Kenegaraan: Jawatankuasa Akaun Awam Dewan Rakyat

Nota:
Di Dewan Rakyat terdapat
1. J/K Pemilihan: memilih ahli-ahli bagi jawatankuasa yang lain.
2. J/K Peraturan Tetap: meneliti peraturan tetap dan mencadangkan perubahan.
3. J/K Dewan: meneliti kemudahan para ahli Dewan.
4. J/K Hak Ahli: hak kepentingan Dewan serta disiplin para ahli Dewan.
5. J/K Akaun Awam: hanya terdapat di Dewan Rakyat
6. J/K ad hoc: untuk satu tugas sementara sahaja.
J/k Akaun Awam : kaji perbelanjaan kewangan kerajaan pusat dan negeri dan cadangkan tindakan susulan jika ada masalah kewangan.
Di Dewan Negara terdapat
1. J/K Pemilihan: memilih ahli-ahli bagi jawatankuasa yang lain.
2. J/K Peraturan Tetap: meneliti peraturan tetap dan mencadangkan perubahan.
3. J/K Dewan: meneliti kemudahan para ahli Dewan.
4. J/K Hak Ahli: hak kepentingan Dewan serta disiplin para ahli Dewan.
5. J/K ad hoc: untuk satu tugas sementara sahaja.

KUALA LUMPUR, 4 Nov 2009 — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)/Jawatankuasa Akaun Awam Dewan Rakyat menyerahkan kepada kerajaan untuk menentukan bentuk tindakan terhadap semua pihak termasuk personaliti-personaliti besar yang didapati bersalah di dalam skandal Projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pengerusinya Datuk Seri Azmi Khalid berkata ini termasuk tindakan ke atas bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang Datin Paduka O.C.Phang yang mungkin disabitkan melakukan pecah amanah, memandangkan sudah ada pelbagai pasukan bertindak yang dibentuk bagi menangani skandal projek berkenaan.

Malah, katanya, kerajaan pada 27 Jun 2007 sudah membuat keputusan supaya semua pegawai yang terlibat di dalam perbuatan yang melanggar prosedur sehingga menjuruskan kerajaan di dalam skandal berkenaan dikenakan tindakan tegas.

“Kerajaan sudah tahu mengenai masalah ini sejak 2007 dan dalam kelulusan kerajaan pada 27 Jun 2007 telah putuskan pegawai yang terlibat dalam perbuatan melanggar prosedur yang serius sehingga meletakkan kerajaan dalam keadaan serba salah wajar dikenakan tindakan.

“Keputusan telah dibuat oleh kerajaan jadi apa yang PAC mahu ialah supaya pihak berkuasa teruskan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Awal pagi ini, PAC mengedarkan laporan jawatankuasa itu mengenai skandal projek mega yang menimbulkan kontroversi apabila mencatatkan kenaikan kos projek yang tinggi iaitu daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion setakat ini.

Di dalam laporan tersebut, PAC antara lain mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat penglibatan Chan dan Phang kerana pecah amanah berhubung tiga surat sokongan dan surat akujanji untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Azmi berkata PAC tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk menentukan bentuk tindakan ke atas mereka yang bersalah, sebaliknya hanya mempunyai kuasa untuk mengkaji dan memberi cadangan di atas permasalahan membabitkan kewangan kerajaan.

“Dalam banyak hal PAC tidak ada kuasa…kita hanya sekadar badan yang bertindak untuk mengimbangi antara badan eksekutif dengan perundangan…jadi kita hanya boleh mengkaji dan memberi cadangan,” katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan cadangan yang dikemukakan itu, PAC mahu tindakan segera diambil ke atas semua pihak, termasuk mana-mana personaliti yang didapati bersalah di dalam skandal berkenaan, katanya.

Beliau berkata, PAC yakin Malaysia mempunyai undang-undang yang cukup untuk menentukan bentuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

Mengenai kesalahan pecah amanah oleh Chan dan Phang, Azmi berkata, bagi PAC terpulang kepada SPRM dan polis untuk menentukan tahap kesalahan itu berdasarkan siasatan terperinci.

“Kami tidak tahu mengenai rasuah kerana ia perlu dibuktikan. tetapi terdapat banyak salah laku di sini, jadi yang mana kategori jenayah itu terpakai kami tidak tahu.. semuanya terpulang kepada pihak berkuasa berkaitan untuk menentukannya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s