Kehakiman: Mahkamah Koroner

Mahkamah Koroner Beri Penghakiman Terbuka Inkues Ramli Mohamad
TUMPAT, 2 Mei 2011

Mahkamah Koroner memutuskan kematian pengawal Istana Kelantan; Ramli Mohamad pada 1 Mei 2010, sebagai penghakiman terbuka(open verdict) kerana tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk mensabitkan mana-mana individu yang menyebabkan kematian itu. Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat berkata keterangan yang diperolehi sepanjang inkues bermula 10 Jan lepas, tidak dapat menentukan siapa pelaku sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Koroner mendapati inkues ini adalah kes terbuka di mana keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikhendaki untuk merekodkan lain-lain keputusan.

Inkues itu diadakan bagi menyiasat punca kematian Ramli, 50, yang ditembak penyerang tidak dikenali ketika menunggang motosikal bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Kampung Kok Keli, Palekbang, Tumpat, selepas bertugas di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada 1 Mei tahun lepas.

Mangsa meninggal dunia pada pukul 3.25 pagi, 19 Mei 2010, di Wad Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu.

Raja Norshuzianna Shakila berkata tiada sebarang keterangan daripada para saksi yang melihat kejadian tembakan itu berlaku. Katanya punca kematian kegagalan organ dalaman berfungsi disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru kanan dan keseluruhan badan akibat ditembak oleh senjata api.

Sepanjang inkues itu berlangsung, Raja Norshuzianna Shakila telah dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Wan Hussein, dan seramai 33 saksi telah memberi keterangan.

Sementara itu, salah seorang anak Allahyarham, Muhammad Faris, 20, yang ditemui di mahkamah bersama ibunya, Maznah Mustapa, 51, dan kakaknya Nurain Balkis, 24, berkata mereka sekeluarga menerima keputusan itu dengan nati terbuka walaupun sedikit terkilan kerana pemergian bapanya tidak terbela.Beliau turut meminta mana-mana saksi yang telah melihat kejadian tembakan itu agartampil untuk memberikan keterangan.”Kami juga gembira kerana kes ini masih belum ditutup dan berharap agar saksi baru yang benar-benar telah melihat kejadian itu agartampil membantu kami,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s