STPM Kertas 1 2008 ulasan setiap soalan

1 Yang manakah usaha ke arah merangsang sektor automotif negara?

  I Memperbaik teknologi dan modal insan

 II Membatalkan permit import semua jenis kenderaan terpakai

III Meningkatkan cukai import kenderaan dari negera-negara ASEAN

IV Menjadikan Malaysia pusat serantau untuk pembuatan dan pengedaran kenderaan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

 

Jawapan: B

Dasar automotif negara menekankan strategi berikut:

  • Memperbaik teknologi automotif dan pembangunan modal insan dalam bidang ini.
  • Menjadikan Malaysia pusat serantau untuk pembuatan dan pengedaran kenderaan.
  • Melibatkan kerjasama dengan syarikat automotif antarabangsa.

 

Tindakan berikut adalah tidak munasabah dan tidak dilakukan oleh Malaysia.

  • Membatalkan permit import semua jenis kenderaan terpakai
  • Meningkatkan cukai import kenderaan dari negera-negara ASEAN.

Setelah AFTA wujud, cukai import kenderaan dari negera-negara ASEAN direndahkan.

 

2 Yang manakah dasar yang diwujudkan untuk mengatasi masalah antara sektor swasta dengan sektor awam?

A Dasar Penswastaan

B Dasar Pandang ke Timur

C Dasar Perindustrian Negara

D Dasar Persyarikatan Malaysia

 

Jawapan: D

Dasar Persyarikatan Malaysia

  • Menganggap Malaysia sebagai sebuah syarikat.
  • Kerajaan sebagai sektor awam dan pihak sektor swasta menjadi pemilik bersama.
  • Kedua-dua sektor awam dan swasta harus kerjasama untuk mengatasi masalah bersama

 

Dasar Penswastaan

  • Pemindahan agensi kawalan atau pelaburan kerajaan tertentu kepada sektor swasta.
  • mewujudkan ekonomi sihat dan peningkatan produktiviti
  • Dapat mengelakkan kerugian yang berterusan.
  • Kerajaan jimat dan memperoleh cukai keuntungan.
  • Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.

 

Dasar Pandang ke Timur

  • mempelajari nilai-nilai yang positif daripada Jepun dan Korea Selatan.
  • Menerap teknologi canggih, etika kerja positif seperti disiplin bekerja, kesetiaan, keutamaan kepada kumpulan, mementingkan produktiviti dan kualiti.
  • sistem pegurusan yang cekap yang menjamin kejayaan.

 

Dasar Perindustrian Negara

  • Mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor gantian import.
  • Menyusun semula struktur insentif perindustrian yang sedia ada.
  • Meningkatkan produktiviti dan kualiti produk melalui penerapan teknologi canggih.
  • Menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia.

 

 

 

 

 

3

 

Dasar/Kempen

P Dasar Perindustrian Negara
Q Dasar Telekomunikasi Negara
R Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
S Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia

 

Matlamat

I Mengurangkan pengimportan barangan
II Mengoptimumkan sumber negara
III Malahirkan masyarakat bermaklumat
IV Membolehkan sektor pembuatan berkembang selaras dengan penggunaan teknologi terkini

 

Yang manakah padanan yang betul antara dasar/kempen dengan matlamatnya?

  P Q R S
A I III IV II
B II IV III I
C II III IV I
D IV III II I

 

 

 

 

 

 

Jawapan:A

 

 

Dasar/Kempen

Matlamat

Dasar Perindustrian Negara Mengurangkan pengimportan barangan
Dasar Telekomunikasi Negara Melahirkan masyarakat bermaklumat
Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara Membolehkan sektor pembuatan berkembang selaras dengan penggunaan teknologi terkini
Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia Mengoptimumkan sumber negara

 

 

 

 

4 yang manakah objektif Dasar Sosial Negara?

I Memastikan bahawa keperluan asas individu, keluarga, dan masyarakat dipenuhi

 II Menambah bilangan penduduk untuk mengukuhkan keselamatan negara

III Mengembangkan dan mengukuhkan budaya niaga yang berdaya saing

IV Membanggunkan dan memperkasakan insan sepanjang hayat

A I, III      B I, IV       C II, III       D II, IV

 

Jawapan: B

Dasar Sosial Negara Berteraskan Perlembagaan, Rukunegara dan Wawasan 2020 serta komitmen di peringkat antarabangsa.

Tujuan:

  • Mencapai ahli masyarakat keseimbangan pembangunan fizikal dan rohaniah.
  • Melahirkan masyarakat yang maju dan mantap dari segi sosial, ekonomi dan teknologi.
  • memperkembangkan potensi diri secara optimum berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil saksama selaras dengan Wawasan 2020.

Objektif :

  • memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi.
  • Mewujudkan persekitaran fizikal yang baik serta persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai nurni.
  • Mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri
  • Memastikan setiap individu memberi dan menerima kemesraan dan kasih sayang sepanjang hayat.

 

 

5 Yang manakah penyataan yang benar tentang Rancangan Lima Tahun Malaysia?

A Menjadi garis panduan pelaksanaan pembangunan negara

B Merupakan rangka rancangan pembangunan jangka panjang

C Menggariskan punca perolehan sumber pendapatan kerajaan

D Merangkumi dasar pembangunan sektor awam dan sektor swasta

 

Jawapan:A

Rancangan Lima Tahun Malaysia merupakan garis panduan pelaksanaan pembangunan negara. Ini bukan rangka rancangan pembangunan jangka panjang.

 

 

 

6 Yang manakah strategi untuk membangunkan sektor perkhidmatan sebagai punca baru pertumbuhan ekonomi negara?

  I Mempromosikan pelancongan kesihatan

 II Menggalakkan pengeluaran komoditi pertanian

III Menyediakan tapak bagi kegiatan perindustrian berat

IV Menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan

A I, II      B I, IV       C II, III       D III, IV

 

Jawapan:B

Sektor perkhidmatan sebagai punca baru pertumbuhan ekonomi negara termasuklah

  • industri pelancongan, pusat pelancongan kesihatan
  • perkhidmatan pendidikan
  • perkhidmatan kewangan seperti pusat perbankan dan kewangan Islam antarabangsa.

 

 

7 Yang manakah ciri ekonomi berasaskan pengetahuan?

I Tumpuan yag lebih banyak kepada pasaran tempatan

II Peningkatan produktiviti dalam semua aspek ekonomi

III Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi

IV Tenaga buruh yang berpendidikan tinggi

A I, II      B I, IV       C II, III       D III, IV

Jawapan:C

Ciri ekonomi berasaskan pengetahuan bermaksud menggunakan teknologi terkini dan teknologi maklumat untuk meningkatkan produktiviti dalam semua aspek ekonomi. Maka pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi diutamakan.

