Fungsi Jabatan Peguam Negara

Fungsi Bahagian-Bahagian

1. Bahagian Pendakwaan
•Menjalankan kuasa Peguam Negara selaku Pendakwa Raya menurut seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah.
•Mengendalikan pendakwaan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.
•Mengendalikan perbicaraan, rayuan, permohonan dan semakan jenayah di Mahkamah Tinggi.
•Mengendalikan rayuan jenayah dan permohonan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
•Memberikan arahan dan nasihat kepada agensi penguatkuasaan undang-undang berhubung dengan penyiasatan dan pendakwaan jenayah.
•Mengkaji kertas siasatan bagi memutuskan sama ada sesuatu pertuduhan perlu dilakukan atau sebaliknya.

2. Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa
•Memberi nasihat undang-undang kepada Kerajaan Malaysia dan agensi-agensinya mengenai segala aspek yang berhubungan dengan undang-undang antarabangsa dan obligasi antarabangsa Malaysia yang sedia ada.
•Mewakili Jabatan Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia di fora antarabangsa dengan tujuan untuk melindungi kepentingan Malaysia di peringkat antarabangsa.
•Melaksanakan penyelarasan undang-undang domestik Malaysia berdasarkan obligasi sedia ada Malaysia di bawah undang-undang antarabangsa.
•Memberi nasihat undang-undang kepada Kementerian-Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan mengenai pelaksanaan pelbagai surat cara antarabangsa yang Malaysia adalah pihak.
•Membantu dalam penggubalan undang-undang yang berkaitan bagi pelbagai surat cara undang-undang yang berkenaan dengan obligasi Malaysia di bawah triti-triti antarabangsa.
•Menjalankan penyelidikan yang berkaitan tentang perkara-perkara yang berkenaan dengan undang-undang antarabangsa.

3. Bahagian Guaman

Peguam Kanan Persekutuan/Peguam Persekutuan dari Bahagian Guaman melaksanakan peranan dan tugas seperti berikut:

•Mewakili Kerajaan Malaysia dalam semua tindakan sivil.
•Mewakili Peguam Negara dalam perkara-perkara mengenai kepentingan awam.
•Memproses permohonan perlantikan sebagai notari awam menurut Akta Notari Awam 1959 (Revised 1973).
•Mewakili Peguam Negara dalam petisyen kemasukan sebagai peguambela dan peguamcara menurut Akta Profesion Undang-Undang 1976.
•Memproses permohonan untuk Sijil Kemasukan Khas dan Sijil Pembaharuan di bawah Bahagian IIA Akta Profesion Undang-Undang 1976.
•Mewakili Peguam Negara dalam kes-kes berkaitan orang awam, agama, sosial atau amanah kebajikan.

4. Bahagian Penasihat

Seksyen Munisipal

•Memberi nasihat undang-undang mengenai semua bidang undang-undang kecuali undang-undang antarabangsa dan undang-undang Islam, berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan.
•Membantu mentafsir undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan.
•Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang dalamnya Kerajaan merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi.
•Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan.
•Memberi nasihat mengenai perkara yang baginya Kerajaan berhasrat untuk mengawal selia dan menyediakan draf rang undang-undang mengenai perkara tersebut (jika ada) untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan dan mengemukakan draf rang undang-undang kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen untuk mendapatkan kelulusannya.
•Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan terutamanya projek penswastaan dan ICT.
•Menghadiri mesyuarat atas jemputan agensi Kerajaan, dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah menurut undang-undang.
•Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai perkara undang-undang dengan memberikan kepakaran undang-undang, kepada kedua-dua pihak iaitu Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan.
•Menghadiri Parlimen apabila ia bersidang untuk memberi apa-apa bantuan yang bersifat undang-undang apabila dikehendaki kepada Menteri.
Seksyen Syariah

•Memberi nasihat undang-undang dari perspektif undang-undang Islam berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan.
•Memberi ulasan dari perspektif undang-undang Islam kepada dokumen undang-undang seperti konvensyen, perjanjian muamalat dan perundangan yang dicadangkan yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan.
•Menjalankan kajian terhadap undang-undang Persekutuan untuk menentukan sama ada implementasi undang-undang tersebut adalah bertentangan dengan undang-undang Islam dan, jika perlu, mencadangkan apa-apa pindaan atau pembaharuan kepada undang-undang tersebut untuk menyelaraskannya dengan undang-undang Islam.
•Memberi bantuan dalam penyelidikan undang-undang mengenai undang-undang Islam kepada Bahagian Sivil dan Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara (termasuk Pendakwa Syarie di Negeri-Negeri).
•Menghadiri mesyuarat atas jemputan agensi Kerajaan dan memberi nasihat undang-undang dari perspektif undang-undang Islam.
•Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai undang-undang Islam dengan memberikan kepakaran undang-undang kepada kedua-dua pihak, iaitu Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan.
•Memberi nasihat undang-undang dan membuat penyelidikan berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan perbankan dan kewangan Islam.

