Malaysia Berdaulat: Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Mohd. Khalil Yaakob di Istana Negara, Kuala Lumpur, 1 Jun 2012.

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Mohd. Khalil Yaakob di Istana Negara, Kuala Lumpur, 1 Jun 2012.

Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil Bin Yaakob
( 2004 – Kini )

Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil Bin Yaakob
( 2004 – Kini )


Selepas dikurnia Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Melaka daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Tun Mohd. Khalil Yaakob mengangkat sumpah menyambung khidmat jawatan tersebut bagi penggal ketiga.
Istiadat tersebut bermula kira-kira pukul 4.30 petang apabila Mohd. Khalil melafazkan surat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.
Sejurus selepas itu, Mohd. Khalil, 75, menandatangani surat perisytiharan pelantikan tersebut sambil disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Halijah Abbas.
Istiadat tersebut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam serta Ahli Mesyuarat Kerajaan negeri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan.
Selepas menandatangani surat perisytiharan tersebut, Mohd. Khalil dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim berkenan menghadiri jamuan rakyat yang diadakan di pekarangan Dewan Seri Negeri.
Mohd. Khalil dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka yang keenam pada 1 Jun 2004 bagi menggantikan Tun Syed Ahmad Shahabudin.
Beliau dilahirkan pada 29 Disember 1937 di Kuantan dan mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya.
Penglibatan beliau dalam bidang politik bermula seawal 1962 sebagai ahli UMNO dan karier politiknya meningkat setelah memenangi kerusi DUN Bukit Ibam pada tahun 1978.
Beliau pernah memegang beberapa jawatan dalam Kabinet iaitu sebagai Timbalan Menteri Pendidikan (1982-1984), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1984-1986) dan Menteri Penerangan (1999-2004) setelah menyandang jawatan Menteri Besar Pahang kelapan selama 13 tahun bermula dari 1986 hingga 1999.
Terdahulu, Mohd. Ali dalam ucapannya berkata, seluruh rakyat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Mohd. Khalil sebagai Yang Dipertua Negeri buat penggal ketiga.
YAB mewakili pihak kerajaan dan seluruh rakyat negeri menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan untuk melantik semula Mohd. Khalil bagi penggal ketiga.
Beliau menegaskan, kerajaan dan rakyat berikrar akan menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Mohd. Khalil yang terbukti dalam tempoh dua penggal lalu.

Latar belakang TYT Yang Dipertua Negeri Melaka
Dilahirkan pada 29 Disember 1937 di Kuantan,Pahang, Tun Mohd. Khalil bin Yaakob merupakan anak ketiga daripada 7 adik beradik.

Menerima pendidikan awal di Sekolah Ahmad Shah, Pekan Pahang. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar atau Malay College Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tahun 1959. Di peringkat pendidikan tinggi pula, beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya sehingga beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada tahun 1962.

Beliau menjadi ketua pelajar setelah dipilih dari Majlis Perwakilan Pelajar, beliau juga telah dipilih menjadi Pengerusi untuk Persatuan Atlit Sukan Universiti. Beliau menjadi kapten untuk Pasukan Atlit Sukan Universiti untuk dua tahun. Beliau masih bergiat aktif dalam bidang sukan sehingga ke hari ini terutam Sumbangan anya dalam renang dan golf (Handicap 9)

Sumbangan Sosial:

Majlis Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Rasmi Yang diPertua

1. Ketibaan T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama Y.A.Bhg. Toh Puan dan berarak
masuk ke Dewan Istiadat diketuai oleh Pegawai Istiadat dan Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
2. Lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya.
3. Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
4. Pegawai Istiadat memohon izin dari T.Y.T Yang Di-Pertua Negeri Melaka untuk
memulakan istiadat.
5. T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka mengangkat sumpah jawatan disaksikan oleh Hakim
Mahkamah Tinggi Melaka.
6. T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka akan menandatangani surat perlantikan jawatan.
7. Ucapan taat setia oleh YAB Ketua Menteri Melaka.
8. Bacaan Doa oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Melaka.
9. Lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya dimainkan.
10. T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Y.A.Bhg. Toh Puan beredar meninggalkan majlis.
Antara peranan TYT ialah :-

Kuasa Eksekutif bagi Negeri Melaka terletak pada Yang di-Pertua Negeri tetapi tugas-tugas eksekutif boleh dengan
undang-undang diberi kepada orang lain.
Melantik suatu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk menasihatnya dalam menjalankan tugasnya.
Melantik Ketua Menteri untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Bersetuju/Tidak Bersetuju bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Merasmikan Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri.
Menganugerahkan Darjah, Bintang Tauliah dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.
Pengerusi Lembaga Jemaah Pengampunan Negeri.
Sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Raja-Raja
Canselor Universiti Teknikal Melaka (UTEM).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s