 

8 Yang manakah dimensi baru dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga?

A Pembangunan wilayah

B Pembangunan sektor swasta

C Pembangunan alam sekitar yang mampan

D Pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan

Jawapan:D

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama ialah Dasar Ekonomi Baru (program 20 tahun dari 1970-1990)

 

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua ialah Dasar Pembangunan Nasional 1990-2000

 

Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga ialah Wawasan Negara 2001-2010 

Tumpuannya pada pembangunan ekonomi berasaskan teknologi canggih dan teknologi maklumat

 

9 Yang manakah isu bilateral yang dibincangkan oleh Malaysia dengan Singapura?

I Semakan kadah harga air

II Pembuangan sisa toksik di perairan Malaysia

III Penebusgunaan tanah di perairan Pulau Tekong

IV Pembinaan kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin

A I, II      B I, III       C II, IV       D III, IV

Jawapan:B

 

Isu yang belum selesai ialah tentang harga bekalan air dari Johor kepada Singapura dan

Bantahan Malaysia terhadap penebusgunaan tanah di perairan Pulau Tekong oleh kerajaan Singapura.

Isu pembuangan sisa toksik di perairan Malaysia  dan Pembinaan kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin telah diselesai dengan baik.

 

10 Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara( ASEAN) dalam menegakkan keamanan dan kestabilan politik serantau?

I Pengawalan penularan penyakit berjangkit

II Pembaharuan pelaksanaan demokrasi di Myanmar

III Pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (AFTA)

 IV Penyelesaian masalah keganasan di rantau Asia Tenggara

 A I, II      B I, III       C II, IV       D III, IV

 

Jawapan:C

Isu keamanan dan kestabilan politik serantau melibatkan pembaharuan pelaksanaan demokrasi di Myanmar dan Penyelesaian masalah keganasan di rantau Asia Tenggara.

 

Pengawalan penularan penyakit berjangkit ialah isu kesihatan.

Pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (AFTA) ialah isu ekonomi.

 

 

11 Yang manakah penyataan yang benar tentang semangat permuafakatan dalam kalangan anggota ASEAN?

A Mengawal penggunaan tenaga nuklear di rantau ini

B Menganjurkan dialog keselamatan dan keamanan serantau

C Menyelesaikan isu dalaman negara anggota secara terbuka

D Menubuhkan pasukan tentera untuk mengawal keamanan serantau

 

Jawapan:B

Usaha menganjurkan dialog keselamatan dan keamanan serantau membuktikan permuafakatan ASEAN.

ASEAN tidak mengawal penggunaan tenaga nuklear tetapi mahu menjadikan rantau ini bebas senjata nuklear melalui SEANWFZ

ASEAN tidak akan menyelesaikan isu dalaman negara anggota lain secara terbuka

ASEAN tidak akan menubuhkan pasukan tentera untuk mengawal keamanan serantau

 

 

12 Yang manakah peranan Malaysia dalam membantu kestabilan politik dalam ASEAN ?

I Menghantar wakil berhubungn dengan proses demokrasi di Myanmar

II Menjadi orang tengah dalam kes penculikan di selatan Filipina

III Membelikan khidmat nasihat politik kepada negara anggota

IV Menghantar pasukan pengaman ke Timor Leste

A I, II      B I, IV       C II, III       D III, IV

 

Jawapan:C

  • Malaysia menjadi orang tengah dalam kes penculikan di selatan Filipina.
  • Malaysia juga memberikan khidmat nasihat politik kepada negara anggota.
  • Malaysia tidak menghantar wakil berhubungn dengan proses demokrasi di Myanmar iaitu pembebasan  aktivis demokrasi Aung San Suu Kyi. Sebaliknya pemimpin negara menjadi wakil PBB untuk tujuan ini.
  • Penghantaran pasukan pengaman ke Timor Leste bukan dalam konteks ASEAN kerana Timor Leste bukan anggota ASEAN.

 

13 Yang manakah dasar yang memberikan penekanan kepada kawasan perdagangan bebas ASEAN?

A Dasar Automotif Nasional

B Dasar Perindustrian Negara

C Dasar Persyarikatan Malaysia

D Dasar Sains dan Teknologi Negara

Jawapan:A

  • Dasar Automotif Nasional membolehkan negara anggota ASEAN saling mengeksport dan mengimport kereta pada tarif rendah.
  • Dasar Perindustrian Negara, Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Sains dan Teknologi Negara tiada kaitan dengan penekanan kepada kawasan perdagangan bebas ASEAN.

 

 

14 Yang manakah matlamat kerjasama antara ASEAN dengan Jepun, China, dan Korea Selatan?

  I Mewujudkan kestabilan politik

  II Mewujudkan kerjasama perdagangan

 III Mewujudkan kerjasama keselamatan

IV Mewujudkan kerjasama perusahaan kecil dan sederhana

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Jawapan:A

ASEAN+3 menyentuh isu kestabilan politik rantau ASIA Timur dan mewujudkan kerjasama perdagangan.

 

15

 

Meneroka kerjasama baru dalam bidang ekonomi, politik, dan sosialKeanggotaannya terdiri daripada negara-negara dari dua benua

 

 

 

 

 

 

 

Penyataan di atas merujuk kepada

A Pertubuhan Komanwel

B Mesyuarat Asia dan Eropah(ASEM)

C Pertubuhan Persidangan Islam(OIC)

D Pergerakan Negara-Negara Berkecuali(NAM)

Jawapan:B

  • Hanya Mesyuarat Asia dan Eropah(ASEM) melibatkan 2 benua iaitu benua Asia dan Eropah.
  • Pertubuhan Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam(OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali(NAM) melibatkan negara daripada seluruh dunia.

 

16 Yang manakah penyataan yang benar tentang Rangkaian Berita Pergerakan Negara-Negara Berkecuali(NNN)?

  I  Beribu pejabat di Kuala Lumpur

 II Bertujuan untuk menyaingi pusat rangkaian berita antarabangsa yang lain

III Sebuah pusat berita berasaskan Internet untuk menyebarkan maklumat tentang negara anggota 

IV Menggantikan Pusat Pangkalan Data Pelaburan, Perdagangan, dan Teknologi Selatan(SITTDEC)

A I dan III

B I dan IV

C II dan III

D II dan IV

Jawapan: A

  • Rangkaian Berita Pergerakan Negara-Negara Berkecuali(NNN) merupakan sebuah pusat berita berasaskan Internet untuk menyebarkan maklumat tentang negara anggota beribu pejabat di Kuala Lumpur.

 

  • SITTDEC ialah pusat khas yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Selatan-Selatan untuk menyebarkan maklumat perdagangan dan ekonomi negara anggota.

