Category Archives: Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2

Karangan: Rokok

Fakta Rokok Global
• Jumlah perokok seluruh dunia dianggarkan sekitar 1.15 bilion orang.
• Daripada jumlah itu, lebih 80 peratus perokok adalah di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
• Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
• Dalam kalangan remaja di seluruh dunia yang berumur antara 13 dan 15 tahun, dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
• Secara kasar, 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari dan separuh daripada jumlah itu di negara-negara Asia.
• Di Amerika Syarikat mendapati kecenderungan kanak-kanak yang merokok untuk menjadi penagih dadah adalah 13 kali ganda berbanding kanak-kanak yang tidak kerap merokok!

FAKTA PEROKOK MALAYSIA

• Fakta “Info Sihat” Kementerian Kesihatan mengenai senario dan tabiat merokok di Malaysia menunjukkan hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
• Setiap hari sekitar 45 hingga 50 remaja bawah umur 18 tahun mula merokok. Statistik bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat 8 peratus dari tahun 2005 hingga 2010.
• Tahun 2004: secara keseluruhannya hampir seorang daripada lima remaja adalah perokok.
• Kes kanser paru-paru dalam negara bertambah dengan kadar 17 peratus setahun dan tabiat merokok juga dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
• Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2010: tabiat merokok menyebabkan kematian kira-kira 18,000 orang setahun.
• Lebih lima juta perokok tegar negara ini membelanjakan sekitar RM15 juta sehari untuk membeli rokok.
• Ini bermakna RM5.8bilion setahun.

Asap rokok toksik! Ramai yang tahu tetapi buat tidak tahu dan masih mahu. Malah ada yang tegar merokok meskipun nyawa sudah seperti telur di hujung tanduk! Amalan merokok semakin menjadi budaya melibatkan bukan sahaja golongan dewasa tetapi juga remaja, baik lelaki mahu pun perempuan. Pun bagi mereka yang mungkin tersasar jauh, merokok berpuluh-puluh tahun, berhenti merokok bukan suatu yang mustahil!

Punca-Punca Seseorang Terjerat Dengan Rokok
1. Pengaruh rakan sebaya
• Lazimnya tabiat ini bermula secara suka-suka.
• Lihat kawan hisap rokok, seseorang cenderung mahu mencuba.
• Ramai terpengaruh dengan ajakan kawan untuk mencuba merokok.
• Mereka bermula dengan suka-suka akhirnya ketagih.
• Kalau pun ada yang tidak mahu, pengaruh kuat rakan sebaya akhirnya menjeratnya kepada perangkap rokok.
• Ada juga yang merokok pada awal usia belasan tahun.
• Lazimnya mereka yang mencuba sekali, meskipun ada yang terbatuk-batuk menyedut asap rokok, tidak akan berhenti dengan hembusan asap rokok yang pertama.
• Kaki baru melangkah ke sekolah menengah rendah, sudah mula suka bau wangi asap rokok.

.

2. Kekeliruan identiti remaja mendorong mereka terlibat dalam tabiat merokok.
• Pada usia yang muda, para remaja hendak menonjolkan diri dengan identiti tertentu untuk dikenali.
• Ramai remaja menganggap amalan ini sebagai fesyen sezaman
• Amalan ini melambangkan kedewasaan mereka.
• Dengan menghisap rokok, mereka nampaknya lebih matang dan dewasa.
• Ada pula menganggap mereka lebih bergaya dan berstatus.
• Ada pula kaum wanita mahukan badan langsing dan percaya amalan ini dapat mengekalkan kelangsingan badan mereka.

KESAN NEGATIF ROKOK

1. Merokok boleh menyebabkan ketagihan.
• Hal ini kerana tembakau mengandungi bahan penyebab ketagihan dipanggil nikotin.
• Ini merupakan bahan psikokimia yang mempengaruhi sistem saraf dan mental seseorang.
• Nikotin dilaporkan menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh dadah kokain dan heroin.
• Penagih akan gian.
• Seluruh badan tidak selesa dan hilang semangat jika terputus bekalan rokok.

2. Merokok mencetuskan masalah disiplin remaja

• Bagi remaja yang terperangkap dengan ketagihan, bukan sahaja wang saku dihabiskan malah ada juga yang berani ponteng sekolah untuk melepas gian.
• Hal ini kerana mereka tidak boleh merokok di sekolah.
• Mereka menjadi liar dan kerap ponteng sekolah kerana ketagih merokok.
Tidak cukup dengan wang saku sekolah, ada juga yang mula menjadi pandai mengebas duit ibu bapa sendiri.
• Selepads itu mereka mungkin bergelumang dengan tabiat buruk mencuri untuk menampung belanja membeli rokok.
• Malah tidak kurang juga perokok-perokok ini terlibat dengan jenayah juvana dan penyalahgunaan dadah!

3. Rokok menjejaskan kesihatan perokok.
• Asap rokok yang tampak seakan-akan berwarna putih sebenarnya tidaklah sebersih sebagaimana yang lazimnya dikaitkan dengan warna putih.
• Hakikatnya asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh membunuh.
• Tembakau adalah penyebab paling utama kematian di seluruh dunia di mana tabiat merokok dilaporkan boleh membunuh satu bilion orang dalam abad ini.
• Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau di mana 2,000 daripadanya adalah toksik dan 63 karsinogenik.
• Separuh daripada perokok jangka masa panjang diuar-uarkan akan mati akibat penggunaan tembakau yang antaranya menyebabkan kanser paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik serta penyakit jantung.
• Secara puratanya juga, hayat seseorang itu akan menjadi pendek lima minit bagi setiap batang rokok yang dihisap!
• 30 peratus daripada semua kematian berkaitan kanser berpunca daripada tabiat merokok.
• 90 peratus daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah juga kerana tabiat merokok!

4. Asap rokok mencetuskan penyakit kanser:
• Tar dan nikotin dalam asap rokok menyebabkan barah paru-paru dan mulut.
• Asap rokok bertoksid menyaluti tisu paru-paru, dan menjadinya kendur.
• Jadi, gas-gas oksigen sukar meresap masuk menyebabkan penyakit emfisema.
• Masalah sesak nafas atau batuk berpanjangan mencetuskan bronkitis.
• Pada tahap serius, kahak perokok bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan.
Sel-sel paru-paru mengalami tumbesaran yang abnormal menyebabkan kanser paru-paru.

5. Rokok mencetuskan sakit jantung.
• Urat-urat darah menjadi tegang, menyebabkan penyakit jantung.
• Jika ketiga-tiga saluran darah ke jantung tersumbat, pembedahan pintasan jantung terpaksa dijalankan.
• Perokok menghadapi risiko serangan jantung yang teruk.
• Perokok yang merokok sehingga 40 batang sehari mudah menderita serangan sakit ahmar.

6. Rokok mengancam tumbesaran bayi dalam kandungan ibu
• Racun asap rokok meresap ke embrio.
• Janin dalam kandungan kekurangan oksigen.
• Kemungkinan besar bayi itu mengalami keguguran awal.
• Ada pula dilahirkan lebih awal dan dalam keadaan kurang berat badan.
• Maka bayi mudah dijangkiti penyakit.
• Kecerdasan otak bayi juga terjejas.

HALANGAN-HALANGAN YANG MENGGAGALKAN USAHA MEMBUANG TABIAT MEROKOK.
• Bilangan perokok pelbagai peringkat umur di Malaysia kian meningkat.(Wanita)
• Merokok bukan sahaja membazirkan wang, malah mengancam kesihatan kita.
• Usaha demi usaha telah dijalankan untuk membendung tabiat merokok.
• Namun banyak halangan yang menyekat usaha kita.

1. Ibu bapa yang merokok membantutkan usaha ini.
• Pendidikan mencegah anak daripada merokok perlu bermula dari rumah.
• Malangnya Ibu bapa yang merokok akan menunjukkan teladan yang tidak baik.
• Akibatnya, anak-anaknya akan terikut-ikut dengan telatah orang tua mereka.
• Pasti ibu bapa tidak dapat menasihati anak menjauhi amalan merokok.
• Usaha mereka tidak ubah seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul” .
• Jadi, mereka tidak dapat menghalang anak-anaknya daripada merokok.
• Dengan ini, tabiat buruk masih berlarutan.

2. Kelemahan diri perokok juga menghalang mereka mengkikis tabiat ini.
• Ramai perokok sedar tentang kesan buruk tabiat ini tetapi sengaja tidak mengambil peduli
• Mereka kurang mengambil iktibar daripada bukti sahih perubatan.
• Ramai yang ketagih kerana gagal mengatasi masalah hidupnya.
• Mereka cuba mengatasi tekanan hidup dengan merokok.
• Kesunyian hidup mendorong mereka terus merokok
• Ada yang tidak berupaya mengawal nafsu dan kurang berazam mengatasinya.
• Mereka terikut-ikut dengan ajakan kawan-kawan dalam amalan ini.

3. Usaha kerajaan membanteras tabiat buruk ini juga tidak menyeluruh.
• Kerajaan menyeru rakyat membuang tabiat buruk ini.
• Namun, usaha menanam tembakau digalakkkan di kawasan pantai Kelantan dan Trengganu.
• Selagi tembakau dimajukan, selagi itulah rokok akan membanjiri pasaran.
• Kerajaan juga membenarkan nama syarikat rokok menjadi penaja temasya sukan dan filem.
• Akibatnya ramai rakyat memberi alasan tanpa menghisap rokok, kita tidak dapat menikmati pelbagai rancangan sukan dan tayangan filem.

4. Penguatkuasaan undang-undang yang kurang berkesan juga merupakan halangan utama.
• Kini pengharaman mengisap rokok di kawasan awam sudah berkuatkuasa
• Remaja di bawah usia 18 tahun juga dilarang membeli dan menghisap rokok.
• Namun remaja masih melayan ketagihan mereka.
• Rokok dapat beli dengan mudah oleh sesiapa sahaja.
• Para ramaja melepak di kafe siber, warung, perhentian bas atau pusat membeli-belah.
• Remaja ini tidak segan silu menghembus asap rokok, sebatang lepas sebatang dalam masih berpakaian seragam sekolah!
• Tanpa tangkapan dan hukuman yang berat, pasti orang ramai tidak akan takut.

5. Pengaruh iklan rokok merupakan halangan utama usaha kita membasmi amalan merokok.
• Kerajaan telah mengharamkan iklan rokok dalam media massa.
• Namun syarikat rokok sepereti Dunhill menggunakan cara lain mempromosikan rokok.
• Syarikat-syarikat rokok secara agresif menjalankan kempen merokok terutama dalam kalangan golongan remaja.
• Ini dapat dilihat dengan penglibatan syarikat rokok dalam pelbagai pesta yang melibatkan golongan remaja
• Jenama rokok menjadi penaja rancangan televisyen dan temasya sukan antarabangsa dsn.
Dunhill juga mengiklankan barangan mewah.
• Dengan itu, mesej rokok sebagai simbol status, dan prestij yang tersirat di sebalik nama rokok tersebar.
• Selanjutnya ini menggalakkan orang ramai tertarik dengannya.
• Ini akan menghalang usaha kita membuang tabiat merokok.

LANGKAH MEMBANTERAS TABIAT MEROKOK

1. Kempen kesedaran
 Banyak wang sehingga ratusan juta ringgit setiap tahun dibelanjakan untuk menanam sikap benci kepada rokok, umpamanya menerusi Kempen ‘Tak Nak Merokok’.
 Pelbagai jenis media digunakan.
 Bermacam jenis strategi juga disusun termasuk memaparkan gambar-gambar yang ‘mengerikan’ di kotak-kotak rokok yang menunjukkan kesan buruk rokok kepada perokok.
 Program Hari Tanpa Merokok Sedunia anjuran IJN
 Langkah menghentikan tabiat ini disarankan kepada orang ramai.
 Kesan buruk rokok disiarkan melalui media massa.
 Orang ramai akan sedar Kesedaran untuk berhenti merokok timbul
 Mereka akan menjauhi amalan ini.
 Ibu bapa akan mengawal ketat anak-anak mereka.

