Malaysia Berdaulat: Kes sivil dan istilah “Injunksi”

Dipetik dan disesuaikan daripada Bernama

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan injunksi Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi menghalang pengusaha portal berita online Free Malaysia Today (FMT) daripada terus menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadap Lynas, pada 27 Julai 2012.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas bertemu pihak plaintif dan defendan.

Peguam Rueben Mathiavaranam, yang mewakili MToday News Sdn Bhd(defendan), memberitahu pemberita mahkamah menangguhkan pendengaran permohonan injunksi secara inter-parte hari ini selepas dimaklumkan plaintif (Lynas) memerlukan masa untuk memfailkan jawapan terhadap afidavit MToday. MToday menyerahkan afidavit itu kepada Lynas semalam.

Pada 19 April 2012, Lynas Corporation Sidney, Australia dan Lynas Malaysia menyaman MToday berhubung penyiaran satu artikel yang didakwa berunsur fitnah di laman webnya pada 6 Mac 2012.

Selain perintah injunksi, Lynas menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan kos.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s