Category Archives: Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2

ORANG KURANG UPAYA/ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

Orang Kurang Upaya /Orang Kelainan Upaya (OKU)

Pelbagai bantuan JKM kpd OKU

Pelbagai bantuan JKM kpd OKU

Orang Kelainan Upaya(OKU)

Orang Kelainan Upaya(OKU)

Perkhidmatan Bahagian Orang Kurang Upaya
Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan. Usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat digalakkan agar mereka bersedia menghadapi cabaran keadaan sosial mereka.

Sempena Dekad Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik 1993-2002, negara kita telah mendatangani Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik pada 16 Mei 1994. Agenda Tindakan Dekad ini memberi penekanan kepada kesedaran masyarakat dan penyediaan kemudahan-kemudahan ke arah peningkatan kesejahteraan hidup orang kurang upaya.

Definisi
Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan samasa dari segi fizikal atau mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.
Kategori Orang Kurang Upaya
Terdapat 7 kategori kurang upaya yang didaftarkan iaitu
Kurang Upaya Penglihatan
Kurang Upaya Pendengaran. Termasuk pekak dan bisu:
Minima (Mild) – (20 – < 30 db)
Sederhana (Moderate) – (30 – < 60 db)
Teruk (Severe) – (60 – 90 db)

Kurang Upaya Penglihatan
Buta (blind) – Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)

Penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted) – Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata).

Kurang Upaya Fizikal
Kecacatan anggota badan misalnya – Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy, Osteogenesis Imperfecta dll

Cerebral Palsy
• Hemiplegia – Cerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badan
• Diplegia – Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah kaki
• Quadriplegia – Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki

Masalah Pembelajaran
Dignosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi:
• Lewat Perkembangan (Global Development Delay) (bagi kanak-kanak berumur 3 tahun)
• Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll

Lain-Lain
Diagnosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi semua masalah kurang upaya yang tidak dinyatakan dalam format.
Bantuan Alat Tiruan
Alat-alat tiruan seperti anggota tiruan, tongkat, kalipers, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas dan alat-alat lain diberi supaya orang kurang upaya yang miskin dan berkeperluan dapat bergerak serta memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

Elaun Pekerja Kurang Upaya
Elaun insentif kepada orang kurang upaya yang berkerja dan berpendapatan kurang daripada RM750.00 sebulan bagi individu. Ini adalah untuk menggalakkan mereka berminat untuk bekerja dan mengekalkan dalam sesuatu pekerjaan

Skim Bantuan Pelancaran
Membantu orang kurang upaya yang ada pengetahuan dan kemahiran tetapi ketiadaan modal dan peralatan untuk menjalankan perniagaan kecil.

Bantuan-Bantuan Lain
Orang kurang upaya yang berkeperluan boleh menikmati bantuan-bantuan lain di bawah Jabatan jika berkelayakan seperti:
• Bantuan kanak-kanak
• Bantuan orang tua
• Bantuan kepada belia/beliawanis dan latihan aprentis
• Bantuan Am

Penempatan kerja
Jabatan membantu mendapatkan kerja di sektor perkilangan, firma dan agensi Kerajaan serta dalam rancangan khas seperti bengkel terlindung, rancangan tanah dan lain-lain.
Bengkel Terlindung
Bagi orang kurang upaya yang tidak dapat memasuki sektor perkhidmatan Kerajaan atau swasta, latihan dan kemudahan tertentu disediakan melalui kerjasama agensi Kerajaan, swasta dan badan berkanun di bengkel-bengkel terlindung yang menyediakan peluang pekerjaan

Perkhidmatan di Dalam Institusi
Membantu memulihkan dan mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup orang kurang upaya supaya meraka dapat hidup berdikari dengan memberi pemulihan dan latihan kemahiran yang sesuai. Perkhidmatan di Institusi
• Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan
• Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan dari segi fizikal, sosial dan rohaniah
• Menjaga kesihatan dan keselamatan penghuni
• Memberi pendidikan, bimbingan serta latihan vokasional
• Penempatan semula dalam masyarakat
• Mengadakan aktiviti pengeluaran hasil dan aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat setempat
• Memberi kaunseling

Institusi berkaitan Orang Kurang Upaya
• Taman Sinar Harapan (TSH)
• Pusat Latihan Perinsustrian dan Pemulihan Bangi (PPLPP)
• Bengkel Daya
• Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
• Rumah Kelompok

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi

Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi latihan vokasional dan pemulihan perubatan.
Kursus Vokasional

Syarat-syarat:
• Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya anggota/fizikal
• Berkelulusan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/ Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) mengikut jenis kursus
• Berumur 18 hingga 40 tahun
• Boleh dilatih dengan kemahiran dan boleh mengurus diri

Jenis-jenis Kursus
Bil Jenis Kursus Tempoh
1. IT Komputer 8 Bulan
2. Pembantu Tadbir Sistem Maklumat 10 Bulan
3. Juruelektrik 10 Bulan
4. Elektronik 18 Bulan
5. Protestik dan Orthotik 18 Bul

Kursus Pra Vokasional

Syarat-syarat:
• Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya anggota/fizikal
• Berumur 14 hingga 25 tahun
• Boleh dilatih dengan kemahiran dan boleh mengurus diri

Jenis-jenis Kursus
Bil Jenis Kursus Tempoh
1. IT Komputer 24 bulan
2. Membaiki Radio dan TV (Elektronik) 24 bulan
3. Jahitan 24 bulan
4. Lukisan 24 bul

Taman Sinar Harapn (TSH)

Institusi ini memberi latihan kepada individu kurang upaya masalah pembelajaran sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing dan juga memberi perlindungan dan jagaan kepada yang mengalami kecacatan akal yang teruk. Antara program dan aktiviti yang disediakan ialah:
• Kelas akademik asas (3M).

Soalan Lazim Berkenaan Perkhidmatan Orang Kurang Upaya

1. Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar dengan JKM?
Sebab utama adalah seperti berikut:-

1. Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan;
2. Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya;
3. Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan yang bertepatan dengan OKU;
4. Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan;
5. Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan;
6. Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.

2. Apakah cara-cara untuk memohon kad OKU?
Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut:-

1. OKU boleh memohon samada melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal;
2. Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital/ klinik kerajaan atau klinik pakar swasta;
3. Pemohon juga mestilah menyediakan 3 keping gambar;
4. Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran.

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada OKU

1. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S)
o Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya yang tidak berkemampuan untuk membeli seperti kaki palsu, tangan palsu, kaliper, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda. alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
Bagi menimbang permohonan, faktor berikut diambil kira:-
OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan; dan
Mereka yang tidak mampu untuk membekalkan sendiri alat tiruan / alat sokongan yang diperlukan.

2. Geran Pelancaran (GP)
o Bertujuan memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil dan memberi galakan kepada penerima bantuan JKM untuk berdikari dan meningkatkantaraf hidup mereka tanpa bergantung lagi kepada bantuan kerajaan. Geran ini membolehkan orang kurang upaya melancarkan rancangan jayadiri mereka agar dapat berdikari dengan usaha sendiri. Had maksimum geran pelancaran ialah RM2,700.00 sekaligus dengan tempoh kaji semula iaitu seliaan dibuat setiap tiga (3) bulan.

Kelayakan :
Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarga;
Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedang mendapat perkhidmatan dari Jabatan;
Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan; dan
Kes-kes selian akhlak.

3. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Skim ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya bekerja dan terus berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan:
Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU)
Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif
Untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.
Kelayakan :
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya
Bekerja sendiri atau dengan majikan
Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,200 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga
Berumur 16 tahun ke atas
Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.

5. Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
Skim ini bertujuan untuk membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja. Skim ini juga akan dapat mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU khususnya yang tidak berupaya bekerja dan mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM150 sebulan dan tempoh kaji semula adalah selama 12 bulan.
Kelayakan :
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain
OKU berdaftar dengan JKM
Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan
Berumur antara 18-59 tahun
Bukan penerima skim Bantuan Bulanan JKM sedia ada
Bukan perserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM dan program penjagaan / pemulihan kelolaan
agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan
Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang berpendapatan di bawah PGK semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.

6. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
Skim bantuan ini adalah bertujuan untuk :
Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga
Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar OKU dan pesakit Kronik terlantar
Mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat
Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan
Mempertingkatkan kesejahteraan keluarga.
Kadar bagi skim bantuan ini adalah sebanyak RM300 sebulan seorang dengan tempoh kaji semula selama 12 bulan.
Kelayakan :
Pemohon adalah penjaga yang merupakan ahli keluarga OKU / pesakit Kronik Terlantar
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Sedang memberi jagaan ahli keluarga yang OKU /Pesakit Kronik Terlantar sepenuh masa
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan.

Gerakan Koperasi di Malaysia

Gerakan Koperasi di Malaysia

Tahun 2012 menyaksikan sejarah tercipta dalam sektor koperasi peringkat dunia apabila ia diisytiharkan sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa. Majlis IYC 2012 diadakan di Manchester, United Kingdom. IYC disasarkan untuk meningkatkan kesedaran awam akan sumbangan yang tidak ternilai gerakan koperasi dalam mengurangkan kemiskinan, menyediakan peluang pekerjaan dan mewujudkan integrasi sosial. Ini membuka minda ke arah satu paradigma baru yang sewajarnya diteladani oleh sektor koperasi negara.

Paradigma yang dimaksudkan berkisar rapat dengan kesedaran kurang memberangsangkan dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai potensi koperasi walhal di peringkat global gerakan koperasi telah diangkat sebagai satu sektor peneraju utama ekonomi dunia sebaris dengan sektor yang lain.

TINGKAT KESEDARAN, AMBIL CONTOH

Kesedaran umum mengenai koperasi dan bagaimana dapat memberi manfaat kepada anggota koperasi adalah sangat penting untuk dipertingkatkan. Masih ramai rakyat di negara ini yang tidak sedar akan sumbangannya terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara. Semangat berkoperasi dalam negara perlu lebih aktif, komprehensif dan kompeten sepertimana aktif dan giatnya aktiviti berkoperasi di luar negara.

Masyarakat dunia mengiktiraf kegiatan koperasi sebagai suatu medium yang mampu mengubah kehidupan dengan mengurangkan kadar kemiskinan sekaligus menjadi peneraju ekonomi. Justeru, Malaysia juga harus menumpukan ke arah usahasama memajukan kegiatan koperasi ini. Kita harus mampu mewujudkan budaya berkoperasi dalam komuniti mereka sendiri tanpa melibatkan urusan dengan orang tengah.

Di negara kita, masyarakat masih beranggapan penyertaan koperasi dalam ekonomi terbatas kepada aktiviti tradisi pinjam meminjam semata sekaligus mempengaruhi penglibatan individu untuk menyertai koperasi.
Justeru, kesedaran mengenai betapa pentingnya sektor koperasi negara ini adalah penting dipupuk dan dihebahkan.

REPLIKA BANDAR, PAMERAN JALANAN

Koperasi di Malaysia yang hanya bermula dengan sebuah koperasi kredit pada tahun 1922, kini bilangan koperasi yang berdaftar telah meningkat berlipat ganda kepada lebih 10,000. Penyertaan koperasi negara juga tidak terbatas kepada aktiviti tradisi pinjam meminjam, tetapi kini meliputi pelbagai sektor ekonomi termasuk pemborongan dan peruncitan, perladangan, perumahan, pelancongan, pengangkutan dan industri asas tani. Dengan didokong lebih tujuh juta anggota pada hari ini, gerakan koperasi negara berjaya menjana perolehan melebihi RM23 bilion.

Hari Koperasi Negara (HKN) yang menjadi acara tahunan SKM juga adalah antara medan utama SKM bagi mempromosikan konsep dan produk koperasi kepada rakyat, sekaligus menjadi pengantara bagi rakyat mendekati selok-belok perkembangan sektor koperasi. Sepertimana HKN, ruang interaktif itu juga antara lain bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kewujudan rangkaian koperasi di peringkat global.

Global300 Report yang dilancarkan oleh ICA baru- baru ini menyenaraikan 300 koperasi dengan keuntungan keseluruhan berjumlah USD1.6 trillion, yang menyamai Keluaran Negara Kasar (KDNK) ekonomi yang ke sembilan terbesar di dunia. Gerakan koperasi di peringkat global telah terbukti berjaya dapat membangunkan sosio ekonomi masyarakatnya dan kejayaan ini harus dijadikan platform oleh masyarakat kita agar yakin dengan pembangunan sektor koperasi negara.

DASAR KOPERASI NEGARA

Sungguhpun kerajaan Malaysia telah mengiktiraf peranan dan sumbangan gerakan koperasi dalam pembangunan negara sejak dahulu lagi, itu tidak bermakna rakyat boleh beranggapan negara kini sudah berada di takuk selesa. Ada juga yang berfikiran koperasi ini hanyalah gerakan di luar bandar yang kecil dan tertumpu kepada perniagaan berbentuk perkhidmatan sahaja. Justeru tanggapan sedemikian haruslah dihakis kerana hasrat kerajaan kini jauh lebih besar.

Dasar Koperasi Negara 2011-2020, rentetan kepada dasar yang mula diperkenal pada 2002 adalah suatu dasar yang menetapkan hala tuju yang jelas untuk gerakan koperasi memikul tanggungjawab yang lebih dalam agenda transformasi negara. Dasar diketengahkan bagi memberi nafas baru kepada gerakan koperasi untuk menarik koperasi keluar daripada kitaran zon selesa ke tahap yang baru.

Ia dulu telah terbukti berperanan dalam agenda pembasmian kemiskinan dan pengagihan kekayaan negara. Kini, sektor ini seharusnya terlibat dengan aktiviti baru dengan skala yang lebih besar agar koperasi menjadi satu entiti perniagaan yang lebih efisien dan mampu meningkatkan pendapatan anggotanya.

BLUEPRINT

Jika Dasar Koperasi Negara menjadi nadi penggerak di peringkat nasional, sebuah ‘blueprint’ hala tuju koperasi 2011-2020 yang dilancarkan oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) pada IYC 2012 juga mempunyai tujuan yang sama.

Selaku badan bukan kerajaan (NGO) terbesar yang bertanggungjawab dalam menyatu dan memberi khidmat nasihat kepada 93 negara anggotanya termasuk Malaysia, ICA di dalam ‘blueprint’ itu antara lain menyentuh mengenai cabaran koperasi pada tahun 2020. Perancangan yang terkandung dalam ‘blueprint’ mendorong koperasi di seluruh dunia untuk lebih bersedia menjadi peneraju ekonomi, sosial dan persekitaran yang mapan.

Diharapkan semua lapisan masyarakat dapat menerima koperasi sebagai satu entiti perniagaan dan enterprise yang berkembang dengan pesatnya.

VARIETI BAHARU PADI MR269 LEBIH BERDAYA TAHAN PENYAKIT

PM LANCAR VARIETI BAHARU PADI MR269 LEBIH BERDAYA TAHAN PENYAKIT 20-11-2012

Baka baharu padi itu dapat meningkatkan pengeluaran padi negara, dilancarkan sempena perasmian Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur & Agro Pelancongan Malaysia (MAHA International 2012) dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Varieti baharu padi MR269 merupakan varieti inbred biasa yang mempunyai ketahanan lebih baik terhadap penyakit karah daun dan perosak.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Datuk Dr Abd Shukor Abd Rahman.
Varieti MR269 merupakan baka baharu yang dibangunkan Mardi yang sesuai ditanam di pelbagai kawasan jelapang. Ia merupakan kacukan dua baka P347 dan Y1362 yang dilakukan pada musim utama 2000/2001 yang mempunyai umur matang sekitar 104 hingga 113 hari selepas tabur dan ketinggian pokok sekitar 76 hingga 88 cm.
MR269 mempunyai rintangan yang lebih baik terhadap penyakit karah daun, sederhana rintang kepada bena perang dan hawa daun bakteria serta penyakit merah virus. Purata hasil MR269 menunjukkan peningkatan sebanyak sembilan peratus berbanding MR219.
Hasil tertinggi yang dicatat MR269 adalah 9.9 tan sehektar berbanding 7.5 tan sehektar yang dicatat oleh MR219. Para petani dicadangkan menggunakan MR269 secara meluas agar pengeluaran padi dan beras negara dapat dipertingkatkan untuk mencapai sasaran tahap sara diri negara serta keperluan penggunaan dalam negara.
Sementara itu, Kilang Khusus Padi Wangi yang dibina khas untuk pengeluaran padi/beras wangi yang merupakan salah satu usaha Mardi melalui Entry Point Projek 9 (EPP9) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk mencapai sasaran pengeluaran beras wangi sebanyak 73,000 metrik tan setahun menjelang tahun 2020.

Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan/Pelan Induk K-ekonomi

Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan/Pelan Induk K-ekonomi Ekonomi yang berdasarkan pengetahuan merupakan asas untuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang pantas dan meningkatkan daya saing antarabangsa untuk mencapai Wawasan 2020. Teras pembangunan untuk ekonomi yang berdasarkan pengetahuan telah ditetapkan di dalam Pelan Rangka Perspektif Ketiga (OPP3) seperti berikut:
• Membina asas tenaga kerja berpengetahuan, antara lain, melalui penyemakan semula sistem pendidikan dan latihan, memperkenalkan sistem pembelajaran seumur hidup dan program bijak pandai (brain-gain)
• Memperbanyakkan lagi inisiatif S&T dan R&D ke arah memperkukuhkan sistem inovasi negara.
• Mempercepatkan pembangunan infrastruktur bagi memudahkan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan.
• Menstruktur semula sistem kewangan untuk memberi pembiayaian yang sesuai bagi aktiviti pengetahuan, menyediakan peralatan untuk pengurusan makro-ekonomi dan dapat bertahan dengan cabaran-cabaran berkaitan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan.
• Meningkatkan kandungan pengetahuan di dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.
• Menggalakkan sektor swasta agar bersedia dengan lebih pantas terhadap ekonomi berdasarkan pengetahuan dan juga mengenalpasti dan mengeksploitasi peluang-peluang yang bakal dijana.
• Mengolah semula sektor awam untuk menjadi lebih cekap dalam penggunaan perolehan, penyebaran dan pengurusan pengetahuan.
• Memupuk penggunaan pengetahuan yang beretika;
• Mengambil tindakan tegas bagi merapatkan jurang digital antara pendapatan, kumpulan etnik, kumpulan umur, komuniti bandar dan luar bandar dan merentasi sempadan wilayah.
Tambahan lagi, Pelan Induk Ekonomi Berdasarkan Pengetahuan (KEMP) yang dilancarkan pada tahun 2002 mengandungi 136 cadangan yang meliputi pembangunan sumber manusia, stuktur informasi, insentif, pembangunan sains dan teknologi, orientasi semula sektor swasta dan awam dan juga mengutarakan jurang digital.

Kerajaan juga memantau kemajuan menuju ekonomi berdasarkan pengetahuan di atas dasar Indeks Pembangunan Ekonomi Berdasarkan Pengetahuan (KDI) . KDI membuat penilaian ke atas keadaan infrastruktur komputer, struktur informasi, pendidikan dan latihan termasuk juga R&D dan teknologi. Ia membuat perbandingan kedudukan Malaysia relatif kepada 22 negara maju dan Malaysia tetap di kedudukan 17 menurut KDI, 2000.

‘Samseng Jalanan’ @ Mat Rempit

‘Samseng Jalanan’ @ Mat Rempit

Abstrak
‘Samseng jalanan’ akan menggantikan istilah Mat Rempit bagi mengelak publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Pihak media dan pengeluar filem tidak mengagung-agungkan golongan berkenaan dengan memberi publisiti keterlaluan. Pihak Polis tidak mahu mempopularkan istilah Mat Rempit kerana tidak mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah tersebut. Penggunaan istilah dan penghasilan filem aktiviti Samseng Jalanan pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak bermoral di kalangan belia negara ini.

Pengenalan
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit.

Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.

Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.

Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.

CERITA MAT REMPIT

Teknik menunggang
Teknik menunggang juga diperhatikan dan berubah dari semasa ke semasa. Semakin bahaya, semakin mendapat tepukan penonton dan mereka berasa bangga menjadi juara. Teknik itu seperti willi, baring, berdiri dan sebagainya.

Cabaran
Jalan yang mencabar ialah di selekoh berbahaya, jalan berlubang, berair, berlumba melawan arus, tanpa lampu depan dan menerima cabaran rakan-rakan, musuh dan orang ramai.

Sanggup mati katak
Mereka sanggup cedera parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika berlumba, mereka akan pejam mata, lampu motosikal ditutup dan menunggang motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah sintetik seperti syabu dan ice. Ketika berlumba mereka terbayang ‘ular’ atau musuh ‘alien’ yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk menjadi hero membunuh musuh. Mereka tidak ada perlindungan diri seperti kasut, seluar tebal , lapik lutut, topi keledar mahupun insurans nyawa.

Sekatan jalan raya
Sekatan jalan raya oleh polis trafik lebih menyeronokkan. Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis. Ada juga yang merempuh sekatan jalan raya. Polis trafik yang bersenjata pistol dan kayu cota tidak dipedulikan. Ibu bapa dan masyarakat akan menyalahkan polis jika bertindak kasar seperti menendang motosikal yang bergerak laju. Ada juga kes polis yang membaling kayu pada tayar yang bergerak laju untuk melarikan diri. Usaha polis trafik mengadakan sekatan jalan raya dan mengawasi pergerakan mat rempit seolah-olah diperlekehkan sehingga ada yang berani merempuh sekatan yang diadakan. Kelicikan mat rempit mengenal pasti jalan-jalan yang selamat juga menyebabkan golongan ini mendabik dada kononnya mereka bijak melarikan diri daripada pengawasan pihak berkuasa. Malahan, anggota polis sendiri pernah menjadi mangsa tindakan melulu mat rempit di mana ada anggota polis yang pernah cedera dan terkorban dalam operasi terhadap mat rempit.

Ganjaran
Biasanya mat rempit terdiri daripada remaja belasan tahun yang masih bersekolah , menggunakan motosikal ibu bapa atau abang-abang mereka. Mereka menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang sah. Mereka bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mendapat ‘hadiah’ berbentuk wang dan gadis bohsia sebagai taruhan. Bagi menambah kelajuan motosikal, piston, brek, handle, tayar dan lain-lain diubahsuai.

GELARAN ‘MAT REMPIT’ SEOLAH PENGIKTIRAFAN

Hentikan menggelar mereka yang terbabit dengan kegiatan perlumbaan motosikal haram sebagai ‘Mat Rempit’ – demikian langkah pertama yang dicadangkan pakar psikiatari terkenal, Prof Mohamad Hussain Habil dean Jabatan Psikiatari Universiti Malaya, bagi mengatasi masalah itu. Dengan memberi gelaran itu kepada mereka, golongan berkenaan akan berasa lebih besar kepala dan mendorong mereka untuk meneruskan gelagat mereka dengan lebih kerap dan angkuh.

Sebenarnya, remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram ingin mencari perhatian dan label ‘Mat Rempit’ yang diberi kepada mereka akan menjadikan mereka lebih seronok dan menganggapnya sebagai lesen atau pengiktirafan oleh masyarakat terhadap kegiatan mereka. Cerita tentang mereka yang sering tersiar dalam akhbar, majalah, radio dan televisyen juga menjadikan mereka lebih berazam untuk meneruskan gaya hidup mereka itu kerana ia memenuhi ego mereka yang kononnya merupakan golongan yang macho dan berani.

