Kenegaraan: Speaker DUN Sabah

KOTA KINABALU: 12-1-2011

Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang baru


Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang baru.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah mengambil alih tugas selaku Speaker yang kelapan, menggantikan Datuk Juhar Mahiruddin yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri mulai 1 Jan lalu.
Pengumuman mengenai pelantikan Salleh dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri di Wisma Innoprise di sini kelmarin.

KM Sabah bersama 2 timbalan KM

Musa berkata Salleh akan memegang jawatan tersebut pada 17 Jan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diberitahu mengenai pelantikan itu.
Katanya, pelantikan Salleh dibuat berdasarkan pengalaman yang beliau miliki dan juga selaku Timbalan Badan Perhubungan Umno negeri Sabah.
Salleh yang juga Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah dilahirkan pada 7 Julai 1957 di Kota Belud.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik daripada Simon Fraser University, Kanada dan ijazah Sarjana (Politik dan Kerajaan) daripada Universiti Putra Malaysia.
Salleh memulakan kariernya dalam perkhidmatan awam pada 1983 sebagai Pegawai Daerah Kota Belud dan dua tahun kemudian dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri.
Belau kemudian menjadi Ketua Menteri dari 27 Dis 1994 hingga 17 Mac 1996 di bawah sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri di kalangan tiga komuniti utama Sabah.
Beliau turut berkhidmat sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Sabah pada 2003.
Salleh yang juga Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (Usbo) berkahwin dengan Datuk Hajah Raya Erom dan mempunyai empat orang anak.
Sementara itu, Salleh ketika dihubungi berterima kasih kepada Musa di atas pelantikannya sebagai Speaker.
“Saya akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin,” katanya.
Beliau berkata selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, beliau akan terus membantu Musa untuk memperkuatkan Umno di Sabah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s