Kenegaraan: Kehakiman/Mahkamah Persekutuan

Hakim kanan tidak boleh pengaruh mahkamah rendah

Front row, from left) Chief Justice Tan Sri Arifin Zakaria, Chief Judge of the High Court in Sabah and Sarawak Tan Sri Panglima Richard Malanjum and Court of Appeal president Tan Sri Md Raus Sharif at a judges’ conference in Putrajaya 16-1-2012. Behind them is Chief Judge of Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Petikan ucapan Ketua Hakim Negara(KHN) Tan Sri Arifin Zakaria dalam Persidangan Hakim-Hakim Malaysia di Putrajaya.
disesuaikan daripada Bernama
KHN mengumumkan mulai 2012 semua kes jenayah dan sivil di Mahkamah Persekutuan akan didengar oleh panel lima orang hakim berbanding tiga orang hakim sebelum ini. Pertambahan jumlah hakim duduk dalam panel tersebut bertujuan menambahbaik kualiti penghakiman dan keputusan yang dibuat.

Selain itu, Hakim kanan tidak boleh mempengaruhi hakim mahkamah tinggi dan mahkamah rendah dalam membuat keputusan mereka dalam kes di mahkamah. Laporan polis boleh dibuat jika berlaku cubaan untuk campur tangan dalam urusan penghakiman.

Hakim mahkamah rayuan dan Mahkamah Persekutuan tidak boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh seseorang majistret. Tidak seorang pun boleh berbuat demikian, malah Ketua Hakim Negara tidak boleh bercakap dengan majistret.

Jika KHN memberitahu majistret memutuskan ikut satu cara, ia adalah satu kesalahan. Tidak sesiapun boleh mengatasi undang-undang.

Hakim mahkamah rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang dilantik sebagai hakim pengurus menyelia aspek pentadbiran di Mahkamah Tinggi dan mahkamah rendah tidak boleh mencampuri urusan membuat keputusan oleh hakim mahkamah tinggi dan mahkamah rendah.

Amalan mengadakan hakim pengurus bagi menyelia pentadbiran di mahkamah rendah adalah satu amalan baik. Hakim-hakim di mahkamah rayuan dan Mahkamah Persekutuan adalah hakim berpengalaman dan mereka akan menolong dan membimbing hakim bawahan.

Hakim pengurus dilantik memantau jumlah kes mahkamah ditetapkan untuk didengar dalam sehari dan berapa pula jumlah kes yang diselesaikan dalam menentukan lancarnya pentadbiran kehakiman.

Sistem mengadakan hakim pengurus ini diperkenalkan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, yang menggantikan sistem sebelumnya di mana seorang hakim yang bertaraf kanan sama dikehendaki mengurus mahkamah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s