Kerajaan Tempatan: Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang

Carta Majlis Perbandaran Seberang Perai(MPSP) Pulau Pinang

Carta Majlis Perbandaran Seberang Perai(MPSP) Pulau Pinang

http://www.mpsp.gov.my/prpengurusan.asp

MPSP adalah ditadbir oleh satu badan pengurusan yang dianggotai oleh Yang Dipertua selaku ketua eksekutif dan 24 orang Ahli Majlis. Ahli-Ahli Majlis ini dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh setahun manakala tempoh perlantikan Yang Dipertua adalah bergantung kepada perkenan Kerajaan Negeri.
Badan pengurusan ini adalah diurusetiakan oleh 10 jabatan yang diketuai oleh Setiausaha Perbandaran selaku Ketua Pentadbiran. Beliau dibantu oleh ketua jabatan masing-masing yang digelar sebagai Pengarah Jabatan. Semua pengurusan adalah dibawah pengawalan Yang Dipertua dengan dibantu oleh Setiausaha Perbandaran yang seterusnya menjalankan penyelarasan ke atas ketua jabatan.

Tugas-tugas Majlis adalah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Penasihat yang dianggotai oleh sebilangan Ahli Majlis yang dipilih untuk menduduki jawatankuasa Penasihat dimana tugasnya adalah menimbang, membincang dengan terperinci dan membuat rekomendasi dalam mesyuarat jawatankuasa supaya dikemukakan kepada Majlis Penuh untuk pertimbangan dan kelulusan.

Majlis Penuh adalah diduduki oleh kesemua 24 orang Ahli Majlis yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua yang akan membuat keputusan muktamad untuk dilaksanakan oleh pihak pentadbiran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s