2. Batuan NGO
• Klinik Berhenti Merokok (QSC) Institut Jantung Negara (IJN) memberikan pelbagai bimbingan kepada perokok tegar.
• Sesi Sokongan Berhenti Merokok diadakan di IJN.
• Perokok dijemput menyertai Klinik Berhenti Merokok IJN.
• khidmat kaunseling kaunselor dapat membantu perokok tegar berhenti merokok.
• Ubat diberi untuk merawat ketagihan merokoknya.
• Perjumpaan Sesi Sokongan Berhenti Merokok dianjurkan agar perokok berjaya menahan keinginan merokoknya.
• Selanjutnya menanam azam untuk memilih jalan hidup yang lurus

3. Dasar kerajaan
 Melalui dasar cukai, kerajaan boleh menaikkan cukai rokok.
 Dengan sedemikian, rokok akan menjadi mahal.
 Golongan yang kurang mampu akan mengurangkan amalan ini.
 Ini membantu perokok kuatkan azam mereka untuk henti merokok.
 Kementerian Kesihatan terus menguatkuasakan larangan merokok di zon-zon yang ditetapkan.
 Sehingga kini sebanyak 21 premis telah dikenal pasti sebagai zon larangan merokok.
 Antaranya ialah hospital/klinik, lapangan terbang, lif serta tandas awam, restoran berhawa dingin, pengangkutan awam, premis kerajaan, institut pendidikan, stesen petrol, kafe internet, pusat membeli-belah di samping ruangan pejabat swasta dengan sistem pendingin hawa yang berpusat.

PENGALAMAN SEORANG PEROKOK DALAM USAHA MEMBUANG TABIAT MEROKOK:
• Amaran doktor bahawa batuk yang serius tanda awal kanser paru-paru.
• Separuh sel paru-paru hampir mati.
• Kahaknya bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan.
• Merokok sehingga 40 batang sehari senang kena serangan sakit ahmar.
• Tiga saluran darah jantung sudah 80% tersumbat.
• Mula-mula mengurangkan bilangan rokok yang dihisap, secara perlahan-lahan.
• Hari pertama berhenti merokok, merasa keperitannya.
• Apabila bangun pagi, teringin sangat hendak merokok.
• Ingin menangkap dan menghiru asap rokok perokok lain.
• Terpaksa buat-buat sibuk, jangan biarkan diri kesenangan kerana idea hisap rokok akan muncul.
• Tidak menghampiri mereka yang merokok.
• Baru boleh menahan diri daripada ingin merokok apabila melihat orang merokok.
Setelah mengambil ubat untuk merawat ketagihannya, bau rokok sudah menjadi ‘tidak sedap’.
• Sokongan rakan dan sokongan moral kaunselor di Klinik Berhenti Merokok IJN mendorongnya lupa langsung tentang rokok.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

• Beban menyedarkan rakyat tentang bahaya merokok sewajarnya bukan sahaja digalas kerajaan.
• Pelbagai pihak perlu ‘turun padang’ dengan melaksanakan kempen kesedaran anti merokok.
Kita perlulah mendukung amalan gaya hidup sihat dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutama bebas daripada amalan merokok yang memudaratkan kesihatan.
• Insaflah semua, bebaskan alam kita daripada pencemaran asap rokok.

Soalan STPM yang lepas

1988 Bhg A
Dalam laporannya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa
 sejuta orang meninggal dunia tiap-tiap tahun berpunca daripada tembakau,
 perbuatan merokok bertanggngjawab ke atas 90 % daripada semua kes barah paru-paru dan 75% daripada semua kes penyakit kerongkong yang tenat , dan
 perokok-perokok membelanjakan kira-kira 240 bilion ringgit tiap-tiap tahun untuk membeli 4,000 bilion batang rokok.
Merujuk kepada pernyataan di atas, jelaskan pendapat anda mengenai perbuatan merokok dari segi kesihatan dan ekonomi.

1991 Bhg B
Dengan berdasarkan maklumat di bawah, sejauh manakah amalan merokok merupakan punca utama yang mengancam kesihatan penduduk Malaysia?
* Seramai 3.1 juta penduduk Semenanjung Malaysia termasuk 330,000 orang wanita, adalah perokok.
* Penduduk Semenanjung Malaysia menghisap sebanyak 46.5 juta batang rokok sehari.
* Rokok yang dijual di Malaysia mempunyai kandungan tar dan nikotin sebanyak dua kali ganda melebihi kandungan tar dan nikotin dalam rokok yang dijual di Amerika Syarikat.
* Ibu yang merokok mungkin mengalami risiko melahirkan bayi yang kekurangan berat badan dan tidak sihat.
* Hampir 7,500 orang mati setiap tahun akibat barah; 90 peratus daripadanya perokok.

1995 Bhg B
Terdapat pelbagai jenis barang keperluan domestik dan makanan yang mengandungi bahan kimia berbahaya, seperti arsenik(dalam cat), alkohol, eter, gikoi(dalam kosmetik), kafein, gula tiruan, monosodium glutamat, dan bahan-bahan kimia lain yang seumpamanya. Bahan-bahan ini boleh mengancam kesihatan seseorang sekiranya tidak digunakan secara berhati-hati.
Jelaskan kesan penggunaan barang-barang tersebut terhadap kesihatan pengguna.

1996 Bhg B .
Amalan pemakanan dan gaya hidup baru merupakan punca utama munculnya pelbagai penyakit masa kini. Bincangkan penyataan ini.

2000 Bhg B.
Secara umum bahan kimia toksik boleh mengancam kesihatan dan keselesaan manusia sekiranya ia tidak diurus dengan baik. Jelaskan kesan bahan tersebut terhadap manusia.

2003 Bhg B
Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang berlaku di kalangan anggota masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut dan kesannya terhadap kehidupan manusia.

2011 Bhg B
Tidur yang cukup amat penting untuk manusia. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah kesukaran tidur.
Jelaskan penyataan ini.

Karangan: Biodiversiti/ekologi alam sekitar

Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata), bakteria, kulat dan serangga.
Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta.


KEPENTINGAN
1. Pengekalan kitar hidrologi

Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerapan air. Tumbuhan hijau menyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.

2.Modifikasi iklim
Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim.
Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

3.Kawal hakisan tanah
Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.

4. Selenggara kitar oksigen dan nitrogen
Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

B.KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA

1. NILAI PERUBATAN
Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai anti-kanser.
Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubat-ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti tongkat ali (eurycoma longifolia), misai kucing (orthosiphon staminues) dan kacip fatimah (labisia pumila). Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.

2. BEKALKAN BAHAN MENTAH KEPADA MANUSIA
Pemeliharaan biodiversiti membekalkan makanan dan minuman kepada manusia. Misalnya laut yang terpelihara membekalkan makanan laut yang secukupnya kepada manusia. Glasier membekalkan air mineral kepada penduduk di sekitarnya. Turut dibekalkan ialah bahan mentah untuk kegunaan industri seperti minyak, petrol, getah, fiber, resin, gris, aluminium dan sebagainya.

3. BIODIVERSITI JUGA MENJADI TEMPAT RIADAH.
Seisi keluarga boleh mengadakan aktiviti seperti bersenam dan melihat spesis burung. Hutan hijau tenpat rekreasi untuk menjamin kesihatan manusia. Keindahan pantai dan dasar laut mendatangkan ketenangan mental.

4. NILAI INTRINSIK
Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “NILAI TERSENDIRI” dan “HAK UNTUK HIDUP”. Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai “hak asasi” masing-masing. Benda hidup mempunyai ingatan, emosi dan kesakitan.

MASALAH KEMUSNAHAN BIODOVERSITI

1.Kegiatan manusia yang mengubah dan menghapuskan tempat kediaman mereka.
Banyak aktiviti manusia merosakkan biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori spesis terancam. Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selama-lamanya.

2. Pengeksploitasian hutan tropika.
Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semula jadi atau eko-pelancongan mendatangkan hasil kepada negara membangun. Namun jika tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversity. Kemusnahan habitat akibat penukaran tanah untuk pertanian, perlombongan, penempatan, pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.

3. Perubahan iklim dan bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia. Kecairan glasier menyebabkan banyak kawasan rendah ditenggelami air dan banjir lebih kerap berlaku.

4. Penggunaan sumber biologi secara tidak lestari dan berlebihan.
Aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi. Tangkapan ikan dengan teknologi canggih menyebabkan bekalan ikan pupus.

LANGKAH SELAMATKAN BIODIVERSITI

1. Persidangan pengurusan biodiversiti.
Bengkel mengenai biodiversity, bioprospek, pengurusan dan pengawasan eko-pelancongan dan perlindungan spesis terancam. Tahun Biodiversiti Sedunia 2010 memberikan peluang kepada masyarakat dunia untuk memahami kepentingan peranan biodiversiti dalam mewujudkan suatu suasana kehidupan yang mampan. Aktiviti yang terancang lebih tertumpu kepada aspek galakan kepada orang awam untuk mengurangkan kemusnahan biodiversiti, di samping meningkatkan pemahaman terhadap kepentingan biodiversiti kepada manusia.
120 negara tentang menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL (CBD). memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang. Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya.

2. Menggalakkan dan memperbanyakkan penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih. Pemuliharaan kepelbagaian biologi dapat dibantu dengan kaedah-kaedah bioteknologi seperti penyelamatan embrio, perlakuran protoplas, kriopengawetan dan perpustakaan DNA. Bioteknologi juga boleh digunakan untuk menilai variasi ginetik yang terpendam, iaitu melalui teknik RFLP dan elektroforesis gel.

3. Mengetatkan kawalan dan menjalankan pemantauan yang lebih telus.Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi, pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan Negara.
Kepelbagaian biologi yang meliputi keanekaan organisma di peringkat genetik, spesis dan ekosistem, wajar dianggap sebagai harta pusaka sesebuah negara berdaulat. Khanazah ini seharusnya dipulihara untuk generasi sekarang dan sebagai warisan generasi-generasi yang akan datang.

Pendidikan secara formal dan informal merupakan pendekatan yang terbaik dalam menyedarkan masyarakat betapa pentingnya memelihara kepelbagaian biodiversiti ini.

Pendidikan Formal
1. Mata pelajaran sains dan biologi
Pengenalan biodiversiti dalam mata pelajaran sains atau biologi, mengenalpasti spesis haiwan dan tumbuhan, peranannya dalam kehidupan seharian dan kebaikan sesuatu spesis tersebut kepada manusia.

2. Aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum
Melalui aktiviti seperti mencipta syair, pantun, berpidato, ceramah, kuiz, projek kelas, penyediaan buku skrap, lukisan, permainan alam sekitar, kajian biodiversiti dan sebagainya dapat mendekatkan para pelajar kepada kepentingan dan keperluan biodiversiti dalam bentuk karya, ilustrasi atau objek yang menarik. Ini dapat menggalakkan para pelajar mempelajari dan menghayati kekayaan biodiversiti di dunia ini dengan lebih berkesan.

3. Penulisan biodiversiti
Dengan memperbanyakkan pembacaan artikel, jurnal, majalah alam sekitar dan dokumentari berkaitan dengan biodiversiti mampu menambahkan ilmu pengetahuan kita dalam usaha memelihara biodiversiti di sekeliling kita. Selain itu dapat memupuk perasaan kasih sayang dan menghargai kepentingan kepelbagaian biodiversiti di dunia ini.

Pendidikan Tidak Formal
1. Lawatan luar
Dengan mengadakan sesi lawatan ke kawasan hutan simpan, taman negara, zoo negara, kawasan hutan bakau, taman burung dan taman herba dapat membantu para pelajar akan kepentingan fungsi biodiversiti dalam kehidupan seharian. Muzium biodiversiti seperti muzium siput, muzium hidupan akuatik, muzium spesis pokok dan muzium haiwan dapat menginsafkan diri kita betapa ruginya kita sekiranya kehilangan spesis-spesis yang berharga kepada negara akibat daripada kerakusan manusia dalam mengejar arus pemodenan dengan memusnahkan habitat asal spesis haiwan dan tumbuhan tersebut.

2. Aktiviti biodiversiti
Aktiviti seperti menanam pokok, penanaman semula pokok seperti pokok api-api dan perepat, pokok kayu jati, merbau dan sebagainya dapat mengembalikan semula kitaran biodiversiti.

3. Program kesedaran
Program-program kesedaran seperti aktiviti mengutip sampah sarap di kawasan persisiran pantai dan hutan simpan, mengitar semula barangan terpakai seperti botol plastik, kaca dan suratkhabar, menjalankan aktiviti pembersihan sungai dan pelbagai lagi aktiviti kesedaran mampu menarik masyarakat di negara ini untuk bersama-sama memelihara dan memulihara biodiversity dan alam sekitar dengan lebih berkesan.

Membawa Warga Malaysia Menyertai Jejak Inovasi

20 Oct 2011
“Inovasi membezakan antara seorang pemimpin dan pengikut,” demikian yang pernah diucapkan oleh mendiang Steve Jobs, antara inovator yang disegani dunia sehingga kini, yang juga pengasas Apple Inc.

