Ketua Hakim Negara

Bekas Ketua Hakim Negara

Bekas Ketua Hakim Negara

Tun Hamid Omar Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 1 Sept 2009 (Bernama) — Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Omar meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan di sini 10 pagi hari Selasa akibat kegagalan ginjal.

Allahyarham berusia 80 tahun.

Sementara itu, anak ketiganya, Hanizah, 47, berkata Allahyarham sentiasa berpesan kepada anak-anaknya supaya berbuat baik dengan semua orang tanpa mengira pangkat dan darjat.

“Ayah sangat baik dan tegas dalam mendidik anaknya. Hinggakan tadi sebelum menghembuskan nafas terakhir, ayah panggil semua anaknya, mohon maaf kepada semua dan pesan supaya berbuat baik kepada semua orang,” katanya kepada pemberita selepas jenazah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira jam 6 petang.

Abdul Hamid, yang berkelulusan Barrister-at-Law Lincoln’s Inn, London dan Doktor Undang-undang, Oklahoma City University, Amerika Syarikat, memulakan kerjayanya dalam bidang perundangan pada 1956 dengan berkhidmat sebagai Majistret dan Yang Dipertua Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, Raub, Taiping dan Seremban.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Undang-undang Negeri di Terengganu, Pulau Pinang dan Perak dan juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan dan Penggubal Undang-undang Parlimen, Jabatan Peguam Negara.

Abdul Hamid dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada September 1968 manakala pada 1980, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat tahun kemudian, Abdul Hamid dilantik Hakim Besar Malaya manakala pada 1985, dilantik pula sebagai Hakim Mahkamah Agung sebelum memegang jawatan Ketua Hakim Negara pada 1988.

Selepas bersara sebagai Ketua Hakim Negara, Abdul Hamid menyertai sektor swasta dan dilantik sebagai pengerusi beberapa syarikat seperti First Allied Corporation Bhd, Olympia Industries Bhd dan Bukit Unggul Country Club Bhd selain Pengerusi Eksekutif Macro System Consultancy Sdn Bhd.

Abdul Hamid juga pernah menjadi Yang Dipertua Majlis Penyeliaan Bernama selama tiga tahun bermula Jun 1976.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s