INDIVIDU YANG TERLIBAT DENGAN GEJALA INI
1. Remaja
2. Remaja Bawah Umur dan Masih Bersekolah
PUNCA-PUNCA
1. perasaan ingin mencuba
2. tiada kawalan atau perhatian dari ibu bapa
3. kurang kasih sayang keluarga
4. pengaruh kawan-kawan
5. mengisi masa lapang/senggang
6. mendapat kepuasan ekstrem untuk menunjuk-nunjuk
7. mendapatkan habuan atau ganjaran
8. gaya hidup dan taraf pendidikan yang rendah
9. pengaruh filem atau cerita
10. tanda protes

MAT REMPIT JUGA MELAKUKAN JENAYAH SEPERTI:
1. kegiatan gengster
2. rompak berkumpulan
3. pergaduhan
4. laku musnah
5. membunuh
6. kecurian
7. buli
8. rogol
9. seks bebas
10. pengambilan dadah dan alkohol

LANGKAH PENCEGAHAN
• Bagi membanteras gejala lumba haram di ibu negara, polis trafik telah melancarkan operasi besar-besaran dengan lebih 500 mat rempit diperiksa di Dataran Merdeka. Operasi sama turut diadakan serentak di negeri lain iaitu Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

• Akta Pengangkutan Jalan dipinda bagi membendung gejala “mat rempit” dan perlumbaan motosikal haram. Pelajar berumur 15 hingga 19 tahun merupakan pelajar yang kandas dalam pelajaran atau telah berhenti sekolah, perlu ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati bersalah untuk suatu tempoh ditetapkan. Mereka hendaklah dihukum membuat kerja-kerja amal sehingga 100 jam dan motosikal dirampas.

• Samseng jalan raya atau ‘Mat Rempit’ mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda. Ini berikutan hukuman yang sedia ada ke atas samseng jalan raya yang disabitkan kesalahan iaitu denda minimum RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun tidak mampu menyedarkan mereka. Pesalah-pesalah yang di bawah umur dihantar ke sekolah-sekolah juvana. Tindakan undang-undang yang lebih ketat harus meliputi pembatalan lesen memandu serta-merta dan pengharaman pembelian motosikal bagi mereka yang disabitkan kesalahan.

• Kemudahan litar lumba dapat mengurangkan aktiviti perlumbaan motosikal haram di jalan raya ibu kota.

• Bagi menangani isu mat rempit, pelbagai saranan dalam bentuk meminda peraturan dan undang-undang jalan raya hendak dilakukan. Tetapi akhirnya, apa guna segala undang-undang yang digubal jika tidak ada penguatkuasaan dilakukan. Walaupun mungkin sesetengah anggota masyarakat sudah bosan dan letih dengan karenah mat rempit, tetapi kerajaan harus terus berusaha dan serius mewujudkan kesedaran dan membina akhlak mulia di kalangan remaja agar tidak terjebak dengan gejala ini. Kempen membanteras gejala mat rempit selama ini hanya sia-sia kerana tidak mendapat sokongan ibu bapa serta masyarakat. Kegagalan kawalan dan kurang perhatian ibu bapa menyebabkan anak-anak mereka sanggup menggadai nyawa di jalan raya. Kerajaan perlu terus serius mengadakan kempen berterusan untuk memberi kesedaran kepada golongan muda supaya sayangkan diri dan tidak menggadaikan nyawa di atas jalan raya. Selain pendekatan lembut, pendekatan keras juga perlu dilakukan. Tiada istilah kompromi untuk menangani golongan mat rempit yang menunggang motosikal secara berbahaya.

HUKUMAN
Lumba Haram
Bil 1.
Kesalahan Menaja/menyertai lumba haram.
Seksyen/ Kaedah Kesalahan Seksyen 81
Seksyen/ Kaedah Hukuman Seksyen 81(2)
Seksyen 81(3)
Kadar Kompaun Mahkamah
Kadar Mahkamah Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya. Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara dan lesen digantung satu bulan. Sabitan kedua denda RM 5000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya dan lesen digantung selama 3 tahun.

KESIMPULAN
Sebagaimana gejala sosial yang lain, peranan yang dimainkan ibu bapa adalah amat penting untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah tersebut. Selain mengenakan tindakan tegas ke atas mat rempit, tindakan yang sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu untuk menangani masalah ini, kalau tidak sekalipun, membantu mengelakkan gejala ini dari menjadi lebih buruk lagi. aktivis sosial termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu memainkan peranan untuk mencapai matlamat menangani gejala merempit. Apa sekalipun, yang pasti, masalah ini kini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak adalah merupakan kunci yang akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini

Karangan:Pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO Mampu Lonjak Ekonomi Negara

Pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO Mampu Lonjak Ekonomi Negara

Sebelum Melaka dan Georgetown dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia kategori kebudayaan, Taman Negara Kinabalu (Sabah) dan Taman Negara Mulu (Sarawak) telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia kategori Tapak Semulajadi pada tahun 2000. Sebagai sebuah negara di mana sektor pelancongan merupakan antara sektor terpenting kepadanya, pengiktirafan ini juga pastinya begitu dinantikan oleh Malaysia. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, sesebuah kawasan atau tapak yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia, akan mencatatkan pertambahan kedatangan pelawat sehingga ke tahap 30 peratus pada tahun pertama
Namun usaha untuk melindungi tapak-tapak warisan itu sangat penting kerana kegagalan untuk memastikan bahawa segala garis panduan yang ditetapkan, temasuklah perlunya kawalan terhadap pembangunan sentiasa dipatuhi, akan mengakibatkan pengiktirafan ini akan ditarik balik.

Sejarah Melaka dan Georgetown telah bermula sejak beratus tahun lamanya. Kedudukan kedua-dua kawasan ini begitu strategik iaitu di perairan Selat Melaka yang satu ketika dahulu menjadi laluan perdagangan terpenting antara Timur dan Barat. Kedatangan masyarakat dari serata dunia ke Melaka adalah permulaan kepada segalanya. Akhirnya Tanah Melayu menjadi sebuah negeri dengan penduduk berbilang bangsa hingga ke hari ini. Di situlah bermula sejarah Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi Malaysia.

Sejarah itu dengan jelas menunjukkan bahawa sejak dahulu, masyarakat di negara ini sentiasa bersikap terbuka dan mengamalkan toleransi. Di tanah air kita ini, sejak dari dulu lagi, masyarakat berbilang kaum dapat hidup bersama serta bebas mengamalkan adat resam dan budaya masing-masing dalam suasana penuh aman dan harmoni.

Karangan: Keganasan rumah tangga

Keganasan Rumah Tangga

Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga?
• Secara sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal.
• Mencederakan mangsa secara fizikal.
• Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak untuk tidak melakukannya.
• Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.
• Khianat atau merosakkan harta dengan niat akan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa.
Siapakah mangsa keganasan rumah tangga?
• Isteri / bekas isteri
• Suami / bekas suami
• Anak-anak
• Ibu bapa
• Ahli keluarga yang tinggal serumah

Apakah yang dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga?
• Penderaan fizikal
• Penderaan mental
• Penderaan emosi
• Penderaan seksual
• Penderaan spiritual

Bagaimanakah keganasan rumah tangga boleh berlaku?
Keganasan rumah tangga berlaku melalui beberapa tahap dan peringkat iaitu:
• Tahap 1 : Peningkatan tekanan – Bermula dengan perselisihan yang kecil dan isteri akan cuba menenangkan Si suami dengan pelbagai tindakan. Si Isteri lebih banyak mengalah menyebabkan Si suami akan menjadi dominan.
• Tahap 2: Permulaan insiden keganasan – Di peringkat ini, keganasan berlaku secara mendadak disebabkan Si suami tidak dapat mengawal kemarahannnya. Si isteri pula, tidak akan melawan, sebaliknya memendam rasa dan menangis. Keadaaan ini akan menyebabkan Si isteri mengalami tekanan psikologi yang keterlaluan.
• Tahap 3: Penyesalan – Pihak mangsa akan merasa sedih dan takut akan ditinggalkan pasangan. Suami berjanji akan berubah sikap, memohon maaf dan menunjukkan kasih sayang dan kemesraan yang luar biasa. Keadaan ini akan memberikan keyakinan kepada Si isteri bahawa Si suami akan berubah.