Persidangan sehari anjuran Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) bertema “Melampaui Inovasi: Mengubah Idea kepada Tindakan” telah diadakan.

Cara-cara mewujudkan minda inovatif dan bagaimana untuk berada ke hadapan dalam dunia innovasi telah dikupas dalam persidangan ini. Persidangan ini menampilkan para penceramah yang tidak asing dengan subjek ini termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, orang yang meletakkan asas bagi sebuah negara inovatif semasa kepimpinannya selama 22 tahun serta eksekutif syarikat yang menerajui inovasi – antaranya Google Malaysia, Nestle (Malaysia) Berhad, GE Malaysia dan Microsoft Malaysia.

Inovasi adalah ciri semulajadi sebuah masyarakat dan negara yang dinamik, dan bagi Malaysia untuk muncul dengan inovator ‘blockbuster’ seperti Jobs dan Bill Gates dari Microsoft, kesedaran dan penerapan budaya inovasi menjadi antara pra-syarat.

Rakyat Malaysia perlu mengetahui bahawa kreativiti dan inovasi adalah fenomena budaya yang tidak boleh diketepikan.

Ketangkasan, satu tujuan, stamina dan disiplin yang ditunjukkan oleh para inovator blockbuster ini sesuatu yang warga Malaysia harus ambil perhatian.

MENCABAR STATUS QUO

Dr Mahathir membuka bicara dengan menekankan kepada pemikiran inovatif daripada segala segi kehidupan yang adalah cara terbaik untuk melangkah ke hadapan dan beliau kritikal terhadap rakyat Malaysia yang mahu kekal di zon selesa masing-masing.

Beliau berfikiran jauh ke hadapan apabila mengilhamkan Koridor Raya Multimedia (MSC), Cyberjaya dan projek kereta nasional Proton yang sebenarnya menempatkan negara di jejak inovasi.

“Anda perlu bertanya akan segala yang anda buat dan lihat sama ada ia boleh dibuat mengikut cara lain yang boleh membuahkan hasil yang lebih baik,” kata Dr Mahathir.

Beliau menjelaskan juga bagaimana sebuah pentadbiran inovatif yang keluar daripada kepompong undang-undang serta dasar-dasar yang lapuk mampu membawa perubahan ketara dan mempercepatkan pembangunan sesebuah negara.

Beliau berkata Malaysia perlu mencontohi Korea Selatan, yang kini berada jauh di hadapan daripada segi inovasi.

INOVATOR MALAYSIA

Walaupun belum lagi ada mereka seperti Steve Jobs dan Bill Gates di Malaysia, ini tidak bermakna negara ketandusan inovator ataupun inovasi.

Warga Malaysia sudahpun sedia maklum akan inovator tempatan seperti Tan Sri Tony Fernandez dari AirAsia tetapi terdapat ramai lagi mereka di luar sana yang masih belum menerima pengiktirafan.

Bagaimanapun, pengiktirafan bagi inovator tidak datang dengan mudah walaupun penekanan meluas diberikan terhadap inovasi seperti yang ditunjukkan oleh seorang peserta persidangan yang bertanya mengapa jurutera rekabentuk, yang lazimnya berada di barisan hadapan inovasi, mendapati sukar untuk mendapatkan pekerjaan selepas pulang dari luar negara.

Untuk ini, Dr Mahathir berkata inovator perlu rajin dalam mencari ceruk yang sesuai untuk mereka di samping mewujudkan platform sendiri di sebalik bergantung kepada yang lain .

“Minda-minda inovatif pastinya tidak menghadapi kesukaran dalam mencari jalan dan mereka sendiri yang perlu merintis jalan”, kata beliau.

SYARIKAT-SYARIKAT INOVASI

Bercakap mengenai syarikat inovatif, inovasi adalah ciri semulajadi mereka yang membolehkan mereka meneruskan kelangsungan hidup. Dalam pasaran global yang menyaksikan citarasa pelanggan dan permintaan pasaran berubah dengan cepat, inovasi yang menentukan kelangsungan hidup syarikat-syarikat.

Bagaimanapun, ramai yang tidak mementingkan inovasi terutama apabila ia membabitkan pelaburan modal.

Bagi syarikat-syarikat, contohnya Google, seperti yang dijelaskan oleh ketua wilayahnya Sajith Sivanandan, inovasi menjadi sebahagian daripada DNA syarikat itu dan inilah yang membolehkannya berada di hadapan persaingan.

Malaysia bernasib baik kerana mempunyai syarikat-syarikat inovatif sendiri seperti yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir, termasuk pengeluar kereta nasional Proton.

Dr Mahathir, selaku penasihat Proton, juga menjelaskan bagaimana Proton menyahut cabaran untuk muncul dengan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik – Range Extended Electric Vehicle (REEV).

“Proton tidak mengeluarkan hibrid konvensional seperti yang dilakukan oleh banyak pesaing-pesaingnya. Ia muncul dengan versinya sendiri yang mempunyai janakuasa bahan api yang mengecas semula bateri”.

Ini adalah contoh baik produk yang berdasarkan teknologi inovatif.

USAHA MENJANA LEBIH RAMAI INOVATOR

Memandangkan inovasi adalah kunci bagi kemajuan Malaysia, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah sejak dua dekad yang lepas termasuk mewujudkan Agensi Inovasi Malaysia yang dipengerusikan oleh perdana menteri.

Belanjawan 2012 yang dianggap sebagai Belanjawan Inovasi memperuntukan RM100 juta bagi kreativiti dan inovasi, yang daripada jumlah itu RM30 juta akan digunakan untuk mewujudkan ‘Market Validation Fund’ yang akan diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia bersama Agensi Inovasi Malaysia.

Satu lagi inisiatif ialah untuk meneruskan dengan program Jejak Inovasi (Innovation Trail) yang diusahakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk menggalakkan pembangunan idea-idea baru serta pengkomersilan produk-produk inovatif, khasnya dari kawasan luar bandar.

Bagaimanapun, seperti yang ditekankan oleh Dr Mahathir dan penceramah lain, sementara kerajaan menerajui usaha menggalakkan inovasi, masyarakat dan perniagaan perlu menerimanya secara terbuka dan menyeluruh.

Karangan: Umur Pencen 60 tahun?

Bersara 60 tahun langkah atasi kenaikan kos hidup
Produktiviti guna tenaga kerja dapat dipertingkat, elak bergantung pekerja asing

PELBAGAI reaksi diberikan terhadap cadangan melanjutkan usia persaraan kakitangan awam dan swasta kepada 60 tahun. Pihak yang menyokong antara lain bertegas ia demi keperluan dan kepentingan masa depan bagi menangani kenaikan kos sara hidup, yang menentang pula khuatir ia menyekat peluang kenaikan pangkat, meningkatkan kadar pengangguran, menyumbang kepada masalah sosial dan jenayah.

Lebih baik jika KWSP, majikan dan Kementerian Sumber Manusia mengadakan program bagi memberi panduan kepada pekerja untuk menguruskan dana dengan lebih baik apabila bersara.

Berikut ialah pandangan En Shamsuddin Bardan, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) tentang isu ini.

APA pandangan masyarakat mengenai cadangan ini?

Secara keseluruhannya, tujuan had umur persaraan dilanjutkan adalah bagi membolehkan kakitangan dalam perkhidmatan berdepan pelbagai kenaikan kos sara hidup, termasuk perubatan, perumahan dan barangan keperluan harian. Kita melihat isu usia mempunyai implikasi begitu besar kepada produktiviti guna tenaga kerja di negara ini. Sekarang ini, sektor swasta belum ada penetapan umur persaraan. Perkara ini sedang dikaji kerajaan serta kementerian dan sudah ada pelbagai inisiatif dengan mengumpulkan maklumat kajian dan hasil rundingan dengan semua pihak berkepentingan seperti kementerian, agensi kerajaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), wakil majikan, wakil pekerja dan industri sebelum memberi keputusan terbaik kepada semua pihak.

Kenapa perlu kajian semula selepas sekian lama mengikut amalan biasa? Pertama, kita perlu melihat daripada aspek demografi. Jumlah penduduk di negara ini berusia 60 tahun ke atas pada 2006 adalah 1.8 juta dan pada 2010 seramai 2.1 juta, dijangka meningkat kepada 2.7 juta pada 2015 dan seterusnya bertambah. Kedua, kadar kesuburan yang mana pada 1950-an, purata seorang ibu melahirkan antara enam hingga tujuh anak, menyusut pada 2010 pada purata hanya dua hingga tiga anak.

Kita faham sekarang wanita ramai kahwin lambat kerana pendidikan dan kerjaya, ada juga memilih tidak berkahwin atas pilihan sendiri atau sebab lain. Apabila bilangan berusia 60 tahun bertambah dan kesuburan menyusut, ia sekali gus mengakibatkan kita kekurangan sumber tenaga kerja. Sekarang kita ada ramai pekerja asing, jika kadar penggantian menyusut diakibatkan masalah kesuburan, kita terpaksa bergantung kepada pekerja asing. Langkah awal melanjutkan perkhidmatan adalah cara terbaik menangani masalah ini selain membantu mereka dalam aspek kewangan selepas bersara.

Apakah masalah aspek kewangan selepas persaraan?

Berdasarkan kajian KWSP pada 2009, 73 peratus mereka yang bersara pada usia 55 tahun memiliki simpanan RM50,000. Keadaan bertambah buruk apabila purata jangka hayat meningkat sehingga 72.9 tahun. Hanya berbekalkan RM50,000 simpanan selepas bersara, seseorang itu hidup dalam paras kemiskinan dengan purata pendapatan bulanan RM530. Justeru, saya yakin sekiranya perkhidmatan pekerja dilanjutkan sekurang-kurangnya lima tahun, mereka tidak perlu bergantung kepada sesiapa kerana masih mempunyai pendapatan tetap dalam tempoh beberapa tahun selain simpanan KWSP juga akan semakin bertambah.

Berdasarkan angka daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 2010, bilangan orang tua tidak bekerja yang menerima bantuan adalah sekitar 120,496 orang. Ini bermakna kerajaan memperuntukkan RM422 juta setahun untuk menampung golongan ini dan ia satu beban walhal peruntukan itu boleh digunakan untuk menampung kos lain.

Namun, menaikkan had umur persaraan juga dilihat boleh memberi kesan negatif terhadap produktiviti dan kualiti tenaga kerja?

Seperti yang kita ketahui, umur bekerja hari ini ialah antara 16 hingga 64 tahun. Soal produktiviti atau menyimpan ‘dead wood’ dalam satu organisasi tidak timbul kerana ia tidak berkaitan dengan umur. Orang muda pun ada yang tidak produktif. Kementerian melihat ia sebagai kebaikan kerana keperluan tenaga kerja berpengalaman wajar dikekalkan selagi mereka mampu berkhidmat. Kita juga akan fikirkan sama ada memberi pilihan atau mandatori kepada pekerja jika cadangan ini diluluskan, bergantung kepada hasil kajian dan perbincangan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Satu lagi faktor ialah tahap kesihatan yang meningkat ketara. Jangka hayat pada 1950-an, purata boleh hidup dalam lingkungan 48.5 tahun, iaitu lelaki sehingga 47 tahun dan wanita pada purata 50 tahun, jadi sesuai dengan had persaraan 55 tahun. Tetapi pada 2010, purata jangka hayat meningkat dengan lelaki sehingga 72.9 tahun dan wanita 77.6 tahun. Ini menunjukkan mereka mampu bekerja lebih lama. Jika hendak dibandingkan dengan negara lain, kita agak ketinggalan. Jepun dan Korea Selatan sudah melanjutkan usia persaraan hingga 60 tahun, Brunei, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan Kemboja juga melakukan perkara sama bagi sektor swasta mereka. Singapura pula melanjutkan hingga 62 tahun dan Australia 65 tahun. Usia bersara 55 tahun di Malaysia ketika ini hanya meletakkan kita sama dengan Bangladesh, Sri Lanka, Nepal dan Papua New Guinea.

Kebanyakan golongan muda dalam sektor swasta dan awam membantah cadangan itu, menyifatkannya menyekat peluang kenaikan pangkat, meningkatkan kadar pengangguran dan masalah sosial. Ada juga sinis menyindir cadangan ini mungkin kerana KWSP sudah kehabisan wang dan kerajaan ada agenda sendiri?

