Karangan: Isu bahan radioaktif/tenaga alternatif

Isu loji Lynas di Pahang: ketakutan rakyat akibat kebocoran radiasi di loji nuklear Fukushima Jepun.

26 Mei 2011 – Keputusan mengenai pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang, dijangka diketahui pada hujung bulan depan.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, panel antarabangsa yang terdiri daripada lima pegawai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan empat pakar antarabangsa akan mendengar pandangan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai untuk dinilai.
Dalam hal ini, kerajaan memberi jaminan bahawa panel ini akan menjalankan tugas sebaik mungkin serta terbuka dan telus kerana isu ini berkait dengan keselamatan awam.

Isu pembinaan loji itu oleh Lynas Corporation Ltd. of Australia mendapat bantahan beberapa pihak kerana isu keselamatan dan kesihatan. Ia semakin berlarutan menjadi isu politik apabila disensasikan oleh pihak pembangkang. Panel pakar itu akan mula mendengar pandangan pelbagai pihak bermula 29 Mei sehingga 3 Jun ini di Kuantan, Pahang serta di ibu negara.

Pertamanya, apa itu Nadir Bumi (Rare Earth) ?

Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan.

Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya.

Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.

Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah :

Prometium – Bateri Nuklear

Scandium – Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa

Yttrium- Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro

Lanthanum – Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera

Cerium – Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic

Praseodymium – Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan

Thulium – Pembuatan mesin X-Ray mudah alih

Ytterbium – Agen pengurangan kimia, laser inframerah

Terbium – Pembuatan lampu kalimantan, laser

Gadolinium – Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI

Neodymium – Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik

Pemprosesan Nadir Bumi (Rare Earth) terbesar didunia bertapak di negara China. Hampir 95% pemprosesan Tanah Jarang adalah dilakukan di negara China. Pemprosesan ini mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk China, terutamanya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pemprosesan ini.

Air yang terdapat dikawasan sekitaran didapati tercemar dengan bahan radioaktif dan tidak sesuai untuk diminum ataupun digunakan untuk penanaman. Bahan kimia bertoksik tinggi seperti asid, sulfat dan ammonia banyak digunakan dalam aktiviti pemprosesan ini.

Di wilayah Boutou, China, pihak pengkaji alam sekitar telah melarang air didaerah itu diguna untuk minum samada oleh manusia ataupun haiwan. Air di sana juga dilarang untuk tujuan penanaman.

Kini China mula mengurangkan pengeluaran Tanah Jarang akibat dari simpanan Tanah Jarang negara mereka yang semakin berkurangan. Tetapi permintaan untuk Tanah Jarang semakin tinggi kerana kebanyakan pembuatan bahan berteknologi memerlukan mineral dari Tanah Jarang.

Kalau kita mahu mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum, kita perlu teknologi Hybrid. Teknologi Hybrid cuma boleh terhasil dengan penggunaan mineral dari Tanah Jarang.

Di China, pencemaran radioaktif dan alam sekitar dalam pengeluaran Nadir Bumi ini sudah lama dikenal pasti, tetapi kerajaan negara itu tidak menghentikan pengeluaran Nadir Bumi ini kerana ingin menguasai permintaan dan pasaran dunia.

Soalan STPM yang berkaitan:
1. “Sumber tenaga tradisional seperti arang batu dan petroleum kini menjadi semakin pupus. Harapan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga terletak pada keupayaan manusia menjana dan menggunakan tenaga daripada sumber-sumber lain.”
Dengan memberi alasan, nyatakan pendirian anda tentang penggunaan tenaga daripada sumber-sumber lain sebagai gantian kepada sumber tenaga tradisional.

2. Sejak penemuan kaedah penjanaan tenaga atom oleh Otto Hahn dan Fritz Strassman pada tahun 1939, harapan untuk mengatasi krisis tenaga yang dihadapi sekarang adalah sangat cerah.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini?

3. Bagi sebahagian besar anggota masyarakat, perkataan nuklear biasanya dikaitkan dengan kesan negatif terutamanya dalam perlumbaan senjata moden yang mencerminkan peranan tenaga nuklear sebagai alat pemusnah alam yang boleh membawa kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Akan tetapi perkembangan positif yang telah dicapai oleh dunia sains hari ini menunjukkan bahawa tenaga nuklear amat berperanan dalam pembangunan dalam sesebuah negara.
Berdasarkan penyataaan di atas, jelaskan peranan tenaga nuklear dalam pembangunan sesebuah negara membangun.

4. “Penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Namun begitu, penemuannya turut menimbulkan risiko kepada sesebuah negara.” Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

Loji Rawatan Termal, Beroga Selangor
Sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu: merangkumi proses kitar semula, penggunaan semula, pengkomposan dan pilihan loji rawatan termal serta tapak pelupusan.
mengurangkan dioksin, volum gas ekzos, memproses baki sisa, menggunakan tenaga daripada sisa pepejal, membolehkan proses kitar semula bahan-bahan, baki sisa dijadikan blok penurapan jalan dan atap genting.

(Scienists have long dreamt of the ultimate source of energy that will power the world forever. This ultimate source is hydrogen. Hydrogen can be produced by the electrolysis of water from the sea dan when burned together with oxygen, produces only energy and water. The use of hydrogen as a fuel and energy carrier will require an infrastructure for safe and cost-effective hydrogen transport and storage. Hydrogen has an excellent safety record, and is as safe for transport, storage and use as many other fuels.)

3 responses to “Karangan: Isu bahan radioaktif/tenaga alternatif

  1. nak idea tentang ‘Penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Namun begitu, penemuannya turut menimbulkan risiko kepada sesebuah negara.” Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?’
    harap boleh bagi esei lengkap untuk soalan ini secepat mungkin yew cikgu .

  2. Assalamualaikum.Saya pown nak tanya jawapan soalan no1 yang kawan kita tanya to tentang penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternatif menimbulkan risiko kepada negara. saya pelajar fom6, saya kurang tahu tentang soalan itu dan kurang pengetahuan tentang karangan laras sains. harap dapat bagi isi dan huraian yang lengkap. terima kasih..

    Goay: saya telah muatkan banyak karangan laras sains termasuk tajuk ini dalam kategori karangan laras sains, Anda cari sahaja dalam blog ini. Tambahan pula dalam buku saya(Longman Pearson) juga ada karangan contoh bertajuk ini.

  3. Pingback: Isu Bahan Radioaktif / Tenaga Alternatif: Karangan STPM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s