Adakah perselisihan faham boleh membawa kepada berlakunya keganasan rumah tangga?

Terpulang kepada pasangan suami isteri mengendalikan emosi mereka. Jika pasangan itu dapat berkomunikasi secara positif dan menyelesaikan perselisahan itu dengan baik, dan pasangan akan mengakui dan menginsafi kesalahan yang di buat, ia tidak akan membawa kepada keganasan rumah tangga. Walaubagaimanapun jika pasangan itu tidak dapat mengawal emosi mereka, kemungkinan pertengkaran dan pergaduhan akan berlaku. Kesan yang lebih teruk akan berlakunya keganasan fizikal, mental dan emosi atau seksual.

Mengapa keganasan rumah tangga boleh berlaku?

Keganasan rumah tangga berlaku kerana beberapa sebab:
• Tiada keharmonian dan persefahaman dalam rumah tangga.
• Personaliti suami atau isteri.
• Latar belakang keluarga.
• Kesan penagihan dadah, alkohol atau judi.
• Masalah ekonomi.
• Faktor terlalu cemburu terhadap pasangan.
• Masalah mental
• Latar belakang masyarakat dan budaya.
• Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
• Wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga.
• Kurangnya didikan agama.

Bagaimanakah untuk mengelakkan daripada berlakunya keganasan rumah tangga?
• Menjalani kehidupan yang harmoni dan memupuk kasih sayang dalam keluarga.
• Pasangan perlu menerima kekuatan dan kekurangan pasangan mereka dan sama memperbaikinya.
• Pasangan perlu sentiasa berbincang tentang masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaian secara harmoni.
• Pasangan perlu tahu dan menunaikan tanggungjawab mereka.
• Pasangan mengetahui hak-hak mereka dari sudut agama dan perundangan.
• Berpegang teguh pada agama.

Mengapa keganasan rumah tangga mesti dibendung?

Keganasan rumah tangga mesti dibendung kerana ia meninggalkan kesan negatif dalam institusi kekeluargaan.
• Si mangsa akan mengalami tekanan fizikal, mental dan spiritual. Sentiasa berada dalam satu situasi yang tidak selamat. Jika ia dibiarkan ia akan menjadi trauma untuk kesan jangka panjang.
• Akan menimbulkan kesan negatif kepada pertumbuhan atau perkembangan anak-anak. Kemungkinan si anak akan mengulangi apa yang dipelajari dari ibu bapanya apabila mereka besar kelak. Mereka pula berpotensi untuk menjadi pendera.
• Jika ia berterusan jalan akhirnya akan berlakunya penceraian. Penceraian tidak menguntungkan semua pihak. Pihak yang paling rugi sekali ialah anak-anak. Anak-anak akan mengalami tekanan emosi dan mental akibat penceraian ibu bapa mereka.
• Anak-anak mangsa penceraian ini akan mengalami konflik identiti dan jika mereka tersalah haluan akan terlibat dengan kes-kes juvana seperti gangsterism, vandalism, penagihan dadah dan lain-lain masalah sosial.
• Si ibu pula akan menjadi ibu tunggal. Terpaksa memainkan peranan sebagai ketua rumah.

Siapakah yang paling mudah terjebak kepada keganasan rumah tangga?
• Pasangan yang berkahwin dalam usia yang muda.
• Pasangan yang berpersonaliti negatif ( panas baran, kuat berleter dll)
• Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
• Penagih, pemabuk dan kaki judi.
• Pasangan yang mengalami sakit mental.
• Pasangan yang kuat cemburu.
• Pasangan yang diganggu oleh orang ketiga.
• Pasangan yang menghadapi masalah ekonomi.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda adalah mangsa keganasan rumah tangga?

Jika keganasan rumah tangga di tahap tidak serius:
• Mengenalpasti punca berlakunya keganasan rumah tangga.
• Cuba berbincang dengan pasangan anda agar tidak berlaku lagi.
• Dapatkan bantuan orang ke tiga di kalangan kedua-dua keluarga anda.
• Hubungi JPW ( unit Kaunseling ) atau PPWN untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Jika keganasan di tahap serius:
• Pastikan anda mendapat rawatan doktor jika berlaku kecederaan. Pergi ke OSCC ( Pusat Khidmat Bersepadu )
• Laporkan kepada pihak polis.
• Laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan Perintah perlindungan Interim ( IPO ) atau Perintah Perlindungan (PO).
• Jika anda telah membuat keputusan untuk bercerai, failkan penceraian anda di mahkamah.

Bolehkah perkara ini ditangani sendiri tanpa bantuan pihak ketiga?

Boleh. Jika pasangan bersedia berbincang secara baik untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Pada masa yang sama, pasangan dapat menerima kekuatan dan kelemahan pasangan dan memberi sokongan antara satu sama lain. Pasangan suami isteri perlu sedar bahawa perkahwinan bukan sahaja bersatunya dua hati tetapi penyatuan cara hidup, budaya dll. Kembali kepada agama dan memainkan peranan serta tanggungjawab sebagai suami isteri merupakan satu pendekatan yang terbaik.

Siapakah yang boleh membantu apabila anda mengalami keganasan Rumah Tangga?
• Diri sendiri
• Ahli Keluarga
• Jiran tetangga
• Ahli sukarelawan dan NGO
• Pihak Polis
• Hospital
• Jabatan Kebajikan Masyarakat
• Jabatan Agama Islam atau Badan Pendamai.
• Untuk mendapatkan khidmat nasihat hubungi Unit Kaunseling JPW atau PPWN ( Rumah Nur )

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bantuan?
• Ingin mendapatkan khidmat nasihat : Menelefon atau membuat temujanji dengan kaunselor-kaunselor dan Pegawai Pembangunan Masyarakat ( JPW, PPWN,JKM,JAIS dan sukarelawan-sukarelawan NGO )
• Ingin membuat aduan: Lapor segera kepada pihak polis yang berdekatan. Jika terdapat kecederaan, pergi ke Pusat Khidmat Sepadu( OSCC ) Ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan IPO dan tempat perlindungan jika perlu.
Mengapakah wanita atau mangsa keganasan rumah tangga sering berdiam diri (membisu ) atau lambat bertindak apabila didera?
• Wanita tidak mempunyai kesedaran tentang hak mereka sebagai isteri dalam aspek agama dan undang-undang.
• Perasaan takut kerana akan hilang tempat bergantung.
• Perasaan malu untuk membuat aduan tentang kepincangan keluarga sendiri.
• Memikirkan tentang anak-anak.
• Termakan pujuk rayu dan janji manis si suami

Karangan: Teknologi Hijau: Minyak BioPro dari minyak kelapa sawit

Minyak diesel BioPro yang dihasilkan daripada sisa kelapa sawit oleh sekumpulan penyelidik tempatan mempunyai potensi besar dalam menyumbangkan kepada tenaga hijau masa hadapan.
Diesel BioPro yang menepati standard wasap EURO, adalah hasil daripada penyelidikan selama 12 tahun yang dilakukan oleh sekumpulan saintis daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Malaya (UM). Selain menawarkan bahan api alternatif, Diesel Biopro juga mampu menyelesaikan satu masalah besar yang dihadapi industri kelapa sawit – bagaimana melupuskan sisa buangan daripada kilang pemproses minyak sawit.

SATU PENEMUAN BERPOTENSI

Minyak diesel daripada sisa kelapa sawit ini dihasilkan melalui bioproses tanpa penggunaan bahan kimia. Ia dihasilkan melalui penggunaan enzim dan proses yang melibatkan tekanan dan suhu yang rendah. Oleh itu Diesel Biopro boleh dianggap sebagai tenaga hijau lestari dan ia mampu menggantikan diesel konvensional tanpa penggunanya perlu mengubahsuai enjin kenderaan. BioPro boleh diisi terus ke dalam tangki minyak kereta, lori, traktor, bas, lokomotif, bot nelayan, janakuasa dan kilang-kilang.