Di sebalik reaksi negatif yang diterima, saya bertanggungjawab untuk menjelaskan bahawa cadangan melanjutkan umur persaraan ini tiada kaitan dengan peluang kenaikan pangkat mahupun kadar pengangguran. Kajian Bank Dunia selama 42 tahun terhadap negara maju mendapati lanjutan umur persaraan tidak menjejaskan peluang pekerjaan golongan muda kerana mereka kurang berpengalaman dan pengetahuan jika dibandingkan dengan pekerja lama. Malah, kerajaan juga sudah melakukan pelbagai usaha membantu golongan muda melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang berpotensi tinggi memacu pertumbuhan dan menyumbang secara langsung terhadap peningkatan ekonomi negara selain Model Baru Ekonomi yang mana pihak swasta akan memainkan peranan lebih ketara manakala sektor awam akan jadi pemudah cara kepada sektor swasta. Kita dapati semua inisiatif ini akan menjana pekerjaan baru yang begitu banyak dan dijangka 3.3 juta peluang pekerjaan akan ditawarkan pada 2020.

Selain itu, usaha memperkasakan bidang kemahiran dengan latihan dalam bidang teknikal dan vokasional secara tidak langsung membuka peluang lebih kepada golongan ini untuk tidak hanya bergantung kepada pekerjaan tradisi tetapi juga bidang kemahiran. Tidak timbul isu kewangan atau agenda tertentu kerana cadangan ini jelas untuk masa depan negara.

Jika diluluskan, apa kaedah paling baik akan digunakan. Adakah melalui kesediaan pekerja sendiri untuk menyambung khidmat selepas bersara atau keputusan dibuat berdasarkan merit?

Buat masa ini kerajaan belum menentukan sama ada lanjutan umur persaraan ini mandatori atau pilihan. Bagaimanapun, pemberian pilihan dilihat sebagai sesuatu yang baik bagi memberi peluang kepada setiap individu membuat keputusan berdasarkan kemampuan masing-masing. Merit atau penilaian pula bergantung kepada organisasi itu sendiri. Yang pasti kerajaan akan menetapkan majikan tidak boleh memberhentikan pekerja selagi mereka belum mencapai umur persaraan, kecuali atas sebab tertentu seperti sakit atau sebagainya.

Bagaimana reaksi MEF apabila cadangan ini dibangkitkan dan jika ia diluluskan kerajaan, perlukah wujud kategori kerja berbeza supaya sesuai dengan usia pekerja?

Sebenarnya, permintaan untuk menaikkan had umur wajib bersara sudah lama disuarakan pelbagai pihak. Sebelum ini, MEF tidak berminat dengan cadangan ini kerana kita rasakan, pekerja pada usia 50 tahun ke atas masih boleh terus bekerja secara kontrak. Namun, bila melihat kepada keadaan pasaran tenaga kerja sekarang berlainan di mana begitu ramai pekerja asing, mencecah 1.7 juta orang di Malaysia, haruskah kita membiarkan saja perkara ini atau menggunakan tenaga kerja tempatan.

Disebabkan faktor seperti ini yang disokong pula dengan pelbagai faktor lain, MEF berpendapat wajar kita meningkatkan usia persaraan. Memang ada sesetengah pekerjaan yang banyak menuntut penggunaan kudrat seperti dalam sektor pembinaan, perladangan dan perkilangan tidak sesuai untuk dilanjutkan umur bersara. Untuk mereka, kita ada minta pengecualian dan majikan, kesatuan serta kerajaan harus melihat bagaimana boleh tolong mereka. Di sinilah fungsi program latihan dan latihan semula untuk tenaga kerja, mungkin golongan pekerja dalam sektor itu boleh dilatih melakukan kerja yang kurang menggunakan manual. Contohnya, kita boleh berikan mereka kerja di lapangan terbang, menggunakan mesin ringkas seperti yang diamalkan di Thailand dan Singapura. Cara ini juga boleh meningkatkan imej negara kerana menunjukkan kita lebih menggunakan tenaga kerja tempatan daripada orang asing.

Bagi majikan, apakah buruk baiknya menggaji kakitangan yang berusia lebih 55 tahun?

Kita rasa melanjutkan usia persaraan sehingga 60 tahun itu boleh dilaksanakan. Lihat saja purata jangka hayat rakyat kita kini yang mencapai lebih 72 tahun, jadi tempoh persaraan itu dilihat agak lama untuk dilalui. Adakah kita perlu berdiam saja atau berbuat sesuatu untuk jadi lebih aktif dalam ekonomi? Kalau kita tingkatkan umur bersara dan beri peluang kepada golongan 55 tahun ke atas terus bekerja lima tahun lagi, itu boleh membina masyarakat yang lebih stabil bagi kelompok usia begini. Lanjutan lima tahun itu boleh kita gunakan untuk menambah sumber tenaga manusia dan kita harus gunakan peluang ini sepenuhnya. Dari segi statistik juga, pekerja sektor swasta yang bekerja secara formal tidak begitu ramai.

Mengikut statistik KWSP, ada 5.8 juta pekerja sektor swasta yang aktif bekerja dan kira-kira 100,000 bersara setiap tahun. Kalau kita ambil tempoh lima tahun, kita akan peroleh kira-kira 500,000 pekerja tiada dalam pasaran kerja. Jumlah 500,000 itu secara tidak langsung dapat mengurangkan pekerja asing. Pada masa sama, kehadiran pekerja asing perlu diuruskan sebaiknya dan bersistematik. Negatifnya ada, iaitu dari segi kos tapi kita boleh urus perkara itu. Sesetengah majikan berkata, lanjutan ini akan menjadikan pekerja yang berusia ini malas dan sebagainya. Ia mungkin berlaku, tapi boleh ditangani. Kalau benar-benar seseorang pekerja itu merosot prestasinya, syarikat boleh ambil tindakan sepatutnya, memperbaiki prestasi mereka atau terus menamatkan perkhidmatan pekerja terbabit. Tidak bermakna apabila seseorang pekerja usia lebih 55 tahun, boleh duduk goyang kaki dan panaskan kerusi, dapat gaji saja sehingga bersara pada usia 60 tahun.

Ramai juga membantah cadangan ini, terutama golongan muda yang menganggap peluang memasuki pasaran kerja dan naik pangkat semakin tipis jika usia persaraan dilanjutkan?

Golongan muda tidak perlu khuatir kerana hal ini tidak semestinya berlaku dalam semua organisasi. Peluang untuk naik pangkat masih ada, cuma sedikit lewat. Sebagai rakyat, ini (perubahan) adalah pengorbanan yang harus kita lakukan jika mahu menuju kepada penggunaan sumber manusia yang lebih baik. Bagi yang bimbang mengenai nasib graduan universiti atau lepasan sekolah yang tidak dapat kerja, saya rasa itu sesuatu yang boleh ditangani dengan lebih baik. Ada satu kajian dilakukan kerajaan, soal selidik mengenai jumlah tenaga kerja yang diperlukan majikan. Pihak majikan menyatakan, ada lebih sejuta ruang kosong. Dari segi kemasukan tenaga kerja baru dalam pasaran, secara purata, seramai 300,000 orang setiap tahun. Dengan kekosongan yang demikian, saya rasa pasaran kerja kita boleh menampung permintaan. Nanti bila lebih ramai warga tempatan ingin bekerja dan dapat penuhi ruang sedia ada, kita dapat kurangkan keperluan terhadap pekerja asing. Ia sesuatu yang positif dari segi ekonomi kerana dapat mengurangkan penghantaran wang ke luar negara, iaitu kira-kira RM22 bilion oleh pekerja asing setiap tahun yang boleh diguna untuk membangunkan negara.

Satu lagi faktor yang ditekankan penyokong cadangan ini ialah manfaatnya kepada tabungan. Sejauh mana tempoh lima tahun lanjutan itu boleh menambah jumlah simpanan dengan ketara?

Bagi saya, lebih baik jika KWSP, majikan dan Kementerian Sumber Manusia mengadakan program bagi memberi panduan kepada pekerja untuk menguruskan dana dengan lebih baik apabila bersara. Ini juga masa yang baik untuk memberi pendidikan begini kepada pekerja bagi mengelakkan masalah kehabisan simpanan dalam tempoh singkat selepas bersara. Golongan pekerja tidak harus mempunyai pemikiran bahawa selepas bersara, mereka tidak perlu lagi melakukan kerja yang boleh menjana pendapatan. Golongan ini perlu diberi bimbingan, apa yang boleh mereka lakukan selepas bersara.

Selain itu, pihak berkaitan perlu membantu dalam mewujudkan aktiviti ekonomi atau pekerjaan yang bersesuaian dengan golongan yang mencapai usia persaraan. Bukan bermaksud bila kita lanjutkan usia bersara beberapa tahun, simpanan KWSP yang sepatutnya seseorang pekerja ada akan mencukupi untuk menampung hidup mereka. Mungkin akan dapat kira-kira RM10,000 hingga RM15,000 saja caruman KWSP sepanjang lima tahun itu. Tapi, ia suatu langkah permulaan yang baik. Apa yang penting ialah bagaimana kita dapat merangsang pekerja untuk terus memberi perkhidmatan yang baik dan menyumbang kepada ekonomi. Sebab itu MEF sering utarakan mengenai keperluan membayar gaji berdasarkan produktiviti dan prestasi. Jadi, masing-masing akan lebih produktif untuk dapat gaji lebih tidak kira usia.

Bagaimana untuk mendapatkan keseimbangan dalam isu ini supaya setiap pihak memperoleh manfaat?

Ada sesetengah majikan mengatakan lanjutan umur bersara akan menimbulkan masalah, antaranya dari segi tenaga fizikal dan kesihatan pekerja dan sebagainya. Kita perlu ubah keadaan ini seiring dengan langkah transformasi yang kerajaan lakukan. Kita perlu lakukan transformasi diri, ambil langkah pencegahan supaya berupaya untuk terus bertenaga dan sihat walaupun usia melangkau 50 tahun. Ini secara tidak langsung meningkatkan kualiti hidup. Perubahan yang mahu dilakukan juga mestilah holistik. Ubah usia bersara, ubah gaya hidup, ubah cara bekerja dan ubah cara berfikir. Namun untuk sementara waktu, perlu juga ada peruntukan atau pilihan kepada pekerja yang tidak mahu bersara pada usia 60 tahun, yang mungkin sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk menghadapi pasca persaraan. Kita tidak boleh paksa mereka terus bekerja sedangkan dalam hati, mereka tak mahu.

Karangan: IPTS peranan dan masalah

Najib Tun Razak ketika menghadiri majlis pelancaran Universiti Perdana di Serdang, 12-9-2011. Perdana Menteri turut menyaksikan majlis penyerahan watikah pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Canselor pertama universiti berkenaan.

12-9-2011 Universiti Perdana dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Universiti Perdana terdiri daripada Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Perdana University-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI)

Kerajaan akan menyediakan biasiswa yang besar kepada rakyat Malaysia yang dipilih menuntut jurusan perubatan di kedua-dua sekolah perubatan universiti itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini diumumkan sebagai Canselor pertama universiti itu. PM Dato Seri Najib menyifatkan pembukaan universiti itu di sini sebagai langkah yang dapat meletakkan Malaysia dalam peta dunia bagi menyediakan pendidikan dan penyelidikan serta perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia. Universiti ini akan dapat menjalin hubungan dengan institusi tempatan dan bakat-bakat tempatan.
Pengambilan pertama seramai 105 penuntut akan mengikuti pengajian mereka di fakulti sementaranya di ibu pejabat Mardi di sini sementara menunggu kampus tetapnya siap pada 2013.

PUGSOM menawarkan buat pertama kalinya di Malaysia, program kemasukan mahasiswa selama empat tahun berdasarkan kurikulum Amerika Syarikat, dengan kerjasama Sekolah Perubatan University Johns Hopkins.
Sekolah Perubatan PU-RCSI pula menawarkan program lima tahun berdasarkan kurikulum konvensional, dengan kerjasama Royal College of Surgeons di Ireland.

Universiti baru itu merupakan hasil kerjasama berpandangan jauh antara konsep perkongsian awam-swasta kerajaan dan sektor korporat, merupakan satu mercu tanda buat Malaysia. Diharapkan ianya akan memberikan hasil yang amat besar dalam mendidik dan memajukan satu generasi baru profesional perubatan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dan kepakaran bagi memenuhi keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Universiti Perdana akan menjadi institusi yang menakjubkan, dengan mempunyai dua sekolah perubatan, dan merupakan hospital latihan swasta pertama di Malaysia. Ia mempunyai 600 katil pelbagai fungsi khas dan sebuah Pusat Penyelidikan Sains Kehidupan bagi meletakkan Malaysia ke hadapan dalam penyelidikan klinikal, katanya. Hospital Latihan Universiti Perdana dicadangkan dibuka pada 2013 bagi menempatkan penuntutnya yang memasuki tahun-tahun klinikal mereka, dan ia akan dikendalikan oleh Johns Hopkins Medicine International.