 

17 Yang manakah tugas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

A Mengetuai operasi ketenteraan

B Memantau masalah ekonomi dan sosial dunia

C Memberikan kata putus dalam pertikaian antarabangsa

D Mengadili kes jenayah antarabangsa yang serius

Jawapan:B

  • Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memantau masalah ekonomi dan sosial dunia.
  • Pegawai tinggi tentera negara anggota PBB akan dilantik mengetuai operasi ketenteraan PBB.
  • Majlis Keselamatan PBB yang berkuasa memberikan kata putus dalam pertikaian politik antarabangsa.
  • Mahkamah Jenayah Perang PBB yang mengadili kes jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai

 

18

  • Menumpukan kepada kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi
  • Malaysia bertanggunjawab untuk menggerakkan kerjasama dalam perbankan dan insurans Islam

Penyataan di atas merujuk kepada

A Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik(APEC)

B Kumpulan Lapan Negara Membangun(D-8)

C Pergerakan Negara-Negara Berkecuali(NAM)

D Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara(ASEAN)

 

Jawapan:B

  • Kumpulan Lapan Negara Membangun(D-8) dalam OIC menggerakkan kerjasama dalam perbankan dan insurans Islam.
  • Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik(APEC) melibatkan kerjasama ekonomi yang bebas dan terbuka.
  • Pergerakan Negara-Negara Berkecuali(NAM) melibatkan isu politik antarabangsa dan sosial
  • Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara(ASEAN) melibatkan kerjasama semua bidang.

 

 

19 Yang manakah faedah Dialog Perkongsian Pintar?

I  Menaja perundingan syarat-syarat perdagangan dunia

 II Menggalakkan penglibatan sektor awam dan sektor swasta secara bersama

III Menjadi landasan penting kepada negara membangun untuk menimba pengalaman

IV Memperjuangkan perdagangan bebas bersama dengan Pertubuhan Perdagangan Sedunia

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

 Jawapan:D

  • Dialog Perkongsian Pintar melalui Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) anjuran Malaysia membolehkan negara membangun menimba pengalaman serta memperjuangkan perdagangan bebas bersama dengan Pertubuhan Perdagangan Sedunia. Selain itu, isu kemiskinan dan pendidikan serta politik juga dibincang bersama.

 

20 Yang manakah penyataan yang menunjukkan komitmen Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)

I Merupakan ahli Majlis Amanah PBB

II Menjawat jawatan pentadbir utama Sekretariat PBB

III Pernah mempengerusikan mesyuarat Perhimpunan Agung PBB

IV Menyertai pasukan pengaman di Timor Leste di bawah naungan PBB

A I, II      B I, III       C II, IV       D III, IV

Jawapan:D

  • Malaysia pernah mempengerusikan mesyuarat Perhimpunan Agung PBB
  • Malaysia juga  menyertai pasukan pengaman di Timor Leste di bawah naungan PBB
  • Malaysia tidak pernah menjadi ahli Majlis Amanah PBB atau menjawat jawatan pentadbir utama Sekretariat PBB iaitu setiausaha agong PBB.

 

21

Mengkaji pencapaian Rancangan Malaysia Ke-8

Menggubal Rancangan Malaysia Ke-9

Penyataan di atas merujuk kepada fungsi

A Unit Perancang Ekonomi

B Jabatan Perkhidmatan Awam

C Jabatan Perangkaan Malaysia

D Unit Penyelarasan Pelaksanaan

Jawapan:A

 

Jabatan Perkhidmatan Awam

  • Menguruskan gaji, elaun dan pencen kakitangan kerajaan pusat dan negeri.
  • Menyediakan latihan untuk pegawai kerajaan
  • Menggubal dasar-dasar pengambilan dan penamatan kerja kakitangan awam.

 

  • Jabatan Perangkaan Malaysia: menyediakan perangkaan atau data-data ekonomi dan sosial negara.
  • Unit Penyelarasan Pelaksanaan: menyelia dan melaksanakan projek pembangunan negara serta mengawasi agensi perbadanan awam

 

 

22

 

Unit Pentadbiran

 

Fungsi

P Jabatan Perkhidmatan Awam   I Menganalisis kedudukan ekonomi negara
Q Perbendaharaan   II Menyediakan latihan untuk pegawai kerajaan
R Unit Penyelarasan Pelaksanaan   III Mengawasi agensi perbadanan awam
S Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   IV Menyediakan perkhidmatan perundingan pengurusan kepada jabatan kerajaan

Yang manakah padanan yang betul antara unit pentadbiran dengan fungsinya?

  P Q R S
A I II III IV
B II I IV III
C II I III IV
D IV III II I

 

 

 

 

                                                 

 

Jawapan:C

Unit Pentadbiran

Fungsi

  Jabatan Perkhidmatan Awam   Menyediakan latihan untuk pegawai kerajaan
  Perbendaharaan   Menganalisis kedudukan ekonomi negara
  Unit Penyelarasan Pelaksanaan   Mengawasi agensi perbadanan awam
  Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Menyediakan perkhidmatan perundingan pengurusan kepada jabatan kerajaan

 

 

23

 

 

 

 

 

  • Bertujuan melicinkan pentadbiran dengan mengurangkan kerenah birokrasi
  • Mesti merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) dan Perbendaharaan sebelum menambah atau mengurangkan bilangan kakitangan

 

Perbadanan awam X              

 

 

 

 

 

 

 

Perbadanan awam X ialah

A Majlis Amanah Rakyat

B Perbadanan Nasional Berhad(PERNAS)

C Petroleum Nasional Berhad(PETRONAS)

D Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia(MISC)

Jawapan:A

  • Majlis Amanah Rakyat ialah Badan Berkanun.
  • Badan Berkanun mesti merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) dan Perbendaharaan sebelum menambah atau mengurangkan bilangan kakitangan.
  • Manakala Badan tidak berkanun bebas dalam hal ini.
  • Badan tidak berkanun pula ialah Perbadanan Nasional Berhad(PERNAS),  Petroleum Nasional Berhad(PETRONAS), dan  Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia(MISC).

 

 

24 Yang manakah penyataan yang benar tentang tujuan penubuhan Majlis Air Negara?

   I  Menyediakan perkhidmatan air yang efisien

  II  Menyelaraskan bekalan air di semua negeri

 III  Mengambil alih pengurusan air di semua negeri

 IV  Menyelesaikan semua permasalahan air secara menyeluruh

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Jawapan:D

Fungsi Majlis Air Negara

  • Mengambil alih pengurusan air di semua negeri
  • Menyelesaikan semua permasalahan air secara menyeluruh

 

 

25 Encik X berasal dari India dan menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Encik X memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara

A masukan

B pendaftaran

C percantuman wilayah

D kuat kuasa undang-undang

 

Jawapan:D

Cara Mendapat Kewarganegaraan

Cara kuat kuasa undang-undang:

  • mereka yang telah menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah atau Sarawak sebelum Hari Malaysia
  • mereka yang lahir di Malaysia selepas hari Malaysia.

