teknologi hijau memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju pembangunan negara. Oleh sebab itu, nama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dirombak menjadi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Secara konsep, teknologi hijau ditakrifkan sebagai “pengaplikasian ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk tujuan praktikal dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa mengakibatkan kepupusan sumber dan mencemarkan alam sekitar”.

Lima kriteria utama mengenai teknologi hijau adalah seperti yang berikut;

1. Memenuhi kehendak masyarakat secara berterusan tanpa mengakibatkan kepupusan, kerosakan, atau kemusnahan sumber semula jadi.

2. Pengeluaran mesra alam yang membolehkan produk yang dikeluarkan ditebus guna sepenuhnya.

3. Penjimatan sumber, mengurangkan sisa buangan, dan pencemaran dengan mengubah kaedah pengeluaran serta penggunaannya.

4. Inovasi, meneroka, membangunkan alternatif mesra alam dan mesra pengguna serta berdaya maju.

5. Menjadi pusat aktiviti ekonomi berkaitan dengan teknologi dan produk yang mampu memberikan faedah kepada masyarakat dan alam sekitar serta mewujudkan peluang pekerjaan.

Langkah-langkah memajukan teknologi hijau.
Selaras dengan lima kriteria yang dinyatakan, tonggak utama DTHN meliputi tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, kesungguhan kerajaan menggerakkan pembangunan dan penggunaan teknologi hijau tidak akan menghasilkan impak yang diharapkan tanpa bantuan dan kesedaran rakyat.

1. Ekoran itu, dana sebanyak RM20 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk memperhebat aktiviti kesedaran rakyat mengenai perlunya menghijaukan persekitaran dan mengamalkan budaya hidup yang mesra alam. Langkah ini selaras dengan strategi pelaksanaan DTHN iaitu mempertingkat promosi dan kesedaran awam mengenai teknologi hijau dan kepenggunaannya.

2. Usaha ini juga selari dengan keputusan untuk mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion dalam memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. Melalui dana ini, syarikat pengeluar dan pengguna teknologi hijau dapat membuat pinjaman untuk membiayai aktiviti yang menyokong pertumbuhan industri teknologi hijau. Pinjaman maksimum untuk syarikat pengeluar sehingga RM50 juta dan syarikat pengguna sehingga RM10 juta membuktikan bahawa kerajaan benar-benar komited untuk memajukan industri ini. Kerajaan turut menanggung dua peratus daripada jumlah kadar faedah pinjaman tersebut dengan nisbah jaminan 60 peratus dan institusi perbankan 40 peratus. Permohonan pinjaman pula boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2010 memberikan faedah kepada lebih daripada 140 buah syarikat.

3. Beberapa langkah diambil untuk memperkukuh struktur pelaksanaan dan pembangunan teknologi hijau serta mengantarabangsakan potensi penggunaannya. Misalnya, dalam Belanjawan 2010 kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara. Pusat ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau dan berperanan sebagai agensi yang menetapkan piawaian dan mempromosi teknologi hijau.

4. Strategi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan teknologi hijau juga penting. Strategi ini pastinya tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa instrumen ekonomi yang inovatif. Strategi ini juga sukar dilaksanakan tanpa sebarang dana untuk menggalakkan usaha merancakkan promosi terutamanya untuk menarik pelaburan langsung asing dalam industri teknologi hijau dan merangsang pelaburan langsung domestik industri tempatan. Strategi mewujudkan persekitaran yang kondusif ini penting dalam usaha menjadikan Malaysia pangkalan teknologi hijau serantau khususnya bagi tenaga yang boleh diperbaharui seperti teknologi solar fotovoltanik.

5. Begitu juga galakan fiskal dan peruntukan belanjawan diperlukan untuk melaksanakan program latihan dan pendidikan bagi merangsang pembangunan modal insan dalam industri teknologi hijau. Selain itu, dana belanjawan juga diperlukan bagi menyediakan bantuan kewangan dan insentif untuk menggalakkan pelajar di institusi pengajian tinggi memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan teknologi hijau.

6. Kejayaan DTHN turut dipengaruhi oleh ketelusan dan kecekapan pentadbiran dan pengurusan pelaksanaan. Sehubungan itu, strategi yang melibatkan langkah memperkukuh rangka kerja di peringkat institusi seperti kementerian, agensi, sektor swasta, dan pihak yang berkepentingan perlu dilakukan. Untuk menjayakan strategi ini, kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau (Green Technology Council) yang bertujuan memastikan bahawa penyelarasan di peringkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yang cekap. Majlis ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara bergilir-gilir. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pula memainkan peranan utama untuk menyelaras dan mempermudah peranan semua pihak yang berkepentingan demi kejayaan pelaksanaan teknologi hijau mengikut hala tuju yang ditetapkan.

