Pilihanraya Malaysia

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VIII – PILIHAN RAYA

Perkara 113. Penjalanan Pilihan Raya.

(1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang hendaklah ditubuhkan

mengikut Perkara 114, yang, tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan,

hendaklah menjalankan pilihan raya ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan

Negeri dan menyediakan dan menyemak daftar pemilih bagi pilihan raya itu.

(2) (i) Tertakluk kepada perenggan (ii), Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah, dari

semasa ke semasa, sebagaimana yang difikirkannya perlu, mengkaji semula pembahagian

Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian pilihan raya dan mengesyorkan apa-apa

perubahan mengenainya yang difikirkannya perlu supaya dipatuhi peruntukan yang

terkandung dalam Jadual Ketiga Belas; dan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya

bagi maksud pilihan raya ke Dewan-Dewan Undangan hendaklah dijalankan pada masa

yang sama dengan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan

raya ke Dewan Rakyat.

(ii) Maka hendaklah ada lat tempoh tidak kurang daripada lapan tahun antara

tarikh siapnya satu kajian semula, dengan tarikh bermulanya kajian semula yang

kemudiannya, di bawah Fasal ini.

(iii) Kajian semula di bawah perenggan (i) hendaklah disiapkan dalam tempoh

yang tidak melebihi dua tahun dari tarikh bermulanya kajian semula itu.

(3) Jika Suruhanjaya Pilihan Raya berpendapat bahawa berikutan dengan suatu undangundang

yang dibuat di bawah Perkara 2 kajian semula yang disebut dalam Fasal (2) perlu

dijalankan, maka Suruhanjaya itu hendaklah berbuat sedemikian sama ada atau tidak

lapan tahun telah berlalu semenjak kajian semula yang terakhir dijalankan di bawah Fasal

itu.

(3A) (i) Jika bilangan ahli dipilih bagi Dewan Rakyat diubah berikutan dengan apa-apa

pindaan kepada Perkara 46, atau bilangan ahli dipilih bagi Dewan Undangan sesuatu

Negeri diubah berikutan dengan suatu undang-undang yang diperbuat oleh Badan

Perundangan sesuatu Negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah, tertakluk kepada

Fasal (3B), menjalankan kajian semula pembahagian kawasan yang tersentuh dengan

pengubahan itu kepada bahagian pilihan raya persekutuan atau Negeri, mengikut manamana

yang berkenaan, dan kajian semula itu hendaklah disiapkan dalam tempoh yang

tidak melebihi dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa undang-undang yang membuat

pengubahan itu.

(ii) Kajian semula di bawah perenggan (i) tidaklah menyentuh lat tempoh yang

diperuntukkan di bawah perenggan (ii) Fasal (2) berkenaan dengan kajian semula di

bawah perenggan (i) Fasal itu.

(iii) Peruntukan Jadual Ketiga Belas hendaklah terpakai bagi kajian semula di bawah

Fasal ini, tetapi tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang difikirkan perlu oleh

Suruhanjaya Pilihan Raya.

(3B) Jika sesuatu pindaan kepada Perkara 46 atau suatu undang-undang yang diperbuat

oleh Dewan Undangan sesuatu Negeri yang disebut dalam perenggan (i) Fasal (3A) mula

berkuat kuasa selepas lapan tahun berlalu dari tarikh siapnya kajian semula yang terakhir

di bawah Fasal (2) dan Suruhanjaya Pilihan Raya berpendapat bahawa perlu dijalankan

suatu kajian semula di bawah Fasal (2), maka Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh

menjalankan kajian semula di bawah perenggan (i) Fasal (3A) tetapi sebaliknya

hendaklah menjalankan kajian semula di bawah Fasal (2) dan dalam mengendalikan

kajian semula sedemikian hendaklah mengambil kira mana-mana kawasan yang tersentuh

berikutan dengan pindaan atau undang-undang yang disebut dalam perenggan (i) Fasal

(3A).

(4) Undang-undang persekutuan atau Negeri boleh memberi kuasa Suruhanjaya Pilihan

Raya untuk menjalankan pilihan raya selain pilihan raya yang disebut dalam Fasal (1).

(5) Setakat yang perlu bagi maksud fungsinya di bawah Perkara ini, Suruhanjaya Pilihan

Raya boleh membuat kaedah-kaedah, tetapi mana-mana kaedah yang sedemikian

hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan.

