Peranan Peguam Negara

Hanya Pegawai Pangkat Rendah Terlibat Kes Curi Enjin Jet F-5E TUDM – Peguam Negara

PUTRAJAYA, 4 Jan 2010(Bernama) — Hanya pegawai pangkat rendah dan bukannya pegawai kanan tentera terlibat dalam kes curi dua enjin jet pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata keputusan sama ada mereka yang terlibat dalam kes itu akan didakwa di mahkamah akan dibuat “dalam waktu terdekat”.

Beliau juga berkata semua usaha sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan semula dua enjin yang hilang itu dengan secepat mungkin yang kali terakhir dikesan di Uruguay.

“Kami sedang mengadakan perbincangan daripada segi prosedur undang-undang dengan negara tertentu dalam usaha mendapatkan semula enjin itu,” katanya kepada pemberita Isnin.

Abdul Gani berkata polis telah menyiapkan siasatan terhadap kes kehilangan enjin itu, yang mendedahkan ia telah dihantar ke satu alamat di Subang Jaya, Selangor, pada 30 Dis, 2007 dan 1 Jan tahun lepas.

“Pihak tentera hanya menyedari kehilangan itu pada 22 Mei, 2008 dan apabila mereka mendapat tahu mengenai perkara itu, mereka telah menjalankan siasatan dan kemudiannya pada 4 Ogos, laporan polis dibuat.

“Pada 4 Mei, 2008, sebuah kontena yang membawa enjin itu telah dihantar dengan kapal ke luar negara dan kami mengesannya hingga ke Argentina, dan dari Argentina, enjin berkenaan telah dipindahkan ke kapal lain dan dihantar ke Uruguay,” katanya.

Abdul Gani berkata Interpol sedar mengenai kes itu dan menurutnya beliau percaya Amerika Syarikat juga tahu, berdasarkan laporan yang diterbitkan.

Ditanya mengenai pembeli enjin itu, Abdul Gani berkata beliau tidak dapat memberikan butirannya kerana siasatan masih dijalankan.

Ditanya harga sebenar enjin itu, katanya semua pihak perlu realistik mengenainya kerana jet itu dibeli pada 1975.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s