Kenegaraan: Pilihanraya kecil DUN & DR

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman (kanan) dan para penyokong BN meraikan kemenangan Thau Lin selepas beliau diumumkan menang dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi di Sandakan

AB. AZIZ (dua dari kanan) diraikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed (kiri) dan penyokong BN selepas diumumkan menang dalam Pilihan Raya Kecil DUN Galas di Gua Musang

9-11-2010
KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas daripada Pas dan mengekalkan kemenangan di Parlimen Batu Sapi semalam. Dengan kemenangan itu, BN menyapu bersih pilihan raya kecil di DUN dan Parlimen tersebut.

Di Gua Musang, calon BN bagi DUN Galas, Ab. Aziz Yusoff menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad dalam pertembungan sengit dengan majoriti yang agak besar iaitu 1,190 undi pada pilihan raya kecil DUN itu semalam.Ab. Aziz, 49, diumumkan sebagai pemenang selepas memperoleh 5,324 undi menewaskan pencabarnya, Dr. Zulkefli, 44, yang mendapat 4,134 undi.Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Galas, Wan Mustafa Wan Abdul Hamid di Dewan Sivik di Gua Musang pada pukul 8.55 malam tadi.

Seramai 9,555 atau 82.71 peratus pengundi keluar mengundi semalam dengan undi rosak 132.DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar termasuk 127 pengundi pos. Pengundian dijalankan di 13 pusat mengundi yang melibatkan 25 saluran bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan tersebut, Chek Hashim Sulaima pada 27 September lalu kerana barah usus.Pada pilihan raya umum 2008, calon Pas, Chek Hashim mengalahkan calon BN, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Sementara itu, di Batu Sapi, Sandakan, calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin berjaya mengekalkan kekuatan BN di kawasan Parlimen itu selepas memperoleh kemenangan besar dengan 9,773 undi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s