Kenegaraan: Akta Keselamatan Dalam Negeri(Akta ISA)

10 Ditahan Di Bawah ISA – Hishammuddin

PUTRAJAYA, 27 Jan 2010 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Rabu mengesahkan hanya 10 orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, sekaligus menolak laporan yang mengatakan 50 ditahan mengikut akta itu.

Beliau berkata kesemua tahanan, yang terdiri daripada seorang rakyat tempatan dan sembilan rakyat asing, ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

“Mana-mana pengganas yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas lain di peringkat antarabangsa adalah ancaman kepada negara kita.

“Sama ada mereka merancang untuk melakukannya di sini (di negara ini) atau di luar, bila mereka berada di negara kita, mereka adalah di bawah bidang kuasa kita dan kami serius dalam memerangi keganasan,” katanya kepada pemberita Rabu selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kementerian dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, di sini.

Hishammuddin berkata kementerian bekerjasama erat dengan agensi antarabangsa dalam perkara yang mempunyai kaitan dengan keganasan dan kesemua mereka yang ditahan itu adalah dalam senarai orang yang dikehendaki agensi berkenaan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut memandangkan perkara itu perlu ditangani dengan berhati-hati kerana ia membawa ancaman serius kepada keselamatan negara dan membabitkan kerjasama dengan agensi antarabangsa dari seluruh dunia.

“Majoriti daripada mereka baru tiba di negara ini, jadi ini bukan perkara yang telah bertapak dalam Malaysia lama…kalau kita tak ambil tindakan cepat saya bimbang ia dapat mempengaruhi mana-mana pihak,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s