Dengan menawarkan kemudahan terkini bagi tujuan diagnostik dan rawatan, ia akan menjadi antara institusi utama dalam memacu Malaysia ke arah pelancongan kesihatan, sebagai satu model perubatan persendirian dalam era abad ke-21 dan satu simbol antarabangsa bagi kecemerlangan dalam perkhidmatan kesihatan.

Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti Perdana, Tan Sri Dr. Mohan Swami berkata, separuh daripada penuntut universiti itu adalah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam

Contoh karangan

• Pada setiap sesi tahun akademik, setiap IPTA hanya mampu menerima 2,000 hingga 5,000 orang pelajar.
• Sementara yang layak memasuki universiti tetapi ditolak permohonan mereka oleh Unit Pusat Universiti(UPU) berjumlah ratus ribu orang setahun.
• Ada yang terpaksa melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi semakin ramai yang melanjutkan pendidikan mereka di Institusi Pendidikan Tingggi Swasta(IPTS).

Bincangkan kepentingan Institusi Pendidikan Swasta(IPTS) ini serta masalah yang mungkin timbul.

Pendahuluan
• Rakyat berkualiti pastilah rakyat yang berpendidikan tinggi.
• Kini institusi pengajian tinggi swasta muncul dengan banyaknya.
• Institusi-institusi ini menganjurkan kursus tersendiri dan program universiti luar negara.
• IPTS memang mendatangkan manfaat tetapi beberapa masalah yang bakal timbul tidak harus diendahkan.

ISI-1. IPTS dapat menawarkan lebih banyak peluang pendidikan tinggi.
• Setiap tahun, ratus ribu pelajar yang layak dinafikan peluang pendidikan di IPTA.
• Hal ini kerana kekurangan tempat di IPTA.
• Kos melanjutkan pendidikan ke luar negara pula sangat tinggi.
• IPTS membolehkan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan.
• Mereka berpeluang mencapai tahap pendidikan terulung
• Ini membantu negara kita mencapai hasrat 50 peratus rakyat negara ini berpendidikan tinggi menjelang tahun 2020.
• kekurangan 150,000 tempat belajar di IPTA(setiap 100 orang yang layak, IPTA mampu menawarkan tempat kepada 30 pelajar sahaja)

ISI-2. IPTS menjimat kos perbelanjaan keluarga dan pendapatan negara. /ekonomi
• Bilangan pelajar Malaysia di luar negara yang ramai mengakibatkan pengaliran keluar tukaran wang asing kira-kira RM1.9 billion setahun.
• Dengan tertubuhnya IPTS menyebabkan fenomena pelajar ke luar negara berkurangan.
• Seramai 80,000 pelajar sedang belajar di IPTS
• Setiap pelajar/keluarga yang mengikuti kursus melalui program “twinning” atau “berkembar” dapat menjimatkan kos sehingga RM20,000 setahun bagi kursus di universiti Amerika Syarikat.
• Jadi, negara kita juga jimat pengaliran wang ke luar negera.
• Pelajar antarabangsa juga semakin ramai melanjutkan pendidikan mereka di sini.(Indonesia, Cina dan Singapura, Thailand, Vietnam).
• Kita akan untung dari segi tukaran wang asing. (Pusat kecemerlangan akademik di Asia)

ISI-3. IPTS juga dapat menghasilkan tenaga profesional yang diperlukan.
• Dalam keghairahan negara kita menuju tahun 2020, tentunya persiapan awal harus direncanakan.
• Kita memerlukan lebih banyak pakar tenaga dalam pelbagai bidang.
• Antaranya termasuklah teknologi maklumat, perda¬gangan dan perusahaan.
• IPTS seperti Universiti Monash, Universiti Tunku Abdul Rahman, AIMST U Manipal dan sebagainya dapat membantu dalam hal ini.
• Setiap tahun, IPTS ini melahirkan puluh ribu graduan dalam pelbagai bidang.
• Maka permintaan tinggi terhadap tenaga kerja profesional dan mahir oleh sektor perindustrian dan perdagangan menjelang tahun 2020 dapat dipenuhi. (SRE)

ISI-4. Ijazah IPTS dapat pengiktirafan seluruh dunia.
• Kedudukan kewangan IPTS yang kukuh dapat menyediakan prasarana kemudahan yang terbaik.
• IPTS seperti IMU, Universiti Curtin dan U Monash berkemampuan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran bertaraf dunia.
• Bidang-bidang pengajian yang popular dan bermutu ditawarkan.
• Misalnya bidang kejuruteraan, perakaunan, pengurusan perniagaan, dan perubatan.
• Pelajar mempunyai jalinan antarabangsa untuk memcapai kejayaan kerjaya di peringkat antarabangsa.
• Mereka juga mengalami perubahan minda ke taraf antarabangsa.(anjakan paradigma)
• Harapan untuk graduan mendapatkan pekerjaan di seluruh dunia lebih cerah.

IPTS menawarkan banyak kursus yang berorientasikan kepada keperluan pekerjaan. perniagaan, perakaunan, pemasaran dan pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat, kejuruteraan perisian, kejuruteraan elektrik dan elektronik serta kejuruteraan mekanikal.

ISI-5 IPTS menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan rantau Asia.
• Suasana pendidikan IPTS lebih liberal dan demokrasi.
• IPTS turut melibatkan pemindahan teknologi atau pengetahuan yang lebih cepat.
• Tenaga akademik antarabangsa yang berwibawa menaikkan mutu pendidikan tanah air.
• Pelajar dari rantau ASIA turut mendapat ijazah terkenal universiti dunia dengan melanjutkan pelajar di IPTS Malaysia.
• Malaysia muncul sebagai……………………
o Perdana University: Johns Hopkins University & The Royal College of Surgeons, Ireland(2011). World’s best medical university will halt brain drain.
o Universiti Monash di Australia, Universiti Nothingham
o Universiti INTI dengan Universiti di Amerika, Britain, New Zealand dan Australia
o The International Medical University (IMU) dengan Universiti di Australia, New Zealand, Ireland dan United Kingdom

Masalah-masalah
Isi-1. Namun dikhuatiri kedudukan bahasa Melayu akan menghadapi ancaman bahasa Inggeris.

• Di IPTS, pengajian ilmu kemanusiaan umpama bahasa, sastera, sejarah dan falsafah yang boleh diajar dalam bahasa Melayu dibaikan.
• Pengajian ilmu ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.
• Status dan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu akan tercabar.
• Falsafah pendidikan negara mungkin tidak dihaya¬ti lagi.
• Kedaulatan dan kewibawaan bahasa Melayu terjejas.
• Usaha kita memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan ilmiah mungkin terjejas.
• Sebaliknya bahasa Inggeris akan menguasai kehidupan kita nanti.

Isi-2 Turut membimbangkan ialah masalah kursus dan kualiti institut berkenaan.
• Terdapat IPTS kurang bertanggungjawab, sebaliknya ghairah mementingkan kewangan sahaja.
• Di sesetengah IPTS, kewibawaan kualiti tenaga pengajar boleh dipertikaikan.
• IPTS mungkin menggunakan khidmat pensyarah yang kurang wibawa.
• Pelajar yang lemah diterima dan diberi kelulusan kerana sanggup bayar yuran.
• Ini akan menjejaskan kredibiliti IPTS
• Selanjutnya menjejaskan keyakinan orang ramai.
• Ijazah pelajar mungkin tidak diiktiraf.
• Hal ini akan menyebabkan para pelajar menjadi mang¬sa. (Wang, masa, tenaga terbazir)

ISI-3 Polarisasi sosial akan muncul.
• Sektor pendidikan sepatutnya menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
• Malangnya golongan pelajar IPTA menggunakan bahasa Melayu.
• Golongan pelajar tajaan kerajaan belajar di luar negara merupakan golongan cendekiawan.
• Pelajar IPTS pula berpendidikan bahasa Inggeris.
• Timbullah persaingan dalam pelbagai lapangan ikhtisas atau profesional baik di sektor awam atau sektor swasta.
• Mampukah siswazah-siswazah lepasan IPTA bersaing?
• Pendidikan yang berbeza akan melahirkan manusia yang berbeza khususnya dari perubahan sikap, tingkah laku berfikir dan cara hidup.
• Kini muncul isu monopoli IPTS oleh golongan kaya sahaja.
• Hal ini menyebabkan jurang perpaduan wujud dan perpecahan masyarakat.

ISI-4 Permit pelajar disalahguna oleh para penjenayah.
• Pelajar antarabangsa diberi permit tinggal lama di sini.
• Ramai penjenayah menyamar sebagai pelajar dengan mendaftarkan diri dengan IPTS.
• Mereka menjalankan perbuatan jenayah.
• Misalnya jenayah internet, pengedaran darah dan jenayah lain.
• Pelacur menyamar sebagai pelajar antarabangsa melakukan pelacuran di Malaysia.

Kesimpulan:
• Tegasnya IPTS memang menguntungkan sementara kita belum mampu membina universiti yang cukup untuk rakyat sendiri.
• Namun masalah-maslah yang bakal timbul harus diawasi agar program ini betul-betul memanfaatkan kita.
Maklumat Tambahan
Kerajaan telah mengubal undang-undang untuk mengawal selia perkembangan yang pesat yang dialami oleh IPTS iaitu :-
o Akta Pendidikan 1996
o Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta IPTS)
o Akta Majlis Pendidikan Tinggi Nasional 1996 (Akta MPTN)
o Akta Universiti dan Kolej Universiti 1996
o Akta Lembaga Akredetasi Nasional 1996 (AKTA LAN)
Adalah diharapkan dengan akta yang sedia ada ini kerajaan dapat berperanan dengan lebih telus dan tegas dalam mengawal selia IPTS. Walau bagaimanapun untuk memilih IPTS sebagai alternatif pusat pengajian tinggi adalah terletak kepada kebijaksanaan pelajar dan ibu bapa sendiri. Mereka harus menjalankan kaji selidik terlebih dahulu sebelum membuat keputusan kerana ini bukan sahaja melibatkan jumlah wang ringgit yang agak besar tetapi masa depan anak mereka yang begitu ingin melanjutkan pelajaran mereka.

Kepentingan IPT
Pembangunan tenaga manusia
Kepesatan pertumbuhan ekonomi
Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial.
Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat.
Kecemerlang budaya fikir dan intelektual.
Kemajuan sains dan teknologi.
Meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi dalam masyarakat.

1999.1 Penubuhan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta(IPTS) bertujuan untuk menambahkan dan melengkapkan peranan Institusi Pendidikan Tinggi Awam(IPTA).

Bincangkan peranan IPTS dalam konteks yang tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripadanya.

Karangan: Nasib mangsa pemerdagangan manusia

Bagaimana Bantu Wanita Mangsa Pemerdagangan Orang Meneruskan Kehidupan

Sebahagian besar daripada empat juta pekerja asing yang sah dan tanpa izin di Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan orang, demikian menurut Laporan Pemerdagangan Manusia 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Namun wanita asing adalah yang sering menjadi mangsa terutama dalam pemerdagangan seks. Sejumlah wanita direkrut untuk bekerja di restoran dan hotel di Malaysia dengan hampir separuh daripadanya menjadi pelayan pelanggan (GRO) dalam industri seks komersil.
Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan sebahagian daripada kira-kira 300,000 wanita pembantu rumah yang bekerja di negara ini juga mangsa pemerdagangan manusia dengan mereka ditipu, pergerakan disekat, tidak dibayar gaji, dirampas pasport atau terikat dengan hutang oleh ejen dan majikan.

Mangsa pemerdagangan ini terutama wanita lazimnya mengalami tekanan emosi atau trauma yang teruk sehingga ada yang mahu bunuh diri atau bertindak kurang siuman.Oleh kerana ini pihak berkuasa dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang menyelamatkan mereka juga membantu dengan mendekati emosi mereka di Rumah Perlindungan Wanita (RPW).

DEKATI EMOSI MANGSA

Mendekati mangsa pemerdagangan memerlukan kaedah dan teknik yang sesuai kerana trauma dan tekanan yang dialami mereka menurut Bahagian Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Menurut Lembaga Kaunselor Malaysia, kaunselor perlu mempunyai kemahiran khusus dalam mengendalikan mangsa trauma pemerdagangan manusia. Sokongan melalui kaunseling trauma psikologi diberikan kepada mangsa sebaik sahaja tiba di rumah perlindungan, menyakinkan bahawa mereka dilindungi dan tempat yang didiami mereka kini adalah selamat.