Proses ini agak ringkas dan murah. Kilang perintis untuk memproses diesel jenis BioPro terdapat di Fakulti Kejuruteraan UM. Selain itu, diesel BioPro sebenarnya menawarkan satu penyelesaian yang menarik untuk pengendali kilang minyak sawit dalam melupuskan sisa kelapa sawit. Sekarang ini sisa kelapa sawit dibuang ke dalam kolam buatan manusia di ladang dan apabila ia penuh, ia akan dikambus dan kolam baru pula akan digali. Cara pelupusan ini tidak mesra alam malah boleh membawa mudarat kepada tanah di sekitar ladang.

PELBAGAI KELEBIHAN DIESEL BIOPRO

Para pengkaji ini memaparkan pelbagai kelebihan diesel BioPro. Diesel ini dikelaskan sebagai yang terbaik bila dibandingkan dengan diesel komersial yang menepati standard wasap Euro 2M dan Euro 4M. Antara kelebihan BioPro adalah ia tidak menyebabkan tembaga terhakis sedangkan persaing-pesaingnya mencatatkan ciri hakisan tembaga. Selain itu, diesel ini mencatatkan bacaan sifar bagi mendapan mikro karbon berbanding dengan diesel biasa yang menepati Euro 2M dan Euro 4M.
Kandungan asid turut diperhatikan lebih rendah bagi BioPro iaitu 0.2 mg/KOH/g sedangkan diesel lain merekodkan nilai maksimum 0.25.

SUPRA-BERSIH

Diesel BioPro ini didapati kurang mengeluarkan jelaga ketika ia melalui ujian asap dan ini satu-satunya ciri yang harus dibanggakan kerana akan membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam ertikata lain ia bahan api supra bersih. Kajian bandingan antara diesel BioPro dan diesel konvensional yang dilakukan menggunakan kenderaan Mitsubishi ‘pickup’ berusia 10 tahun menunjukkan kos untuk perjalanan sejauh 100 kilometer dengan diesel biasa ialah RM28 (USD9) manakala penggunaan BioPro menyaksikan penjimatan sebanyak RM12 (USD4) bagi jarak yang sama.

BioPro berjaya menyelesaikan masalah melupuskan sisa kilang sawit. Ternyata menguntungkan kerana minyak supra-bersih ditemui daripada sisa kilang sawit yang tidak dikehendaki lagi.

Selain itu, RPM atau putaran seminit enjin kenderaan menunjukkan RPM yang dicapai oleh BioPro adalah 500 RPM lebih rendah semasa bergerak pada kelajuan 100 kilometer sejam berbanding menggunakan diesel konvensional.

CEKAP

Sumber tenaga yang lebih cekap sentiasa menjadi pilihan malah ia terus menerus dicari dan dikaji.
Kandungannya yang 100 peratus sisa kilang sawit membezakan diesel jenis BioPro daripada Biodiesel yang mengandungi 80 peratus diesel dan 20 peratus minyak kelapa sawit. Satu lagi kelebihan BioPro adalah proses ini menghasilkan produk sampingan iaitu air dan sisa yang boleh digunakan sebagai baja. Inilah yang dipanggil inovasi mentransformasi sisa kepada kekayaan. Baja dan air ini boleh digunakan semula oleh syarikat yang terlibat dalam industri ini.

Dianggarkan jika kesemua 420 buah kilang sawit di negara ini menghantar sisa sawit mereka untuk diproses menjadi diesel BioPro, pendapatan tahunan daripada BioPro akan mencecah hampir RM40 bilion setahun. Untuk menghasilkan 25 tan diesel BioPro ini setiap hari, kilang pemprosesan sisa sawit ini memerlukan pelaburan sehingga RM12 juta. Walaupun begitu, pulangan daripada pelaburan itu dapat dinikmati dalam jangka panjang dan ia merupakan satu pelaburan yang pasti tidak sia-sia. Oleh kerana diesel ini tidak pula memerlukan pengubahsuaian pada enjin kenderaan, ini akan memudahkan proses peralihan kepada diesel jenis BioPro.

Bolehkah BioPro menggantikan diesel konvensional pada satu hari nanti? Tidak mustahil tetapi ia pasti akan mengambil masa untuk menghalusi lagi diesel BioPro dan meyakinkan pengguna dan pengeluar akan potensi diesel ini.

Karangan: HARI SINDROM DOWN SEDUNIA PADA 21 MAC 2012

SEMPENA HARI SINDROM DOWN SEDUNIA PADA 21 MAC 2012
KESABARAN PENTING DALAM MEMBESARKAN ANAK SINDROM DOWN

Dipetik dan disesuaikan daripada Bernama

Statistik global menunjukkan secara purata setiap satu daripada 800 bayi dilahirkan dengan masalah genetik Sindrom Down. Di Malaysia, kebarangkalian masalah genetik ini adalah satu dalam 950 kelahiran.

Contoh Kes 1, Pakar pediatrik memberitahu ibu bahawa anak yang baru dilahirkannya mempunyai masalah genetik Sindrom Down dan nasihatkannya menyiapkan diri secara psikologi untuk menghadapi cabaran yang dijangka mengiringi anak istimewa ini. Cabaran besar baginya bermula kerana anaknya bernama Azfar mempunyai tiga ‘kecacatan atau anomali’ jantung selain masalah pernafasan disebabkan paru-paru yang lemah. Jantung anak tidak berfungsi secara normal. Anak itu juga mudah dapat jangkitan pada paru-paru yang mengganggu pernafasannya. Kemudian anak itu dibedah oleh pakar di Institut Jantung Negara (IJN) pada umur tiga bulan dalam satu pembedahan yang mengambil masa lapan jam. Selepas pembedahan itu, ibu dan anak kecilnya terpaksa ‘tinggal’ di hospital hampir dua tahun kerana anak itu menghadapi pelbagai masalah dan komplikasi akibat daripada masalah genetik.

MAKAN

Setelah Azfar pulih daripada masalah yang memaksanya tinggal di hospital, ibunya terpaksa pula menempuh satu lagi cabaran yang besar di mana anak itu tidak boleh makan dan minum seperti kanak-kanak biasa. Azfar hanya bergantung pada susu yang dimasukkan melalui tiub nasogastrik (tiub dari hidung terus ke usus). Azfar tinggal di hospital semenjak dilahirkan sehingga berumur dua tahun. Pada mulanya, dia diberi makan melalui tiub orogastrik (menerusi mulut ke usus) dan kemudian tiub nasogastrik.

Menurut pakar, anak Sindrom Down mempunyai pelbagai masalah dan ‘makan’ adalah satu daripadanya. Ada anak yang dilahirkan dengan Sindrom Down tahu apa yang perlu dibuat, manakala ada yang dilahirkan dengan tidak tahu apa yang harus dilakukan dan Azfar termasuk dalam kumpulan kedua. Ibunya mencuba hampir segalanya untuk membuat (Azfar) berupaya menelan makanan tetapi apa yang disuap akan keluar melalui tepi mulutnya. Menurut doktor, otot mulut dan menelannya mempunyai tonus (kekuatan) yang lemah.

Akhirnya, pada ulang tahun kelahiran yang keempat, Azfar mula dapat menelan makanan cair. Semenjak itu, dia tidak lagi perlu bergantung kepada tiub nasogastrik untuk makan kerana sudah boleh mengguna sudu dan mangkuk.

