Category Archives: Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2

Karangan: Isu Orang Pelarian

Contoh tajuk karangan:
Bincangkan punca tercetusnya masalah orang pelarian di sesebuah negara dan sarankan langkah-langkah mengatasi masalah ini.

Orang Pelarian: Kehidupan Penuh Ketidaktentuan
Baru-baru ini wakil Bernama Melati Mohd Ariff menemu bual Alan Vernon, Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia di mana beliau menyentuh beberapa isu berhubung pelarian dan mereka yang ingin mendapatkan suaka politik
Berikut ialah rencananya:

Malaysia sebenarnya mempunyai sejarah yang panjang dalam soal pelarian.

Siapa yang dapat melupakan isu pelarian Vietnam ‘orang bot’ yang mendarat dengan begitu ramainya di negara ini, mencari perlindungan daripada pemerintahan Komunis sebaik berakhirnya Perang Vietnam pada April 1975.

Kira-kira 250,000 pelarian Vietnam diproses di khemah pelarian di Pulau Bidong (sebuah pulau kecil di Terengganu) sebelum kebanyakan mereka diterima negara ketiga termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, New Zealand, Sweden, Finland, Denmark dan Norway.

Kira-kira 9,000 pelarian Vietnam kembali ke Vietnam dengan bantuan UNHCR.

Malahan selepas khemah Pulau Bidong ditutup pada Oktober 1991, Malaysia masih menjadi tumpuan serta tempat perlindungan untuk pelarian daripada beberapa negara lain sehingga ke hari ini.

“Pelarian ialah masalah sejagat. Berdasarkan statistik, hampir setiap negara terjejas dengan pelarian dan Malaysia tidak terkecuali.

“Ia akan berterusan sebagai satu masalah tetapi lebih mudah menanganinya jika semua negara bekerjasama.

“Negara terbesar yang menghasilkan pelarian yang memberi kesan kepada Malaysia pada masa ini ialah Myanmar dan fenomena ini berlarutan lebih 10 hingga 15 tahun,” Alan Vernon, 56, Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia memberitahu Bernama dalam wawancara di pejabatnya di Bukit Petaling di sini baru-baru ini.

UNHCR memulakan operasi di Malaysia pada 1975 di mana pada peringkat awalnya untuk menangani masalah pelarian Vietnam. Ia juga membantu kerajaan Malaysia dalam menerima dan menempatkan semula lebih 50,000 orang Islam Filipina yang lari dari Mindanao ke Sabah pada 1970-an dan 1980-an.

UNHCR juga membantu kerajaan dalam menempatkan semula beberapa ribu orang Islam Cham dari Kampuchea pada tahun 1980-an dan beberapa ratus pelarian Bosnia pada 1990-an.

STATISTIK PELARIAN

Menurut Vernon, terdapat kira-kira 50 juta pelarian di seluruh dunia.

Di Malaysia, terdapat sekitar 88,100 pelarian dan mereka yang ingin mendapatkan suaka politik berdaftar dengan pejabat UNHCR sehingga penghujung Mei 2010. Mereka ini diberi kad UNHCR sebagai tanda pengenalan diri.

Daripada jumlah itu, 81,600 ialah dari Myanmar terdiri daripada kira-kira 38,900 suku kaum Chin, 18,900 Rohingya, 6,400 orang Muslim Myanmar, 3,800 Mon, 3,600 Kachin dan selebihnya minoriti etnik lain dari Myanmar.

“Lebih ramai lagi pergi ke Thailand dan negara itu berkemungkinan mempunyai empat hingga lima juta pelarian dari Myanmar memandangkan kedua-dua negara berkongsi sempadan.

“Untuk datang ke Malaysia, mereka perlu mengharungi pelbagai pahit getir. Mereka juga datang ke negara ini kerana mereka tahu mereka boleh hidup di sini, jika tidak, sudah tentu mereka tidak akan berbuat demikian.

“Jadi saya fikir Malaysia adalah mangsa kepada kejayaannya. Jika ekonomi negara ini teruk, mungkin rakyat negara ini juga akan menjadi pelarian,” kata Vernon.

Seramai 6,600 pelarian dan mereka yang mencari suaka politik lain ialah dari negara seperti Sri Lanka (3,500 pelarian), Somali (930), Iraq (580) Afghanistan (530) dan Palestin (200).

Dari segi jantina, 70 peratus pelarian dan mereka yang mencari suaka politik ialah lelaki sementara 30 peratus perempuan.

Terdapat juga pelarian dan pencari suaka politik yang tidak berdaftar dan jumlah mereka dianggarkan sekitar 10,000 orang.

Untuk rekod, pelarian ialah mereka yang diiktiraf sebagai pelarian sementara pencari suaka politik ialah mereka yang datang ke pejabat UNHCR untuk menuntut taraf pelarian.

Pencari suaka politik akan ditemu bual dan kes mereka dikaji berdasarkan maklumat UNHCR mengenai negara mereka sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada mereka boleh diiktiraf sebagai pelarian.

TIDAK DI KHEMAH

Satu perkara yang elok tentang pelarian di Malaysia, seperti yang disuarakan Vernon ialah mereka tidak tinggal di dalam khemah.

Komuniti pelarian tinggal di kawasan perumahan kos rendah di seluruh negara, dan sering kali bilangan yang besar terpaksa berkongsi tinggal di dalam ruang yang sempit.

“Kadang kala orang berfikir khemah adalah penyelesaian yang baik untuk pelarian tetapi pada dasarnya tinggal di khemah pelarian akan menambahkan lebih banyak penderitaan.

“Lagi pun banyak isu jika diletakkan mereka di khemah, ramai nanti bergantung kepada bantuan, kebajikan dan penjagaan.

“Sering kali juga apabila khemah pelarian diwujudkan, ia akan berpanjangan berbanding situasi lain kerana khemah mempunyai kehidupan yang tersendiri,” jelas Vernon yang menyandang jawatan wakil UNHCR di Malaysia sejak November 2008.

Pembabitan Vernon dalam isu pelarian sebenarnya bermula sejak 1978 lagi ketika beliau mengajar di Amerika Syarikat.

Beliau menyertai UNHCR pada 1987 dan menyandang jawatan Pegawai Penempatan Semula Bersekutu di pejabat lapangan UNHCR, Kuala Terengganu (1987-1991). Sepanjang kariernya dengan UNHCR, beliau juga pernah ditempatkan di Sri Lanka dan Geneva.

Menurut Vernon, kerajaan Malaysia mengambil langkah positif dengan tidak menyekat pergerakan pelarian yang bererti mereka boleh berusaha untuk mencari nafkah bagi menyara keperluan kehidupan mereka.

PELARIAN DAN PENDATANG

Bagaimanapun, Vernon mahu rakyat Malaysia memahami bahawa pelarian bukan pendatang dan terdapat perbezaan yang amat ketara antara keduanya.

Pelarian, jelas beliau tidak memilih untuk meninggalkan tanah air mereka tetapi sebaliknya dipaksa berbuat demikian.

Menurut definisi UNHCR, pelarian ialah orang yang mempunyai ketakutan yang berasas akan ditindas atas sebab pendapat politik, etnik, agama atau keahlian dalam sesebuah kumpulan tertentu.

“Malaysia amat bertuah kerana tidak mempunyai situasi yang sedemikian. Malaysia belum menghasilkan pelarian. Pihak kami amat gembira dengan keadaan itu tetapi berharap rakyat negara ini mempunyai toleransi terhadap hakikat bahawa pelarian tidak membuat pilihan untuk datang ke negara ini.

“Mereka dipaksa meninggalkan kampung halaman mereka dan tidak boleh kembali sehingga keadaan di negara mereka pulih dan mereka tidak lagi berdepan dengan risiko dipenjara dan kemungkinan dibunuh.

“Ini berbanding pendatang yang membuat pilihan untuk meninggalkan negara mereka untuk peluang ekonomi atau pendidikan yang lebih baik,” tegas Vernon.

Sesetengah pihak menganggarkan terdapat tiga hingga empat juta pendatang di Malaysia dengan 50 peratusnya berada di negara ini secara sah.

CABARAN UMUM

Memandangkan masalah pelarian mungkin tidak selesai dalam masa terdekat, cabaran umum ialah untuk mencari jalan bagi memenuhi keperluan pelarian dan dalam masa yang sama melindungi kepentingan tuan rumah secara keseluruhan.

Sebagai rekod, Malaysia tidak memeterai Konvensyen 1951 berhubung kedudukan pelarian.

“Memang penting untuk menandatangani Konvensyen Pelarian tetapi jika sesebuah kerajaan itu tidak bersedia untuk berbuat demikian kita masih boleh mengadakan dasar serta prosedur dalam menangani isu pelarian.

“Perkara ini belum ada lagi buat masa ini, dan ia adalah kesulitan besar bagi kami kerana tanpa dasar dan prosedur, semua perlu dibuat berdasarkan budi bicara. Ia juga tidak memberi panduan kepada semua peringkat kerajaan.

“Untuk itu perlu ada rangka kerja perundangan. Ini amat penting untuk memastikan pelarian dilindungi dan selamat sehingga sampai masanya mereka boleh pulang ke negara mereka. Sesetengah daripada mereka boleh ditempatkan semula di negara lain tetapi ia bukan penyelesaian untuk setiap pelarian,” tambahnya.

Vernon memberitahu Bernama bahawa jumlah tempat penempatan semula adalah kurang daripada bilangan pelarian yang ada di Malaysia.