Cara Masukan: warganegara asing yang memohon menjadi warganegara Malaysia

Cara Pendaftaran: isteri(warganegara asing) yang suaminya merupakan warganegara

 

26

  • Warganegara secara kuat kuasa undang-undang
  • Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Majlis Parlimen

Penyataan di atas merujuk kepada

A Ketua Negara

B Ketua Kerajaan

C Setiausaha Dewan Rakyat

D Yang Dipertua Dewan Rakyat

Jawapan:B

Perdana Menteri(Ketua Kerajaan)

  • mesti Warganegara secara kuat kuasa undang-undang
  • merupakan Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Majlis Parlimen

 

Ketua Negara ialah YDPA, dilantik oleh MRR dariapda kalangan Raja Melayu

Setiausaha Dewan Rakyat dilantik oleh YDPA dengan persetujuan Parlimen

Yang Dipertua Dewan Rakyat dilantik oleh YDPA dengan persetujuan Dewan Rakyat

 

 

27  Jemaah Menteri bertanggungjawab secara bersama kepada

A Parlimen

B Perdana Menteri

C Majlis Raja-Raja

D Yang di-Pertuan Agong

 

Jawapan:A

Jemaah Menteri bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.

 

28 Yang manakah penglibatan Yang di-Pertua Negeri dalam Majlis Raja-Raja?

A Menjadi Ahli Mesyuarat Majlis Raja-Raja

B Menjadi Ahli Mesyuarat Lembaga Pengampuan

C Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

D Menghadiri mesyuarat pemilihan Yang di-Pertuan Agong

Jawapan:B

  • Yang di-Pertua Negeri hanya menjadi Ahli Mesyuarat Majlis Raja-Raja dalam Majlis Raja-Raja
  • Merka menjadi pengerusi Mesyuarat Lembaga Pengampuan Negeri masing-masing.
  • Sultan yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja secara bergilir-gilir.
  • Yang di-Pertua Negeri tidak menghadiri mesyuarat pemilihan Yang di-Pertuan Agong

 

29

  • Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
  • Saraan ditentukan oleh Parlimen

Penyataan di atas merujuk kepada pelantikan

  I Peguam Negara

             II Ketua Audit Negara

III Ketua Hakim Negara

IV Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Jawapan:  Tiada jawapan

Semua jawatan ini iaitu  Peguam Negara, Ketua Audit Negara, Ketua Hakim Negara dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

  • Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
  • Saraan ditentukan oleh Parlimen

 

30 Suatu rang undang-undang yang telah menjadi undang-undang yang sah boleh dikuatkuasakan selepas

A diluluskan oleh kabinet

B disiarkan dalam warta kerajaan

C diluluskan oleh Majlis Parlimen

D diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

Jawapan:B

Suatu rang undang-undang hanya menjadi undang-undang yang sah dan boleh dikuatkuasakan selepas disiarkan dalam warta kerajaan.

Prosedurnya adalah diluluskan oleh kabinet, diluluskan oleh Majlis Parlimen,  diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong barulah diwartakan.

 

31 Yang manakah penyataan yang benar tentang jabatan?

   I Ketua jabatan ialah Ketua Setiausaha Kementerian 

  II Jabatan membantu melaksanakan program kementerian

 III Jabatan mempunyai kuasa menggubal undang-undang kecil tempatan

 IV Pegawai-pegawai di jabatan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Jawapan:C

  • Jabatan membantu melaksanakan program kementerian berkenaan
  • Pegawai-pegawai di jabatan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kerana mereka merupakan kakitangan awam.
  • Ketua jabatan ialah pengarah manakala kakitagan awam paling kanan dalam sesebuah kementerian ialah Ketua Setiausaha Kementerian 
  • Jabatan tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang kecil tempatan sebaliknya undang-undang kecil tempatan digubal oleh Kerajaan Tempatan seperti Majlis Perbandaran.

 

 

32 Yang manakah penyataan yang benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri?

   I  Melaksanakan pentadbiran negeri

  II  Meluluskan undang-undang negeri

 III  Membuat pelantikan kakitangan kerajaan

 IV  Bertanggungjawab secara bersama kepada Dewan Undangan Negeri

A I dan III

B I dan IV

C II dan III

D II dan IV

Jawapan:B

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

  • Terdiri daripada Menteri Besar atau Ketua Menteri serta ahli-ahli Exco
  • Melaksanakan pentadbiran negeri
  • Bertanggungjawab secara bersama kepada Dewan Undangan Negeri

 

Dewan Undangan Negeri yang meluluskan undang-undang negeri.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri yang membuat pelantikan kakitangan kerajaan negeri.

 

33 Yang manakah penyataan yang benar tentang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan?

   I  Mengarahkan penutupan premis perniagaan yang kotor

  II  Mendaftarkan dan mengeluarkan lesen syarikat perniagaan

 III  Mengenakan kompaun terhadap salah laku yang melibatkan papan iklan perniagaan

 IV  Menggubal undang-undang kecil tentang tanah negeri untuk kegunaan premis perniagaan

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Jawapan:B

 

Pihak Berkuasa Tempatan berkuasa dalam

  • Mengarahkan penutupan premis perniagaan yang kotor
  • Mengenakan kompaun terhadap salah laku yang melibatkan papan iklan perniagaan 

 

Suruhanjaya Syarikat Malaysia berkuasa mendaftarkan dan mengeluarkan lesen syarikat perniagaan.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkuasa menggubal undang-undang kecil tentang tanah negeri untuk kegunaan premis perniagaan

 

 34 Yang manakah bidang kuasa Kerajaan Negeri ke atas Pihak Berkuasa Tempatan?

A Menetapkan kadar sewa

B Melantik semua kakitangan

C Meluluskan angaran belanjawan

D Menggubal undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan

 

Jawapan:C

Kerajaan Negeri berkuasa ke atas Pihak Berkuasa Tempatan dalam

  • Melantik Yang Dipertua dan Ahli-ahli Majlis Perbandaran
  • Meluluskan angaran belanjawan tahunan

Pihak Berkuasa Tempatan berkuasa

  • Menetapkan kadar sewa gerai makanan dan pasar
  • Melantik semua kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan
  • Menggubal undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan dan menguatkuasakan undang-undang itu

 

35

  • Lesen pusat hiburan
  • Sewa ruang gerai makanan  

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab memungut hasil di atas ialah

A Pejabat Daerah

B Pihak Berkuasa Tempatan

C Perbadanan Ekonomi Negeri

D Lembaga Hasil Dalam Nageri

 

Jawapan:B

 

Pihak Berkuasa Tempatan bertanggungjawab memungut hasil

  •  Lesen pusat hiburan malam dan pesta
  • Sewa ruang gerai makanan dan pasar
  • Cukai pintu dan lesen anjing

  

Pejabat Daerah memungut cukai tanah

Perbadanan Ekonomi Negeri merancang projek pembangunan ekonomi negeri

Lembaga Hasil Dalam Negeri ialah agensi kerajaan Pusat yang memungut cukai pendapatan individu dan cukai keuntungan syarikat.