Memandangkan mangsa berasal dari pelbagai negara, kaunselor perlu memahami latar belakang budaya dan bahasa pertuturan mereka. Masalah komunikasi turut wujud kerana kebanyakan mereka tidak boleh berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin atau Tamil terutamanya mangsa dari Vietnam, Thailand dan Kemboja.

Bagi mengatasi masalah ini, jabatan dengan kerjasama beberapa penterjemah daripada NGO dan pihak kedutaan membantu kelancaran sesi kaunseling. Dalam aktiviti kaunseling sama ada individu atau kelompok, mangsa boleh berkongsi serta meluahkan apa yang ada dalam fikiran atau perasaan mereka bersama kaunselor. Program ini melibatkan terapi bercerita, menyanyi, melukis, menari dan seumpama.

MENENANGKAN EMOSI MANGSA

Semasa melakukan aktiviti itu, mereka akan berkongsi dengan kaunselor, pekerja kes dan rakan-rakan mengenai kisah hidup mereka, bagaimana mereka datang ke sini dalam suasana yang lebih santai yang secara tidak langsung membantu menenangkan emosi. Terdapat juga tekanan perasaan dalam kalangan penghuni yang menyebabkan mereka bertindak agresif termasuk cuba mencedera atau membunuh diri.

Mereka yang berisiko tinggi ini dapat dikenalpasti melalui tingkahlaku mereka, antaranya suka menyendiri, murung, marah, kesedihan yang amat, memberontak serta enggan mengikuti aktiviti yang dijalankan.

Kebanyakan mereka risau memikirkan keluarga di kampung dan nak cepat keluar bertemu keluarga. Mereka juga tertekan kerana tidak dapat bekerja sepanjang berada di rumah perlindungan sebab niat mereka hanya nak cari rezeki membantu keluarga. Oleh itu, pihak kerajaan menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat untuk membantu melaksanakan kerja yang boleh menjana pendapatan kepada mereka. Dengan cara ini sekurang-kurangnya apa yang dipelajari di Rumah Perlindungan itu akan dapat membantu mereka memperbaiki kehidupan apabila pulang ke negara masing-masing serta tidak lagi diperdaya dan dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

RUMAH PERLINDUNGAN

Sehingga kini terdapat lima buah tempat perlindungan yang dikhaskan khusus untuk menempatkan mangsa pemerdagangan orang dan mangsa penyeludupan migran sejak penubuhannya pada 2008. Tiga daripadanya dikhaskan bagi wanita iaitu dua di Kuala Lumpur dan satu di Sabah dan satu bagi lelaki di Melaka dan satu bagi kanak-kanak di Kuala Lumpur. Tempat perlindungan ini diwujudkan khas untuk mangsa pemerdagangan orang dan mangsa penyeludupan migran bagi membantu mereka daripada segi pemulihan dan perlindungan.

Mangsa yang diselamatkan akan diberi bantuan kemanusiaan daripada segi keperluan tempat tinggal, pemeriksaan kesihatan dan makan minum secukupnya. Mangsa yang kurang sihat atau mengandung akan dihantar ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan.

Bagi memastikan penghuni tidak terus mengalami kemurungan yang boleh membahayakan mereka dan petugas, pelbagai aktiviti turut dijalankan terutama aktiviti yang boleh memberi ketenangan kepada mereka seperti aktiviti memasak dan menjahit. Kaunselor akan cuba memahami perasaan, tekanan serta trauma yang mereka hadapi, jadi pihak kerajaan melaksanakan pelbagai aktiviti agar mereka tidak mengalami trauma yang serius.

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Persatuan Suara Kanak-Kanak (SUKA Society), Organisasi Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM), Kelab Rotary Sunway, Suruhanjaya Tinggi PBB mengenai Pelarian (UNHCR) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) turut menyumbang dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersama mangsa di rumah-rumah perlindungan.

Kerajaan juga sentiasa berhubung dengan kedutaan luar untuk memaklumkan keadaan rakyat mereka yang diselamatkan.

TERGODA DENGAN TAWARAN GAJI TINGGI

Beberapa penghuni di sebuah daripada rumah perlindungan wanita di Kuala Lumpur mendedahkan kepada Bernama bagaimana mereka berakhir sebagai mangsa pemerdagangan manusia.

Mely (bukan nama sebenar), 20, adalah antara mangsa pemerdagangan manusia yang berada di sebuah daripada rumah perlindungan kelolaan Jabatan Pembangunan Wanita sejak April lepas.

Tergoda dengan tawaran dan pujukan ejen, dia nekad lari ke Malaysia pada usia 16 tahun untuk mencari rezeki bagi membantu keluarganya yang miskin di Timor Leste. Sebaik sampai di Klang, dia terus ditempatkan di rumah majikannya di Selangor dengan dijanjikan gaji RM600 sebulan atau hampir dua juta rupiah.

Bagaimanapun dugaan hidupnya bermula selepas sebulan tinggal bersama di rumah majikannya itu. Pada awalnya majikannya baik, tapi lama kelamaan layanan terhadapnya berubah dan bertambah teruk. Dia tidak dibayar gaji langsung selama empat tahun di sana.

Tidak tahan dengan deraan mental dan fizikal selain tidak diberi makan dan dipukul serta dikurung dalam bilik setor, dia bernekad melarikan diri sehelai sepinggang apabila mendapat tahu akan dijual oleh majikan kepada pihak lain di Thailand.

MENJADI MANGSA ROGOL

Kisah yang sama turut dikongsi Rani (bukan nama sebenar) dari Kemboja yang kini adalah penghuni rumah perlindungan yang sama. Berasal dari sebuah kampung jauh di pedalaman Kemboja, yang mengambil masa kira-kira 6 jam perjalanan dari Phnom Penh.Kemiskinan menyebabkan bapanya menyerahkannya kepada ejen untuk membawanya bekerja di Malaysia.

Di sebalik bekerja sebagai pembantu rumah dengan gaji RM500, dia turut disuruh membersih dan menjaga pejabat majikannya sehingga beliau tidak diberi peluang untuk berehat secukupnya.Tempoh kerja sehingga lebih 12 jam sehari cukup menyeksakan hingga beliau tekad untuk melarikan diri.

Ibarat keluar mulut buaya masuk mulut harimau, selepas melarikan diri beliau bertemu dengan seorang lelaki yang kononnya ingin membantunya mencari pekerjaan tetapi di sebaliknya beliau dirogol dan dihantar ke sebuah ladang untuk bekerja dengan gaji RM600 sebulan.

Rani mula berasa tenang ketika bekerja di ladang itu, namun kedatangan semula lelaki itu di ladang berkenaan menyebabkan beliau dirogol sekali lagi. Dia buat laporan polis dan kemudian dibawa ke Imigresen sebelum dimasukkan ke rumah perlindungan ini sejak tujuh bulan lepas.

HIDUP BERTAMBAH DERITA

Turut berkongsi pengalaman, seorang lagi mangsa pemerdagangan orang, Yuni, 28, berasal dari Sumatera Utara.

Derita hidupnya bagai tidak pernah putus. Ibu tunggal dua anak ini hidup susah dan miskin di negaranya dan berhasrat untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak yang kini dijaga bekas suaminya.Keluarganya memang hidup susah sejak awal lagi. Namun sejak suami terlibat dalam penagihan dadah hidup keluarganya bertambah parah. Pernah dia dan anak-anak beberapa hari tidak makan dan hanya menyambung hidup dengan meminum air sahaja.

Pujukan seorang kenalan yang menawarkan pekerjaan di sebuah kedai fotokopi di Malaysia dengan tawaran gaji RM600 sebulan menarik hatinya untuk mencuba.

Setelah pelbagai kepayahan dilalui untuk keluar dari kampungnya, dia akhirnya tiba di Klang. Namun ia tidak seperti yang dijangka apabila ejen berkenaan kemudian membawanya ke sebuah rumah untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Dia pernah bekerja dengan tiga majikan, namun tidak kekal. Ejen juga menipunya. Dia hanya diberi pasport pelancong. Akhirnya dia berjaya melarikan diri dan diserahkan kepada pihak Imigresen sebelum dimasukkan ke pusat ini.

Walaupun melalui pengalaman perit, ditipu dan didera, namun ketiga-tiga mereka tetap ingin kembali ke Malaysia setelah pulang ke negara masing-masing nanti kerana bagi mereka Malaysia tetap lubuk untuk mencari rezeki.

Karangan: Bekalan Air Bersih/Penyakit melalui air

Mempertingkat mutu bekalan air bersih

WALAUPUN negara ini mempunyai sumber air yang banyak sama ada air permukaan atau bawah tanah, pencemaran sungai memberi cabaran kepada usaha membekalkan air bersih. Pengumpulan dan pengagihan air bersih terutama untuk minuman menjadi penanda aras kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat.

Walaupun sebahagian besar penduduk negara sudah mempunyai bekalan air bersih, masih ada ruang untuk mempertingkat mutu bekalan air kepada pengguna domestik. Air paip yang kini perlu dimasak sebelum diminum boleh diproses ke satu tahap lebih tinggi, iaitu boleh terus diminum dari paip seperti bekalan air di negara maju termasuk Amerika Syarikat (AS).

Selain isu pencemaran sungai, pemanasan global juga memberi kesan kepada bekalan air bersih kerana kajian menunjukkan suhu air yang lebih tinggi sedikit akan menggalakkan pembiakan bakteria yang membawa taun. Penyelidikan Prof Dr Rita R Colwell mendapati penyakit berjangkit berkait rapat dengan alam sekitar dan amat penting untuk pengguna memahami pertukaran musim, perubahan iklim serta punca kepada penyakit berjangkit.

Profesor di University of Maryland dan Johns Hopkins University, AS itu, berkata ekologi alam sekitar memainkan peranan sangat signifikan dalam wabak penyakit dan pengulangan coraknya. Beliau berkata, organisme yang mengakibatkan taun tinggal dalam plankton atau zooplankton marin tetapi bakteria itu juga boleh hidup dalam air tawar yang mempunyai kaitan dengan plankton. Kajiannya menunjukkan wabak taun di Bangladesh meningkat ketika musim panas, iaitu ketika plankton membiak dengan banyak.

Colwell baru-baru ini mengunjungi Malaysia sebagai Wakil Khas Presiden AS Mengenai Sains ke Asia Selatan dan Asia Tenggara dalam usaha negara itu mengukuhkan hubungan dengan negara Islam. Beliau melawat beberapa universiti dan institusi penyelidikan seperti Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) serta berbincang dengan Penasihat Sains Kerajaan Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid. Colwell berkata, beliau kagum dengan perkembangan sains dan teknologi di Malaysia sama ada dari segi jumlah tenaga pakar atau teknologi yang dimiliki. Negara ini mempunyai lulusan ijazah doktor falsafah (PhD) yang ramai. Faktor ini membantu Malaysia untuk muncul sebagai pemimpin kepada negara Islam lain. Beliau mencadangkan universiti di negara ini menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti di AS seperti Stanford University, Purdue University, University of Maryland dan Michigan State University yang masing-masing mempunyai pakar yang mengkhusus dalam bidang tertentu teknologi air. Katanya, kerjasama itu patut dilakukan secara antara makmal dengan makmal membabitkan pertukaran penyelidik untuk tempoh kurang daripada setahun. Naib Canselor UTM, Prof Dr Zaini Ujang yang turut mengadakan perbincangan dengan Colwell, berkata negara ini akan mendapat manfaat khususnya dalam peningkatan kualiti bekalan air bersih menerusi kerjasama dengan makmal penyelidikan di AS.

Colwell yang juga Pengerusi Emeritus Canon US Life Sciences terkenal selepas penyelidikannya pada 1960-an berjaya membongkar bahawa bakteria taun boleh memasuki tahap tidak aktif dan kemudian aktif semula hingga mengakibatkan wabak. Kajiannya bermakna walaupun taun tidak merebak, sungai, tasik dan laut boleh menjadi kawasan simpanan kepada bakteria berkenaan. Penemuan itu menafikan pengetahuan sebelum itu bahawa taun hanya boleh merebak menerusi pelepasan air kumbahan. Hasil kajiannya membolehkan saintis melihat kaitan antara alam sekitar dengan wabak penyakit.

Tahun lalu, beliau menerima Anugerah Air Stockholm atas sumbangannya dalam penyelidikan kesihatan air dan rangkaian antara negara maju dengan negara sedang membangun dalam menyediakan air bersih.