Menurut beliau, pihaknya mengemukakan lebih daripada 10,000 pelarian untuk penempatan semula tahun lalu, tetapi mengulangi bahawa “ia bukan penyelesaian untuk semua orang. Penyelesaian terbaik untuk pelarian ialah pulang ke negara asal.”

MENGURUS ISU

Bercakap seterusnya mengenai pelarian, Vernon melahirkan rasa optimisnya bahawa kejayaan yang dicapai dengan orang bot Vietnam serta pelarian Acheh akan dapat diraih juga akhirnya.

“Ketika bot-bot Vietnam mula mendarat di Malaysia pada 1975 dan meningkat pada 1979, rasanya macam isu pelarian ini akan berterusan selama-lamanya. Namun pada 1991 ia selesai. Satu lagi contoh ialah pelarian Acheh dan selepas tsunami mereka semua pulang ke negara mereka,” katanya.

Menurut beliau, Myanmar ialah sebuah negara yang berkemungkinan mengeluarkan pelarian untuk beberapa ketika mendatang.

“Tahun ini ada proses pilihan raya dan masih banyak masalah di negara itu tetapi kami amat berharap secara berperingkat keadaan akan menjadi lebih baik,” tambahnya.

Secara realitinya, kata beliau, Malaysia perlu berfikir cara untuk menangani keadaan di Myanmar kerana Malaysia ialah sebahagian daripada Asean dan perlu mengambil kira perkara itu dalam dasar luarnya.

“Satu daripada cabaran untuk Malaysia dalam aspirasinya untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya menjelang 2020 ialah ia perlu mendukung tanggungjawab global dan satu daripadanya ialah membantu keadaan pelarian.

“Cara untuk melakukannya ialah secara rakan kongsi. UNHCR ada di sini. NGO dan komuniti antarabangsa yang lain boleh juga membantu dan saya rasa banyak ruang untuk menguruskan isu ini dengan cara yang lebih baik.

“Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya kita menangani sesuatu masalah itu dan menguruskannya dengan cara yang bijak, kita tidak akan tertekan dengan angka,” kata Vernon.

Pelarian: Isu Sejagat Dan Kemanusiaan
Berada jauh di negara asing dan berdepan dengan masa depan yang tidak menentu, pelarian di Malaysia terpaksa bergelut dengan pelbagai cabaran untuk kelangsungan hidup.

“Mereka amat rajin, buat pelbagai jenis kerja dan mengambil apa sahaja peluang kerja yang datang kepada mereka. Ini menjadikan mereka calon terbaik untuk program penempatan semula,” Alan Vernon, Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) memberitahu Bernama dalam wawancara di pejabatnya di Bukit Petaling, di sini baru-baru ini.

“Idea yang baik untuk membenarkan mereka bekerja secara sah. Ini menjimatkan wang memandangkan mereka sudah ada di negara ini. Pelarian mahu memberi sumbangan kepada negara ini dan membantu masyarakat di sini kerana mereka mempunyai tempat untuk tinggal.

“Bagaimanapun, mereka tidak mendapat peluang itu kerana mereka tidak boleh bekerja secara sah dan buat masa ini mereka tidak boleh mendapat permit kerja,” katanya mengulas sesetengah cadangan supaya membenarkan pelarian di Malaysia bekerja.

PELUANG EKONOMI

Dasar yang lebih baik, jelas Vernon, ialah dengan memindahkan pelarian di negara ini ke tempat lain supaya tidak bertumpu di satu-satu tempat sahaja.

“Sebahagian besar pelarian berada di Kuala Lumpur. Kami mahu sekali memindahkan mereka dan cara terbaik ialah peluang bekerja secara sah. Mereka boleh bekerja di sektor perladangan, pengilangan dan pembinaan.

Menurut beliau, sesetengah pelarian mempunyai kemahiran yang amat baik serta jitu, dan begitu berguna sekali untuk majikan Malaysia.

Kawalan serta peraturan yang lebih baik terhadap keadaan pelarian, katanya terutama sekali dalam isu penggajian, akan mengelakkan berlakunya eksploitasi.

“Kita perlu bermula hari ini. Kita lihat sama ada kita boleh mencari jalan untuk menjadikan pelarian lebih berdikari dari segi pekerjaan supaya mereka tidak menjadi beban di mana ini akan hanya mencetuskan masalah sosial.

“Sekiranya ada pekerjaan mereka tidak akan terlibat dalam kegiatan haram. Pelarian telah menjejaskan Malaysia di masa lampau dan ia masih berlaku sehingga ke hari ini. Jumlah pelarian mungkin bertambah dan berkurangan tetapi lebih elok jika ada dasar dan sistem untuk menangani isu ini secara yang boleh dijangkakan dan menguruskannya dengan lebih teratur,” kata Vernon.

ANAK-ANAK DIUTAMAKAN

Terdapat kira-kira 19,000-pelarian kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang berdaftar dengan UNHCR.

Seramai 10,600 daripada kanak-kanak itu dalam usia bersekolah. Bagaimanapun dianggarkan kurang daripada separuh kanak-kanak pelarian yang sepatutnya menghadiri sekolah tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sebarang bentuk pendidikan.

“Kanak-kanak perlu diberi pendidikan. Sekiranya mereka tidak mendapat pendidikan, ini akan merosakkan masa depan mereka dan boleh mencetuskan masalah sosial di kemudian hari.

“Kerajaan Malaysia telah menyatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh membantu untuk menyediakan pendidikan bagi anak-anak pelarian . Ini satu perkara yang baik,” kata Vernon.

Bagaimanapun, beliau memberitahu Bernama pihak NGO berkenaan menghadapi kesulitan kewangan serta sumber lain dalam menyediakan pendidikan yang diperlukan bagi anak-anak pelarian.

Oleh yang demikian, katanya komuniti pelarian sendiri mengambil daya usaha untuk mengatur program pendidikan untuk anak-anak mereka.

“Usaha kami lebih terarah untuk anak-anak berusia bagi sekolah rendah.

“Anak-anak yang tidak mendapat peluang pendidikan nescaya akan bergelut dengan masa depan yang lebih sukar dan akan menjadi masalah sosial.

“Jadi kami lebih suka mereka dididik supaya boleh menyumbang kepada komuniti mereka dan apabila mereka pulang ke negara mereka, bolehlah mereka menyumbang kepada masyarakat mereka. Ini juga sumbangan positif Malaysia kepada Myanmar, sebagai contoh,” jelas Vernon.

BUAT BANYAK LAGI

UNHCR berharap dapat bekerja lebih rapat lagi dengan kerajaan, NGO serta orang awam untuk memperbaiki kualiti dan peluang pendidikan bagi komuniti pelarian di negara ini.

“Memang ramai yang melakukan banyak perkara dan saya berpendapat dalam keadaan sekarang saya rasa setiap orang akan bersetuju bahawa dalam apa juga keadaan, kanak-kanak tidak harus menjadi mangsa.

“Mereka tidak memilih untuk datang ke Malaysia. Memang benar ibu bapa mereka yang membuat pilihan itu bukan anak-anak mereka, jadi saya kira kita perlu bekerjasama untuk memperbaiki keadaan untuk mereka.

“Dalam hal ini, semua ada peranan, baik kerajaan, NGO, sukarelawan dan juga Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata Vernon dengan menambah, pelarian juga mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya.

INISIATIF UNHCR

Dari segi pendidikan untuk anak-anak, UNHCR telah membuat kemajuan dengan menarik lebih ramai kanak-kanak menghadiri sekolah. Daripada kira-kira 2,500 orang pada 2008, angka itu kini meningkat kepada sekitar 4,700.

UNHCR juga bekerja dengan rakan kongsi NGOnya untuk melatih tenaga pendidik dan sehingga kini berjaya melatih lebih 120 orang guru.

Agensi PBB ini juga menyediakan buku dan alat tulis serta bekalan sekolah yang lain di samping mendapatkan sokongan sukarelawan untuk sekolah.

“Semua ini adalah usaha untuk mewujudkan satu bentuk sistem sekolah bagi komuniti pelarian.

“Mereka tidak boleh pergi ke sekolah kerajaan dan kalau pun dibenarkan di mana saya fikir sesetengahnya mungkin mahu pergi, ramai yang lain mungkin tidak kerana masalah bahasa serta isu anak-anak yang sudah tercicir sekian lama,” jelas Vernon seraya berkata cabaran yang masih perlu diatasi ialah mencari satu program pendidikan yang sesuai untuk komuniti pelarian yang pelbagai etnik.

SEKOLAH KECIL

Terdapat kira-kira 60 buah sekolah komuniti pelarian yang diusahakan beberapa kumpulan pelarian di samping yang diuruskan UNHCR dan NGO.

Majoriti sekolah ini terletak bertaburan di sekitar Kuala Lumpur di mana terdapat komuniti pelarian.

Pelarian ini, menurut Vernon, enggan berpindah ke tempat lain kerana pelbagai halangan termasuk masalah kewangan dan pengangkutan.

“Sekolah pun bukanlah sekolah dalam erti yang sebenarnya. Sering kali ia hanyalah ruang pangsapuri, tetapi sekurang-kurangnya ada aktiviti pembelajaran.

“Mengenai sukatan pelajaran, kita cuba menggunakan sukatan pelajaran Malaysia tetapi mereka juga diajar pengajian kebudayaan dalam jangkaan mereka akan pulang ke negara asal.

“Pelajar juga belajar bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Subjek lain yang diajar ialah matematik, sains, sejarah dan pengajian sosial,” katanya.

BANTU UNTUK MENOLONG DIRI SENDIRI

UNHCR mempunyai pasukan untuk memperkasa komuniti pelarian supaya mereka mempunyai jawatankuasa kepimpinan yang boleh menjaga kebaikan komuniti masing-masing.