Bidang teknologi hijau yang dimajukan
Dua bidang pelaksanaan teknologi hijau yang ditekankan ketika ini ialah sumber tenaga dan pembinaan bangunan hijau.
1. SUMBER TENAGA
Penekanan kepada sumber tenaga memang tepat pada masanya kerana menjelang 2030, penggunaan tenaga utama dunia dijangka meningkat sebanyak 1.6 peratus setahun atau 45 peratus keseluruhannya dalam tempoh 21 tahun yang akan datang.
Di Malaysia, keperluan tenaga elektrik dijangka mencecah sehingga 18 947 megawatt (MW) pada 2020 dan 23 092 MW pada 2030. Sehubungan itu, komitmen semua pihak perlu digembleng untuk mengenal pasti dan membangunkan sumber tenaga alternatif, khususnya sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, mini hidro, biojisim, dan geotermal untuk menggantikan penggunaan minyak dan arang batu.

Terdapat beberapa dasar yang diluluskan untuk mengurus kemungkinan yang timbul akibat pengurangan sumber bahan api seperti Dasar Penyusutan Nasional untuk mengawal pengeksploitasian simpanan minyak mentah; Dasar Kepelbagaian Empat Bahan Api untuk memberikan fokus kepada sumber empat tenaga utama, iaitu minyak, gas, kuasa hidro, dan arang batu, serta Dasar Bahan Api Kelima untuk mempelbagaikan sumber tenaga penjanaan kuasa.

2. PEMBINAAN BANGUNAN HIJAU.
Bagi menggalakkan pembinaan dan pemerolehan bangunanhijau, dua galakan fiskal diperuntukkan dalam Belanjawan 2010, iaitu pemilik bangunan yang memperoleh Sijil Green Building Index (GBI) bermula 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014 diberikan pengecualian cukai pendapatan yang nilainya bersamaan dengan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan.

Selain itu, pembelian bangunan dan rumah kediaman yang memperoleh Sijil GBI diberikan pengecualian duti setem surat cara pindah milik. Amaun pengecualian adalah bersamaan dengan kos tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan. Pengecualian layak bagi pembeli yang menyempurnakan perjanjian jual beli bermula 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014.

GBI yang dimaksudkan dilancarkan pada 21 Mei 2009. GBI merupakan indeks penarafah hijau ke atas bangunan mesra alam. Sesebuah bangunan bakal diberikan Sijil GBI setelah pihak penilai mendapati bangunan berkenaan memenuhi enam kriteria utama seperti kecekapan tenaga, kualiti persekitaran dalaman, perancangan dan pengurusan tapak yang lestari, bahan-bahan dan sumber, serta kecekapan penggunaan air dan inovasi.
Berdasarkan kriteria tersebut, jelaslah bahawa untuk mewujudkan sebuah bangunan hijau bukan sahaja memerlukan pelbagai teknik dan bahan teknologi hijau, tetapi perlu diaplikasikan secara optimum. Bayangkanlah, cerahnya masa hadapan teknologi hijau negara apabila teknologi ini diaplikasikan secara meluas dalam semua bidang kehidupan.

About these ads

11 responses to “Karangan: Teknologi Hijau

  1. teknologi hijau sama dengan ekonomi hijau???

    Goay: Teknologi hijau libatkan teknologi.
    Ekonomi hijau libatkan ekonomi. Namun semuanya mesti mesra alam.

    jadi ada persamaan
    Contoh Kegiatan kitar semula datangkan wang dan mesra alam. Teknologi mengitar semula juga mesra alam.

  2. wow..! marbelous3..

  3. apakah peranan kerajaan , individu dan masyarakat dalam melestarikan teknologi hijau di malaysia ?

    Goay:
    Kerajaan: dasar dan peruntukan wang
    Individu: sokong dasar kerajaan, libat dalam industri hijau, menjadi pakar dalam teknologi hijau.
    Masyarakat: sahut dan guna teknologi hijau seperti kereta hibrid. Guna bekas makanan yang mesra alam. Kurang bekas plastik dan pelesterin

  4. apa kepentingan tekno hijau

    Goay: Cari dan baca karangan saya dalam kategori bahagian B

  5. adakah teknologi hijau dapat menjamin kehidpan lestari?

    Goay: pasti bolehlah. Teknologi hijau mesra alam. Baca blog cikgu

  6. ada tak kelemahan teknologi hijau??

    Goay: so far tiada kelemahan teknologi maklumat

    • teknologi hijau tidak mahalkah kalau digunakan?

      Goay: patut lebih murah dan jimat kos barulah dipanggil teknologi hijau. Misalnya kitar semula bahan buangan, guna tenaga suria

  7. yang mcm mne plak kalo soalan mengatakan teknologi hijau ialah penggunaan sains dlam sekitar yang memberi banyak manfaat kepada manusia dan alam sekitar.

    Goay: rujuk artikel cikgu dalam blog ini. Carilah

  8. it helps a lot! thx!

  9. apakah kepentingan teknologi hijau?

    Goay: sila rujuk panduan dalam kategori berkenaan dalam blog ini atau rujuk kepada buku saya Longman Pearson

  10. apakah faktor yang dapat membantu kita memajukan teknologi hijau

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s