Kekeliruan pelajar dalam penulisan karangan

PERTANYAAN UMUM PELAJAR DAN KEKELIRUAN PELAJAR YANG KETARA

Kekeliruan1:
Saya terdengar informasi terkini. karangan laras sastera langsung tidak boleh sentuh isi larasan sains. Begitu juga karangan larasan sains tidak boleh sentuh isi sastera dan tidak boleh simpan peribahasa. adakah ini benar?

PENJELASAN:
KARANGAN LARAS SASTERA BOLEH DIBERI HUJAH SAINS TETAPI TIDAK PERLU SAINTIFIK SANGAT. SECARA UMUM SUDAH BAIK.

Contoh:
STPM 2007.1. BELAKANGAN INI BANYAK TERDAPAT PROJEK PERUMAHAN YANG TERBENGKALAI DI SELURUH NEGARA YANG AKAN MENIMBULKAN KESAN NEGATIF KEPADA PELBAGAI PIHAK. LANGKAH-LANGKAH TERTENTU PERLU DILAKSANAKAN UNTUK MEMBENDUNG MASALAH TERSEBUT. BINCANGKAN.

Satu kesan projek perumahan terbengkalai ialah pencemaran alam. Kesan ialah kawasan itu membiak nyamuk dan tikus, penyakit merebak.(tak perlulah saintifik sangat hujah anda)
Satu lagi kesan ialah imej negara terjejas.

STPM 2008. 2 KESEPADUAN SEKTOR PELANCONGAN DENGAN ALAM SEMULA JADI TELAH MENCETUSKAN AKTIVITI PELANCONGAN YANG DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA NEGARA. LANGKAH-LANGKAH YANG SEWAJARNYA PERLU DIAMBIL UNTUK MEMASTIKAN AKTIVITI INI BERTERUSAN. BINCANGKAN PENYATAAN INI.

Satu langkah ialah Perancangan yang rapi penting.
Lebih banyak hutan simpanan diwartakan. Contoh Taman Alam Kuala Selangor, Kuala Gula(Perak) dan Taman Negara Bako di Sarawak. (FRIM, PERHILITAN)Keunikan flora dan fauna hidup di di sesuatu kawasan dengan pelbagai cara adaptasi dikaji. Maklumat sistem rantai makanan yang unik dan saling memerlukan di sesuatu habitat disediakan.Misalnya ‘Spice Garden” di Pulau Pinang dirancang dengan baik.
Ilmu pengetahuan disebarkan melalui pemandu pelancong.Malah herba-herba itu dirasa oleh pelancong melalui masakan. (Komen Cikgu: lihat, pasti ada sikit hujah sains)

STPM 2003.3 OBESITI MERUPAKAN SATU MASALAH KESIHATAN YANG BERLAKU DALAM KALANGAN ANGGOTA MASYARAKAT TANPA MENGIRA PERINGKAT UMUR. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA MASALAH TERSEBUT DAN KESANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA.

Salah satu kesan ialah kesan jiwa. Wajah terjejas, kawan semakin kurang, hidup menyendiri.(Ini bukan hujah sains tetapi boleh diterima.

STPM 2008.1 Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan pekhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.

Isi bukan sains tetapi hujuh mesti ada unsur sains sebab tajuk ini melibatkan telekomunikasi.
Contoh isi dengan hujah sainsnya.

Pentadbiran kerajaan menjadi cekap. Urusan “one-stop” dapat disediakan.Ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian pelbagai perkhidmatan media elektronik.Kios urusan dan bentuk kaunter fizikal dan maya disediakan.Misalnya kios komputer disediakan di pusat membeli belah.Orang ramai boleh membaharui lesen memandu, bayar cukai pendapatan, mendaftar diri sebagai pengundi sekali gus di situ.
Ini bermakna tiada sekatan masa dan lokasi untuk berurusan.

Kekeliruan 2.
Jika isi saya tidak kena skema jawapan, jadi perenggan isi tersebut langsung tiada markah?

Penjelasan cikgu:
Anda sendiri keliru sahaja. Jika dalam skema punca jenayah ialah faktor keluarga.
Anda tulis ibu bapa abaikan asuhan anak-anak, betul juga.
Jika anda tulis krisis keluarga, betul juga.
Jika anda tulis kawalan ketat ibu bapa sehingga anak-anak memberontak, betul juga.
Jika anda tulis keluarga miskin dan ibu bapa sibuk bekerja di luar, betul juga.

