KARANGAN: Projek Aliran Transit Massa(MRT)

Projek Aliran Transit Massa (MRT)

Projek Sistem Pengangkutan Pantas (MRT /Mass Rapid Transit) di Kuala Lumpur meliputi kepanjangan perjalanan 150 kilometer sementara kos pembinaan dianggarkan RM36.6 bilion. Ini merupakan projek terbesar setakat ini dalam sejarah pembinaan prasarana Malaysia.
Pembinaan projek mega ini dijadual bermula Julai 2012 dengan rangkaian rel pertama dari Sungai Buloh ke Kajang, meliputi kira-kira 60 kilometer dengan 35 stesen yang akan melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Cadangan projek MRT yang dijangka siap pada 2020 sebahagian besarnya bertujuan menangani kemelut pengangkutan awam yang membebankan kehidupan pengguna yang mendiami kawasan ‘Greater Kuala Lumpur’ (Greater KL).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan istilah ‘Greater KL’ sewaktu mengumumkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada 21 Sept 2010 yang akan memacu Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Greater KL meliputi kawasan seluas 279,327 hektar terdiri daripada Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Kajang, Klang, Sepang dan Selayang.
Jumlah penduduk Greater KL dianggarkan sekitar enam juta dan dijangka meningkat 10 juta pada 2020.

BAGAIMANA MRT DAPAT MELAKUKAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN
Projek rel MRT yang berkelajuan tinggi dan besar-besaran ini dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015). Projek itu selaras dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk Greater KL bagi meningkatkan rangkaian pengangkutan awam bandar raya ini. Usaha memperbaiki pengangkutan awam merupakan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), yang diberi keutamaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Apabila siap, projek ikon ini akan meliputi radius 20 kilometer dari pusat bandar raya Kuala Lumpur. MRT dijangka menawar khidmat sehingga dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding 480,000 oleh sistem rel bandar buat masa ini. Pembinaan terminal bas dan rel turut dijangka menambah pecahan mod pengangkutan awam di Greater KL dari 12 peratus pada 2009 kepada 30 peratus pada 2015. Diharapkan menjelang 2020, sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk KL akan menggunakan pengangkutan awam. Setakat ini, Malaysia mempunyai pemilikan kereta per kapita lebih tinggi dari Amerika Syarikat dan Jerman, dengan 20 juta kereta untuk jumlah penduduk 28 juta!

PANDANGAN NEGATIF TERHADAP PROJEK MRT

Di bawah Rancangan Malaysia keenam, peratus penggunaan pengangkutan awam disasarkan kepada 50 peratus untuk tahun 2000 dengan siapnya sistem transit aliran ringan (LRT) tetapi ia tidak menjadi kenyataan. Jadi, banyak pihak masih pesimistik dengan sasaran MRT yang diuar-uarkan berkemampuan melonjakkan peratus penggunaan pengangkutan awam yakni peratus komuter yang menggunakan pengangkutan awam. Hal ini kerana pada masa ini pun tidak ada usaha bersungguh-sungguh bagi memperbaiki sistem sokongan untuk pengangkutan awam, termasuk keutamaan pengangkutan awam serta langkah kekangan trafik di atas jalan raya yang ada.
Usaha menjadikan pergerakan kenderaan pengangkutan awam seperti bas dan trem lebih pantas dan boleh diharap cekap masih tidak mencapai kejayaan. Usaha memastikan kenderaan transit seperti bas atau trem dapat menyusuri jalan yang sedia ada dengan lebih lancar, jalanraya kurang sesak dan lebih melancarkan perjalanan bas masih gagal.

LANGKAH-LANGKAH MEMASTIK KEJAYAAN PROJEK MRT

1. Bentuk perjalanan di Lembah Klang sekarang ini diperbetul terlebih dahulu menerusi pembangunan yang berorientasikan pengangkutan awam (TOD) di sekeliling stesen rel yang ada sebelum kerajaan melaksanakan sebarang cadangan rel baru. Liputan perkhidmatan rel yang ada masih belum memenuhi potensi maksimum bukan kerana kekurangan bas perantara tetapi lebih kepada tahap kemudahcapaian dan kesinambungan ruang pejalan kaki yang rendah, reka bentuk rangkaian bas yang lemah dan kurang integrasi antara mod transit.
2. Kerajaan perlu memberi tumpuan mewujudkan lorong khas bas bagi mengatasi masalah jalan raya yang sesak untuk perjalanan dari kawasan kejiranan ke pusat aktiviti perbandaran setempat, dan dari pusat ini ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.

