APA ITU MAHKAMAH KORONER? SATU CONTOH YANG BAIK:

 

Dr. Retna Rasa beritahu isteri mahu mayatnya dibakar

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Suami mendiang Dr. Cynthia Joseph memberitahu mahkamah bahawa isterinya telah memberi persetujuan mayatnya dibakar kira-kira setahun sebelum dia meninggal dunia ketika mereka bertemu ejen insurans dari ING.

Katanya, borang insurans yang diberikan oleh seorang ejen dikenali sebagai Mr. Yong memerlukan mereka mengisi borang di ruang bagaimana mayat mereka disempurnakan.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Shamsul Sulaiman, bagaimana Dr. Cynthia boleh memilih untuk dibakar sedang dia penganut agama Katholik, Dr. Retna Rasa berkata, dia dilahirkan sebagai Hindu dan kebanyakan penganut Hindu dibakar apabila mereka mati.

Katanya, apabila dia membincangkan perkara itu dengan isterinya Dr. Cynthia, dia setuju.

Dr. Retna Rasa memberi keterangan di Mahkamah Koroner dalam prosiding inkues kematian Dr. Cynthia yang didengar di hadapan Koroner Tasnim Abu Bakar hari ini.

Dr. Cynthia, 42, meninggal dunia pada 27 September 2004 di Pusat Perubatan Cheras Pantai. Polis menggali semula mayatnya pada 2 Disember 2004 selepas anggota keluarganya mengesyaki perbuatan khianat membabitkan kematiannya.

Mengenai kehidupan hariannya, Dr. Retna Rasa berkata dia tidak mengamalkan sangat ajaran agamanya, bahkan mengakui sering mengikut isterinya ke gereja.

Katanya, isterinya juga digalakkan membesarkan anak tunggal mereka mengikut ajaran agama isterinya.

Ketika ditanya setelah kematian isterinya, siapa yang menjaga anaknya Mark, Dr. Retna Rasa berkata, tugas itu kini diambil alih oleh ibu saudaranya.

Dalam soalannya, Shamsul membawa Dr. Retna Rasa ke hari-hari sebelum isterinya dimasukkan ke hospital pada 25 September 2004 dan meninggal dua hari kemudian.

Malam sebelum isterinya d masukkan ke hospital, mereka berbual sehinggalah isterinya tertidur dan tidak sedar diri sehingga keesokannya.

Ditanya mengenai kelewatannya memanggil ambulans untuk mendapatkan rawatan, Dr. Retna Rasa berkata, dia menunggu kedatangan mertuanya, Joseph, kerana dia tidak tinggalkan anaknya dengan pembantu rumah.

Hanya isterinya, kedua ibu bapa mertuanya sahaja yang diberi kepercayaan menjaga Mark, anak kesayangan mereka.

Tugas

Jelasnya, ambulans tiba sepuluh minit selepas bapa mertuanya sampai di rumahnya. Tugas menjaga Mark diserahkan kepada datuknya sebelum dia menguruskan ambulans dan rawatan untuk isterinya.

Dr. Retna Rasa memberitahu dia tidak begitu gentar kejadian menimpa isterinya kerana ia merupakan kali keempat terjadi kepadanya.

Ketika menguruskan isterinya untuk dibawa pergi oleh ambulans, Dr. Retna Rasa tidak mahu anaknya melihat keadaan ibunya yang lemah dan tidak bermaya.

Dr. Retna Rasa memberitahu mahkamah yang dia sebenarnya tidak pernah berselisih atau meninggikan suara terhadap mertuanya, tetapi keadaan pada pagi kejadian agak tegang.

Kejadian isterinya yang membasahkan tilam, kebimbangan hatinya supaya Mark tidak melihat ibunya dibawa pergi oleh ambulans menjadikan perasaannya agak tegang.

Sebelum ambulans berlalu, Dr. Retna Rasa sudah memberi arahan supaya membawa isterinya terus ke Jabatan Kecemasan Pantai Cheras Medical Centre (PCMC) dan menelefon doktor berkenaan Dr. Rao yang sudah dikenali sejak lebih dua setengah tahun mengendalikan isterinya nanti.

Dr. Retna Rasa memberitahu mahkamah bahawa dia merasa senang memandu sendiri daripada mengikut isterinya di dalam ambulans berkenaan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s