Kehakiman: Pelantikan hakim

YDPA Serah Surat Pelantikan Kepada 12 Hakim

KUALA LUMPUR, 14 Okt 2009 — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menyerahkan suratcara pelantikan kepada tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, tiga Hakim Mahkamah Rayuan serta enam Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara, pada Rabu.

Tiga Hakim Mahkamah Persekutuan itu ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Heliliah Mohd Yusof manakala Hakim Mahkamah Rayuan yang dilantik terdiri daripada Datuk T.Selventhiranathan, Datuk Tee Ah Seng @ Tee Boon Hooi serta Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad.

Enam Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik pula ialah Datuk Mohd Zawawi Salleh, Tuan Ahmad Zaidi Ibrahim, Dr. Hamid Sultan Abu Backer, Tuan Abang Iskandar Abang Hashim, Nallini Pathmanathan dan Tuan Mohamad Ariff Md Yusof.

Turat hadir menyaksikan upacara pelantikan itu ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi.

Istiadat mengangkat sumpah bagi pelantikan tersebut diadakan di Dewan Persidangan, Aras 1, Istana Kehakiman , Putrajaya pada pukul 3 petang ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s