Ketua Setiausaha Negara

Ketua Setiauasaha Negara

Ketua Setiauasaha Negara


SEPINTAS LALU BIOGRAFI KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan secara rasminya telah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuatkuasa 3 September 2006 bagi menggantikan Y.Bhg. Tan Sri Samsudin bin Osman yang telah tamat kontrak perkhidmatannya pada 2 September 2006.

Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred Utama Turus III adalah Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Berusia 55 tahun, beliau dilahirkan di Pekan, Pahang pada 24 Jun 1951. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari New Hampshire College, Amerika Syarikat.

Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 April 1974 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan mempunyai pengalaman kerja yang sangat luas di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Semasa berkhidmat di Kementerian tersebut, beliau telah ditugaskan sebagai Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Sydney, Australia, Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian Pembangunan Perindustrian, Timbalan Pengarah (Operasi), Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Menteri Penasihat Hal Ehwal Ekonomi di Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Washington D.C. Amerika Syarikat dan Pengarah Bahagian Perhubungan Pelbagai Hala.

Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) pada 19 Januari 2001 dan seterusnya Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 24 Oktober 2004.

Tugas dan Peranan

Berdasarkan kepada kuasa-kuasa di bawah Akta-Akta yang berkaitan dan di atas kapasiti jawatan tersebut, Ketua Setiausaha Negara adalah Pengerusi, Ahli Mesyuarat dan Setiausaha kepada beberapa Jawatankuasa dan Mesyuarat yang merupakan sebahagian daripada tugas dan tanggungjawabnya.

Pengerusi
1 Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan
2 Mesyuarat Ketua Jabatan Persekutuan
3 Mesyuarat Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
4 Mesyuarat Ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan
5 Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Luar
6 Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Bagi Menyemak Peruntukan-Peruntukan Dlm Perlembagaan
7 Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN)
8 Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3P)
9 Mesyuarat Khas Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tingkatan Tertinggi
10 Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengecilan Saiz Perkhidmatan Awam
11 Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam
12 Mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
13 Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan
14 Mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan
15 Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK)
16 Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA)
17 Mesyuarat Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara
18 Mesyuarat Lembaga Pengarah Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)
19 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN)
20 Mesyuarat Lembaga Penasihat Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDHL)
21 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Am Kelab Golf Perkhidmatan Awam
22 Mesyuarat Jawatankuasa MAKSAK
23 Mesyuarat Khas Pemantauan Projek RMK9
24 Mesyuarat Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia
25 Mesyuarat Jawatankuasa Sosial Negara
26 Majlis Pelaksanaan MSC
27 Jawatankuasa Penyelarasan Aplikasi Perdana
28 Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam
29 Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH)

Setiausaha
1 Mesyuarat Jemaah Menteri / Mesyuarat Khas Jemaah Menteri
2 Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri
3 Mesyuarat Khas Peringkat Menteri bagi Mengkaji Kemajuan Pelaksanaan Keputusan-keputusan Laporan Antara Kerajaan (IGC) 1962.

Ahli
1 Jawatankuasa Jemaah Pengampunan Bagi WP Kuala Lumpur dan WP Labuan dan Jemaah Pengampunan Bagi Kes-Kes Keselamatan
2 Ahli Panel Penasihat Antarabangsa Koridor Raya Multimedia
3 Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan
4 Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penjawatan dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor Awam
5 Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Setinggan Di Lembah Kelang
6 Jawatankuasa Kabinet Mengenai Persamaan Gender
7 Jawatankuasa Kabinet Mengenai Polisi Automotif Nasional
8 Majlis Keselamatan Negara
9 Majlis Ekonomi Negara

Sila rujuk

http://www.pmo.gov.my/ksn/?frontpage/content/2032/2035

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s