Majlis Raja-raja

Majlis Raja-Raja

Raja-Raja menghadiri Mesyuarat MRR 2009
Mesyuarat MRR Ke-218 2009

Mesyuarat MRR Ke-218 2009

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua dari kiri) bersama Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (dua dari kanan) menghadiri Mesyuarat ke-218 Majlis Raja-Raja di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching

 

 

Mesyuarat MRR Ke-218, 2009

Mesyuarat MRR Ke-218, 2009

 Mesyuarat MRR ke-218, 2009

Yang Di-pertuan Agong Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218

KUCHING, 29 Julai 2009 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya dekat sini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menghadiri mesyuarat itu esok dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah mesyuarat itu selepas mesyuarat ke-116 pada 1972 dan yang ke-157 pada 1992

 

 

Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.

Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Sejarah

Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan Pemerintah Inggeris.

Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu, atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13 – 17 Julai 1897 di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.

Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Negeri Selangor), DYMM Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), dan DYMM Sultan Ahmad (Negeri Pahang).

Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham (pengerusi mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H. Treacher, Residen Inggeris di Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali hingga tahun 1939.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi Majlis-Raja-Raja. Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan sebanyak 50 kali.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawak apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh DYMM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis

  

 

 

 

 

Yang Di-pertuan Agong Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218

KUCHING, 29 Julai 2009 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya dekat sini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menghadiri mesyuarat itu esok dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah mesyuarat itu selepas mesyuarat ke-116 pada 1972 dan yang ke-157 pada 1992

 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua dari kiri) bersama Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (dua dari kanan) menghadiri Mesyuarat ke-218 Majlis Raja-Raja di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching,

2 responses to “Majlis Raja-raja

  1. i want to know the malaysia kings

    Goay: refer to laman web setiap negeri

  2. who the 1st Malaysia YDPA?
    Goay: YDPB Negeri Sembilan. Potrait baginda dalam Ringgit Malaysia. Baca Bab YDPA dalam buku PA kertas 1 Longman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s