Kenegaraan: Parlimen/Warna kad pengenalan

Latar belakang kewarganegaraan
KEWARGANEGARAAN.

Warna kad penganalan:
1. Biasa: warganegara
2. Ada jalur hijau: pemastautin sementara
3. Ada jalur merah: pemastautin tetap
4. Ada jalur coklat: warganegara tetapi bekas banduan.
(yang bekas banduan warganegara asing tidak dibenarkan masuk ke Malaysia lagi. Mereka akan diusir keluar selepas tamat hukuman penjara di Malaysia)

KUATKUASAAN UNDANG-UNDANG.

1.Lahir sebelum Hari Malaysia (16 September 1963), warganegara Persekutuan Tanah Melayu atau Sabah atau Sarawak. Jadi warganegara Malaysia pada hari Malaysia.

2. Lahir di Malaysia pada atau selepas hari Malaysia. (Prinsip Jus Soli)

3. lahir dalam kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia ketika berada di ruang udara antarabangsa dan laut antarabangsa berhak menjadi warga negara Malaysia.

PENDAFTARAN:
A
1. Isteri atau anak kepada warganegara Malaysia memohon menjadi W/N melalui cara ini.
2. Isteri itu mesti menetap di sini selama 2 tahun, berniat bermastautin tetap, berkelakuan baik dan didaftarkan perkahwinan di Malaysia.
Wanita itu diberi status pemastautin sementara, dan diikuti pemastautin tetap dahulu.

B
1. Anak kurang daripada 21 tahun, ibu/bapa adalah warganegara Malaysia.

C
Kelonggaran
seseorang yang tinggal atau lahir dalam persekutuan, Sabah dan Sarawak, sebelum hari Merdeka (31 Ogos 1957) melebihi 21 tahun dan belum mendapat kerakyatan boleh memohon dengan syarat:
• 10-12 tahun tinggal di sini.
berniat menetap tetap di sini.
berkelakuan baik.
memadai dalam penguasaan bahasa Melayu.
pemohon mesti mengambil sumpah taat setia kepada YDPA.

NATURALISASI/MASUKAN: berumur lebih 21 tahun, bukan warganegara Malaysia
1. berniat tinggal tetap.
2. berkelakuan baik.
3. memadai dalam penguasaan bahasa Melayu dan
4. tinggal di sini buat satu tempoh.
(pemohon mesti sumpah taat setia kepada YDPA.)

Parlimen KUALA LUMPUR 9 Mac 2011

Indikator tertentu di kad pengenalan bagi merujuk orang yang pernah menjalani hukuman penjara atau bekas banduan adalah perlu bagi membolehkan masyarakat mengetahui latar belakang mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, indikator tersebut juga membolehkan pelbagai pihak seperti majikan menyiasat jenis kesalahan yang pernah dilakukan oleh bekas banduan tersebut.
Untuk bekas banduan, kad pengenalan mereka sama sepeti rakyat biasa. Tetapi ada garis coklat merujuk kepada bekas banduan. Pelbagai kesalahan dilakukan oleh bekas banduan. Sekurang-kurangnya, apabila rakyat biasa berurusan dengan mereka, kita tahu latar belakangnya. Sebagai contoh di Britain, ada berbangkit isu bekas banduan yang melakukan kesalahan gangguan seksual terhadap kanak-kanak diterima bekerja menjaga kanak-kanak di asrama selepas keluar penjara kerana tidak diketahui kesalahan lampaunya itu. Jadi, ada kebaikannya jika indikator tertentu diletakkan di kad pengenalan bagi merujuk kepada mereka yang pernah menjalani hukuman penjara. Jika tiada petanda indikator kepada masyarakat bahawa orang itu (bekas banduan) pernah masuk penjara, apabila sesuatu berlaku selepas itu, mungkin akibatnya padah. Pasti kerajaan dipersalahkan.

Beliau menjawab soalan tambahan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) berhubung isu kad pengenalan bekas banduan yang tertera indikator bahawa mereka pernah menjalani hukuman penjara pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mengenai soalan tambahan kedua Zulkifli yang ingin tahu bilangan banduan yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati, katanya, terdapat 35 banduan yang masih menunggu hukuman terbabit.

Jika kerajaan melambatkan hukuman gantung, mungkin ada baiknya. Mungkin ada bukti-bukti baru yang menyatakan mereka tidak bersalah dan boleh dibebaskan.

Terdahulu, menjawab soalan asal Zulkifli mengenai apakah program pemulihan dan pemantauan bagi bekas banduan, menurutnya, bagi meningkatkan keberkesanan pemulihan dan pemantauan di luar penjara, Jabatan Penjara telah memperkenalkan sistem parol. Melalui sistem itu, bekas banduan akan dipantau dan diberikan pemulihan berterusan oleh pegawai parol serta agensi lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Seterusnya Jabatan Penjara menubuhkan Rumah Perantaraan untuk menempatkan banduan yang dibebaskan yang tidak mempunyai pekerjaan dan tempat tinggal.

Usaha yang dilakukan bertujuan meningkatkan keberkesanan pemulihan dan pemantauan serta memperluaskan di luar penjara agar bekas banduan setelah bebas nanti insaf, mempunyai kemahiran, dapat berdikari dan tidak kembali melakukan kesalahan.
Bagi memperluaskan lagi usaha memulih dan memantau bekas banduan, Jabatan Penjara merancang untuk meneliti dan menambah baik Akta Penjara.

About these ads

2 responses to “Kenegaraan: Parlimen/Warna kad pengenalan

  1. mohd najib bin antang

    assalamualaikum,,
    saya nak tumpang tanya,,, saya telah dilahirkan di sabah ni dan saya hanya cuma mendapat surat kelahiran biasa(kecil)filipinio, sehingga kini saya hanya memegang surat kelahiran.. saya telah cuba memohon di jpn sabah tapi tak juga diberi apa-apa dan begitu juga pada pihak imegresen.sampai bila saya begini? ibu saya pun dilahirkan di sabah dan kini hanya cuma memegang kad pengenalan sementara…, apakah pula hak saya sebagai rakyat biasa..? ayah saya pula telah meninggal,, apakah ada cara yang terbaik untuk saya..? saya mohon maaf pada

    Goay: sila hubungan wakil rakyat untuk dapatkan bantuan. Boleh hubungi SUHAKAM(Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) melalui internet untuk mencari bantuan

  2. good evening.I would like to know if a foreigner who apply for citizenship will be holding red or blue IC?and apply via pendaftaran/permohonan is it get red IC?hope to get your reply ASAP.thanks a lot for your concern.

    Goay:
    1. If you are a professional, you will be given Malaysia citizenship (blue I/C) via pendaftaran if your husband is a Malaysian citizen. Or by masukan if you are not marry to a Malaysian citizen.

    2. If you are not in professional category, its up to government to issue green I/C that’s Temporary Residence for two year, then given red I/C that’s PR(permanent residence). PR can make application to get blue IC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s