 

36 Yang manakah rang undang-undang yang wajib dimulakan di Dewan Rakyat?  

            I Pengenaan atau kenaikan sebarang cukai    

  II Penambahan bilangan ahli Dewan Negara

 III  Penetapan kadar pemberian kepada negeri

 IV Persempadan semula kawasan pilihan raya

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Jawapan:B

Hanya rang undang-undang kewangan perlu dimulakan di Dewan Rakyat. Misalnya pengenaan atau kenaikan sebarang cukai, dan penetapan kadar pemberian kepada kerajaan negeri.

 

Rang undang-undang bukan kewangan boleh dimulakan sama ada  di Dewan Rakyat mahupun di Dewan Negara. Misalnya tentang penambahan bilangan ahli Dewan Negara dan persempadan semula kawasan pilihan raya.

 

37 Yang manakah penyataaan yang benar tentang bidang kuasa Dewan Negara?

A Memulakan rang undang-undang

B Menangguhkan rang undang-undang kewangan selama setahun

C Menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat

D Meminda rang undang-undang sekiranya pindaan itu diterima oleh Dewan Rakyat

Jawapan:D

 

Dewan Negara

  • Boleh Meminda rang undang-undang sekiranya pindaan itu diterima oleh Dewan Rakyat
  • Hanya boleh memulakan rang undang-undang bukan kewangan sahaja.
  • Boleh menangguhkan rang undang-undang bukan kewangan selama setahun
  • Tidak berkuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat

 

 

38 Yang manakah penyataan yang benar tentang tahap Bacaan Pertama dalam prosedur penggubalan undang-undang?

A Rang undang-undang boleh dipinda

B Rang undang-undang boleh dibahaskan

C Menteri yang berkaitan hanya menyebut tajuk rang undang-undang

D Draf rang undang-undang dicetak dan diedarkan sebelum bacaan dibuat

Jawapan:C

 

Tahap Bacaan Prosedur penggubalan undang-undang Parlimen
Tahap Bacaan Pertama(Rang undang-undang kewangan mesti dimulakan di Dewan Rakyat) Menteri yang berkaitan hanya menyebut tajuk rang undang-undang
Tahap Bacaan Kedua Draf rang undang-undang dicetak dan diedarkan sebelum bacaan dibuat.Rang undang-undnag dibahas secara menyeluruh.

Menteri perlu menjawab dengan jelas.

Undi dibuat sama ada undnag-undang itu ditolak atau diluluskan.

Tahap Peringkat Jawatankuasa Rang undang-undang boleh dipinda selepas dikaji dengan perinci.
Tahap Bacaan Ketiga Rang undang-undang boleh dibahaskan dan undi dibuat untuk meluluskannya sekali lagi.
Perkenanan Yang Dipertuan Agong Yang Dipertuan Agong memberi perkenanan dalam masa 30 hari
Warta Berkuat kuasa setelah diwartakan pada warta kerajaan

 

 

39 Yang manakah penyataan yang benar tentang Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)?

I  Saraan ditentukan oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri

           II ADUN boleh menjadi ahli Dewan Rakyat pada masa yang sama

          III  ADUN dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri daripada kalangan rakyat       negeri yang berjasa

IV ADUN mesti meletakkan jawatan sebagai ADUN jika dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Negara  

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Jawapan:A

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)

  • Saraan ditentukan oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri
  • ADUN boleh menjadi ahli Dewan Rakyat pada masa yang sama jika menang dalam pilihanraya kedua-dua kawasan.
  • ADUN bukan dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri daripada kalangan rakyat negeri yang berjasa sebaliknya dipilih oleh pengundi kawasan DUN melalui pilihanraya.
  • ADUN yang juga merupakan Ahli Dewan Negara tidak akan dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Negara  

 

40 Yang manakah yang termasuk dalam bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya?     

I  Membuat semakan daftar pemilih

  II  Membatalkan sesuatu keputusan pilihanraya

 III  Mencadangkan persempadan semula kawasan pilihan raya

 IV  Menetapkan bahawa pilihan raya diadakan empat tahun sekali

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV       

Jawapan:B

Bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya termasuklah     

  • Membuat semakan daftar pemilih
  • Mencadangkan persempadan semula kawasan pilihan raya kepada Parlimen
  • Mengadakan pilihanraya umum atau pilihanraya kecil

 

Hanya Mahkamah Pilihanraya(Mahkamah Tinggi) berkuasa membatalkan sesuatu keputusan pilihanraya.

Perlembagaan menetapkan pilihan raya diadakan 5 tahun sekali. Hanya YDPA mempunyai kuasa budi bicara membubarkan Parlimen lebih awal daripada tempoh tamat Parlimen.

 

 

41

      Mentafsirkan peruntukkan Perlembagaan Negeri

Menyelesaikan sebarang pertikaian antara Kerajaan Negeri

Penyataan di atas merujuk kepada bidang kuasa

A Mahkamah Tinggi

B Mahkamah Majistret

C Mahkamah Persekutuan

D Mahkamah Anak Negeri

Jawapan:C

Mahkamah Persekutuan berkuasa khas dalam 

  • Mentafsirkan peruntukkan Perlembagaan Negeri
  • Menyelesaikan sebarang pertikaian antara Kerajaan Negeri
  • Mendengar kes-kes rayuan daripada Mahkamah Rayuan

 

 42 Yang manakah yang termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Sesyen?

   I  Mengendalikan kes rayuan

  II  Membicarakan semua kes jenayah

 III  Memeriksa rekod kes sivil mahkamah yang lebih rendah

 IV  Mengeluarkan writ atau saman berkaitan dengan tuntutan sewa

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Jawapan:D

Kuasa Mahkamah Sesyen termasuklah

  • Membicarakan semua kes jenayah kecuali kes yang membawa hukuman mati
  • Memeriksa rekod kes sivil mahkamah yang lebih rendah
  • Mengeluarkan writ atau saman berkaitan dengan tuntutan sewa dan sebagainya

 

43 Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah? 

   I  Menyebarkan ajaran sesat

  II  Melakukan pecah amanah wang Baitulmal

 III  Mengelak daripada membayar zakat fitrah

 IV  Menyamar sebagai penguat kuasa Jabatan Agama Islam

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Jawapan:B

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah seperti berikut:

Kes sivil Kes Jenayah
  • Perceraian dan nafkah hidup
  • Rebutan hak ke atas anak
  • Tuntutan wakaf dan warisan harta pusaka

 

  • kesalahan matrimoni
  • Khalwat
  • tidak berpuasa
  • menyebar agama sesat
  • Persetubuhan haram/zina
  • tak membayar fitrah, dan zakat
  • ambil atau menjual minuman keras

 

 

 

44

I Pertikaian antara sebuah negeri dengan persekutuan
II Bank M memohon agar Encik Q diisytiharkan muflis
III Encik K menuntut penjelasan hutang sebanyak RM 15 000 dari syarikat P

 

Yang manakah padanan yang betul antara kes-kes di atas dengan mahkamah-mahkamah yang mengendalikan kes-kes tersebut?

