Kenegaraan: Akta ISA

19-2-2011

Menteri Dalam Negeri bersama Menteri Keselamatan Awam China


PUTRAJAYA: Polis menahan tiga ketua sindiket termasuk seorang wanita rakyat Indonesia, yang menjadi dalang jenayah rentas sempadan terutama penyeludupan manusia mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam gerakan di sekitar Kuala Lumpur, kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penahanan ketiga-tiga terbabit yang berusia antara 33 hingga 48 tahun adalah rentetan daripada soal siasat pihak berkuasa terhadap sembilan individu, termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen, yang ditahan mengikut ISA antara 10 hingga 12 Oktober tahun lalu berkaitan kegiatan penyeludupan warga asing.

Pada masa sama, beliau mengumumkan pegawai imigresen yang ditahan ISA berhubung kegiatan penyeludupan warga asing itu kemungkinan besar dibebaskan secara bersyarat atau didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.
Katanya, tindakan itu dilakukan kerana pihak berkuasa berpuas hati dengan siasatan dan susulan berkaitan kegiatan itu menerusi soal siasat yang dilakukan.

“Ini bermakna, dalam hal ini kita tidak kompromi (untuk bertindak) sama ada pegawai kerajaan atau orang biasa dan tumpuan kepada mereka yang betul-betul bersalah,” katanya selepas menerima kunjungan hormat dan berbincang berkaitan kerjasama keselamatan dua hala dan jenayah rentas sempadan dengan Penasihat Khas Perdana Menteri Kanada, Ward Elcock, di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata, isu pemerdagangan manusia dan jenayah rentas sempadan menjadi keutamaan negara pada masa ini dan akan meletakkan Malaysia pada barisan depan dalam usaha pembanterasannya bersama negara rakan.

Hishammuddin berkata, penahanan tiga dalang sindiket terbabit juga menjadi peringatan kepada mereka yang terbabit dengan jenayah rentas sempadan bahawa pihak berkuasa sudah mula bertindak terhadap semua pihak sama ada pegawai kerajaan atau orang awam.
Beliau berkata, baru-baru ini pula seorang gerila Harimau Pembebasan Tamil Elam (LTTE) ditahan kerana memasuki negara ini dan sudah diusir keluar ke Sri Lanka.

Mengenai permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, supaya negeri itu dibenarkan mewujudkan pasukan polis bantuan, Hishammuddin berkata tiada peruntukan undang-undang untuk perkara itu.

Beliau berkata, soal keselamatan dan polis adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat mengikut Senarai Pertama Jadual Kesembilan Perkara 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s