Kahakiman: kes jenayah di laut/udara antarabangsa

Nota: Jika kes jenayah berlaku di dalam kapal dan kapal terbang di laut/udara antarabangsa, mahkamah mana yang bicarakan kes itu?

Jawapan: di negara kapal dan Kapal terbang berkenaan didaftarkan.

Kes 7 rakyat Somalia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi

2011/04/14
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini membenarkan kes tujuh rakyat Somalia yang menghadapi tuduhan melepaskan tembakan ke arah pasukan Angkatan Tentera Malaysia di atas MT Bunga Laurel ketika merompak kapal dagang itu di Teluk Aden,(Kawasan laut Antarabangsa) dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin membenarkan kes itu dipindah selepas menerima permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abbas, bagaimanapun mahkamah tidak menetapkan sebarang tarikh.

Tertuduh terdiri daripada Ahmad Othman Jamal, 25, Abdil Eid Hasan, 20, Koore Mohamad Abdile, 18, Abdi Hakim Mohd Abdi, 18 dan tiga lagi tertuduh adalah remaja lelaki bawah umur. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di atas MT Bunga Laurel, dengan niat untuk mendatangkan kematian atau kecederaan, di koordinat Latitud 20’14.73N Longitud 083’39.96 E, 250 batu nautika dari perairan Oman, antara 8.10 pagi dan 10 malam, 20 Januari lalu. Semua tertuduh mengangguk faham pertuduhan itu yang didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Semua tertuduh tidak diwakili peguam itu didakwa kali pertama di mahkamah yang sama pada 11 Februari lalu.

Pada hari kejadian, komando Tentera Laut Diraja Malaysia menyelamatkan kapal dagang itu daripada cengkaman lanun Somalia yang bersenjatakan raifal AK-47 dan pistol dalam misi menyelamat diberi nama “Operasi Fajar”, bersama kapal bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia, Bunga Mas 5.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s