“Kita cuba bekerja dengan semua dan cuba menggalakkan mereka sebanyak mungkin tetapi saya perlu realistik dalam hal ini. Ada kumpulan yang lebih baik dari kumpulan yang lain.

“Ada kumpulan yang mudah membentuk kumpulan dan menjaga kepentingan mereka sementara yang lainnya terpaksa berhempas-pulas untuk berbuat demikian. Ada kumpulan yang memberi ruang untuk kaum wanita menyertai kepimpinan, ada yang tidak berapa bersetuju,” kata Vernon.

Beliau turut mengulas publisiti negatif mengenai pelarian yang disifatkan jumlahnya sebagai kecil.

“Kumpulan pelarian ini tidak mahu mencari susah kerana mereka tahu keadaan mereka yang serba-serbi payah dan mereka tidak boleh mendapat bantuan kerajaan mereka.

“Mereka juga tahu mereka hanya boleh mengadu kepada UNHCR dan pihak berkuasa Malaysia. Hidup mereka sudahlah susah dan mereka tahu risiko jika terlibat dalam kegiatan yang bukan-bukan.

“Jadi memang tidak ramai pelarian yang membuat kesalahan dan di negara ini ramai kaum pendatang dan ini sudah pasti mengundang banyak masalah sosial,” katanya.

TIDAK KEBAL UNDANG-UNDANG

Menurut Vernon UNHCR sentiasa berusaha untuk memastikan pelarian tidak terlibat dalam apa juga kesalahan.

Pekerja pembangunan komuniti UNHCR serta yang lain sering kali keluar untuk bercakap dengan pelarian dan menggalakkan mereka supaya mematuhi undang-undang.

“Pelarian tidak kebal undang-undang. Jika mereka melanggar undang-undang mereka boleh ditangkap dan dibicarakan seperti orang lain.

“Mempunyai kad UNHCR bukan boleh melindungi mereka. Pelarian mesti patuh kepada undang-undang dan perlu sedar kehadiran mereka di negara ini tidak boleh diambil ringan.

“Mereka seakan tetamu di negara ini dan perlu berkelakuan sebagai tetamu. Jangan bertindak yang boleh menyebabkan rakyat Malaysia merasa terancam dan tidak gembira dengan kehadiran mereka,” kata Vernon.

Karangan:Menangani Isu Pengubahan Wang Haram And Pembiayaan Keganasanarangan:

Menangani Isu Pengubahan Wang Haram And Pembiayaan Keganasan

9 Julai 2010
Institut Bank-bank Malaysia (IBBM) dan Kumpulan Jaringan Pegawai Pematuhan Malaysia (CONG) akan menganjurkan persidangan antarabangsa dua hari mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2010 dari 19-20 Julai 2010.

IFCTF 2010, dengan tema ‘Memperkukuh Tadbiran Untuk Memperoleh Nilai’, dianjurkan bersama oleh Institut Kewangan Asia (AIF), Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) dan Institut Insurans Malaysia (MII), dengan sokongan Bank Negara Malaysia.

Pihak penganjur menjemput barisan penceramah tempatan dan antarabangsa serta pakar dalam bidang yang berkaitan daripada Pasukan Tindakan Kewangan (FATF), Bank Dunia, Perbendaharaan Amerika, Polis Persekutuan Australia, AUSTRAC, Kumpulan Asia Pasifik bagi Pengubahan Wang Haram (APG), bank antarabangsa serta firma rundingan, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM)dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Beberapa daripada isu utama yang akan dibahaskan termasuk langkah berasaskan kepada risiko dalam berurusan dengan pelanggan dan negara berisiko tinggi, pengubahan wang haram dan risiko pembiayaan keganasaan dalam pemindahan wang merentasi sempadan, pembiayaan perdagangan dan kewangan Islam. Topik-topik lain termasuk rasuah, pemerdagangan manusia dan skim piramid.

SISTEM PEMATUHAN MANTAP PERLU

Institusi kewangan berfungsi dalam persekitaran dinamik yang dipengaruhi globalisasi pasaran, penggabungan industri, penyatuan khidmat kewangan, teknologi sedang muncul – termasuk ancaman keselamatan yang mengiringinya.

Kuasa ini apabila bersatu, mewujudkan risiko, dan satu daripada risiko utama yang dihadapi institusi kewangan ialah risiko pematuhan. Untuk menangani risiko dan kekal kompetitif serta beruntung dalam persekitaran seperti ini, bank-bank perlu menilai secara berterusan dan mengubah suai produk, khidmat serta langkah keselamatan operasi masing-masing selaras dengan perkembangan baru ini.

Para pengawal selia menjangkakan bank-bank akan mewujudkan proses pengurusan risiko yang lasak untuk menguruskan kesemua risiko yang lazim dalam perniagaan perbankan termasuk risiko pematuhan. Bank mesti membangun dan mengekalkan satu sistem pematuhan yang canggih yang disepadukan dalam strategi pengurusan risiko pertubuhan itu. Sistem pengurusan pematuhan bank harus memastikan pematuhan yang cukup bagi keperluan kawal selia dan dalaman.

Untuk mencapai ini, institusi kewangan mesti melakukan pelaburan bijak dalam meningkatkan kapasiti dan tenaga kerja yang cukup terlatih untuk membantu dalam menangani risiko yang dihadapi oleh pertubuhan-pertubuhan ini.

CONG, jawatankuasa penasihat bagi IBBM, telah mengusahakan pelbagai inisiatif untuk menyuntik profesionalisme dan meningkatkan penjanaan kapasiti pegawai-pegawai pematuhan di Malaysia.

Dalam mengejar objektif ini, CONG berusaha dengan aktif bersama para pengawal selia serta institusi pembelajaran di Malaysia untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam fungsi pematuhan dan memperkenal program peningkatan kapasiti dalam industri perbankan.

IFCTF 2010 merupakan satu daripada program seumpamanya untuk meningkatkan tahap kesedaran di Malaysia mengenai amalan terbaik antarabangsa dalam langkah Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan.

IFCTF 2010 merupakan saluran bagi institusi kewangan tempatan untuk belajar daripada pakar-pakar akan keperluan semasa dan di masa depan. Perbahasan semasa persidangan itu akan membenarkan pegawai pematuhan untuk menjajar dan menambah baik program pematuhan AML/CFT.

CABARAN YANG DIHADAPI INSTITUSI PERBANKAN

Keperluan kawal selia dan pentadbiran global membawa cabaran besar bagi institusi kewangan. Dengan pembaharuan kawal selia dan perlindungan konsumer menjadi agenda utama, bank-bank menghadapi tekanan berterusan dari beberapa sudut.

Kegagalan untuk mematuhi undang-undang, peraturan, atau kod tatalaku, atau standard lain boleh membawa kepada tindakan kawal selia atau perundangan yang akhirnya pasti membawa impak buruk terhadap pendapatan, modal atau reputasi.

Cabaran bagi institusi kewangan ialah dalam mengejar perkembangan di luar. Mereka perlu melabur dana teknologi dan sumber manusia, memajukam program pembangunan, dan mencari penyelesaian teknologi yang akan membantu melindungi mereka daripada ancaman yang dibawa oleh penjenayah yang meliputi penipu, pengubah wang haram dan pembiaya pengganas. Penjenayah ini menjalankan operasi mereka di sebalik perniagaan yang kelihatan sah serta tidak menimbulkan sebarang keraguan sehingga terlewat.

TANDA AMARAN

FATF merupakan penetap standard antarabangsa dalam memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. ‘Syor 40+9′ FATF buat masa ini menetapkan standard antarabangsa bagi memerangi pengubahan wang haram (ML) dan pembiayaan pengganas (TF), yang mesti dipatuhi oleh institusi kewangan di seluruh dunia.

Institusi kewangan mesti membangunkan program bertulis yang mengenal pasti dan mengesan tanda-tanda awal jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan. Kajian semula berterusan dan perkongsian tanda-tanda amaran akan membantu petugas barisan hadapan untuk mengesan jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan.

Industri perbankan Malaysia banyak mencatatkan kemajuan dalam mengesan pengubahan wang haram dan pencegahan menerusi Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 dan Dasar Ketahuilah Pelanggan Anda (KYC).

Seterusnya, Akta AMLA 2001 dikemas kini pada 2003 dan kini dikenali sebagai Akta Anti-Pengubahan Wang Haram dan Anti-Pembiayaan Keganasan (AMLA-ATFA) 2001 untuk turut meliputi masalah pembiayaan keganasan.

Tetapi bersama perkembangan ekonomi dan politik yang tidak menentu, ditambah dengan krisis kewangan yang berulang di beberapa bahagian dunia, bank-bank terus terdedah kepada masalah pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Pertubuhan serta individu yang diragui menggunakan sistem perdagangan antarabangsa dan perbankan untuk memindahkan sumber kewangan haram bagi tujuan salah.

Perang terhadap pembiayaan keganasan bergantung pada kerjasama antarabangsa dan undang-undang, objektif serta motif yang diterima bersama. Perkakas dan kaedah baru mungkin perlu.

MEMATUHI PERATURAN

Pada 5 April, 2010, Malaysia memperkenal Rang Undang-undang Perdagangan Strategik yang diwujudkan khusus untuk memberi kawalan terhadap perdagangan material seperti elektronik, avionik dan perisian, yang boleh dikaitkan dengan WMD (senjata kemusnahan sejagat).

Rang Undang-undang Perdagangan Strategik menghalang individu atau perbadanan daripada menggunakan Malaysia sebagai pangkalan bagi urus niaga haram senjata.

