Kenegaraan: Malaysia Kutuk Keganasan Israel

12 rakyat Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia ke Gaza selamat. Syabas!

Tanah Palestin telah dipecahkan kepada Tebing Barat(West Bank) dan Gaza

Nota:
Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel.
Malaysia menuntut hak rakyat Palestin mendapat balik tanah air mereka dilaksanakan.
Malaysia mengutuk keganasan Israel menzalimi rakyat Palestin.

Malaysia Kecewa Dengan Sikap Majlis Keselamatan PBB

1 Jun 2010
Malaysia berasa kecewa terhadap tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) yang tidak bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan presiden yang lebih keras mengutuk serangan Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“UNSC hanya meluahkan rasa sangat kesal dan tidak mengecam tindakan Israel itu. Kita kecewa kecaman itu tidak dikeluarkan oleh majlis tersebut,” kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Kuala Lumpur di sini hari Selasa sejurus tiba dari Singapura selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negara-Negara Asean-GCC, Anifah berkata Malaysia berasakan “UNSC patut lakukan lebih daripada itu.”

“Apa yang berlaku, UNSC tidak begitu bersedia untuk mengutuk apa yang telah dilakukan oleh Israel,” katanya.

Anifah berkata Malaysia “tentu sekali” akan mengemukakan bantahan kepada UNSC.

Malaysia, katanya, lebih suka jika satu siasatan penuh yang bebas dilakukan terhadap serangan ke atas aktivis kemanusiaan di perairan antarabangsa itu yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Malaysia juga menggesa agar kapal dan orang awam yang ditahan oleh Israel dibebaskan segera, katanya.

Anifah berkata wujud unsur pilih kasih dalam insiden itu memandangkan Israel dilihat seolah-olah tidak terikat dengan undang-undang antarabangsa.

“Ini bukan medan peperangan. Ini adalah bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin yang yang layak dibantu,” katanya.

Walau bagaimanapun beliau yakin akan ada usaha pihak antarabangsa untuk membebaskan aktivis dan juga kapal-kapal yang ditahan.

“Pada kalangan mereka ada penerima anugerah Nobel Kesusasteraan dan bekas pembantu kepada setiausaha agung di PBB. Mereka ini tidak boleh dilihat sebagai pengganas.

“Apa yang berlaku di perairan antarabangsa itu sendiri boleh disifatkan sebagai tindakan keganasan, tindakan oleh tentera Israel yang naik ke atas kapal itu di perairan antarabangsa,” katanya.

2 responses to “Kenegaraan: Malaysia Kutuk Keganasan Israel

  1. sir,
    apakah perbezaan antara pola perubahan , jelaskan perubahan dan bandingkan dari segi teknik menjawab

    Goay: adakah anda merujuk kepada tafsirkan jadual dalam bahagian E?

    Jika ya,
    pola perubahan dan jelaskan perubahan adalah sama. Iaitu cari pola perubahan naik, turun, tidak konsisten, tidak berubah dsn.

    Bandingkan pastilah banding dua perkara dari aspek yang ditetapkan.
    Contoh: Negara X lebih kaya daripada Y.
    Negara Y bertumpu dalam bidang pertanian manakala negara X tumpu dalam bidang perindustrian.

  2. sir, bila baru kita selang dan tidak selang antara bar dengan bar dan antara bar dengan paksi apabila melukis graf bar piramid?

    Goay: jika angka paksa Y itu bersambungan, jangan selang. Contoh umur 10-19 tahun, 20-29, 30-29 tahun.

    Jiaka Y ialah tahun 1997, 2000, 2003, sesuailah selang. Namun itu hanya teknikal sahaja. perbezaan markah hanya 1%

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s