Kenegaraan: Persidangan Dewan Rakyat

Dua akta ganti ISA imbang antara hak asasi dan kebebasan sivil

NAJIB Tun Razak memberikan reaksi ceria sejurus membentangkan Rang Undang-Undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 selepas sidang Dewan Rakyat ditangguhkan di Bangunan Parlimen sementara, Kuala Lumpur, semalam.


Dewan Rakyat 3 Okt 2011.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua akta yang bakal diperkenalkan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan mengambil kira perimbangan di antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan keamanan awam. Kerajaan yakin melalui langkah tersebut ia akan membolehkan Malaysia berada dalam kalangan negara yang menonjol dari segi amalan demokrasi sekali gus dihormati oleh negara lain.
‘Jentera kerajaan pula berdiri teguh dan menyokong tindakan kerajaan untuk membatalkan ISA dan kemudian digantikan dengan dua akta baru.
Beliau berkata, demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) Perdana Menteri menegaskan keputusan kerajaan memansuhkan ISA adalah hasil komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya atas desakan pihak pembangkang.
”(Perkara ini) ini telah berlaku sejak April 2009 lagi. Ini bukan atas desakan pihak pembangkang tetapi (atas komitmen) kerajaan BN selepas proses perundingan dengan beberapa pihak,” katanya lagi.
Terdahulu ketika menjawab soalan asal Alexander beliau berkata, kerajaan sentiasa komited memastikan negara berada dalam keadaan stabil, aman, harmoni dan makmur supaya kualiti hidup rakyat tidak terjejas.
”Atas asas itu kerajaan menerapkan gagasan 1Malaysia sebagai landasan penting bagi mengeratkan perpaduan rakyat yang selama ini menjadi tonggak utama kepada kestabilan dan kemajuan negara.
”Gagasan ini berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan berpandukan konsep kesederhanaan selain bersandarkan kepada prinsip keterangkuman,” ujarnya.
Beliau berkata, gagasan 1Malaysia benar-benar memperjuangkan prinsip keadilan sosial agar semua rakyat terbela khasnya golongan yang memerlukan bantuan.
Sebaik sahaja selesai sesi soal jawab, Perdana Menteri mengemukakan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan Rang Undang-undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 untuk bacaan kali pertama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s