  Mahkamah Persekutuan Mahkamah Tinggi Mahkamah Sesyen
A I II III
B I III II
C II I III
D III II I

 

Jawapan:A

 

Mahkamah Persekutuan Mahkamah Tinggi Mahkamah Sesyen
Pertikaian antara sebuah negeri dengan persekutuan Kendalikan kes muflis Kendalikan kes sivil seperti tuntutan hutang atau sewa yang nilainya tidak melebihi RM 250 000.00

 

 

45

  • Beliau mempunyai kelebihan daripada orang lain yang hadir di mahkamah
  • Beliau bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes jenayah

Penyataan di atas merujuk kepada

A Peguam Negara

B Peguam cara Negara

C Ketua Hakim Negara

D Pesuruhjaya Kehakiman

Jawapan:A

Peranan Peguan Negara:

  • Menjadi  penasihat undang-undang kepada kabinet dan kerajaan.
  • mewakili kerajaan jika kerajaan menjadi defendan dalam kes tututan sivil di mahkamah.
  • mengkaji laporan siasatan Polis, Badan Pencegah Rasuah dan badan berkuasa yang lain dan memutuskan sama dakwaan di mahkamah dijalankan.
  • membantu kerajaan pusat mendrafkan rang undang-undang untuk dibentangkan di Parlimen  

 

Kedudukan Peguam Negara:

  • Keutamaan mengatasi semua orang di mahkamah.
  • Mempunyai kuasa budi bicara mendakwa, membatal, menangguh kes jenayah.
  • Mempunyai hak mendengar di mahkamah.

 

 

Soalan 46 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini.

 

 

Jadual 1: Perbandingan Populasi Negara-Negara ASEAN dari Tahun 2000 hingga Tahun 2004

 

Negara

Populasi(‘000)/Tahun

2000 2001 2002 2003 2004
Malaysia 23 495 24 014 24 527 25 048 25 581
Indonesia 206 265 209 373 211 063 213 722 216 415
Filipina 76 499 77 926 79 504 81 081 82 644
Vietnam 77 635 78 685 79 727 80 902 82 018

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2005)

46 Yang manakah negara yang menunjukkan kadar pertambahan penduduk yang paling tinggi dari tahun 2000 hingga tahun 2004?

A Filipina

B Vietnam

C Malaysia

D Indonesia

 

Jawapan: C

Negara kadar pertambahan penduduk
Filipina 8.03%
Vietnam 5.64%
Malaysia 8.87%
Indonesia 4.92%

 

 

Soalan 47 & 48 berdasarkan Jadual 2 di bawah ini.

 

Jadual 2: Statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial(PERKESO) di Malaysia dari Tahun 2003 hingga bulan Mac 2005

         Pendaftaran

Tahun

2003

2004

2005(hingga Mac)

Majikan berdaftar 507 850 542 629 550 989
Majikan aktif 309 399 335 335 333 014
Pekerja berdaftar 9 996 848 10 238 554 10 342 375
Pekerja aktif 4 426 569 5 977 473
Penerima Faedah  
Hilang upaya sementara 56 766 56 309 15 008
Hilang upaya kekal 19 542 22 505 13 800
Faedah orang tanggungan 31 123 32 836 14 645
Pencen penakat 106 531 114 346 50 389
Faedah lain 33 828 29 385 27 653
Jumlah 247 790 255 381 121 495

 

 (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian, 13 Jun 2005)

 

47 Yang manakah penyataan yang benar tentang JADUAL 2 di atas?

   I  Bilangan pekerja yang aktif meningkat sebanyak 58.38% dari tahun 2003 hingga tahun 2004

  II Bilangan pekerja yang berdaftar dengan PERKESO pada tahun 2005 dijangka menurun berbanding dengan tahun 2004

 III  Pada tahun 2004, terdapat sebanyak 207 294 majikan yang telah berdaftar tetapi tidak menyumbang kepada caruman PERKESO

 IV Pada tahun 2004, terdapat sebanyak 61.80% majikan yang masih aktif membayar caruman PERKESO untuk pekerjanya

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Jawapan: D

I  salah kerana bilangan pekerja yang aktif meningkat sebanyak 35.04%, (bukan 58.38%) dari tahun 2003 hingga tahun 2004

II  salah kerana bilangan pekerja yang berdaftar dengan PERKESO pada tahun 2005 hanya melibatkan 3 bulan pertama sahaja. Jadi, tidak dapat dibandingkan  dengan tahun 2004

 III  Pada tahun 2004, terdapat sebanyak 207 294 majikan yang telah berdaftar tetapi tidak menyumbang kepada caruman PERKESO

 IV Pada tahun 2004, terdapat sebanyak 61.80% majikan yang masih aktif membayar caruman PERKESO untuk pekerjanya

Kiraan: 335335/542629X100%=61.80%

 

 

48 Yang manakah penyataan yang benar berkaitan dengan penerima feadah PERKESO?

 

   I  Jumlah tuntutan akibat kemalangan industri meningkat sebanyak 3.06% dari tahun 2003 hingga tahun 2004.

 

  II Bilangan penerima bagi hilang upaya kekal meningkat sebanyak 15.16% dari tahun 2003 hingga tahun 2004.

 

 III  Pada tiga bulan pertama tahun 2005, bilangan penerima pencen penakat ialah 50% daripada bilangan keseluruhan penerima.

 

 IV Dari tahun 2003 hingga tiga bulan pertama tahun 2005, penerima faedah hilang upaya sementara ialah penerima faedah yang tertinggi

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Jawapan: A

   I  Jumlah tuntutan akibat kemalangan industri meningkat sebanyak 3.06% dari tahun 2003 hingga tahun 2004.

Kiraan: (247790-255381)/255381X100%=3.06%

 

  II Bilangan penerima bagi hilang upaya kekal meningkat sebanyak 15.16% dari tahun 2003 hingga tahun 2004.

Kiraan:(22505-19542)/19542X100%=15.16%

 

 III salah.  Pada tiga bulan pertama tahun 2005, bilangan penerima pencen penakat ialah 41.47%% daripada bilangan keseluruhan penerima.

Kiraan: 50385/121495X100%=41.47%

 IV salah. Dari tahun 2003 hingga tiga bulan pertama tahun 2005, pencen panakat (bukan penerima faedah hilang upaya sementara) ialah penerima faedah yang tertinggi)

 

Soalan 49 berdasarkan Jadual 3 di bawah ini.

