Isu semasa/Karangan: NGO dan peranannya

NAJIB bersama Rosmah, Dr Siti Hasmah, Dr Mahathir dan Anifah meraikan enam aktivis Rachel Corrie

PM sokong NGO teruskan misi kemanusiaan Gaza

2010/06/09
PM Dato Sri NAJIB bersama Rosmah, Dr Siti Hasmah, Tun Dr Mahathir dan Anifah meraikan enam aktivis Rachel Corrie di Langgak Duta,

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tetap menyokong program dan usaha organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk meneruskan penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Amat baik sekiranya NGO bersetuju terus menghantar bantuan kemanusiaan dengan menggunakan bot atau kapal tertentu atau dengan apa cara sekali pun. “Ini supaya masalah dan kesengsaraan yang dihadapi rakyat Palestin di Gaza sentiasa dalam perhatian masyarakat dunia,” katanya selepas meraikan enam lagi sukarelawan Malaysia yang dibebaskan Israel Sabtu lalu pada jamuan makan tengah hari di kediamannya di Langgak Duta di sini, semalam. Mereka ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu daripada Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin daripada TV3.

Mereka menaiki kapal MV Rachel Corrie yang membawa pelbagai bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza, ditahan selepas tentera Israel mengiringi kapal itu ke Pelabuhan Ashdod tiga hari lalu dan dibebaskan pada Sabtu di Jambatan Raja Hussein di sempadan Israel-Jordan.

Mereka pulang ke tanah air malam kelmarin.

Najib berkata, misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin membuka mata masyarakat dunia mengenai kekejaman rejim Zionis yang menghalang misi bantuan di perairan antarabangsa.
“Kita lihat sekarang perubahan pendapat dunia yang sudah memihak kepada rakyat Palestin dan mengutuk kerajaan Israel,” katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Penasihat Perdana PGPO, Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Sementara itu, Mukhriz berkata, PGPO berusaha mendapatkan kapal misi kemanusiaan itu termasuk kapal MV Rachel Corrie yang mungkin boleh digunakan semula untuk misi bantuan pada masa depan.

“Sekarang, usahanya ialah untuk Kerajaan Turki dan Jordan membantu membebaskan kapal kita,” katanya.

Mengenai rancangan terbaru PGPO, Mukhriz berkata, pertubuhan itu cuba membantu rancangan bekas Ahli Parlimen Britain, George Galore yang ada hubungan rapat dengan Gaza untuk menghantar 60 kapal bantuan ke Gaza

About these ads

2 responses to “Isu semasa/Karangan: NGO dan peranannya

  1. saya menghadapi masalah dalam memahami isu yg berkaitan dengan politik. bagaimana cara cepat yang boleh saya ambil untuk memahami sedikit sebanyak ttg isu berkaitan politik ini ?

    Goay: Bacalah blok cikgu dan buku cikgu. Longman Pearson

  2. apa pasai buku cikgu menpunyai maklumat yang tidak sama dengan buku lain?

    Goay: pasti tak sama. sumber tak sama, pendapat tak sama. Setiap manusia juga tak sama. Lihat sahaja guru-guru di sekolah, semua tak sama daru segi fikiran, pandangan, tutur kata, tindak tanduk dsn. Belajarlah menerima perbezaan dan ketaksamaan dunia ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s