Rencana: Jenayah komersil

GEORGETOWN, 1 Jan 2009 (Bernama) — Polis menumpaskan sindiket pemalsuan kad kredit untuk diseludup ke Eropah berikutan tertangkapnya enam rakyat tempatan di Pulau Pinang dan Perak awal hari ini.

Dalam operasi itu, polis merampas 900 kad kredit palsu melibatkan jumlah nilai RM9 juta berdasarkan setiap kad mempunyai nilai RM10,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Negeri ACP Mohd Nordin Mohd Idris berkata, kesemua yang ditangkap berusia antara 30 hingga 40 tahun itu ditahan di sekitar Butterworth dan Ipoh kira-kira pukul 4.30 pagi.

“Seorang daripada mereka yang direman selama tujuh hari sehingga 7 Januari, pernah ditahan di Korea pada 2002 atas kesalahan pemalsuan kad kredit,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai sudah beroperasi sejak lebih setahun berdasarkan penangkapan seorang lelaki tempatan oleh pihak berkuasa Taiwan Oktober lepas.

“Mereka dipercayai bergerak aktif di peringkat antarabangsa dengan menggunakan akaun rakyat asing yang pernah ke Malaysia, untuk dijual kepada penduduk di Eropah,” katanya.

Beliau berkata kumpulan sindiket ini menjadikan Eropah sebagai sasaran kerana kad kredit di sana tidak dilengkapi ciri keselamatan mikrocip seperti Malaysia.

Dalam operasi itu polis turut merampas wang tunai RM12,000 dan mata wang asing HK Dollar 80,000, peralatan memproses kad dan telefon bimbit milik sindiket itu.

Turut dirampas ialah komputer riba, beberapa utas jam tangan dan dompet berjenama yang dipercayai dibeli menggunakan kad palsu.

Operasi itu membabitkan bantuan polis Bukit Aman.

Mohd Nordin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu bagi mendorong penyerahan harta dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebat atau denda.

Beliau berkata setiap kad itu dijual pada harga RM3,000 dan disorokkan dalam dua bingkai gambar untuk dihantar oleh syarikat kurier.

Polis masih memburu beberapa lagi anggota sindiket yang masih bebas dan siasatan mengenai jumlah sebenar kad kredit palsu yang sudah dijual masih dijalankan, katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s