49

Jadual 3: Bilangan Tangkapan di Bawah Akta Dadah Berbahaya 1952

 

Tahun

Bilangan Tangkapan

Seksyen 39B(Pengedaran) Seksyen 39A(Pemilikan) Seksyen Lain  Jumlah Tangkapan
2000 1 448 2 938 11 550 15 936
2001 1 889 4 068 15 020 20 977
2002 2 167 4 658 17 026 23 851
2003 1 669 3 325 19 086 24 080
2004 1 122 2 824 20 799 24 745

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian, 17 Mei 2005)  

 

I  Tangkapan yang paling banyak bagi setiap seksyen adalah pada tahun 2002

           II Peratusan tangkapan di bawah seksyen lain semakin meningkat setiap tahun

III  Jumlah tangkapan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 meningkat sebanyak 55.28% dari tahun 2000 hingga tahun 2004

 IV Peratusan peningkatan tangkapan dibawah Seksyen 39A adalah lebih tinggi daripada peratusan peningkatan di bawah Seksyen 39B pada tahun 2000 dan tahun 2002

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

 

Jawapan: D

I salah.  Tangkapan yang paling banyak bagi setiap seksyen bukan pada tahun 2002 sahaja

          

II salah.  Peratusan tangkapan di bawah seksyen lain tidak semakin meningkat

                setiap tahun. Hanya bilangannya yang meningkat setiap tahun.

 

III  Jumlah tangkapan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 meningkat sebanyak 55.28% dari tahun 2000 hingga tahun 2004

Kiraan (24745-15936)/15936X100%=55.28%

 

IV Peratusan peningkatan tangkapan dibawah Seksyen 39A ialah 58.54%,  lebih tinggi daripada peratusan peningkatan di bawah Seksyen 39B sebanyak 49.65% pada tahun 2000 dan tahun 2002

 

Soalan 50 berdasarkan Jadual 4 di bawah ini.

 

Jadual 4: Perangkaan Ops Tegas oleh Agensi Penguatkuasaan di Malaysia dari 1 Mac 2005 hingga 10 April 2005

Negeri Bilangan tempat yang diperiksa Bilangan pendatang asing yang diperiksa Bilangan pendatang asing yang ditangkap
Johor 82 4 580 313
Kedah 41 762 214
Kelantan 70 1 205 130
Melaka 88 2 684 189
Negeri Sembilan 196 7 537 405
Pahang 53 963 151
Perak 175 3 365 457
Perlis 13 231 36
Pulau Pinang 70 1 807 357
Selangor 137 4 079 1 169
Terengganu 38 431 177
Wilayah Persekutuan Putrajaya 3 289 30
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 61 3 919 581
Malaysia Timur 69 1 591 768
Jumlah 1 096 33 443 4 977

 

50 Yang manakah penyataan yang benar tentang Jadual 4 di atas?

I  Sebanyak 28.66% pendatang asing di Selangor yang diperiksa telah ditangkap

 II Sebanyak 15.97% daripada operasi Ops Tegas yang dijalankan di Malaysia adalah di Perak

III Bilangan pendatang asing yang ditangkap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah 3 kali ganda bilangan yang ditangap di Kelantan

IV Bilangan tempat yang paling banyak diperiksa dan bilangan pendatang asing yang paling banyak ditangkap adalah di Negeri Sembilan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Jawapan: A

I  Sebanyak 28.66% pendatang asing di Selangor yang diperiksa telah ditangkap

 II Sebanyak 15.97% daripada operasi Ops Tegas yang dijalankan di Malaysia adalah di Perak

III. Salah.  Bilangan pendatang asing yang ditangkap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah 4.47 kali ganda (bukan 3 kali ganda) bilangan yang ditangap di Kelantan

IV. Salah.  Bilangan tempat yang paling banyak diperiksa dan bilangan pendatang asing yang paling banyak ditangkap bukan Negeri Sembilan kerana bilangan pendatang asing yang paling banyak ditangkap di negeri Selangor.

 

 

Soalan 51 berdasarkan Carta 1di bawah ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

51

Yang manakah penyataan yang benar tentang Carta 1 di atas?

I Peratusan guru di sekolah menengah menurun, tetapi bilangannya bertambah 

 II Pertambahan jumlah tenaga pengajar pada keseluruhannya ialah sebanyak 4.45%

III Pertambahan bilangan tenaga pengajar yang paling banyak adalah di sekolah rendah

IV Pertambahan bilangan guru di sekolah menengah adalah lebih banyak daripada pertambahan bilangan pensyarah

A I dan III

B I dan IV

C II dan III

D II dan IV

Jawapan:A

I Peratusan guru di sekolah menengah menurun dari 40.19% kepada 39.06%, tetapi bilangannya bertambah 

 

 II. Salah. Pertambahan jumlah tenaga pengajar pada keseluruhannya ialah sebanyak 4.65% dan bukan 4.45%

 

III Pertambahan bilangan tenaga pengajar yang paling banyak adalah di sekolah rendah iatu sebanyak 8,853 orang

 

IV. Salah. Pertambahan bilangan guru di sekolah menengah adalah lebih kecil daripada pertambahan bilangan pensyarah iaitu 2168 orang berbanding 3628 orang masing-masing.

 

 

52 Encik P bersama dengan dengan tiga orang rakannya menyewa satu unit apartmen yang mengandungi 4 bilik. Kadar sewa bilik rakan-rakan Encik P adalah sama. Manakala sewa bulanan  Encik P ialah RM 250. Iaitu 30% daripada sewa bulanan unit apartmen itu. Berapakah sewa bulanan yang perlu dibayar oleh setiap rakan.

A RM 194.44

B RM 208.33

C RM 333.33

D RM 583.33

Jawapan: A

Kiraan:

Sewaan bulanan P ialah sebanyak RM250 = 30% daripada jumlah sewa unit apartmen.

Maka 3 rakan lain membayar 70% daripada jumlah sewa unit apartmen.

= (70/30) X RM 250=RM583.33

Maka setiap orang perlu membayar= RM583.33/3=RM194.44.

 

53 Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah telah menganjurkan satu rombongan ke Pulau Pangkor selama dua hari satu malam. Semua 42 orang ahli persatuan dan dua orang guru pengiring mengikuti rombongan itu. Rombongan bertolak pada pukul 5.00 pagi dan balik pada pukul 9.00 malam. Butir-butir perbelanjaan rombongan adalah seperti yang berikut:

  • Sewa bas RM800.00 sehari
  • Belanja makan setiap hari ialah RM 10.50 seorang
  • Sewa satu unit apartmen yang boleh memuatkan 11 orang ialah RM 500.00 untuk satu malam
  • Dua orang  guru pengiring hanya mengeluarkan perbelanjaan untuk sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam, dan kos lain ditanggung oleh ahli persatuan.

   Berapakah kos perbelanjaan bagi setiap ahli persatuan itu?