Karangan: Isu Hak Pengguna

26-7-2011
Apakah hak pengguna?
Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

BANGKITKAN KESEDARAN HAK PENGGUNA
Dengan pelbagai helah dan taktik jualan dan pemasaran yang digunakan syarikat-syarikat kini, potensi seorang pengguna menjadi mangsa penipuan adalah tinggi.

Jika anda mengunjungi laman sesawang ataupun blog pengguna seperti Persatuan Gabungan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM), pelbagai masalah pengguna diutarakan membabitkan penipuaan seperti kad kredit, jualan langsung, iklan yang mengelirukan, gores dan menang serta produk palsu.

Ia menjadi medan terbaik untuk perkongsiaan maklumat dalam kalangan pengguna, namun itu hanya sebahagian yang disuarakan. Sedar atau tidak, masih ramai pengguna yang mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan tampil membuat aduan walaupun tahu mereka diperdaya dan ditipu dengan produk dan perkhidmatan yang tidak berkualiti.

Di beberapa negara maju, pengguna sangat teliti tentang hak mereka dan peniaga pula lebih bertanggungjawab dan keadaan ini mewujudkan pasaran yang lebih telus dan berdisiplin. Inilah sasaran kerajaan dalam masa negara menuju status negara maju menjelang 2020.

TIDAK SEDAR HAK SEBAGAI PENGGUNA

Kajian Profil Pengguna oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tahun lepas mendapati hanya 58 peratus, pengguna Malaysia yang mempunyai tahap kesedaran kepenggunaan yang tinggi.

Menurut Bahagian Gerakan Kepenggunaan KPDNKK, kadar itu masih rendah walaupun masyarakat pengguna semakin sedar tentang hak asasi seperti hak mendapatkan ganti rugi dan hak membuat pilihan. Masih ramai lagi pengguna yang tidak menukar pemahaman itu ke dalam bentuk tindakan. Ini kerana tahap kesedaran masyarakat berkait rapat dengan tahap pendidikan, pekerjaan selain informasi untuk mendapat maklumat yang terbatas serta penumpuan bagi memenuhi keperluan asas seperti makan, minum dan tempat tinggal.

Masih ramai dalam kalangan pengguna tidak mengetahui hak mereka terutama dalam skop yang lebih besar seperti mendapatkan alam sekitar yang sihat, hak untuk mendapat pendidikan pengguna, hak mendapatkan keselamatan serta hak mendapatkan maklumat.
Sebagai contoh, mereka mengetahui tentang masalah alam sekitar tetapi mereka tidak menitik beratkan alam sekitar dalam kehidupan seharian sedangkan mereka mempunyai hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat. Hasil kajian menunjukkan hanya 40 peratus pengguna yang menyedari tentang perkara itu.

Pengguna juga masih lagi kurang mengetahui hak mereka untuk mendapatkan keselamatan yang boleh melindungi pengguna daripada barang, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan mereka termasuk perlindungan daripada penipuan, fitnah dan lain-lain.

Kajian itu juga mendapati pengguna berpendapatan rendah dan pendidikan rendah memerlukan lebih perlindungan berbanding golongan berpelajaran dan berpendapatan tinggi yang mana mereka dapat melindungi diri sendiri. Golongan berpendapatan rendah biasanya lebih tertumpu kepada kehidupan seharian, tumpuan untuk mendapatkan keperluan asas selain kurang berbelanja.

Golongan ini hanya akan bertindak sekiranya keupayaan mereka untuk mendapatkan keperluan asas terjejas seperti peningkatan harga keperluan asas ataupun apabila punca pendapatan mereka terjejas.

Pelbagai aduan diterima melalui e-aduan di KPDNKK. Dari Januari hingga Jun tahun ini sebanyak 6,070 aduan diterima dari seluruh Malaysia yang mencakupi pelbagai perkara antaranya penipuan harga, penyelewengan jualan langsung, bengkel kenderaan bermotor, barang tiruan, tanda harga, cetak rompak, penipuan perjanjian, jualan bahan petroleum dan perkhidmatan telekomunikasi.

Setiap hari antara tujuh hingga 10 aduan diterima yang dibuat melalui laman web kementerian, talian bebas tol 1-800-886-800 ataupun datang sendiri ke pusat aduan di kementerian yang mula beroperasi sejak dua bulan lepas.

Pengguna yang ditipu dan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima juga boleh membuat tuntutan di tribunal tuntutan pengguna sebagai saluran untuk mencari keadilan bagi kedua-dua pihak, pengguna dan peniaga. Dulu pengguna tidak tahu mana mahu menyalurkan masalah yang dihadapi, dengn adanya tribunal tuntutan pengguna ini, pengguna tidak terkapai-kapai lagi dan ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

USAHA LINDUNGI PENGGUNA

Meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai hak sebagai pengguna menjadi sebahagian agenda utama KPDNKK antaranya melalui Persatuan Pengguna Daerah yang kini ditempatkan di 132 daerah seluruh Malaysia.

Ia menjadi pemimpin pendapat atau penghubung utama yang mampu bertindak menggerakkan aktiviti kepenggunaan selain bertindak sebagai tempat rujukan pengguna selamat.

Selain itu beberapa undang-undang atau akta yang melindungi pengguna turut dipinda antaranya Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang dipinda pada tahun lepas, bertujuan melindungi pengguna daripada amalam perniagaan yang tidak beretika berhubung urusan jual beli antara peniaga dan pengguna.

Begitu juga, Akta Perihal Dagangan 1972 yang bertujuan melarang penggunaan perihal, penyataan dan petunjuk palsu atau yang menggelirukan berhubung dengan barang, perkhidmatan, tempat tinggal, kemudahan dan harga barang.

Pindaan akta ini diluluskan dengan menambah gores dan menang, iklan yang mengelirukan dan penjualan produk palsu sebagai kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

Akta lain yang melindungi pengguna ialah Akta Jualan Langsung 1993, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Sewa Beli 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga 1946.

Sekiranya tidak didedahkan masalah kepenggunaan yang berlaku, maka pengguna akan terus menghadapi masalah itu dari semasa ke semasa kerana wujudnya pelbagai taktik dan tipu helah dalam perniagaan, pemasaran produk dan perkhidmatan yang tidak bermutu dan berkualiti, penipuan tanda halal, pemalsuan maklumat yang memberi kesan buruk terhadap keseimbangan hubungan ekonomi antara peniaga dan pengguna. Dengan adanya pengetahuan dan pendidikan kepenggunaan, pengguna akan menjadi lebih berhati-hati dalam urus niaga yang dijalankan serta pengguna juga boleh melindungi diri sendiri daripada terpedaya dan ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Kumpulan sasaran kini lebih ditumpukan kepada kumpulan pengguna baru yang terdiri daripada pelajar sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi serta golongan belia dan wanita.
Belia sebagai pelapis pemimpin masa hadapan dan wanita dianggap tonggak utama keluarga yang memastikan keselamatan dan kesihatan keluarga terjamin.

SAMBUTAN BULAN PENGGUNA KEBANGSAAN

Bulan Julai merupakan bulan pengguna yang disambut di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti bagi membangkitkan kesedaran dalam kalangan pengguna.

Memilih tema “Hak Pengguna Tanggungjawab Anda”, ia membawa maksud hak dan peraturan bagi melindungi pengguna daripada ditipu peniaga yang tidak beretika dan tanggungjawab serta peranan yang perlu dimainkan oleh individu yang merangkumi kesedaran kritikal, penglibatan dan tindakan, kepentingan sosial serta kesedaran persekitaran.

Pengguna mesti mempunyai kesedaran untuk mengkritik sekiranya berlaku penyelewengan, sanggup bertindak sekiranya hak mereka tidak dilayan, pengguna mesti menjaga etika supaya perbuatan tidak menimbulkan kesulitan kepada orang lain atau alam sekitar.

Mereka juga perlu bersatu padu menyuarakan pendapat agar kepentingan mereka tidak mudah digugat. Hakikatnya setiap pengguna perlu menyedari tanggungjawab mereka terlebih dahulu bagi memastikan hak pengguna dapat diamalkan.

Diharapkan menjelang 2020, pengguna Malaysia akan mampu melaksanakan perlindungan kendiri dan peniaga akan menjalankan kawal selia kendiri dalam menjalankan tangungjawab dan hak mereka.

Karangan: Perubahan iklim dunia

Pembangunan tidak mapan punca iklim dunia berubah
PERUBAHAN iklim adalah fenomena sejagat yang berlaku akibat daripada proses pembangunan yang tidak mapan terutama di negara maju sejak zaman perindustrian mereka bermula.

Menurut laporan Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perubahan iklim ialah sesuatu kejadian yang tidak dapat disangkal lagi dan ia berlaku akibat kegiatan manusia membebaskan gas rumah hijau ke atmosfera menyebabkan suhu udara meningkat.

Peningkatan kepekatan gas rumah hijau terutama karbon dioksida, metana dan nitrus oksida di atmosfera terutama daripada pembakaran bahan api fosil seperti petrol, diesel, arang batu dan kegiatan guna tanah, memerangkap haba dan menyebabkan peningkatan suhu dan fenomena pemanasan global yang telah membawa pelbagai impak negatif kepada kehidupan manusia masa kini.

Menurut laporan panel itu suhu dunia akan terus meningkat, fenomena kemarau, banjir, peningkatan aras laut akan semakin teruk menjelang dekad akan datang jika dunia tidak berusaha mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ini.

Di Malaysia, suhu udara yang meningkat menyebabkan berlaku perubahan pola kejadian fenomena cuaca ekstrem seperti banjir besar, peningkatan aras laut dan hakisan pantai yang serius adalah petanda impak perubahan iklim.

Kejadian banjir terburuk di Johor penghujung 2006 dan awal 2007 serta banjir teruk yang berlaku awal tahun ini juga di Johor, berkemungkinan ada kaitannya dengan perubahan iklim. Kajian Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati 30 peratus pantai di Malaysia mengalami hakisan yang teruk dan ini dijangka menjadi lebih teruk akibat perubahan iklim berterusan.

Perubahan iklim membawa pelbagai impak kepada kesejahteraan penduduk, alam sekitar dan pelbagai ekosistem serta ekonomi. Dengan suhu yang meningkat, banjir dan kemarau yang semakin kerap, keupayaan negara mengeluarkan makanan mungkin akan terjejas.

Menurut laporan IPCC lagi, jika kepekatan gas rumah hijau di atmosfera terus meningkat, dijangka purata suhu dunia akan meningkat melebihi enam darjah Celsius pada penghujung abad ke-21. Ini jauh lebih tinggi berbanding peningkatan kurang dari satu darjah Celsius sejak 100 tahun yang lalu. Dunia akan berada dalam keadaan kemusnahan sekiranya ini berlaku.

Justeru, saintis mencadangkan peningkatan ini dihadkan kepada dua darjah Celsius dan menyeru semua negara mengurangkan pembebasan gas rumah hijau.

Bagaimanapun, instrumen seperti Protokol Kyoto ternyata gagal. Data terkini menunjukkan kepekatan gas ini lebih tinggi daripada kepekatan bagi senario terburuk yang digunakan oleh IPCC. Perundingan antara negara anjuran PBB seperti Persidangan Parti (COP) mengenai konvensyen kepelbagaian biologi juga belum membuahkan sesuatu yang konkrit yang boleh dilaksanakan serta-merta.

Negara maju yang menjadi penyumbang utama kepada perubahan iklim akibat proses pembangunan dan perindustrian mereka sejak 100 lalu, masih gagal menunjuk-kan komitmen yang tinggi untuk menurunkan pembebasan gas rumah hijau dan membantu negara sedang membangun untuk bergerak ke arah ekonomi karbon rendah.

Keghairahan China dan India dalam pembangunannya menjadikan usaha menurunkan kepekatan gas rumah hijau semakin sukar. Peningkatan penduduk dunia yang boleh mencapai lebih 10 bilion pertengahan abad ini daripada lebih kurang enam bilion kini juga akan menyukarkan usaha ini.

Sebilangan besar saintis tidak yakin kaedah perundingan akan menghasilkan satu perjanjian yang dipatuhi oleh semua negara untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau mereka.

Kaedah manipulasi iklim dipanggil sebagai ‘geo-engineering’ berkemungkinan terpaksa dilakukan. Salah satu kaedah ialah menyembur partikel halus yang dipanggil aerosol ke stratosfera dan dengan jumlah kuantiti yang sesuai ia mampu mengurangkan kemasukan pancaran sinaran matahari dan mampu merendahkan suhu bumi.