Lebih penting, rang undang-undang ini membolehkan perkongsian yang lebih erat antara Malaysia dan seluruh dunia dalam perang global terhadap keganasan dan penyebaran senjata nuklear, kimia dan biologi.

Maslamani mencadangkan bahawa Program Pematuhan institusi kewangan diberi mandat dan diuruskan oleh lembaga pengarah atau pengurusan kanan, dan paling minimum, harus melibatkan latihan petugas yang sesuai sebagai sebahagian daripada pengurusan pematuhan risiko.

Dalam menggorak langkah ke hadapan, sementara keperluan pematuhan secara ideal sepatutnya menjadi sebahagian daripada rutin harian pihak pengurusan dan petugas institusi kewangan, tanggungjawab akhir masih terletak pada lembaga pengarah. Mereka boleh mewakilkan kuasa tetapi tidak boleh lepas tangan dan pihak pengurusan perlu bertanggungjawab dalam memastikan lembaga pengarah juga turut berperanan.

Isu semasa/Karangan: NGO dan peranannya

NAJIB bersama Rosmah, Dr Siti Hasmah, Dr Mahathir dan Anifah meraikan enam aktivis Rachel Corrie

PM sokong NGO teruskan misi kemanusiaan Gaza

2010/06/09
PM Dato Sri NAJIB bersama Rosmah, Dr Siti Hasmah, Tun Dr Mahathir dan Anifah meraikan enam aktivis Rachel Corrie di Langgak Duta,

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tetap menyokong program dan usaha organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk meneruskan penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Amat baik sekiranya NGO bersetuju terus menghantar bantuan kemanusiaan dengan menggunakan bot atau kapal tertentu atau dengan apa cara sekali pun. “Ini supaya masalah dan kesengsaraan yang dihadapi rakyat Palestin di Gaza sentiasa dalam perhatian masyarakat dunia,” katanya selepas meraikan enam lagi sukarelawan Malaysia yang dibebaskan Israel Sabtu lalu pada jamuan makan tengah hari di kediamannya di Langgak Duta di sini, semalam. Mereka ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu daripada Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin daripada TV3.

Mereka menaiki kapal MV Rachel Corrie yang membawa pelbagai bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza, ditahan selepas tentera Israel mengiringi kapal itu ke Pelabuhan Ashdod tiga hari lalu dan dibebaskan pada Sabtu di Jambatan Raja Hussein di sempadan Israel-Jordan.

Mereka pulang ke tanah air malam kelmarin.

Najib berkata, misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin membuka mata masyarakat dunia mengenai kekejaman rejim Zionis yang menghalang misi bantuan di perairan antarabangsa.
“Kita lihat sekarang perubahan pendapat dunia yang sudah memihak kepada rakyat Palestin dan mengutuk kerajaan Israel,” katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Penasihat Perdana PGPO, Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Sementara itu, Mukhriz berkata, PGPO berusaha mendapatkan kapal misi kemanusiaan itu termasuk kapal MV Rachel Corrie yang mungkin boleh digunakan semula untuk misi bantuan pada masa depan.

“Sekarang, usahanya ialah untuk Kerajaan Turki dan Jordan membantu membebaskan kapal kita,” katanya.

Mengenai rancangan terbaru PGPO, Mukhriz berkata, pertubuhan itu cuba membantu rancangan bekas Ahli Parlimen Britain, George Galore yang ada hubungan rapat dengan Gaza untuk menghantar 60 kapal bantuan ke Gaza

RANCANGAN MALAYSIA KE-10(2011-2015)

Peruntukan Pembangunan RM Ke-9 dan RM ke-10

Perdana Menteri membentangkan RM Ke-10(2011-2015)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentang Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) di Dewan Rakyat mulai jam 11.40 pagi 10-6-2010.

RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal.

Tema pembentangan hari ini ialah Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.

RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Intipati RMK10:

* RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009.

* Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005. Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.

* Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.

* RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.

*Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.

* Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun.

* Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.
* RMK10: 10 PREMIS UTAMA

Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

*RMK10: 5 TERAS STRATEGIK

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
* Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.

* Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam.

* Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:

(i) Minyak dan gas
(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur

* Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.

* Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.

* Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.

*Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau “Facilitation Fund“ bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.

*Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.

*Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada.

*Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan pinjaman.

*Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.

*Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.

*Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.

*Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.

*Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf.

*Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.

*Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara.

*Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.

*Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.

*Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.

*Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank.

*Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.

*Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:

Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.
Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.
Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.
Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.
Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.

* Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.

* Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan.

* Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.

* Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama.

* Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan.

* Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.

Karangan: Penarikan Subsidi

Now, Malaysia has a rising debt of RM362 billion, which is 52 percent of the country’s GDP. To date, Malaysia is one of the most heavily subsided nations in the world, with almost RM12, 900 per household. It is said that if the Malaysian government’s debt increases by 12 percent every year, the county could go bankrupt by 2019 when it equals to the GDP.

Cutting some of the subsidies, I believe, can prevent Malaysia to go into bankruptcy. Furthermore, if the subsidy itself is channeled to the wrong beneficiaries, it will just be a waste of government resources. Government should better use the resources in investing in infrastructure technology rather than helping the rich. Subsidies allocated for the poor are only RM1.7 billion and only RM0.2 billion out of RM74 billion is allocated to farmers and fishermen. The rest goes to all consumers in medical services, petrol, sugar, and cooking oil and so on, as well as students in education, and last but not least, companies in gas subsidy.

It is a fact that Malaysians are big consumers of fuel, about 450 litres per day, which puts Malaysia even far more ahead than larger countries like China. This high consumption rate is largely due to the relatively cheaper fuel price, which also leads to naming Malaysia as one of the fastest growing nations in terms of carbon emissions. Cutting subsidy from fuel will save almost RM45bil over five years. Even, our neighboring country, for example, Cambodia, which the average income of the people is not higher than Malaysia, the price of their petrol is higher than ours. The increasing fuel price can actually encourage Malaysians to take public transport, which helps to reduce carbon emission. Same goes to electricity, which will save another RM35bil. Together, they account for nearly 80% of the proposed subsidy cuts over 5 years of RM103bil and it can help to reduce the wastage of resources. The subsidy for sugar, cooking oil and natural gas for companies also should be cut for the same reason.

However, subsidy for social services like education and health services, welfare aid for the poor and allowance for the fishermen should not be cut.

Education is the base of everything. With education, we can produce productive labors, leaders and thus this will lead to the stability of the politic as well as the economic. Therefore, government should show full support in education. Children in rural areas will definitely not be able to continue studies at public institutions without the government’s aid. Furthermore, the loans provided by the National Higher Education Fund Corporation really helps a lot in easing parents’ education. If aids are not provided, some parents might think rather than spending money on education and waiting for them to graduate, it is better to engage them in the family businesses right now or any hands on skill. To emphasize the importance of education, first of all, government should take the initiative. Same goes to health services, as no one can choose not to fall sick.

About subsidy for fishermen, I think government should enhance that. On 2008, fishery department statistics show that the number of fishermen has declined over the past decade and about 20% of the total 110, 000 workforce estimated to be involved in fishing are foreign nationals. Fisheries also, not only being identified as a strategic sector to increase domestic food production, but also as a source of export to East Asian markets. If Malaysia has the resources to support domestic and overseas consumption, Government should then give subsidy to encourage more and more people involve in fisheries sector and help them to add value in the fish products. For example, process fishes in the form of junk food and export it out.
But, subsidy should be implemented gradually, so that it would not cause too much pain to the consumers and it should not cause inflation either.

Karangan/Kenegaraan: Pengurangan Subsidi oleh Kerajaan Malaysia: Kewajarannya dan Kesan tindakan ini.

Pengurangan Subsidi oleh Kerajaan Malaysia: Kewajarannya dan Kesan tindakan ini.
30 MEI 2010
Perbahasan isu subsidi di mana-mana pun panas dan emosional. Tidak kira di negara kaya seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah atau negara miskin seperti Mesir. Di Mesir berlaku rusuhan apabila subsidi roti dikurangkan menyebabkan harga roti melambung tinggi. Di Eropah petani merusuh dengan membinasakan hasil keluaran seperti tomato, susu lembu dan sebagainya.
Kerajaan Malaysia telah mengadakan mekanisme khas dipanggil Makmal Rasionalisasi Subsidi untuk tujuan perbahasan dan mengadakan hari terbuka makmal pada 27 Mei 2010 di Ibu Negara untuk menjelaskan tindakan kerajaan ini.
Rasional Penghapusan Subsidi:
1. Malaysia akan bankrup jika subsidi terlalu besar jumlahnya.
Menteri di Jabatabn Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), mengumukan bahawa kerajaan tidak mampu lagi menampung kadar subsidi seperti yang ada sekarang. Malah negara akan muflis/bankrup dalam masa lima tahun kalau kadar perbelanjaan negara tidak dikurangkan. Beliau juga membandingkan negara kita dengan Greece yang kini mengalami krisis kewangan yang teruk dan hampir muflis.
Salah satu cara menjimatkan perbelanjaan adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan langsung subsidi. Subsidi, tak kira subsidi tol, bahan api, elektrik, gula, tepung atau minyak masak dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini. Matlamatnya adalah untuk kurangkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.
Sebenarnya Malaysia adalah negara yang paling tinggi subsidi di dunia, subsidi berjumlah RM74 bilion tahun lalu memanglah besar. Daripada jumlah itu, subsidi sosial sebanyak RM42.4 bilion, bahan api dan elektrik (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion). Purata subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah.