SESUAIKAN DIRI DENGAN ANAK SINDROM DOWN

Bagaimana seorang ibu menyesuaikan dirinya kepada anak yang mempunyai masalah Sindrom Down? Bagi ibu yang sebegini, ia adalah sesuatu yang normal untuk menempuh satu fasa penyesuaian yang agak sukar bila mengetahui anaknya memerlukan bantuan khas.
Tetapi ibu bapa boleh cuba mengenali kekuatan dan kelemahan anak mereka. Ibu seharusnya mendidik dirinya sendiri bagi menyesuaikan diri dengan masalah yang dihadapi anaknya.
Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak Sindrom Down agar mereka dapat membesar dengan cara terbaik. Elak daripada membandingkan anak itu dengan anak yang normal. Aspek lain adalah menyediakan program terapeutik dan pendidikan bagi memenuhi apa yang diperlukan oleh anak itu selain mencari bantuan bagi menangani isu-isu emosi. Nasihat dan pengalaman daripada ibu bapa yang mempunyai masalah yang sama dapat membantu.

KESABARAN

Memang anak Sindrom Down adalah sangat menakutkan, tetapi anak Sindrom Down boleh mempertingkat dan menyerikan kehidupan keluarga. Anak mengajar ibu bapa erti kehidupan. Apa yang telah ibu Azfar pelajari semasa membesarkan anak Sindrom Down, adalah kesabaran.
Anak Sindrom Down boleh bertukar ‘mood’ dengan sekelip mata sahaja. Mereka boleh berubah minat dengan begitu pantas. Mereka juga keras hati contohnya jika mereka hendak main dengan satu alat permainan, maka alat permainan itulah yang akan dimainkannya. Mempunyai anak Sindrom mengajar ibu bapa makna kasih sayang dan membuat minda mereka lebih terbuka. Ibu Azfar juga mengakui kini mempunyai semangat dan iman yang kukuh.

Tarikh 21 Mac dipilih sebagai Down Syndrome International (DSI) bagi menyatakan betapa uniknya masalah genetik yang berlaku bila wujudnya triplet (trisomi) bagi kromosom 21 manusia.

Hari Down Sindrom Sedunia yang pertama dilancarkan pada 2006 di Singapura.
Fisioterapi Penting Bagi Anak Sindrom Down
Terapi fizikal adalah penting bagi anak yang mengalami masalah genetik Sindrom Down kerana terapi ini memberi tumpuan bagi mempertingkat serta memaksimum kualiti hidup mereka. Terapi ini juga penting bagi usaha ‘kaedah intervensi’ dan pemulihan.Terapi fizikal atau dikenali juga sebagai fisioterapi merangkumi aspek-aspek fizikal, psikologi, emosi serta kesejahteraan sosial anak Sindrom Down.

Menurut pandangan dan pengalaman para juruterapi, matlamat terapi fizikal dalam kes Sindrom Down adalah untuk membantu anak itu mengenali cara yang sepatutnya bagi mengekalkan postur badan yang sepatutnya semasa bergerak. Tanpa fisoterapi, anak Sindrom Down terpaksa membuat penyesuaian terhadap pergerakan bagi mengimbang kelemahan otot mereka. Ini boleh memberi kesan seperti masalah kesakitan otot badan.

Oleh itu objektif sebenar fisioterapi adalah mengajar anak itu cara bergerak yang betul. Menurut pakar adalah amat penting bagi juruterapi fizikal mendapatkan latihan dan pengetahuan yang cukup bagi membantu anak Sindrom Down mengimbangi masalah otot, sendi lemah serta masalah muskuloskeletal yang lain.

BANTU ANAK ITU

Juruterapi mengajar ibu bapa dan anak Sindrom Down cara bagaimana mengguna kebolehan fizikal semasa berada di rumah. Menurut juruterapi di Yayasan Sindrom Down Kiwanis-Pusat Nasional (KDSF-NC) di Petaling Jaya. Jumlah terapi fizikal yang diterima anak itu bergantung kepada penilaian yang dibuat juruterapi, biasanya tidak lebih daripada sekali (satu sesi) seminggu. Bagaimanapun, ia bergantung kepada anak itu sendiri.

Masa yang singkat bagi juruterapi bersama ibu bapa dan anak mereka adalah hanya tujuan tunjuk ajar. Kesan terbaik boleh dicapai bila ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara aktif semasa sesi terapi. Ibu bapa perlu meluangkan masa bermain dengan anak Sindrom Down mereka. Ketika anak itu tengah aktif dan bermain, bermainlah bersama mereka dan cuba terapkan apa yang diajar oleh juruterapi kepada ibu bapa. Ibu bapa tidak perlu sesi yang formal bagi melakukan aktiviti itu. Mereka juga tidak perlu alat permainan khas kerana anak akan turut belajar ketika mereka bermain.

POSTUR TUBUH YANG SEPATUTNYA

Matlamat utama fisioterapi bagi anak Sindrom Down adalah bukannya untuk mempercepatkan perkembangan kognitif serta fizikal mereka tetapi bagi memastikan anak itu mempunyai postur badan yang betul.

Menurut juruterapi fizikal, ini akan memberi kebaikan kepada anak itu bukan hanya pada masa sekarang tetapi juga pada masa akan datang. Para ibu bapa dan penjaga perlu sentiasa bermain dengan anak mereka bila ada kelapangan. Penglibatan mereka (ibu bapa dan penjaga) dalam sesi fisioterapi adalah sangat bermakna.
KEBAJIKAN ANAK SINDROM DOWN

Pengarah Operasi KDSF-NC, Angie Heng, menjelaskan bahawa institusi ini komited bagi kebajikan anak Sindrom Down. Fokus utamanya adalah pelajaran anak Sindrom Down di bawah umur enam tahun. Selain meningkatkan kesedaran awam terhadap Sindrom Down, KDSF-NC juga memberi tumpuan terhadap mengekalkan serta pembaikan program Pendidikan Khas, melatih Pendidikan Keperluan Khas selain memberi kaunseling kepada keluarga yang mempunyai anak Sindrom Down. KDSF-NC juga mempunyai pusat sumber yang komprehensif untuk maklumat mengenai Sindrom Down dan peralatan bantuan Pendidikan Khas.

Pusat ini mempunyai Program Stimulasi Bayi (ISP), Program Toddler (TOD) dan Program Pendidikan Khas (SEP). ISP adalah untuk anak berumur dari dua bulan hingga dua tahun.
Program ini adalah untuk menguatkan kelemahan fizikal (otot) melalui fisioterapi dan terapi gerak kerja bagi membantu anak itu mencapai matlamat awal seperti berupaya merangkak, mencari serta bermain objek, mempunyai refleks yang lebih baik selain kebolehan memori dan imitasi bunyi.

Bagi TOD (umur dua hingga empat tahun), program itu dibina berdasarkan pencapaian kebolehan anak, bagi membantu anak itu mengikuti pendidikan seterusnya. Penekanan adalah pada pengembangan kebolehan yang lain seperti pertuturan peringkat awal, pra-akademik, penceritaan, muzik serta menyukai lukisan, semuanya dalam skop keceriaan dan permainan.

Bagi SEP (empat hingga enam tahun), program adalah bagi mengukuhkan kebolehan yang dipelajari seperti menghalusi kebolehan Motor Kasar dan Halus, Pra Akdemik dan Pertuturan selain kebolehan Bantu Diri dan Skil Sosial. Skil-skil ini memberi persediaan kepada anak Sindrom Down untuk memasuki alam persekolahan rendah.

METODOLOGI PENGAJARAN

KDSF-NC mengamalkan konsep ‘belajar melalui bermain’ yang terbukti ia adalah satu suasana yang dapat merangsangkan anak istimewa. Keutamaan adalah penglibatan dalam aktiviti stimulasi dan permainan yang bermakna serta penglibatan aktif dalam pelajaran.
Kaedah lain adalah belajar dalam kumpulan dan sesi ‘satu dengan satu’ (seorang guru akan bersama satu anak dalam sesi). Aktiviti juga dijalankan dalam sesi berkumpulan dan sesi satu dengan satu. Dalam sesi berkumpulan, anak itu belajar untuk bergilir, berupaya berinteraksi secara sosial dan mempunyai peluang berkomunikasi dengan rakan dan guru. Sesi satu dengan satu dijalankan berasaskan pelan pengajaran individu anak itu. Keutamaan akan diberi kepada anak itu untuk mencapai matlamat pendidikan khas.

