Parlimen: Tiga Akta Dipinda Bagi Bolehkan Pelajar Sertai Politik

10-4-2012
Pelajar institusi pengajian tinggi akan dibenarkan menyertai dan menganggotai mana-mana parti politik apabila pindaan pada tiga akta berkaitan dengan peruntukan itu diluluskan Dewan Rakyat kelak.

Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan), Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) dan Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) dibentang buat kali pertama oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di persidangan Dewan Rakyat Isnin.

Pindaan itu bagi menggantikan peruntukan sedia ada yang melarang pelajar universiti menjadi anggota parti politik.

Namun, pindaan itu mencadangkan sekatan terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti parti politik di dalam kampus bagi mengekalkan keberkecualian di dalam kampus.

Antaranya ialah subseksyen 15(2) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti, subseksyen 47(2) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan subseksyen 10(2) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) yang mencadangkan pelajar universiti tidak dibenar bertanding dalam pilihan raya kampus bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan universiti jika pelajar itu memegang jawatan dalam parti politik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s