Penulisan esei: Pertanyaan umum: Perlukah calon menjawab Karangan Bahagian B dengan menurunkan isi dan hujah laras sains??

Jawapan: 95% soalan esei laras sains perlukan isi sains.Namun masih ada yang isinya bukan sains boleh diterima.

Contoh:

1993.3  Sungguhpun penciptaan alat-alat komunikasi satelit memang mempunyai keistimewaan dan kebaikan yang tertentu, namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia.  

 Berikan ulasan anda tentang penyataan ini. 

Kehendak soalan:

 Mahu 2 isi positif dan 2 isi negatif alat-alat komunikasi satelit seperti internet, komputer, telefon bimbit dan sebagainya.

 Dua isi kesan negatif ialah: 1. Kesihatan manusia terjejas. (merupakan isi laras sains)

 2. Pencemaran budaya/keruntuhan akhlak, bahan lucah, ganas, leka, cuai.(sememangnya bukan laras sains namun memang merupakan isi yang logik dan diterima)

 

1999.4 Menurut International Data Corporation, terdapat 19 juta pengguna Internet di Asia  hari ini dan angka itu akan mencapai 42 juta pada tahun 2006. Ini adalah satu perkembangan yang menakjudkan. Walaupun Internet mempunyai pelbagai keistimewaan, ia juga mempunyai kesan sampingan.Bincangkan penyataan ini.

Mahu 2 isi positif dan 2 isi negatif internet

Dua isi kesan negatif ialah: 1. Kesihatan manusia terjejas. (merupakan isi laras sains)

2. Pencemaran budaya, bahan lucah, ganas, leka, cuai.(sememangnya bukan laras sains namun memang merupakan isi yang logik, matang dan diterima)  1997. Soalan 3  Walaupun teknologi pengkomputeran banyak menpengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, namun terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan.     $Bincangkan penyataan ini.

 

Mahu 2 isi positif dan 2 isi negatif  teknologi pengkomputeranDua isi kesan negatif ialah:

1. Kesihatan manusia terjejas. Penyakit kanser otak, sakit sendi… (merupakan isi laras sains)

2. Pencemaran budaya, bahan lucah, ganas, leka, cuai.(sememangnya bukan laras sains namun memang merupakan isi yang logik)  1997  Soalan 4. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan.    Jelaskan penyataan ini.

Kehendak soalan:Mahu 2 kepentingan sains dan teknologi terhadap kemajuan sesebuah negara.

1 isi kepentingan seni terhadap kemajuan sesebuah negara. Misalnya memajukan industri pelancongan.

1 Isi kepentingan kemanusiaan/nilai-nilai murni seperti masyarakat penyayang terhadap kemajuan sesebuah negara.

Jadi, hanya 2 isi sains diperlukan. Anda wajib menghuraikan isi kepentingan seni dan 1 Isi kepentingan kemanusiaan yang sememangnya bukan isi laras sains.. 

Kesimpulan: 95% soalan laras sains perlukan isi dan huraian laras sains. Namun 5% soalan perlukan isi bukan laras sains tetapi  yang matang dan logik. Adakalanya soalan dalam bahagian B mewajibkan calon menjawab dengan mengemukakan isi bukan laras sains.  Ingatan kepada calon: beri semua isi sains jika boleh. Jika tak cukup isi laras sains, terpaksalah turunkan isi dan  hujah yang bukan laras sains tetapi memang logik dan matang.

One response to “Penulisan esei: Pertanyaan umum: Perlukah calon menjawab Karangan Bahagian B dengan menurunkan isi dan hujah laras sains??

  1. xda jawapan pun cikgu: >

    Goay: mestilah guna isi sains untuk dapat markah tinggi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s