2. Golongan kaya juga menikmati subsidi dan menyebabkan pembaziran.
Subsidi menyebabkan kemudaratan apabila harga yang murah menyebabkan penggunaan berlebihan, misalnya gula dan minyak masak yang memudaratkan kesihatan. Di Malaysia pengilang dan pelabur mendapat subsidi berbilion-bilion ringgit. Antaranya subsidi diesel (untuk pengangkutan) dan subsidi gas asli cecair (untuk penjanaan elektrik oleh IPP dan kilang pembuatan). Golongan kaya yang pakai kereta mewah seperti Mercedes Benz dan BMW dapat subsidi minyak petrol yang berkali-kali ganda lebih banyak daripada orang biasa yang guna Kancil atau Proton. Mereka akan membazir petrol kerana mereka kaya dan harga petrol rendah. Misalnya mereka membiarkan enjin kereta berjalan sungguhpun sedang menunggu atau memakai kereta untuk membeli sebungkus rokok di kedai.
Kilang yang dapat subsidi sepatutnya menjual barang dengan harga yang lebih murah kepada pengguna. Mungkin ini tidak benar. Harga lebih tinggi dikenakan terhadap pengguna jika penguatkuasaan lemah menyebakan pengawasan harga dan bekalan sangat lemah. Bukan semua subsidi dalam bentuk cross (lintang) di mana pengguna membayar harga yang tinggi sedikit untuk membantu pengeluar, macam subsidi harga padi.

Kebaikan Subsidi
1. Subsidi memajukan ekonomi negara.
Orang yang beli beras bayar harga yang tinggi sedikit dan harga tambahan itu dipindahkan kepada penanam padi sebagai subsidi. Ambil contoh subsidi baja. Petani dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja. Kalau tidak kerana skim subsidi baja, industri baja kita tidaklah sebesar sekarang. Subsidi menjana ekonomi. Seorang pengguna yang terima RM1 ringgit subsidi akan belanja duit itu. Pekedai dapat hasil. Pekedai pasti buat keuntungan kerana barang yang dijual dengar harga RM1 itu diperolehnya dengar harga lebih rendah daripada pembekal. Pembekal beli lebih rendah dari pengilang. Setiap kali duit RM1 itu bertukar tangan, ia menambah kepada nilai ekonomi.
Tegasnya subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.

Kesan Negatif Penarikan Balik Subsidi:
Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tentu sedar kesan rasionalisasi subsidi ini. Ia mungkin membantu mengurangkan beban hutang negara yang mencecah RM362 bilion (54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi kesannya kepada ekonomi dan rakyat jelata juga besar.

1. Golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah kemiskinan.
Jika subsidi baja dan subsidi harga padi ditarik balik, ratusan ribu petani kita akan hidup dalam kemiskinan tegar dan hasil padi/beras negara merudum. Subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi. Sebaliknya jika subsidi ditarik balik, kos makanan akan meningkat kerana harga gula dan petrol meningkat. Golongan berpendapatan rendah akan menghadapi masalah kewangan.
Potongan subsidi akan jejaskan rakyat
Pengurangan subsidi pasti akan menjejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan.Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan menaikkan harga bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi. Setiap peringkat rangkaian pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. Lebih teruk daripada itu mereka akan mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan (profiteering). Api infalsi akan menyemarak. Jika di luar kawalan, ekonomi Negara juga akan lumpuh.

Subsidi juga merupakan duit rakyat yang perlu dinikmati rakyat
Sebahagian besar subsidi adalah daripada sumber kewangan yang diamanahkan kepada kerajaan, sama ada hasil cukai atau keuntungan pelaburan. Duit yang digunakan untuk subsidi itu bukan duit kerajaan, tetapi duit pembayar cukai individu dan korporat. Kerajaan sekadar menguruskannya.
Apakah hutang negara yang besar ini kerana subsidi sahaja atau kerana pemborosan, ketirisan dan rasuah? Jika para pemimpin besar terus hidup dengan mewah, boros dan menunjuk-nunjuk, pengiring polis berkereta dan bermotosikal, pengawal peribadi, permaidani merah, kerusi tinggi, perbarisan pegawai dan makanan berlambak, ekonomi Negara juga akan lumpuh.
Kesimpulan:
Langkah mengurangkan subsidi pasti mendapat sokongan dan pujian hebat para “free marketeer”, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Tetapi sokongan mutakhir yang menentukan jatuh atau bangun pemerintah adalah rakyat jelata, khasnya golongan majoriti yang masih miskin, terpinggir dan memerlukan bantuan.

Karangan: PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PKRS)

PENTINGNYA PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PKRS)
Berbanding kebanyakan negara terutamanya di Barat, sebahagian besar masyarakat di negara ini masih menganggap ungkapan ‘pendidikan seks’ semata-mata sebagai hubungan seksual lelaki dan wanita. Lantaran andaian negatif ini, ura-ura memperkenal pendidikan seks di sekolah-sekolah mendapat tentangan hebat terutama daripada ibu bapa. Rata-rata mereka khuatir anak mereka akan terdorong untuk melakukan hubungan seks jika didedahkan dengan pendidikan itu!

STATISTIK SALAH LAKU SEKSUAL DI MALAYSIA
Namun apa yang berlaku hari ini, tanpa pendidikan seks pun, semakin ramai pelajar baik di sekolah atau institusi pengajian tinggi sudah terjebak dengan zina sehingga melahirkan anak tak sah taraf. Kajian 1999/2000 Majlis Aids Malaysia mendapati umur melakukan hubungan seks pertama paling muda di negara ini ialah sembilan tahun! Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang menjalankan kajian media pada 2004 mendapati sekitar 130,000 remaja dipercayai telah melakukan hubungan seks luar nikah.
LPPKN dalam satu lagi kajian pada 2008 mendapati seramai 20.3 peratus responden mengaku pernah melakukan hubungan seks. Menurut kajian itu, umur paling muda melakukan hubungan seks pertama ialah pada usia 16 tahun.

Perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melaporkan 1,456 kes rogol setahun. Perangkaan itu bagaimanapun dianggarkan hanya 10 peratus daripada kejadian yang sebenarnya berlaku. Lebih daripada separuh mangsa rogol ialah di bawah 18 tahun dan 84 peratus pemangsa adalah orang yang dikenali oleh mangsa. Dua puluh peratus daripada pemangsa mempunyai pertalian saudara dengan mangsa terdiri daripada bapa, bapa tiri, datuk, abang termasuk teman lelaki yang baru dikenali. Tambahnya, 67 peratus lokasi rogol ialah di rumah dan bangunan iaitu tempat yang dianggap selamat oleh mangsa. Selain itu satu kes pembuangan bayi berlaku dalam tempoh lima hari. Ada juga yang terdesak sehingga tergamak membunuh bayi tak sah taraf ini seperti yang dipaparkan media semata-mata mahu menutup aib sendiri dan keluarga
MATLAMAT PKRS
1. PKRS merangkumi aspek biologi, sosio-budaya, psikologikal (emosi dan mental) dan kerohanian.
2. PKRS akan digunakan untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial. PKRS dilihat sebagai satu daripada jalan penyelesaian untuk membendung gejala sosial termasuk salah laku seksual yang semakin memporak-perandakan kehidupan anak remaja di negara ini. PKRS dilihat sebagai asas kukuh kepada perkembangan serta pembangunan insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling hormat menghormati.

3. PKRS juga diharap dapat mengurangkan sensitiviti dan salah tanggapan mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial. Ini akan dibuat melalui penyediaan program sokongan khusus kepada ibu bapa, ahli keluarga, penjaga, guru, anggota kesihatan, pengasuh dan masyarakat.

4. Di bawah pelan tindakan PKRS, di samping LPPKN, banyak lagi pihak yang terbabit untuk melaksanakan program termasuk Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan di samping pertubuhan bukan kerajaan.

ISI KANDUNGAN PKRS

PKRS menekankan
1.tentang perlakuan hubungan antara lelaki dan perempuan. PKRS menekankan tiada unsur keganasan atau paksaan sama ada daripada pihak lelaki atau perempuan sekiranya mereka tidak mahu.
2. batas-batas pergaulan yang diterima masyarakat di negara ini sebagai masyarakat timur.

3. hak remaja merangkumi hak untuk mendapat pendidikan kesihatan reproduksi, maklumat dan penjagaan termasuk mekanisme sokongan untuk pendidikan dan kaunseling dalam bidang hubungan gender dan kesaksamaan, keganasan terhadap remaja, tingkah laku seksual yang bertanggungjawab.

4. bimbingan diberi sebelum seseorang kanak-kanak itu mencapai usia baligh dan bukan hanya untuk kumpulan berisiko tinggi supaya mereka sedar apa dia organ sulit dan tidak boleh disentuh sebarang orang untuk mengelakkan berlakunya sumbang mahram dan pelbagai lagi gejala penderaan seksual ke atas kanak-kanak.

KENALI REMAJA

Definisi remaja mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah mereka yang dalam lingkungan usia antara 10-19 tahun. Remaja adalah tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak kepada zaman dewasa dan membabitkan perubahan fizikal, intelektual, emosi dan sosial.Statistik populasi remaja di negara ini pada 2008 ialah 19 peratus atau 5.3 juta daripada keseluruhan penduduk negara. Menjelang 2020, populasi remaja Malaysia dianggarkan berjumlah 6.3 juta atau 18.2 peratus daripada jumlah penduduk. Remaja masa kini juga mencapai usia baligh yang awal iaitu antara 9 hingga 10 tahun bagi perempuan dan 12 tahun bagi lelaki berbanding 12 tahun bagi perempuan dan 14 tahun bagi lelaki sebelumnya.