5. Bahagian Gubalan
•Menggubal dan menyemak perundangan utama dan perundangan subsidiari Rang Undang-Undang dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.
•Memberikan pendapat tentang penggubalan perundangan utama dan perundangan subsidiari.
•Menyediakan Rang Undang-Undang dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris untuk dibentangkan di Parlimen.
•Membantu Kementerian dan Agensi Kerajaan lain untuk membentangkan Rang Undang-Undang di Parlimen.
•Menyediakan naskah tandatangan untuk perkenan Yang Di-Pertuan Agong dan ringkasan untuk naskah tandatangan.
•Menyediakan perundangan utama dan perundangan subsidiari untuk disiarkan dalam Warta Kerajaan.
•Menterjemah kontrak, perjanjian domestik dan antarabangsa, borang dan dokumen undang-undang yang lain daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa kebangsaan dan sebaliknya.

6. Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang
•Mencetak semula semua undang-undang di dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris;
•Menerbitkan teks undang-undang yang telah disemak;
•Memperluaskan undang-undang yang terpakai di Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Wilayah-Wilayah Persekutuan;
•Menterjemah undang-undang pra-1967 ke bahasa kebangsaan;
•Mengkaji semula undang-undang lapuk dan usang; dan
•memodenkan undang-undang supaya sejajar dengan perubahan kehendak masyarakat.

7. Bahagian Perbicaraan Dan Rayuan
•Menjalankan perbicaraan dan rayuan bagi semua kes kepentingan awam, berprofil tinggi, kompleks dan sensitif dan semua perkara lain yang ditugaskan oleh Ketua Jabatan.
•Memberikan nasihat undang-undang kepada agensi penguatkuasa undang-undang mengenai semua aspek untuk memastikan persediaan kes untuk perbicaraan dan rayuan adalah mencukupi.

8. Bahagian Penyelidikan
•Untuk menyediakan perkhidmatan penyelidikan bagi Jabatan Peguam Negara (JPN) dan Kerajaan Malaysia dengan mengambil kira undang-undang domestik dan antarabangsa serta dasar-dasar Kerajaan Malaysia.
•Untuk menyediakan pandangan undang-undang kepada permasalahan berhubung dengan Perlembagaan Persekutuan den Perlembagaan Negeri-negeri.
•Untuk memberi pandangan undang-undang berhubung dengan perjalanan pilihanraya.
•Untuk menyelaras dan menyediakan ulasan JPN terhadap Kertas Lembaga Pengampunan bagi Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi kawasan-kawasan Wilayah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan Negeri-Negeri yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Negeri masing-masing.
•Untuk membentuk pangkalan data bahan undang-undang, contohnya pendapat undang-undang Perlembagaan yang disediakan oleh JPN.
•Untuk mengurus pengetahuan undang-undang.
•Untuk merancang, melaksana, memantau dan menambaiki pelbagai program latihan JPN yang termasuk ‘International Visiting Experts Programmes’ (tempatan dan luar Negara) di JPN.
•Untuk menyediakan perkhidmatan perhubungan awam yang efektif bagi JPN.

9. Bahagian Pengurusan
•Memberi perkhidmatan sokongan kepada Bahagian-Bahagian lain dalam semua perkara berkaitan dengan Pentadbiran, Perkhidmatan, Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia, Sumber Maklumat Dan Teknologi Maklumat
•Bertindak selaku urusetia bagi urusan skim Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun, Jawatankuasa Tadbir Urus, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan, Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan, Jawatankuasa Penyemakan Dan Pemantauan Perbelanjaan Peruntukan, Jawatankuasa Latihan, Search Committee, Majlis Bersama Jabatan, Jawatankuasa Pemandu ICT, Jawatankuasa Pengurusan Laman Web, Panel Pembangunan Sumber Manusia, Lembaga Tatatertib, Lembaga Kenaikan Pangkat dan lain-lain Jawatankuasa Peringkat Jabatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s