INFLUENZA A H1N1

Korban ketiga H1N1
Jul 28, 09 12:07pm
Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 42 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) petang semalam, menjadikannya mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.liow tiong lai health ministry h1n1 flu campaign pc 060709 04Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) berkata lelaki itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) Khamis lalu.
   
“Kes itu yang mengalami pelbagai komplikasi telah meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang disebabkan pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan,” katanya kepada pemberita di  Putrajaya hari ini.
   
Menurutnya, lelaki itu dilapor tidak sihat sejak 6 Julai lalu dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar di beberapa klinik dan hospital swasta.

Lelaki itu dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 18 Julai kerana keadaan yang semakin teruk dan didiagnosis sebagai pneumonia.

Semasa di wad, beliau dikesan menghidap Diabetes Mellitus manakala x-ray dada pula menunjukkan beliau mengalami pneumonia.

“Pada 19 Julai kes dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator). Memandangkan keadaan kes yang semakin teruk, ujian sampel tekak diambil pada 22 Julai dan disahkan positif Influenza A (H1N1) pada 23 Julai,” katanya.
   
h1n1 chart BMLiow yang kecewa dengan perkembangan itu berkata, semua klinik dan hospital di negara ini seharusnya mengambil langkah segera dalam mengesan pesakit yang dijangkiti Influenza A (H1N1) bagi membolehkan rawatan segera diberikan.
   
“Daripada kes ini, kita boleh lihat pesakit ini telah pergi ke beberapa klinik sejak dia tidak sihat dari 6 Julai hingga 18 Julai apabila keadaannya semakin teruk, tetapi pihak klinik masih tidak mengambil sebarang ujian H1N1.
   
“Jadi saya ingin menggesa semua klinik dan hospital untuk sentiasa berwaspada, lebih efektif dan mengambil tindakan serta langkah segera dalam mana-mana kes yang disyaki influenza. Ada banyak kes yang datang dengan simptom pneumonia tetapi mereka perlu menjalani ujian sama ada ia H1N1 atau tidak. Mereka perlu mengambil langkah segera itu,” katanya.

Mengenai situasi semasa Liow berkata terdapat 95 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan, semuanya adalah kes tempatan di kalangan warganegara Malaysia, iaitu 68 daripadanya merupakan kejadian dari 19 kluster baru, 22 kes dari 11 kluster sedia ada manakala lima kes lagi adalah kes-kes sporadik atau terpencil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s