Secara biologinya, lelaki dan perempuan mengeluarkan hormon, dan ia semakin hebat ketika meningkat usia remaja. Apabila sudah ada hormon dalam tubuh badan, remaja akan mula tertarik kepada gender yang berlainan dan ada yang beranggapan jika mereka menyukai seseorang, mereka boleh melakukan apa sahaja, boleh menyerahkan diri mereka, melakukan hubungan seks. Itu sebabnya di peringkat universiti ramai yang sudah melakukan hubungan seks. Mereka mungkin pandai dari segi akademik tetapi kurang dari segi pengawalan emosi dan perasaan.

Ledakan teknologi baru turut mendedahkan remaja kepada lambakan bahan lucah yang mempengaruhi mereka untuk melakukan hubungan seksual. Sehubungan dengan itu, remaja perlu diberi bimbingan dan kemahiran untuk mengendalikan perubahan yang berlaku dalam diri mereka supaya boleh membuat keputusan yang betul. Ini termasuk tidak melakukan hubungan seks luar nikah.

Kekurangan kematangan dalam diri remaja menyebabkan keputusan yang dibuat kurang tepat. Dari segi perkembangan, memang mereka menuju kedewasaan dan cuba berdikari termasuk dalam membuat keputusan tetapi sebenarnya mereka masih belum matang. Itu sebabnya kita sebagai orang dewasa, komuniti, ibu bapa perlu memberi bimbingan yang betul.

PKRS juga menekankan aspek kerohanian dengan penerapan nilai-nilai agama demi menimbulkan kesedaran dalam diri remaja itu sendiri.

SOKONGAN IBU BAPA

Natijahnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan diri anak mereka.

Ibu bapa jangan berpendirian terbuka sehingga tindakan mereka seolah-olah “memberi restu” untuk anak-anak melakukan hubungan yang terlarang.

Remaja adalah modal insan negara dan perlu dijaga supaya tidak terjebak dengan gejala sosial. Mereka sebenarnya memerlukan bimbingan dan bersedia dibimbing. Kita berharap pelaksanaan PKRS jika pun tidak dapat mencapai sifar gejala sosial, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan gejala itu.

Karangan: Teknologi Hijau

Dasar Teknologi Hijau Nasional
DTHN merupakan dasar penting untuk meneruskan kepesatan pembangunan negara pada masa depan, di samping menjadi salah satu usaha untukmenggunakan teknologi yang lebih baik dan kurang berbahaya kepada persekitaran.

Galakan fiskal peruntukan kewangan untuk pembangunan dan penggunaan teknologi hijau yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak semasa Belanjawan 2010 amat bertepatan pada masanya. Usaha ini secara langsung memanifestasikan keyakinan dan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan teknologi hijau sebagai penjana nilai tambah kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Ketika ini, teknologi hijau memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju pembangunan negara. Oleh sebab itu, nama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dirombak menjadi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Secara konsep, teknologi hijau ditakrifkan sebagai “pengaplikasian ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk tujuan praktikal dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa mengakibatkan kepupusan sumber dan mencemarkan alam sekitar”.

Lima kriteria utama mengenai teknologi hijau adalah seperti yang berikut;

1. Memenuhi kehendak masyarakat secara berterusan tanpa mengakibatkan kepupusan, kerosakan, atau kemusnahan sumber semula jadi.

2. Pengeluaran mesra alam yang membolehkan produk yang dikeluarkan ditebus guna sepenuhnya.

3. Penjimatan sumber, mengurangkan sisa buangan, dan pencemaran dengan mengubah kaedah pengeluaran serta penggunaannya.

4. Inovasi, meneroka, membangunkan alternatif mesra alam dan mesra pengguna serta berdaya maju.

5. Menjadi pusat aktiviti ekonomi berkaitan dengan teknologi dan produk yang mampu memberikan faedah kepada masyarakat dan alam sekitar serta mewujudkan peluang pekerjaan.

Langkah-langkah memajukan teknologi hijau.
Selaras dengan lima kriteria yang dinyatakan, tonggak utama DTHN meliputi tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, kesungguhan kerajaan menggerakkan pembangunan dan penggunaan teknologi hijau tidak akan menghasilkan impak yang diharapkan tanpa bantuan dan kesedaran rakyat.

1. Ekoran itu, dana sebanyak RM20 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk memperhebat aktiviti kesedaran rakyat mengenai perlunya menghijaukan persekitaran dan mengamalkan budaya hidup yang mesra alam. Langkah ini selaras dengan strategi pelaksanaan DTHN iaitu mempertingkat promosi dan kesedaran awam mengenai teknologi hijau dan kepenggunaannya.

2. Usaha ini juga selari dengan keputusan untuk mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion dalam memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. Melalui dana ini, syarikat pengeluar dan pengguna teknologi hijau dapat membuat pinjaman untuk membiayai aktiviti yang menyokong pertumbuhan industri teknologi hijau. Pinjaman maksimum untuk syarikat pengeluar sehingga RM50 juta dan syarikat pengguna sehingga RM10 juta membuktikan bahawa kerajaan benar-benar komited untuk memajukan industri ini. Kerajaan turut menanggung dua peratus daripada jumlah kadar faedah pinjaman tersebut dengan nisbah jaminan 60 peratus dan institusi perbankan 40 peratus. Permohonan pinjaman pula boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2010 memberikan faedah kepada lebih daripada 140 buah syarikat.

3. Beberapa langkah diambil untuk memperkukuh struktur pelaksanaan dan pembangunan teknologi hijau serta mengantarabangsakan potensi penggunaannya. Misalnya, dalam Belanjawan 2010 kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara. Pusat ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau dan berperanan sebagai agensi yang menetapkan piawaian dan mempromosi teknologi hijau.

4. Strategi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan teknologi hijau juga penting. Strategi ini pastinya tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa instrumen ekonomi yang inovatif. Strategi ini juga sukar dilaksanakan tanpa sebarang dana untuk menggalakkan usaha merancakkan promosi terutamanya untuk menarik pelaburan langsung asing dalam industri teknologi hijau dan merangsang pelaburan langsung domestik industri tempatan. Strategi mewujudkan persekitaran yang kondusif ini penting dalam usaha menjadikan Malaysia pangkalan teknologi hijau serantau khususnya bagi tenaga yang boleh diperbaharui seperti teknologi solar fotovoltanik.

5. Begitu juga galakan fiskal dan peruntukan belanjawan diperlukan untuk melaksanakan program latihan dan pendidikan bagi merangsang pembangunan modal insan dalam industri teknologi hijau. Selain itu, dana belanjawan juga diperlukan bagi menyediakan bantuan kewangan dan insentif untuk menggalakkan pelajar di institusi pengajian tinggi memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan teknologi hijau.

6. Kejayaan DTHN turut dipengaruhi oleh ketelusan dan kecekapan pentadbiran dan pengurusan pelaksanaan. Sehubungan itu, strategi yang melibatkan langkah memperkukuh rangka kerja di peringkat institusi seperti kementerian, agensi, sektor swasta, dan pihak yang berkepentingan perlu dilakukan. Untuk menjayakan strategi ini, kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau (Green Technology Council) yang bertujuan memastikan bahawa penyelarasan di peringkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yang cekap. Majlis ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara bergilir-gilir. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pula memainkan peranan utama untuk menyelaras dan mempermudah peranan semua pihak yang berkepentingan demi kejayaan pelaksanaan teknologi hijau mengikut hala tuju yang ditetapkan.

Bidang teknologi hijau yang dimajukan
Dua bidang pelaksanaan teknologi hijau yang ditekankan ketika ini ialah sumber tenaga dan pembinaan bangunan hijau.
1. SUMBER TENAGA
Penekanan kepada sumber tenaga memang tepat pada masanya kerana menjelang 2030, penggunaan tenaga utama dunia dijangka meningkat sebanyak 1.6 peratus setahun atau 45 peratus keseluruhannya dalam tempoh 21 tahun yang akan datang.
Di Malaysia, keperluan tenaga elektrik dijangka mencecah sehingga 18 947 megawatt (MW) pada 2020 dan 23 092 MW pada 2030. Sehubungan itu, komitmen semua pihak perlu digembleng untuk mengenal pasti dan membangunkan sumber tenaga alternatif, khususnya sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, mini hidro, biojisim, dan geotermal untuk menggantikan penggunaan minyak dan arang batu.

Terdapat beberapa dasar yang diluluskan untuk mengurus kemungkinan yang timbul akibat pengurangan sumber bahan api seperti Dasar Penyusutan Nasional untuk mengawal pengeksploitasian simpanan minyak mentah; Dasar Kepelbagaian Empat Bahan Api untuk memberikan fokus kepada sumber empat tenaga utama, iaitu minyak, gas, kuasa hidro, dan arang batu, serta Dasar Bahan Api Kelima untuk mempelbagaikan sumber tenaga penjanaan kuasa.

2. PEMBINAAN BANGUNAN HIJAU.
Bagi menggalakkan pembinaan dan pemerolehan bangunanhijau, dua galakan fiskal diperuntukkan dalam Belanjawan 2010, iaitu pemilik bangunan yang memperoleh Sijil Green Building Index (GBI) bermula 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014 diberikan pengecualian cukai pendapatan yang nilainya bersamaan dengan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan.

Selain itu, pembelian bangunan dan rumah kediaman yang memperoleh Sijil GBI diberikan pengecualian duti setem surat cara pindah milik. Amaun pengecualian adalah bersamaan dengan kos tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan. Pengecualian layak bagi pembeli yang menyempurnakan perjanjian jual beli bermula 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014.

