Kenegaraan: DUN & pindaan perlembagaan negeri

ADUN Kinrara, Teresa Kok dan ADUN Sementa, Datuk Rahman Pahlil (gambar kanan) mengambil persetujuan daripada semua ADUN bagi pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang dibentangkan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam 24-01-2010.

Latar belakang isu Kerajaan negeri Selangor:
Pelantikan tiga orang ex-officio di setiap negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Kerajaan Pusat. Ketua Negeri dan MB/KM tiada kuasa dalam hal ini.

Tiga orang ahli ex-oficio iaitu
a. Setiausaha Kerajaan Negeri
b. Pegawai Kewangan Negeri
c. Penasihat Undang-undang Negeri
menghadiri mesyuarat MMKN.

Mereka akan hadir dalam persidangan DUN seperti berikut
1. DUN negeri-negeri beraja: ketiga-tiga pegawai kerajaan mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan Negeri tetapi tidak berhak mengundi

2. DUN Pulau Pinang dan Melaka:Penasihat Undang-undang akan hadir

3. DUN Sabah dan Sarawak: semua tidak berhak menghadiri persidangan DUN. ADUN sahaja hadir

24-1-2010
Pindaan Perlembagaan Negeri di DUN Selangor agar pelantikan tiga orang ex-oficio ditentukan oleh MB dan Sultan dibentangkan. Usaha ini tidak dapat sokongan dua pertiga DUN.

Usul pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Oleh MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri, kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar, selepas pelantikan Mohd Khusrin dibantah atas alasan ia tidak dirunding dengan kerajaan negeri.

Terdahulu, pada perbahasan usul itu, Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman, menegaskan BN tidak menyokong pindaan itu kerana kerajaan negeri derhaka kepada Sultan apabila tidak menerima keputusan baginda memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin.
Menurutnya pelantikan SUK baru itu bukan isu besar yang menimbulkan satu keadaan darurat sehingga Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor perlu dipinda.

Pada sidang khas itu, 34 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP menyokong usul berkenaan, manakala 20 ADUN BN tidak setuju. Usul itu memerlukan sokongan 38 ADUN.

Ketika ini, tiga parti yang membentuk kerajaan negeri mempunyai 35 wakil, tetapi Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim tidak boleh mengundi berikutan kedudukannya sebagai Speaker, manakala ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, tidak dibenarkan hadir selepas kerusinya diisytihar kosong kerana tidak menghadiri persidangan melebihi 6 bulan berturut-tuirut tanpa mendapat kebenaran Speaker.

Speaker Datuk Teng menjelaskan walaupun sidang DUN mendapat lebih suara bersetuju, iaitu 34 undi berbanding 20 undi tidak setuju, ia tetap tidak dapat dipinda kerana tidak mendapat majoriti dua pertiga. Oleh itu, pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 tidak dapat dibaca kali kedua.

Kedudukan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi, masih tergantung meskipun usul pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang dibentangkan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga.

Hal ini kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus berteka-teki mengenai status Mohd Khusrin yang sehingga kini masih tidak dapat menghadiri mesyuarat EXCO dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) kerana belum mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan beliau.

One response to “Kenegaraan: DUN & pindaan perlembagaan negeri

  1. apakah perlembagaan negeri dengan perlembagaan persekutuan mempunyai perbezaan? saya masih tidak memahaminya..

    Goay: ada persamaan dan perbezaan. Pulau Pinang tiada Sultan, Negeri Kedah ada sultan. Jadi Perlembagaan dua negeri ini pasti berbeza. Tapi, tak perlu tahulah. Tak keluar dalam exam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s