Kenegaraan: Pindaan Akta Parlimen

2010/07/06
Pindaan rang undang-undang dibentang perketatkan penguatkuasaan

Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 menaikkan denda bagi kesalahan pengeksploitan orang yang diperdagangkan antara RM500,000 hingga maksimum RM1 juta, selain dilucuthakkan keuntungan daripada kesalahan itu.

Sebelum ini, bagi kesalahan sama, denda yang dikenakan adalah antara RM50,000 hingga maksimum RM500,000.
Rang Undang-Undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen semalam oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop.

Kadar penalti lebih tinggi menerusi pindaan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) membabitkan individu serta pertubuhan terbabit dalam pemerdagangan orang serta penyeludupan migran.

Peruntukan itu juga mengambil kira kegiatan yang dilakukan sama ada melalui darat, laut atau udara atau mengaturkan atau memudahkan perbuatan itu, di mana penaltinya lebih berat daripada yang terkandung dalam Akta Imigresen.

Sebanyak 14 Seksyen baru akan ditambah, selain pindaan terhadap 10 Seksyen sedia ada, termasuk bahagian khusus bagi penyeludupan migran, pelantikan pegawai buruh sebagai pegawai penguat kuasa, bidang kuasa mahkamah sesyen untuk merakamkan keterangan mangsa, majistret mesti mengeluarkan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) serta pemakaian akta membabitkan bukan saja negara penerima tetapi juga negara transit.

Pindaan itu dibuat bagi menjadikan ia lebih komprehensif dalam menangani jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran, jika migran itu adalah orang yang diperdagangkan.

Pindaan itu bertujuan menangani masalah semasa mengenai kemasukan migran tanpa izin dari negara berkonflik dan menggunakan Malaysia sebagai transit sementara mereka menunggu untuk meneruskan perjalanan ke negara dituju.

Menerusi pindaan ini juga, fungsi Majlis Antipemerdagangan Orang yang diubah kepada Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran akan diperluas dengan menambah dua anggota berpengetahuan dan kepakaran dalam isu berhubungan penyeludupan migran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s