GBI yang dimaksudkan dilancarkan pada 21 Mei 2009. GBI merupakan indeks penarafah hijau ke atas bangunan mesra alam. Sesebuah bangunan bakal diberikan Sijil GBI setelah pihak penilai mendapati bangunan berkenaan memenuhi enam kriteria utama seperti kecekapan tenaga, kualiti persekitaran dalaman, perancangan dan pengurusan tapak yang lestari, bahan-bahan dan sumber, serta kecekapan penggunaan air dan inovasi.
Berdasarkan kriteria tersebut, jelaslah bahawa untuk mewujudkan sebuah bangunan hijau bukan sahaja memerlukan pelbagai teknik dan bahan teknologi hijau, tetapi perlu diaplikasikan secara optimum. Bayangkanlah, cerahnya masa hadapan teknologi hijau negara apabila teknologi ini diaplikasikan secara meluas dalam semua bidang kehidupan.

Karangan:23 April Hari Buku (Kelangsungan Dunia Buku Di Celah-Celah Kepesatan ICT)

Dalam dunia perbukuan, tanggal 23 April amat bermakna buat penerbit, penulis dan juga pencinta buku.

Ketika komputer dan Internet merevolusi kaedah pencarian maklumat dan ilmu, buku kekal di sanubari ramai sebagai penyampai khazanah ilmu dan penghibur.

Setiap tahun pada tarikh ini, Hari Buku disambut dengan pelbagai aturcara di seluruh dunia, dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) juga tidak ketinggalan meraikannya esok.

Selain Program ‘Mari Membaca 1Malaysia’ dan Jualan Buku dari 23 April hingga 25 April di perkarangan PNM, Forum Hak Cipta turut dianjurkan untuk mengingatkan orang ramai akan pentingnya menghormati hak milik karya-karya.

Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar berkata PNM akan sentiasa menyokong usaha meningkatkan dunia perbukuan negara dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai gedung ilmu kepada masyarakat.

Sungguhpun jumlah keahlian keseluruhan daripada 2,429 buah perpustakaan yang ada di negara ini mencecah hampir lapan juta orang sehingga hujung tahun lepas, beliau berpendapat kadar membaca buku dalam kalangan rakyat negara ini masih rendah.

“Kempen galakan membaca masih harus diteruskan agar ilmu pengetahuan rakyat tidak ketinggalan zaman dan dunia perbukuan terus berkembang,” kata beliau kepada Bernama.

BUKU TIDAK AKAN ‘PUPUS’

Tetapi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) banyak mengubah cara menimba ilmu dan buku semakin dipinggirkan.

Mengakui komputer dan Internet banyak mengubah kaedah pencarian maklumat dan ilmu, Raslin berpendapat ilmu yang mantap masih diakui dalam bentuk buku.

Dunia buku dalam bentuk cetakan atas kertas juga masih bertahan meskipun pernah diramalkan akan ‘pupus’.

“Budaya membaca buku perlulah diseimbangkan dengan penggunaan ICT. Lonjakan penggunaan ICT pada hari ini membawa saingan kepada buku. Maka, kempen-kempen membaca buku perlu dilaksanakan berterusan untuk menarik minat umum terhadap budaya membaca,” ulas beliau.

Menurut Raslin, Malaysia masih memerlukan penerbitan buku memandangkan jumlah penerbitan buku masih kecil dibandingkan jumlah penduduk negara ini. Maka usaha memperbanyak penerbitan buku masih diperlukan.

Beliau mengulas mengenai teknik penerbitan melalui teknologi komputer yang sentiasa berkembang pesat tetapi cepat pula ketinggalan zaman, serta mahal.

“Kerana itulah buku dalam cetakan pada kertas masih bertahan meskipun di negara-negara maju seperti Amerika, Eropah dan Jepun.

“Ia lebih murah, senang dibawa dan senang dibaca berbanding mengakses bahan bacaan di Internet yang memerlukan pelbagai peralatan seperti komputer/komputer riba, sambungan jalur lebar dan lokasi yang bersesuaian. Malah, tidak semua mampu memiliki kemudahan ini,” jelasnya.

PENGGALAKAN PENERBIT

Usaha penerbitan buku harus diperbanyak agar perpustakaan di seluruh negara dapat memenuhi rak-rak dengan buku-buku yang memberikan ilmu kepada para pembaca.

Dalam usaha memperbanyak penerbitan buku yang berkualiti dari segi kandungan dan bentuknya, beliau berharap persatuan-persatuan penulis dapat menghasilkan buku-buku berkenaan yang berbentuk ilmiah.

Beliau turut menyarankan para penulis bekerjasama dengan penerbit-penerbit mapan yang menguasai teknologi penerbitan dan teknik pemasaran yang mantap.

“Bagi menyemarakkan dunia penerbitan, paling utama kita menggalakkan penerbitan buku Bahasa Melayu yang kini menampakkan kehadirannya di rangkaian kedai-kedai buku di seluruh Malaysia.

Malah permintaan terhadap buku-buku dalam Bahasa Melayu di negara ini juga bertambah, iaitu buku-buku umum keperluan di luar sekolah.

“Untuk menjadi negara maju, rakyatnya harus berilmu dan sentiasa mencari bahan bacaan yang boleh meningkatkan pengetahuan.

“Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 23 April ini, kita berharap kegiatan penerbitan buku akan berterusan. Kita memerlukan buku-buku yang memberi ilmu, yang luas pemasarannya dan mampu dibeli oleh orang ramai,” sambung beliau.

Selain itu, beliau mengharapkan masyarakat umum terutamanya generasi muda terus digalakkan membaca.

Ia sebagai usaha mendapatkan ilmu melalui pendidikan sepanjang hayat yang menjadi satu daripada lapan nilai dalam Gagasan 1Malaysia.

ROYALTI UNTUK PENULIS BAHASA MELAYU

Profesor Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar yang mewakili Gabungan Penulis Nasional (Gapena) turut berpendapat, umumnya ramai rakyat Malaysia yang masih tidak sedar tentang kewujudan Hari Buku.

Menurut beliau, ia tidak disedari berikutan minat membaca yang kurang dan bilangan yang berkunjung ke perpustakaan untuk membaca buku ilmiah juga tidak ramai.

“Selain pembaca yang kurang, apa yang saya perhatikan, jualan buku ilmiah memang agak perlahan. Kalau dapat terjual 2,000 naskhah itu sudah hebat. Contoh lain ialah jualan majalah-majalah ilmiah seperti majalah terbitan DBP, jika dulu, jualannya tinggi dan mendapat sambutan.

“Sekarang kita lihat walaupun golongan cerdik pandai makin bertambah, tetapi jualan buku dan majalah sebegini kian menurun,” ulasnya sambil mengakui kewujudan kemudahan ICT juga ialah sntara faktornya.

Bagi Prof Abdul Latif, jumlah pengunjung ataupun keahlian perpustakaan yang ramai masih tidak dapat meningkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat negara ini. Jika pun ada, ramai yang lebih gemar memilih karya-karya berbentuk pop dan novel remaja.

Sebagai pensyarah di Institut Pengajian Tinggi, beliau turut melihat kurangnya minat membaca dan membeli buku dalam kalangan penuntut.

Beliau turut mencadangkan kerajaan menyediakan insentif kepada penulis buku ilmiah berbahasa Melayu dengan cara pemberian subsidi royalti yang tinggi agar boleh bersaing dengan penerbitan buku ilmiah berbahasa Inggeris.

Dalam kalangan penuntut IPT pula, Dr Abdul Latif menggalakkan kempen kesedaran mengenai Hak Cipta harta intelek secara berterusan dipertingkat agar golongan ini memahami dan menghormati karya penulis tanah air.

SAMBUTAN PERPUSTAKAAN LAIN

Pada hari yang sama, beberapa perpustakaan awam lain turut menganjurkan sambutan serupa.

Di Kangar misalnya, sambutan Hari Buku dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dari 21-27 April. Ia turut diadakan bersempena dengan 10 tahun pemerintahan Raja Perlis dan majlis pelancaran disempurnakan baginda.

Menurut Pengarahnya, Norma Mohd Darus tahun ini ialah tahun ketiga sambutan itu diadakan. Paling mendapat sambutan ialah pendaftaran ahli percuma serta hari bebas denda.

“Pada hari itu, para peminjam yang terlewat memulangkan buku tidak akan dikenakan bayaran denda.

“Perpustakaan Negeri juga mengadakan Program Mari Membaca Bersama untuk kanak-kanak tadika dan sekolah rendah. Selain itu, beberapa perpustakaan pekan dan desa turut mengadakan sambutan yang sama,” jelas Norma.

Menurutnya sambutan Hari Buku sejak tiga tahun lalu meningkatkan jumlah pengunjung manakala ahli perpustakaan meningkat hingga 82,000 orang di seluruh Perlis.

Selain Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis, Jabatan Pengurusan Maklumat, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam (PTAR) juga mengadakan sambutan yang sama dengan objektif membudayakan minat membaca dalam kalangan penuntutnya.

Dalam menangani isu Hak Cipta, PTAR mengadakan taklimat dan sesi perkongsian maklumat berkaitan isu hak cipta dan gejala plagiat kepada pelajar semasa Taklimat Orientasi Pelajar baru dan Kelas Kemahiran Maklumat.

Ia dilaksanakan secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada pengguna PTAR untuk menghargai buku dan karya penulis.

Sambutan Hari Buku penting kerana ia merupakan sebahagian daripada aktiviti keilmuan yang sangat berguna dalam membentuk generasi berilmu.

