Kenegaraan: Pilihanraya Kecil

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Pilihan raya kecil (PRK) tidak perlu diadakan lagi di empat negeri sekiranya berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran penggal DUN negeri berkenaan telah genap tiga tahun.

Negeri berkenaan ialah Sabah yang tempoh tiga tahun DUN tamat pada 29 April 2011, Negeri Sembilan (25 April 2011), Selangor (22 April 2011) dan Melaka (21 Apr 2011il).

Kedudukan DUN di negeri berkenaan berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Tiga negeri akan cukup tempoh tiga tahun DUN pada bulan ini adalah Terengganu (6 Mei), Kedah (20 Mei) dan Pahang (21 Mei), manakala DUN yang cukup tempoh tiga tahun bulan hadapan adalah negeri Perlis dan Perak (24 Jun) dan Johor (19 Jun).

Tempoh tiga tahun bagi DUN Kelantan adalah pada 7 Julai manakala Pulau Pinang merupakan negeri terakhir tempoh tiga tahun DUN tamat iaitu pada 21 Julai.

Mandat Kerajaan Persekutuan sekarang akan berakhir pada April 2013.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas 28 April memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya.

Abdul Aziz berkata, tempoh akhir bagi mengadakan pilihan raya kecil kerusi DUN adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, katanya, PRK boleh diadakan selepas tempoh itu sekiranya ada keperluan khas termasuklah jika berlaku situasi kerajaan Pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri.

DUN Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s