Kenegaraan: ISA: Akta Keselamatan Dalam Negeri

Nota: Seseorang boleh ditahan di bawah AKTA ISA tanpa bicara untuk selama 60 hari. Tahanan selanjutnya selama 2 tahun boleh dikenakan jika seseorang itu didapati mengancam keselamatan negara.

Seseorang yang ditahan di bawah Akta ISA(atau ahli keluarganya) boleh memohon habeus corpus daripada mahkamah Tinggi agar dilepaskan daripada tahanan tanpa bicara ini. Mereka berbuat demikian melalui peguam bela. Manakala Peguam Negara dan wakilnya akan mewakili kerajaan dalam pemohonan ini.

12-08-2010 KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengganas selain mempunyai hubungan dengan militan antarabangsa, pagi semalam.

Ketiga-tiga mereka, seorang lelaki warga Indonesia dan dua rakyat Malaysia ditahan dalam operasi berasingan di Selangor dan Pahang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Seorang rakyat tempatan bekerja sebagai pengarah urusan dikenali sebagai Sheikh Abdullah Sheikh Junaid, 70, ditahan di Taman Melur juga di Ampang.

Polis turut memberkas seorang kontraktor pembinaan rakyat tempatan, Samsul Hamidi, 34, di Temerloh, Pahang kerana disyaki mempunyai hubungan dengan dua suspek pertama.

Musa berkata, semua suspek ditahan mengikut Seksyen 73(1) ISA 1960 kerana tindakan mereka dipercayai boleh memudaratkan keselamatan negara selain dikaitkan dengan kumpulan militan di luar negara. Difahamkan, ketiga-tiga suspek itu ditahan anggota dan pegawai Pasukan Petugas Khas Operasi Anti-Pengganas Bukit Aman hasil maklumat awam dan risikan dalam operasi serentak antara jam 7 dan 8 pagi 11-8-2010. Ketiga-tiga suspek terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan gerakan pengganas yang beroperasi di Aceh, Indonesia. Lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Maswan Ahbab, 34, bekerja sebagai eksekutif pemasaran ditahan di sebuah kawasan perumahan di Medan Bukit Indah 2, Bukit Indah, Ampang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s