Kenegaraan: Kerajaan Negeri Sarawak Baru selepas Pilihanraya

Menteri Negeri terima surat lantikan daripada YDPN Sarawak


19-4-2011
KUCHING: Lapan bekas menteri negeri yang menang dalam pilihan raya Sarawak Sabtu lalu, mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai anggota Kabinet negeri yang baru semalam selepas Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat membentuk kerajaan negeri.

Mendahului majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Datuk Seri James Jemut Masing (ADUN Baleh); Datuk Seri William Mawan Ikom (ADUN Pakan) dan Datuk Seri Wong Soon Koh (ADUN Bawang Assan).

Turut mengangkat sumpah ialah Datuk Amar Abang Johari Openg (ADUN Satok); Datuk Seri Michael Manyin Jawong (ADUN Tebedu); Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (ADUN Lawas) dan Datin Fatimah Abdullah (ADUN Dalat).

Mereka mengangkat sumpah di depan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya.

Majlis disaksikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Morshidi Ghani. Hadir sama isteri Ketua Menteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Semua menteri berkenaan belum ditetapkan portfolio masing-masing dan mereka akan menjalankan tugas mengikut portfolio sebelum DUN Sarawak dibubarkan bulan lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, Sabtu lalu.

Abdul Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabtu lalu setelah BN menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri ke-10 itu.

Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) menjelaskan, pelantikan berkenaan dibuat bagi membolehkan menteri yang dilantik semula melaksanakan tugas serta menentukan dasar dan dasar kerajaan sementara jawatan tetap mereka ditentukan selepas ini.

Tiada pelantikan Timbalan Ketua Menteri atau sebarang jawatan lain dibuat, kecuali angkat sumpah lapan ADUN yang pernah memegang jawatan dalam kabinet bagi jawatan menteri penuh yang akan ditentukan portfolio masing-masing selepas ini.

Sementara itu, semua menteri yang baru dilantik semalam, dijangka dilantik semula mengikut bidang kuasa terdahulu, kecuali dengan beberapa perubahan pada jawatan seperti Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Muda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s