Jadi, yang penting maksud isi mesti sama atau hampir sama. Bukan perkataan yang digunakan dalam skema.

Satu lagi contoh:

Tajuk: Kepentingan internet.(Ini soalan bahagian B, tetapi isi bukan semua sains, yang perlu ialah hujahnya ada banyak unsur sains)

Skema Isi 1: MEMAJUKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN.

Anda tulis internet memajukan pentadbiran negara, betul juga.
Anda tulis internet membantu jabatan kerajaan menguruskan permohonan dan lesen, betul juga.
Anda tulis internet mempercepatkan pemprosesan dan penyimpanan data, betul juga.
Anda tulis internet mewujukan kerajaan elektronik, betul juga.(semua idea adalah sama sahaja)

11 responses to “Kekeliruan pelajar dalam penulisan karangan

  1. saya nak tau apakah keburukan sains dan teknologi pada masa kini.

    Goay:
    1. Pencemaran alam. Kilang keluar asap. Kenderaan ekluar asap.

    2. Cuaca dunia berubah: kesan rumah hijau.

    3. Kimia dihasilkan: mengancam kesihatan manusia.

    4. Senjata nuklear dan kimia: bunuh manusia

  2. Saya ingin tahu, adakah benar yang peristiwa penting yang berlaku pada tahun; sebagai contoh peristiwa yang berlaku pada tahun 2010 akan ditanya di kertas 2 stpm p.a 2011?
    terima kasih

    Goay:mungkin isu semasa boleh keluar. Contoh keganasan antarabangsa. Pemanasan global.

  3. sy mhu tanya sedikit..apakah kebaikan kesan rumah hijau..terima kasih..

    Goay: rumah hijau ciptaan manusia untuk kawal suhu, jadi boleh tanam buah-buahan musim sejuk di kawasan khatulistiwa dan sebaliknya. Tetapi kos sangat tinggi.

  4. Pingback: Pengajian Am (PA) STPM : Kekeliruan Pelajar Dalam Penulisan Karangan | Bumi Gemilang 感 恩 惜 福

  5. salam,
    cikgu saya ada masalah dalam penulisan esi pa.
    macam mane kita nk mengetahui kehendak soalan, sama ada soalan inginkan 4+0 @ 3+1 @ 2+2 atau sebagainya..harap cikgu dpt jelaskan

    Goay: carilah panduan cikgu dalam blog ini.

  6. Hai encik Goay…Saya seorang pelajar tingkatan 6.Masalah saya ialah saya selalu dapat skor kertas 1 dengan agak kira 85% keatas tetapi kertas 2 saya sering saja guru memberikan markah yang agak sedikit hanya sekadar B berbanding dengan rakan-rakan yang lain walaupun apa yang saya jawab semuanya mengikut cara dan tip yang diberikan.Bolehkah encik memberitahu saya apakah langkah yang sesuai untuk diambil?

    Goay:tanya cikgu apa kekurangan anda. Banding jawapan anda dengan jawapan kawan anda. lihat kekurangan anda. Ramai pelajar anggap diri hebat tetapi tidak sedar kekurangan diri. Banding setiap isi, setiap perenggan

  7. b0leh sya tau ape klebihan k-ekonomi kpda ngra dan apa itu “K-ekonomi”

    Goay: K-ekon bererti knowledge ekon. Ekonomi berasaskan teknologi maklumat.
    Iaitu majukan teknologi maklumat dan infostruktur.
    Bill Gates hasilkan mocrosoft. Steve Jobs hasilkan Ipad. Rakyat Malaysia hasilkan tumbdrive. Semua ini majukan ekonomi negara.

    Lihat artikel saya yang baru dimuat naik hari ini.

  8. boleh saya tahu perkara yang penting yang perlu dititikberatkan dalam membuat karangan stpm?

    Goay: sila rujuk panduan cikgu dalam blog ini. Masuk dalam kategorinya

  9. Terima kasih kerana membantu

  10. Terima kasih cikgu membantu saya. Halalkan segala ilmu yang dipaparkan disini. Semoga Allah membalas jasa baik cikgu. Sekali lagi terima kasih.

  11. Terima kasih.. ilmu yg berguna untuk saya. ^-^
    Saya nak tanya macam mna nak menghasilkan isi/idea yg tepat?? Sebab guru saya slalu tekankan tntg itu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s