A RM 102.81

B RM 106.71

C RM 148.26

D RM 212.32

Jawapan:B

Perbelanjaan ialah

Sewa bas=RM 800 X2=RM1600

Kos makan=RM10.50 X 2 X 44orang=RM924

Sewa apartmen= 4 unit X 500=RM2000

Jumlah perbelanjaan ialah=RM4524

Tolak bayaran guru=RM 42

Jadi, jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh 42 orang ahli ialah=RM4482

Maka setiap orang menanggung =RM 4482/42=RM106.71

 

54

  • Destinasi: Universiti Islam Antarabangsa(UIA)
  • Cik M tinggal di bandar X yang jaraknya 290 km dari  UIA
  • Encik Y tinggal di bandar K yang jaraknya 155 km dari UIA
  • Masa pendaftaran: 2.00 petang
  • Andaian-Purata kelajuan kereta 100km/j

 

Pada jam berapakah Cik M dan Encik Y perlu bertolak supaya mereka tiba di UIA tetap pada waktu pendaftaran?

  Cik M Encik Y
A 11.06 pagi 12.27 tengah hari
B 11.16 pagi 12.57 tengah hari
C 10.55 pagi 12.57 tengah hari
D 10.56 pagi 12.27 tengah hari

Jawapan: A

Kiraan:

Masa diambil oleh Cik M =2.9jam iaitu 2 jam 54 minit

Jadi masa bertolak ialah 14:00-2:54=11:06 pagi

Masa diambil oleh En Y = 1.55 jam iaitu 1jam 33 minit.

Jadi masa bertolak ialah 14:00-1:33=12:27 pagi

 

Soalan 55 berdasarkan Jadual 5 di bawah ini.

Jadual 5: Kes Demam Denggi di Tiga Daerah di Melaka pada Tahun 2004 dan Tahun 2005

Daerah

Bilangan Kes/Tahun

2004 2005
Melaka Tengah 323 447
Alor Gajah 225 376
Jasin 84 76
Jumlah 632 899

 (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian, 2 Mac 2006) 

 

55 Yang manakah penyataan yang benar tentang Jadual 5 di atas?

   I  Daerah Alor Gajah mencatatkan 41.82% kes demam denggi di Melaka pada tahun 2004

  II Bilangan kes demam denggi di Melaka meningkat sebanyak 42.24% dari tahun 2004 hingga tahun 2005

 III  Lebih daripada 50% kes demam denggi di Melaka berlaku di daerah Melaka Tengah pada tahun 2004 dan 2005

 IV Pada tahun 2005, hanya daerah Alor Gajah yang menunjukkan peratusan kenaikan kes demam denggi di Melaka

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Jawapan: C

I. Salah.   Daerah Alor Gajah mencatatkan 35.6%(bukan 41.82%) kes demam denggi di Melaka pada tahun 2004

  II Bilangan kes demam denggi di Melaka meningkat sebanyak 42.24% dari tahun 2004 hingga tahun 2005

 III. Salah.  Hanya 49% (bukan lebih daripada 50%) kes demam denggi di Melaka berlaku di daerah Melaka Tengah pada tahun 2004 dan 2005

 IV Pada tahun 2005, hanya daerah Alor Gajah yang menunjukkan peratusan kenaikan kes demam denggi di Melaka

 

56 Encik B telah membeli sebuah mesin pencetak gambar digital yang berharga RM400,000. Encik B membayar 70% daripada harga mesin tersebut dan bakinya dibayar secara ansuran. Syarikat berkenaan mengenakan kadar faedah sebanyak 5% daripada baki bayaran. Berapakah tempoh bayaran balik jika bayaran ansurannya sebanyak RM7,000 sebulan?

A 5 tahun

B 2 tahun 6 bulan

C 1 tahun  6 bulan

D 1 tahun  4 bulan

Jawapan:C

Kiraan:

Baki yag perlu dibayar ialah=RM 120,000

Jika termasuk 5% faedah, maka jumlah yang perlu dibayar ialah=RM 126,000

Setiap bulan dibayar RM7000

Maka RM126,000 akan dibayar dalam masa=RM126,000/7000=18 bulan atau satu tahun 6 bulan.

 

57

  • 36% daripada murid sekolah Y terdiri daripada keturunan Cina dan India
  • Bilangan murid keturunan Cina adalah dua kali ganda bilangan murid keturunan India
  • Bilangan murid Melayu ialah 932 orang.

Berapakah bilangan murid Cina di sekolah Y?

A 175 orang

B 262 orang

C 350 orang

D 524 orang

Jawapan: C

Bilangan murid Melayu=64%=932 orang.

Jadi murid India dan Cina =36%=524.25 orang

Andaikan bilangan murid Cina ialah X orang, maka murid India ialah X/2 orang.

(3/2)X=524.25 orang

Maka X = 350 orang.

 

58 Puan T membancuh 1 liter air sirap dengan menggunakan 6 botol air dengan setiap botol mempunyai 750 ml. Selepas air sirap itu dibancuh, dia telah menghidangkan air itu di dalam gelas yang berisi padu 250 ml kepada empat orang tetamu. Jika baki air sirap itu hendak diisikan ke dalam botol yang berisipadu 1.5 liter, berapakah bilangan botol yang diperlukannya?

A 2

B 3

C 4

D 5

Jawapan: B

 

Kiraan:

 

 

Jumlah minuman susu=1 liter + 6 X 750ml air=5500ml

Hidangan kepada tetamu=1000ml

Baki=4500ml.

Bilangan botol untuk mengisi baki susu=4500/1500=3 botol

 

 

 

                               A             200km                 B           110km     C

 

 

 

59

Encik Z bertolak dengan kereta dari B dan tiba di C dalam masa 2 jam. Jika kelajuan keretanya ditambah sebanyak 20%, semasa Encik Z berpatah balik dari C ke A, berapakah tempoh masa yang diambil oleh Encik Z untuk bergerak dari C ke A?

A  4jam 42minit

B  5jam 10minit

C  5jam 38minit

D  6jam 46minit

Jawapan:A

Kiraan:

Kelajuan En Z dari B ke C=110 km/2 jam=55km/j

Kelajuan baru jika ditambah 20%=55km/j X 120%=66km/j

Jarak C ke A ialah 310 km

Jadi masa diambil = 310/66=4.69jam=4 jam 42 minit

 

60 Seorang pemandu teksi perlu mengisi petrol sebanyak RM30.00 setiap hari untuk perjalanan sejauh 125 km. Berapakah lebihan kos petrol yang perlu ditanggungnya jika harga seliter petrol meningkat sebanyak RM0.30 daripada RM1.62?

 

A RM 5.56

B RM 9.00

C RM 35.56

D RM 37.50

Jawapan:A

Kiraan:

 

1 liter petrol=RM1.62

RM30 dapat beli= 30/1.62 liter =18.5 liter.

Kini kanikan RM0.30 seliter.

Jadi, kos tambahan ialah =18.5 X RM 0.30=RM 5.56

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s