(6) Kajian semula yang berasingan di bawah Fasal (2) hendaklah dijalankan bagi Negeri-

Negeri Tanah Melayu dan bagi tiap-tiap satu daripada Negeri Sabah dan Sarawak, dan

bagi maksud Bahagian ini ungkapan “unit kajian semula” ertinya, bagi bahagian pilihan

raya persekutuan, kawasan yang sedang dikaji semula dan, bagi bahagian pilihan raya

Negeri, ertinya Negeri itu, dan ungkapan “Negeri-Negeri Tanah Melayu” termasuklah

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

(7) Tertakluk kepada Fasal (3), tempoh bagi kajian semula kali pertama di bawah Fasal

(2) bagi mana-mana unit kajian semula hendaklah dihitung mulai dari penyempadanan

kali pertama bahagian pilihan raya bagi unit itu di bawah Perlembagaan ini atau di bawah

Akta Malaysia [

(8) Walau apa pun Fasal (7) Perkara ini tempoh bagi kajian semula di bawah Fasal (2)

bagi unit kajian semula bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu yang dijalankan selepas

lulusnya Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 hendaklah dihitung mulai dari

penyempadanan kali pertama bahagian pilihan raya bagi unit itu sebaik selepas lulusnya

Akta itu.

(9) Tarikh bermulanya sesuatu kajian semula di bawah Fasal (2) atau Fasal (3A),

mengikut mana-mana yang berkenaan, ialah tarikh tersiarnya notis yang disebut dalam

seksyen 4 Jadual Ketiga Belas dalam

(10) Tarikh siapnya sesuatu kajian semula di bawah Fasal (2) atau Fasal (3A), mengikut

mana-mana yang berkenaan, ialah tarikh laporan dikemukakan kepada Perdana Menteri

di bawah seksyen 8 Jadual Ketiga Belas, dan notis mengenai tarikh itu hendaklah

disiarkan dalam

Akta 26 tahun 1963].Warta.Warta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

CATATAN

Per. 113(1):

1. Perkataan “dan menyempadankan bahagian pilihan raya” yang terdapat selepas

“Dewan-Dewan Undangan Negeri” dipotong oleh Akta 14/1962. perenggan 20(a),

berkuat kuasa dari 21-06-1962.

2.

3.

Lihat Per. 115(2).Lihat Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19].

Per. 113(2):

1. Fasal ini sebagaimana yang berkuat kuasa pada asalnya bermula seperti yang berikut:

“Selepas menyempadankan bahagian-bahagian pilihan raya yang pertaman

mengikut Perkara 116 dan 117 Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah…”.

Akta 14/1962, perenggan 20(b), berkuat kuasa dari 21-06-1962, menggantikan perkataan

“Perkara 116 dan 117” dengan “Perkara 171” dan perenggan 20(c) menggantikan

perkataan “dan membuat apa-apa perubahan mengenainya sebagaimana yang

difikirkannya perlu supaya dipatuhi peruntukan Perkara itu” dengan “dan mengesyorkan

apa-apa perubahan mengenainya sebagaimana yang difikirkannya perlu supaya dipatuhi

peruntukan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Belas”. Akta 26/1963, subseksyen

10(2), berkuat kuasa dari 16-09-1963, memotong perkataan “Selepas menyempadankan

bahagian-bahagian pilihan raya yang pertama mengikut Perkara 171″ yang ketika itu

terdapat di permulaan Fasal.

2. Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta A585, perenggan 25(a), berkuat kuasa

dari 14-04-1984, dan menggantikan Fasal yang dahulu yang berbunyi seperti yang

berikut:

“Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah, pada lat tempoh yang tidak melebihi

sepuluh tahun dan juga, tertakluk kepada Fasal (3), tidak kurang daripada lapan

tahun, mengkaji semula pembahagian Persekutuan dan Negeri-negeri kepada

bahagian-bahagian pilihan raya dan mengesyorkan apa-apa perubahan

mengenainya yang difikirkannya perlu supaya dipatuhi peruntukan yang

terkandung dalam Jadual Ketiga Belas: dan kajian semula bahagian-bahagian

pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan-dewan Undangan hendaklah

dijalankan pada masa yang sama dengan kajian semula bahagian-bahagian pilihan

raya bagi maksud pilihan yara ke Dewan Rakyat.”.

3.

Lihat Jadual ke-13 seksyen 4.

Per. 113(3):

Perkataan “atau 46” yang terdapat selepas “Perkara 2” dipotong oleh Akta 14/1962,

Jadual seksyen 6, berkuat kuasa dari 21-06-1962.