3. Pembangunan yang mengarah kepada pembentukan bandar raya kompak yang mesra penduduk perlu berteraskan penyepaduan di antara perancangan guna tanah dengan perancangan pengangkutan awam. Ini memerlukan anjakan paradigma yang mengutamakan pejalan kaki berbanding pengguna kenderaan peribadi, dan mendahulukan pergerakan secara berkumpulan berbanding pergerakan individu. Dengan merujuk kepada Hong Kong dan tempat-tempat lain yang mempunyai penggunaan tanah serta perancangan pengangkutan yang teratur, projek pembangunan kepadatan-tinggi seharusnya bertumpu di sekeliling stesen MRT. Apabila lokasi tumpuan aktiviti masyarakat berada berhampiran dengan perhentian transit, orang ramai lebih mudah dan pantas melangsaikan tugasan harian mereka.

4. Kerajaan harus ada perancangan mewujudkan laluan bas bagi mengatasi masalah kelancaran perjalanan bas yang memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai perantara di antara kawasan kejiranan dengan stesen rel sedia ada, tetapi sebagai medium perhubungan pusat aktiviti perbandaran di luar bandaraya Kuala Lumpur. Kita perlu memastikan masa yang diambil dengan menggunakan MRT dalam urusan mereka lebih pendek daripada masa menggunakan kenderaan sendiri.

KEBAIKAN PROJEK MRT
1. MENGURANGKAN BAHAN API FOSIL

MRT menyelamatkan alam sekitar memandangkan sektor pengangkutan di Malaysia menggunakan bahan api fosil yang tinggi. Perangkaan Imbangan Tenaga Kebangsaan 2008 (National Energy Balance) menunjukkan penggunaan bahan api fosil dalam sektor pengangkutan meningkat sebanyak 35.8 peratus antara 2000 dan 2008. Peningkatan seumpama ini boleh dielakkan sekiranya terdapat perkembangan yang memberangsangkan dalam sektor pengangkutan awam. Sebagai perbandingan, kita dapat melihat peratus penggunaan yang lebih cekap daripada jumlah penggunaan sumber tenaga bagi sektor pengangkutan di Amerika Syarikat sebanyak 28.5 peratus, Singapura 18 peratus dan Jepun 24 peratus.

2. MENGATASI PENCEMARAN
Proses pembakaran bahan api akan melepaskan bahan pencemar seperti karbon monoksida, oksida nitrogen, oksida sulfur serta bahan pencemar yang lain. Di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Seremban dan Johor Bahru, paras bahan pencemar daripada kenderaan sangat tinggi. Ini memberikan impak langsung kepada indeks kualiti udara. Kualiti udara menjadi lebih teruk di lokasi yang mengalami kesesakan lalulintas. Lalulintas yang tidak diurus dengan baik akhirnya bukan sahaja membazirkan sumber tenaga tetapi juga menjejaskan kesihatan kepada mereka yang menghirup bahan pencemar ini secara langsung. Sementara kebanyakan kes rawatan di hospital melibatkan warga berusia, pencemaran berkaitan trafik juga mempunyai kesan yang agak teruk ke atas kanak-kanak. Kanak-kanak mudah mengalami penyakit bronkitis akibat pencemaran udara yang berpunca daripada trafik.

3 JIMAT KOS PENCEMARAN
Pengurangan pelepasan bahan pencemar daripada kenderaan dapat menyelamatkan nyawa dan menjimatkan peruntukan kebajikan kesihatan. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menjalankan kajian yang serupa di Austria, Perancis dan Switzerland. Kajian seumpama itu membuktikan usaha mengurangkan pencemaran menerusi pengangkutan awam yang efektif mempunyai impak positif kepada negara dengan menyelamatkan nyawa, alam sekitar dan memberikan manfaat ekonomi. Apakah kita dapat melakukan sedemikian melalui projek MRT ini.

About these ads

One response to “KARANGAN: Projek Aliran Transit Massa(MRT)

  1. Pingback: Karangan Pengajian Am (PA) STPM : Projek Aliran Transit Massa (MRT) | Bumi Gemilang 感 恩 惜 福

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s