Karangan: Sejauh manakah anda setuju? bagaimana menjawab?

 

Contoh 1

 Sungguhpun penciptaan alat-alat komunikasi satelit memang mempunyai keistimewaan dan kebaikan yang tertentu, namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia.

Sejauh manakah anda setuju tentang penyataan ini.

Kehendak soalan: Mahu 2 isi positif dan 2 isi negatif alat-alat komunikasi satelit seperti internet, komputer, telefon bimbit dan sebagainya. Dua isi kesan negatif ialah: 1. Kesihatan manusia terjejas. (merupakan isi laras sains) 2. Pencemaran budaya/keruntuhan akhlak, bahan lucah, ganas, leka, cuai.(sememangnya bukan laras sains namun memang merupakan isi yang logik dan diterima)

 

Contoh 2

 Menurut International Data Corporation, terdapat 19 juta pengguna Internet di Asia hari ini dan angka itu akan mencapai 42 juta pada tahun 2006. Ini adalah satu perkembangan yang menakjudkan. Walaupun Internet mempunyai pelbagai keistimewaan, ia juga mempunyai kesan sampingan.

Sejauh manakah anda setuju dengan penyataan ini?

Penyataan ini merupakan penyataan yang matang. Anda tiada pilhan kecuali setuju sepenuhnya. Jika tidak, anda akan dianggap kurang kematangan. 

 Mahu 2 isi positif dan 2 isi negatif internet Dua isi kesan negatif ialah: 1. Kesihatan manusia terjejas. (merupakan isi laras sains) 2. Pencemaran budaya, bahan lucah, ganas, leka, cuai.(sememangnya bukan laras sains namun memang merupakan isi yang logik, matang dan diterima)

 

Contoh 3

 Walaupun teknologi pengkomputeran banyak menpengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, namun terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan.

Setujukah anda tentang penyataan ini.

Penyataan ini merupakan penyataan yang matang. Anda tiada pilhan kecuali setuju sepenuhnya. Jika tidak, anda akan dianggap kurang kematangan. 

 Mahu 2 isi positif dan 2 isi negatif teknologi pengkomputeranDua isi kesan negatif ialah: 1. Kesihatan manusia terjejas. Penyakit kanser otak, sakit sendi… (merupakan isi laras sains) 2. Pencemaran budaya, bahan lucah, ganas, leka, cuai.(sememangnya bukan laras sains namun memang merupakan isi yang logik)

 

1997 Soalan 4. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini.

 

Kesimpulan:   Sehingga 2008, tiada soalan karangan Pengajian Am  STPM dengan kehendak soalan bermula dengan” sejauah manakah anda setuju……” dan menuntut calon  membantah sepenuhnya penyataan itu, atau setuju dan juga menentang penyataan itu. Yang jelas penyataan itu sudah jelas menunjukkan kehendak isi.  

 

Dalam karangan Bahasa Melayu  STPM,  jika terdapat kehendak soalan bermula dengan” sejauah manakah/ sejauh manakah anda setuju……”

Calon boleh setuju sepenuhnya,  membantah sepenuhnya penyataan itu, atau setuju dan juga menentang penyataan itu. Hal ini kerana  penyataan itu memberi kebebasan untuk calon memberi pendirian mereka.

Contoh: Kerajaan Malaysia bercita-cita menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan rantau ini. pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan untuk mencapai hasrat ini.

Sejauh manakah Malaysia mampu menjayakan usaha ini?

Penyataan ini memberi ruang untuk calon menjawab melalui 3 versi berikut

A. Semua isi menyokong pendidiran Malaysia memang boleh mencapai hasrat ini.

B. Semua isi yang berhujah kita tidak mampu mencapai hasrat ini.(Memang tiada isi yang cukup dan tidak matang, calon akan mendapat markah rendah).

C. memang kita boleh, tetapi akan menghadapi banyak masalah atau halangan atau kegagalan dalam aspek tertentu.( hujah versi ini paling lojik dan matang, tambahan pula isi juga cukup. pastilah calon akan mendapat markah tinggi)

4 responses to “Karangan: Sejauh manakah anda setuju? bagaimana menjawab?

  1. Pengajian Am 2: Karangan laras sains tidak boleh dimasukkan dengan isi dari laras sastera walaupun jawapan tersebut logik dan betul. Sebagai contoh, soalan minta langkah-langkah mengatasi masalah kepupusan binatang liar yang berpunca daripada pemburuan tidak terkawal. Sekiranya soalan ini merupakan soalan bahagian A(Karangan Disiplin Sastera), maka jawapan boleh diberi sama ada dalam bentuk laras sastera atau laras sains. Tetapi sekiranya soalan ini merupakan soalan bahagian B(Karangan Disiplin Sains), jawapan yang diberi hanya boleh dalam laras sains sahaja. Jadi, jawapan seperti “menguatkuasakan undang-undang” tidak boleh diterima sebagai jawapan untuk karangan disiplin sains walaupun jawapan itu logik dan memang betul pada hakikatnya.

    Goay: betul. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk post saya tentang kehendak soalan dalam bahagian Karangan

  2. walaubagaimanapun, saya terdengar informasi terkini. karangan larasan sastra langsung tidak blh sentuh isi larasan sains. begitu juga karangan larasan sains tdk blh sentuh isi sastra dan tdk blh simpan peribahasa. adakah ini benar? Dan juga jika isi saya tidak kena skema jawapan, jadi perenggan isi tersebut langsung tiada markah?

    Goay: Karangan laras sastera boleh diberi hujah sains. Contoh, tajuk kesan projek perumahan terbengkalai. Kesan ialah kawasan itu membiak nyamuk dan tikus, penyakit merebak.

    2. Anda sendiri keliru sahaja. Jika skema isi keluarga. Anda tulis ibu bapa, betul juga. jadi, yang penting maksud mesti sama atau hampir sama.

  3. Pingback: Karangan PA (Pengajian AM) STPM : Panduan Mengarang | koleksi Soalan PMR

  4. sekiranya ada soalan yang berbentu begini, bagaimana cara untu menjawabnya?? soalan: sejauh manakanh hubungan etnik yangbaik dapat menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan?

    Goay: soalan kurang sesuai. Tak jelas soalan mahu langkah/faktor lain yang turut menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan. jadi elak tajuk ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s