Bagaimanapun ia mempunyai kesan sampingan bersifat negatif. Satu kajian di Amerika Syarikat contohnya, menunjukkan kejadian kemarau pada dekad akan datang di Amerika boleh dikurangkan tetapi ia juga melemahkan sistem monsun di rantau Asia Tenggara dan akan menyebabkan musim kemarau yang berpanjangan.

Ternyata impak positif kaedah seperti ini tidak menyeluruh dan pendekatan geo-engineering seperti ini sepatutnya hanya dilaksanakan dalam kerangka persetujuan semua negara.

Persoalannya apa jaminan negara kuasa nuklear yang mempunyai keupayaan teknologi tinggi untuk tidak bertindak memanipulasi iklim secara unilateral.

Karangan: Kepentingan mengimbangi S&T dan Sosial

PENUBUHAN satu universiti penyelidikan sains sosial seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika berucap pada majlis penutupan Kongres Profesor Negara di Kuala Lumpur baru-baru ini sememang merupakan satu langkah wajar dan amat dialu-alukan.

Sama ada ia mungkin satu universiti baru atau sebuah universiti penyelidikan sedia ada yang dinaik taraf, langkah ini adalah satu pengiktirafan betapa ilmu sains sosial perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin dalam proses dan agenda pembinaan negara.

Jika ilmu sains dan teknologi menunjangi agenda pembinaan negara ke arah Wawasan 2020, maka ilmu sains sosial seperti komunikasi, sains sosial, kemanusiaan, pengurusan, pendidikan, ekonomi, dan kesenian wajar diperkasakan sebagai pengisian jati diri bangsa.

Bahkan, sejarah negara bangsa banyak memanfaatkan ilmu sains sosial sebagai pemangkin dan sekali gus penggenap sesuatu bangsa sambil ia memperkasakan ketamadunan bangsa dan mempertingkatkan kecemerlangan citra negara.

Negara jiran Indonesia banyak mencemerlangkan ketamadunan bangsa mereka menerusi kegiatan kesenian, inovasi kebudayaan kreatif dan pemupukan budaya yang segar lagi kontemporari sesuai dengan tuntutan masa.

Sifat dan corak kesenian dan kebudayaan yang segar lagi kontemporari memungkinkan ketamadunan bangsa menjadi relevan dan diminati ramai.
Aspek penyemaian tradisi dan nilai kebudayaan dan kesusasteraan serta kesenian penting dalam konteks arus globalisasi yang mengganas. Usaha membumikan teori sosial sedang rancak di laksanakan.

Yang penting, sains sosial mengasah dan mengasuh para mahasiswa pengertian dan perihal falsafah, pemikiran, nilai, pandangan hidup, jati diri, dan asas ketamadunan negara bangsa seiring dengan aspek sosial, politik dan ekonomi sesebuah tamadun dan negara bangsa.
Bahkan perihal ilmu komunikasi dan kebudayaan perhubungan kaum, etnik, mahupun perpaduan, integrasi kaum, dan proses sosialisasi politik dan pemerintahan dalam konteks dunia kontemporari perlu dikaji dan didokumentasi dalam proses pembinaaan negara bangsa.
Universiti ini mesti dan harus melebarkan korpus keilmuan sains sosial ke persada dunia dengan penyelidikan dan penerbitan bahan sumber yang terunggul. Ia mesti menjadi hab dan rujukan para sarjana antarabangsa bidang kepakaran kita seperti ketamadunan Melayu dan Islam dalam konteks nusantara bukan sebaliknya.

Bidang ilmu baru seperti sains pemerintahan, sosiologi dan antropologi Melayu/Islam dan aspek pengurusan dan perekonomian Islam dan Komunikasi Melayu – Islam dan Malaysia perlu diterokai.
Tidak mungkinkah nanti satu rangka teori tulen dalam semua bidang sains sosial dapat diwujudkan sesuai dengan arus perdana merakyatkan dan melenyapkan ilmu sains sosial jauh daripada pendekatan, paradigma dan penjajahan Barat?

Kita mesti melestarikan nilai kebudayaan bangsa sambil merekayasakan falsafah dan aspek teori asli bukan sekadar adaptasi. Kita mesti merekayasakan dan mencipta teori dan paradigma baru demi melenyapkan keilmuan sosial yang berpijak di bumi nyata.

Bahkan sehingga kini, kita masih tidak ada model dan teori ciptaan kita?

Contohnya, teori komunikasi yang diajar masih berpaksikan falsafah dan pendekatan Barat? Bagaimana pula asas perihal pengurusan dan perekonomian Islam, sains pemerintahan dan politik Islam-Melayu dan teori sosial Islam ala Malaysia mahupun Nusantara.
Pendeknya, universiti sains sosial nanti perlu menekankan perihal penyelidikan baru sains sosial bukan sekadar merekayasa pendekatan Barat yang kini sudah dikritik sebagai asas sekali gus punca perbalahan ilmu atas nama ‘free inquiry” dan bahan penyelidikan yang tidak membawa perpaduan atau penyelesaian bahkan mencetuskan konflik dan krisis demi krisis.

Ini sekali gus, ia melestarikan proses kolonialisasi serta penjajahan minda ala baru. Sambil melengahkan pengisian dan penerimaan gagasan Wawasan 2020.

Justeru, saya amat menyokong gagasan Universiti Sains Sosial agar proses dekolonilsasi pendekatan Barat dalam ilmu sains sosial dan inovasi ilmu sains sosial ala acuan Melayu-Islam dan Malaysia dapat direalisasikan segera sesuai dengan hasrat mencemerlangkan ketamadunan negara bangsa.

Contoh karangan STPM
Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan nilai kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini.

•Kemajuan sains dan teknologi penting bagi kemajuan sesebuah negara.
•Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan.

1. S&T menghasilkan alatan canggih memajukan sesebuah negara.
•Sistem pengangkutan darat, laut dan udara membolehkan kita pergi ke sesuatu tempat dengan mudah.
•Sistem PLUS dan STAR memudahkan pergerakan manusia dan penyampaian.
•Alatan canggih memajukan sektor industri.
•Mesin dan jentera menjimatkan tenaga, masa dan wang.
•Ini akan meningkatkan taraf hidup manusia.
•Ini selanjutnya memajukan ekonomi negara.

2. S&T penting dalam bidang telekomunikasi.
•Sistem komunikasi memajukan perhubungan dan perniagaan.
•Misalnya internet, faks, dan telefon bimbit.
•Kita boleh menghubungi seseorang dengan mudah.
•Ini membolehkan peniaga menjalankan perniagaan di seluruh dunia.
•Perniagaan saham antarabangsa dapat dijalankan
•Satelit televisyen membolehkan kita mengetahui berita di seluruh dunia.

3. S&T memajukan R&D.
•Misalnya S&T membolehkan kita menghasilkan robot untuk membantu manusia.
•Produktiviti sektor perindustrian akan meningkat
•Melalui R&D, kita juga dapat mengkaji punca-punca penyakit.
•Ubat dan rawatan terkini dapat dihasilkan.
•Kini, teknologi pengklonan boleh membiak binatang ternakan secara besar-besaran.
•Pengklonan juga menghasilkan baka pertanian yang bermutu.
•Misalnya padi yang tahan penyakit, cepat membesar, dan hasilnya banyak dan berkualiti.
•Semua ini akan memajukan sesebuah negara.

4. S&T memajukan sistem pendidikan.
•Teknologi maklumat (IT) seperti multimedia akan digunakan dalam sekolah sedemikian.
•Sekolah dapat maklumat dunia melalui sidang video dan Internet.
•Pelajar mencapai keputusan akademik yang lebih baik.
•Cara ini akan melahirkan lebih banyak cendekiawan.
•Pertambahan golongan profesional akan memajukan negara.

5. Seni budaya juga penting kepada sesebuah negara.
•Budaya tradisional adalah warisan nenek moyang kita.
•Budaya merupakan identiti kita.
•Jadi, kita perlu mengekalkannya agar dikenali dan dihormati.
•Selain itu, budaya tradisional juga bernilai komersial.
•Misalnya tarian, masakan, pakaian dan kraftangan dapat memajukan pelancongan.
•Pelancong akan terpikat dengan budaya kita yang unik.
•Pelancong akan mencurah-curah datang ke Malaysia.
•Ini akan menambah pendapatan negara.

6. Seni dapat menghiburkan hati.
•Hidup kita semakin sibuk.
•Ramai orang menghadapi tekanan jiwa.
•Seni seperti lukisan, tarian, filem dsn boleh dihayati.
•Seni ini boleh memberi ketenangan jiwa dan hiburan.
•Dengan ini mental rakyat akan menjadi sihat.
•Rakyat sihat negara maju.
•Filem dan karya sastera yang berjaya juga mengharumkan artis dan karyawan

7. Didikan agama juga penting.
•Agama akan melahirkan manusia yang sempurna.
•Insan yang mempunyai keimanan yang utuh dapat dilahirkan.
•Mereka tahu membezakan perkara haram dan halal.
•Rakyat beragama tidak akan melakukan kemungkaran tuhan.
•Mereka juga dapat mengawal nafsu buruk.
•Dengan ini, rakyat akan menjauhi masalah sosial.
•Misalannya menjauhi dadah, hubungan seks bebas, dan jenayah.
•Dengan ini, masyarakat kita menjadi aman sentosa.

•Pada kesimpulannya, sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara.
•Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan.

Soalan Tambahan:
1 “Seni merupakan suatu aspek penting di dalam kehidupan manusia. Ia tidak sahaja memenuhi keperluan material dan estetika manusia, tetapi juga merupakan asas pembangunan material dan moral . Peranan seni di dalam pembangunan negara tidak boleh diperkecilkan kerana negara tanpa seni akan menjadi negara tanpa jiwa”.
Berikan pendapat anda tentang peranan seni di dalam pembangunan negara.

1990 2. “ Dalam masyarakat moden hari ini, sukan bukan sahaja merupakan asas perpaduan masyarakat, sukan juga mempunyai potensi sebagai satu industri yang banyak menawarkan pelbagai peluang, khususnya kepada peniaga, usahawan, dan profesional.”
Sejauh manakah sukan dapat dimajukan sebagai suatu industri yang boleh memberi sumbangan yang besar di bidang sosioekonomi di Malaysia?

1991 2 Rasuah adalah satu amalan yang amat mudah merebak dalam sistem hidup masyarakat hingga boleh meruntuhkan struktur masyarakat itu sendiri. Cara rasuah merebak seumpama kanser yang membunuh setiap tisu anggota secara senyap dan akhirnya membunuh pesakit berkenaan.
Bincangkan sebab-sebab berlakunya amalan rasuah dan kesannya terhadap masyarakat.

1992 1 Sebagai media komunikasi massa , akhbar sangat penting kepada masyarakat dan dianggap sebagai kuasa keempat (fourth estate). Akhbar mempunyai pengaruh dan dipercayai oleh golongan masyarakat pembaca. Kadang-kadang pembaca mempercayai sesebuah berita itu tidak kira sama ada berita itu benar ataupun sebaliknya. Begitulah kuatnya pengaruh akhbar dalam kehidupan masyarakat kini.
Bincangkan peranan akhbar dalam kehidupan masyarakat kini. Go

1993
1 Kualiti, pengayaan, dan nilai keindahan karya sastera dan seni dalam sesebuah masyarakat hari ini hanya dapat dipupuk dan ditingkatkan melalui usaha-usaha mengadakan sayembara dan anugerah yang tertentu.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

1996
2. Muzium merupakan gedung menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah, seni, dan sains. Bincangkan peranan muzium dalam konteks pembangunan sesebuah negara dan masyarakat.

1989
“ Sungguhpun kemajuan industri perfileman sangat bergantung kepada penggunaan teknologi yang sofistikated namun terdapat juga berbagai-bagai faktor yng mempengaruhi kemajuannya.”
Bincangkan kepentingan faktor-faktor bukan teknologi yang mempengaruhi kemajuan industri perfileman di negara ini.

1995
“Kekurangan kemajuan teknologi canggih seperti teknologi multimedia merupakan antara penyebab utama filem negara kita kurang bermutu.”

1998 3. “Untuk mencapai status negara maju, sesebuah negara perlu mencapai tahap kemajuan sains dan
teknologi yang tinggi.”
Jelaskan peranan sains dan teknologi dalam konteks penyataan di atas.

2003
Industri muzik tempatan menghadapi banyak masalah. Sehingga kini masalah tersebut belum ada penyelesaiannya. Oleh yang demikian langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani masalah tersebut. Bincangkan.

20091 “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.” Begitulah pepatah orang tua kita yang memberikan gambaran bahawa belia ialah golongan yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Jelaskan ciri yang perlu ada pada golongan belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini.