Kenegaraan:Pelantikan Yang Dipertua Negeri

Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bersamaYDPA

Salahuddin Sambung Khidmat Sebagai TYT Sarawak Selama Dua Tahun

KUCHING, 30 Nov 2011 — Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, 90, menyambung khidmatnya selama dua tahun mulai 5 Dis ini selepas mengangkat sumpah di Dewan Lapau, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru di Petra Jaya di sini pada Rabu.

Salahuddin turut menandatangani surat sumpah sebagai Yang DiPertua Negeri, yang disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta surat pengisytiharan, yang disaksikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri beliau, Toh Puan Norkiah, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Salahuddin, yang dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak keenam pada 2001, telah menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Melawati, Putrajaya semalam.

Salahuddin menggantikan Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamed Noor yang meninggal dunia pada 2000 dan khidmatnya disambung semula pada 2004, 2006 dan 2008.

Beliau pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak ketiga iaitu dari 1977-1981, menjadikan beliau orang pertama memegang jawatan itu sebanyak dua kali.

Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak dari 1974 hingga 1977.

— BERNAMA

0 responses to “Kenegaraan:Pelantikan Yang Dipertua Negeri

  1. Encik,boleh tak berikan 4 faedah industri flora(soalan laras sains).
    sekian terima kasih.

    Goay: industri bunga mahu 4 isi sains pula. Saya tak tahu. Tak sesuailah soalan ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s