Per. 113(3A):

1. Ditambahkan oleh Akta A585, perenggan 25(b), berkuat kuasa dari 14-04-1984.

2. Perkataan”, tertakluk kepada Fasal (3b),” dimasukkan selepas perkataan “Suruhanjaya

Pilihan Raya hendaklah” dalam perenggan (i) Fasal (3A) oleh Akta A849, seksyen 2,

berkuat kuasa dari 20-11-1992.

Per. 113(3B):

Ditambahkan oleh Akta A849, seksyen 2, berkuat kuasa dari 20-11-1992.

Per. 113(4):

1. Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 14/1962, Jadual seksyen 6, berkuat

kuasa dari 21-06-1962 dan menggantikan Fasal asal yang berbunyi seperti yang berikut:

“(4) Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah juga menjalankan permilihan bagi

majlis perbandaran ibu kota persekutuan, dan undang-undang Negeri boleh

memberi kuasa Suruhanjaya untuk menjalankan apa-apa pilihan ray yang lain.”.

2.

Lihat Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 [Akta 473].

Per. 113(5):

Lihat

Kaedah-Kaedah Perlembagaan (Suruhanjaya Pilihan Raya) 1960—P.U. 110/1960.

Per. 113(6):

1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 10(2). berkuat kuasa dari 16-09-1963.

Perkataan “dan” yang terdapat selepas “Negeri-Negeri Tanah Melayu” dimasukkan dan

perkataan “dan bagi Negeri Singapura” yang terdapat selepas “Negeri-negeri Borneo”

dipotong oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965.

2. Perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak”

oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-08-1976.

3. Perkataan ‘, dan ungkapan “Negeri-Negeri Tanah Melayu” hendaklah termasuk

Wilayah Persekutuan Labuan’ dimasukkan selepas perkataan “Negeri itu” oleh Akta

A585, seksyen 15, berkuat kuasa dari 16-04-1984.

4. Kemudiannya pula, perkataan “Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah

Persekutuan Labuan” digantikan dengan “Wilayah -Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Labuan dan Putrajaya” oleh Akta A1095, seksyen 19, berkuat kuasa dari 01-02-2001.

Catatan:

1. Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, kawasan yang menjadi Wilayah Persekutuan

Putrajaya tidak lagi menjadi sebahagian daripada bahagian pilihanraya Negeri, tetapi

sehingga pembuburan Dewan Undangan Negeri Selangor yang berikutnya selepas

permulaan kuat kuasa Akta ini, ahli Dewan Undangan itu yang dilantik dari bahagian

pilihan raya itu hendaklah, walaupun kawasan itu telah dikeluarkan dari bahagian pilihan

raya itu, terus menjadi ahli Dewan Undangan itu.

2. Sehingga pembubaran Parlimen yang berikutnya selepas permulaan kuat kuasa Akta

ini, bahagian pilihan raya persekutuan yang di dalamnya termasuk kawasan yang menjadi

Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah terus wujud dan ahli yang dipilih dari

bahagian pilihan raya itu hendaklah terus menjadi ahli Parlimen.

Per. 113(7):

Ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 10(2), berkuat kuasa dari 16-09-1963.

Per. 113(8):

Ditambahkan oleh Akta 206, seksyen 13, berkuat kuasa dari 23-08-1973.

Per. 113(9) & (10):

Ditambahkan oleh Akta A585, perenggan 25(c), berkuat kuasa dari 14-04-1984

Catatan:

1. Sebaik sahaja mula berkuat kuasanya Akta A585 (iaitu pada 16-04-1984) kawasan

yang menjadi Wilayah Persekutuan Labuan terhenti menjadi sebahagian daripada suatu

bahagian pilihan raya Negeri.

2. Sehingga terbubarnya Dewan Undangan Negeri Sabah, yang berikutan selepas mula

berkuat kuasanya Akta A585, ahli Dewan tersebut yang dipilih dari bahagian pilihan raya

itu hendaklah, walaupun kawasan tersebut tidak termasuk di dalam bahagian pilihan raya

tersebut, terus menjadi ahli Dewan tersebut.

Berkenaan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah lihat P.W. Sabah No.

141/1985.

3. Sehingga terbubarnya Parlimen yang berikutan selepas mula berkuat kuasanya Akta

itu, bahagian pilihan raya persekutuan yang termasuk kawasan yang menjadi Wilayah

Persekutuan Labuan itu hendaklah terus wujud dan ahli yang dipilih dari bahagian pilihan

——————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————–

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s