Karangan:Kegiatan seni budaya tradisional

Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

• Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini.
• Banyak faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

1. Proses globalisasi menyebabkan kegiatan seni budaya tradisional semakin lesu.
• Akibat globalisasi, kita terdedah kepada perkembangan budaya asing secara meluas.
• Semua orang dapat mengikuti perkembangan seni budaya dunia terkini melalui internet/facebook, blog dsn.
• Seni atau budaya asing yang baru biasanya lebih menarik minat orang ramai.
• Misalnya generasi muda mahukan breakdance, hip-hop, popping, tempo muzik yang lebih rancak dsn. Masakan tradisional diganti dengan makanan segera dari barat
• Akibatnya tarian seni budaya tradisional seperti Wayang kulit, makyung, ghazal, tarian kipas, tarian kepang dsn semakin dilupakan.

2. Kemajuan teknologi maklumat juga merupakan puncanya.
• Kini permainan teknologi maklumat lebih memikat.
• Misalnya “PSP”, “Wii” dan sebagainya.
• Misalnya permainan badminton dapat dijalankan melalui “Wii” dengan seorang diri sebagai pemain.
• Pelbagai program permainan dapat “didownload” daripada internet.
• Pelbagai permainan dalam I-phone.Wi-Fi, 3G memberi kesan audio visual lebih memikat.
• Sebaliknya congkak dikatakan membosankan dan tidak mencabar.
• Begitu juga dengan wau dan gasing yang memakan masa menyediakannya dan memerlukan kemahiran dan kumpulan rakan. Misalnya kanak-kanak bandar tidak tahu meligat gasing.

3.Sikap masyarakat yang dingin juga menjejaskan budaya tradisional kita.
• Kehidupan kita semakin sibuk.
• Selepas bekerja, rakyat tiada masa terluang untuk aktiviti seni tradisional yang perlukan kemahiran.
• Usaha menghasilkan tenunan kain songket, lukisan batik dan kraftangan yang lain memakan masa.
• Aktiviti permainan gasing dan wau mengambil masa panjang, dari mencari bahan mentah dan menghasilkannya.
• Tegasnya, hiburan tradisional tidak serasi dengan hidup sibuk kini.
• Yang lebih banyak ialah pusat yoga, pusat tarian moden, jimnasium bina badan dan persolekan muka serta melansingkan badan.

4. Kekurangan pusat latihan turut menyebabkan masalah ini.
• Tanpa latihan khusus, bakat yang berpotensi tidak dapat diasah.
• Mereka yang berminat juga sukar mendapat peluang.
• Dengan itu, kita sukar melahirkan pengarah dan pelakon yang baik.
• Pusat perkembangan seni budaya tradisional amat terhad.
• Pusat sedemikian tidak menguntungkan jika tanpa tajaan kerajaan.
• Akibatnya ramai rakyat yang berminat tidak dapat latihan.
• Para pengamal seni tidak dapat menyampaikan ilmu ini kepada generasi muda.
• Seni tradisional juga kurang diperkenalkan di media massa.
• Maka pendedahan kegiatan seni budaya tradisional sangat kurang.

Langkah-langkah majukan seni budaya tradisional
Festival Kuala Lumpur:
• Hasrat kita membentuk bangsa yang bukan sahaja maju secara fizikal, tetapi pada masa yang sama tinggi nilai budaya dan keseniannya, maka sudah tentu pembangunan ekonomi negara perlu dilengkapi dengan keupayaan warganya menjulang kecemerlangan melalui pupukan seni budaya.
• Kepelbagaian seni budaya dan warisan negara, dan manifestasi usaha tersebut dalam satu acara besar berbentuk Festival ini amat sesuai sekali.
• Menjadi landasan penting untuk mengenengahkan keindahan dan unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai kaum di Malaysia, sama ada untuk tatapan masyarakat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa.
• Untuk mempamerkan kecemerlangan kreativiti dan warisan bangsa.
• ketengahkan sebagai bandaraya moden dan progresif, namun tetap kaya dengan nilai-nilai kebudayaan, kesenian dan ketamadunan. “Kuala Lumpur is a city with a soul”.
• Malaysia ini sudahpun terkenal dengan keistimewaannya dari segi kekayaan budaya dan warisan serta kesenian, hasil dari kewujudan masyarakat berbilang kaum yang hidup bersama dalam keadaan harmoni.

“Let it be known that Kuala Lumpur is so much more than just a shopping destination or a place where business is done. Let it be known that Kuala Lumpur is also the place where you can find the finer things in life; a center of arts and culture that stimulates the mind and invigorates the spirit.”

Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa
• Dasar menjadikan Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa bertujuan untuk memartabatkan identiti dan imej Kuala Lumpur sebagai Pusat Kesenian Antarabangsa melalui program kebudayaan dan kesenian antarabangsa seperti persembahan tarian, muzik, lukisan, kraftangan, lakonan, teater, puisi, perfileman, pameran, persidangan, forum, simposium dan festival.

Skim Bantuan Kebudayaan
• Skim Bantuan Kebudayaan khusus bagi membantu kepada Badan Bukan Kerajaan untuk melaksanakan aktiviti seni budaya. Bantuan yang diperolehi akan dapat meningkatkan lagi kemahiran, kemampuan dan kecekapan badan bukan kerajaan di dalam bidang masing-masing.

Kemajuan Pementasan Seni
• Istana Budaya telah berjaya mementaskan 16 produksi tempatan dan 6 produksi antarabangsa dengan jumlah penonton seramai 64,722 orang. Muzikal Puteri Hang Li Po telah berjaya menarik khalayak pelbagai kaum.

Merakyatkan Seni
Laman Seni Kuala Lumpur
• Program ini telah diadakan diperkarangan BSLN dan Istana Budaya setiap hari Sabtu pertama setiap bulan.
• Beberapa aktiviti sokongan seperti persembahan kebudayaan tradisional dan moden, senam seni, pertandingan nyanyian, demonstrasi seni tampak, permainan tradisional dan sebagainya diadakan bagi menggalakkan orang ramai mengunjungi program ini.

Pembangunan Kraf
i. Penyelidikan dan Pembangunan
• Rekaan produk kraf baru telah dihasilkan yang meliputi bidang batik, tenunan, tekatan, seramik, hasil rimba dan logam.
• Kajian teknologi dan kajian bahan telah dihasilkan.
• Pusat Inovasi Seramik telah diwujudkan untuk dimanfaatkan oleh pengusaha seramik.

ii. Pembangunan Usahawan Kraf
• Satu Daerah Satu Industri telah dibangunkan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk. Kraftangan Malaysia juga melaksanakan projek pentahapan usahawan kraf, projek pentahapan usahawan muda dan projek perantisan kraf warisan.

iii. Galakan Dagangan
• Promosi diadakan di peringkat domestik dan peringkat antarabangsa.
• Nilai jualan bagi promosi domestik adalah sebanyak RM4.4 juta manakala promosi antarabangsa dapat menjana sebanyak RM8.3 juta. Hari Kraf Kebangsaan diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

iv. Latihan Kemahiran Kraf
• Pembangunan tenaga mahir melalui Institut Kraf Negara telah melatih pelajar di peringkat sijil dan di peringkat diploma. Bidang kraf yang ditawarkan ialah batik, tenunan,kayu, rotan, seramik dan logam.

v. Pemuliharaan Kraf
• Bagi mengekalkan seni kraf warisan negara, aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan dilaksanakan.
• Kraftangan Malaysia mengadakan pameran bertema di Muzium Kraf dan aktiviti pendidikan kraf serta menerbitkan buku kraf iaitu Buku Seramik Tradisional Malaysia dan Buku Seni Gerus.

Dasar Perfileman Negara
i. Kemudahan Dana Perfileman dan Skim Kemudahan Produksi
• Sebanyak RM1.135 juta berbentuk pinjaman telah diluluskan kepada 5 filem cereka. 3 buah filem pula telah mendapat bantuan daripada kemudahan dana perfileman, iaitu sebanyak RM12 juta.

ii. Pembangunan modal insan
• Sebanyak 17 buah bengkel telah diadakan dengan 268 orang peserta.

Anugerah Seni Negara
• Anugerah Seni Negara ialah pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni, karyawan dan seniman yang telah menyumbang dan memperlihatkan ketokohan yang cemerlang dalam pembangunan seni tanah air.
• Anugerah Seniman Negara, Anugerah Karyawan Seni dan Anugerah Pendukung Seni.

Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni (SLPPS)
• Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni (SLPPS) diwujudkan khusus bagi penggiat seni, budayawan dan karyawan bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kepakaran dalam bidang seni, budaya dan warisan di dalam dan di luar negara.
• memberi penajaan kepada penggiat seni individu, syarikat swasta dan persatuan.

STPM 1993
1 Kualiti, pengayaan, dan nilai keindahan karya sastera dan seni dalam sesebuah masyarakat hari ini hanya dapat dipupuk dan ditingkatkan melalui usaha-usaha mengadakan sayembara dan anugerah yang tertentu.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

STPM 1996
2. Muzium merupakan gedung menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah, seni, dan sains.
Bincangkan peranan muzium dalam konteks pembangunan sesebuah negara
dan masyarakat.

1997 3. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini.
STPM BM
1 Kesenian tradisional seperti permainan wau, makyung, dan ghazal semakin dilupakan oleh genarasi muda. Usaha untuk memelihara kesenian tersebut perlu dilakukan agar kesenian itu tidak pupus ditelan zaman. Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menarik minat generasi muda terhadap kesenian tersebut.
2. Kini, kita dapati sambutan masyarakat terhadap kegiatan seni teater masih belum memuaskan. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya keadaan yang sedemikian.