SKIL BELAJAR

Menurut juruterapi gerak kerja KDSF-NC, Nazahiyah Abdullah, Skil Belajar termasuklah Skil Motor Kasar di mana anak diberi latihan fizikal bagi menguatkan keseimbangan dan koordinasi badan mereka. Aktiviti fizikal seperti berenang boleh membantu anak dalam gerak motor. Skil Motor Halus bergantung kepada keberkesanan Skil Motor Kasar. Anak akan diajar koordinasi mata serta tangan seperti melekatkan kad dan memasukkan benang melalui manik. Mengenai Skil Pra-Akademik, anak diajar mengasingkan objek mengikut warna dan bentuk selain mengatur gambar.

Lokasi KDSF-NC ialah di Lot 13490 Jalan Jenjarum, Off SS23/1, Taman Sea, 47400 Petaling Jaya, Selangor. Atau hubungi 03-7803 0179 (Faks: 03-7806 4862). Keterangan lanjut boleh layari http://www.kdsf.org.my (email:info@kdsf.org.my).

Fahaman teks/karangan: Kesihatan mental

Masalah keresahan melampau atau ‘Obsessive Compulsive Disorder’ (OCD) boleh memberi impak negatif yang besar terhadap mereka yang mengalaminya.
disesuaikan daripada Bernama Jan 2012

SIMPTOM, PERASAAN, GELAGAT pesakit yang menghidapi masalah obsesif kompulsif (OCD) atau perasaan was-was ekstrem.

Simptom penyakit ini ialah melakukan gerakan berulang kali ketika membersih dan memeriksa, selain daripada keterlaluan atau ekstrem dalam memikirkan aspek seksual, keganasan atau aspek keagamaan.

Pesakit kerap merasakan dirinya tidak bersih sehinggakan mengambil masa berjam-jam lamanya bila berada di bilik mandi. Pesakit akan membasuh kedua-dua tangannya dan mandi berulang kali. Bukan itu sahaja, pesakit akan jalan mengundur bila mahu keluar dari bilik mandi. Lebih teruk lagi apabila keluar dari biliknya, pesakit akan memeriksa pintu biliknya sama ada telah berkunci dengan membuka serta menutup pintu dan memusingkan tombol pintu berulang kali. Banyak kali juga dia akan berpatah balik setelah melangkah hanya beberapa meter untuk memastikan pintu itu betul-betul dikunci. Tegasnya pesakit mempunyai perasaan serta kelakuan dan gelagat yang ekstrem.
Kelakuan yang berulang kali seperti membuka dan menutup pintu sebanyak 20 kali sebelum meninggalkan bilik adalah untuk melegakan keresahan serta pemikiran yang mengatakan pintu bilik itu mungkin belum dikunci. Tetapi ini membuang masa dan mendatangkan stres yang hebat. Kesan paranoid sebegini boleh membuat individu itu psikotik. Masalah ini memberi kesan terhadap rutin hidup seharian. OCD merupakan masalah berpunca dari otak, seperti keresahan serta ketakutan melampau atau juga kombinasi kedua-duanya sekali.

PERLU BANTUAN, PEMAHAMAN

Mula-mula pesakit OCD perlu memahami isu itu. Mereka perlu tahu masalah itu merupakan perasaan yang tidak boleh dikawal seolah-olah terpaksa mereka lakukan dan tidak dapat melepaskan diri dari perasaan ini dan melakukannya. Ini semua tanpa kawalan, seperti imej dan impuls otak yang berlaku tanpa henti berulang kali.

JENIS WAS-WAS

Terdapat beberapa kategori bagi mereka yang mempunyai masalah ini. Kategori pertama ialah mereka yang takut kotor dan akan membersih tangan dan badan berulang-kali.

Kumpulan kedua rasa terpaksa memeriksa pintu, dapur gas berulang kali bagi memastikan keselamatan dan menjauhi bahaya. Ada yang rasa bersalah atau berdosa dan merasakan mereka perlu lakukan sesuatu untuk mengelak daripada didenda atau dihukum. Ada juga yang rasa obsesi dengan cara mengatur barang atas meja dan rak atau mengatur perabot dan dekorasi di dalam rumah. Ada juga yang punya kepercayaan karut tentang sesuatu nombor, warna atau corak dan aturan.

Langkah:
Terapi terbaik bagi mereka yang mengalami OCD ialah terapi ‘kognitif-tingkahlaku’.
Terdapat juga ubat bagi menghilangkan kemurungan tetapi ubat sahaja jarang sekali berkesan mengurangkan simptom masalah ini.

PENDEDAHAN, RESPONS

Pendedahan serta menghalang respons berkisar kepada sumber yang menyebabkan obsesi itu. Individu itu akan dihalang daripada melakukan aktiviti kompulsif bagi meredakan keresahannya.
Contohnya, bagi seseorang yang kompulsif dalam membasuh tangan. Beliau akan disuruh menyentuh tombol atau pemegang pintu tandas awam dan kemudian dihalang daripada membasuh tangannya. Semasa orang itu dalam keresahan, desakan untuk membasuh tangan secara ‘ritual’ (berulang kali) akan beransur hilang. Melalui cara ini, individu itu akan belajar bahawa beliau tidak perlu melakukan ritual itu dan belajar mengawal perasaan obsesif dan tingkahlaku kompulsif.

Terapi kognitif pula memberi fokus terhadap pemikiran yang bahaya dan rasa tanggungjawab besar individu berkenaan. Ia mengajar cara memberi respons yang sihat dan efektif terhadap pemikiran obsesif tanpa perlu melakukan tingkah laku kompulsif.

LANGKAH MENGATASI SIMPTOM

Pesakit disedarkan bahawa pemikiran sebegitu adalah disebabkan OCD dan katakan pada dirinya bahawa ‘ia bukan sebenarnya saya, tetapi hanya OCD’ bagi mengingatkan tingkah laku itu adalah mesej-mesej palsu dan tidak bermakna yang dihantar otak”. Pesakit harus memberi fokus terhadap perkara lain walaupun hanya beberapa minit. Pesakit perlu berkata “saya mengalami gejala OCD dan perlu melakukan sesuatu yang lain.”

BANTUAN KELUARGA

OCD boleh mengganggu hidup sosial dan keluarga mereka yang mengalaminya.
Keluarga boleh membantu dalam memahaminya serta mengelakkan konflik daripada berlaku. Ahli keluarga boleh memberi motivasi serta sokongan terhadap individu yang menghidapi OCD.

Aktiviti riadah seperti melakukan joging, jalan kaki, mendengar muzik dan melayari Internet semata-mata untuk mengelakkan diri daripada tingkah laku kompulsif dan pemikiran obsesif.

Pesakit perlu melengah-lengahkan respons, lagi lama dilengahkan, semakin hilang desakan melakukan gerak kompulsif itu.

ELAK STRES
Sesuatu yang mendatangkan stres boleh mencetuskan atau memburukkan lagi episod OCD.
Pesakit dinasihatkan mengamalkan gaya hidup tanpa stres serta aktiviti yang mendatangkan relaks selain daripada mengamalkan senaman serta pemakanan yang secukupnya. Masa tidur dan rehat harus secukupnya, di samping menjauhi rokok, nikotin dan alkohol.

ELAK DARIPADA BERSENDIRIAN
Pesakit jangan bersendirian dalam mengalami masalah itu. Mereka perlu meminta bantuan, bercerita masalah kepada orang lain. Ada baiknya jika melibatkan diri dengan kumpulan sokongan dan berkongsi pengalaman. Elakkan daripada memberi komen-komen yang negatif. Mereka harus berinteraksi secara positif dalam lingkungan sosial dan anggap semuanya itu adalah satu perkara yang lucu, selanjutnya menceriakan diri sendiri.