Datuk Othman Hashim Dilantik Ketua Setiauasha (KSU) Kementerian Luar Yang Baharu

30 Ogos 2013
Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Othman Hashim dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar yang baharu berkuat kuasa 1 September 2013.

DATUK OTHMAN HASHIM KSU Kementrian Luar Malaysia

DATUK OTHMAN HASHIM
KSU Kementrian Luar Malaysia


Pelantikan Othman, 58, ialah bagi menggantikan Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Ogos.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan Othman khususnya dalam hubungan luar negara semasa memegang jawatan berkaitan dalam kementerian itu. Pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki beliau akan membolehkan beliau menerajui kepimpinan di Kementerian Luar Negeri dalam memastikan kepentingan hubungan luar dan kedaulatan Malaysia sentiasa terpelihara. Selain itu, melalui pendekatan diplomasi yang proaktif, Diyakini beliau akan dapat melaksanakan strategi pemasaran dan penjenamaan Malaysia di luar negara dengan lebih efektif selain dapat menyatakan pandangan Malaysia dalam isu-isu di peringkat antarabangsa dengan jelas.
Datuk Othman Hashim (biodata)
kelulusan Ijazah Sarjana Muda ekonomi Universiti Malaya
1979 menyertai perkhimatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva pada tahun 2009
Duta Besar Malaysia ke Republik Czech
Timbalan Ketua Setiauasaha (TKSU) di bahagian (Hubungan Dua Hala)
TKSU di bahagian (Khidmat Pengurusan), Kementerian Luar
Setiausaha Bahagian (Perancangan Dasar) Kementerian Luar
2012 Duta Besar Malaysia ke Amerika.
telah berkhidmat selama 33 tahun dalam perkhimatan awam.

Perbezaan Jawatan Politik dengan Jawatan Perkhidmatan Awam

Menteri/Timbalan Menteri
Mesti Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara
Tempoh perkhidmatan bergantung pada Perdana Menteri.
BOleh ditamatkan/dipecat oleh YDPA mengikut nasihat PM dengan serta merta

Ketua Setiausaha Negara dan 26 orang Ketua Setiauasaha Kementerian(KSU) bagi 26 kementerian
Merupakan Kakitangan Awam
Perkhidmatan berpencen wajib pada umur 60 tahun
Tidak boleh aktif dalam politik
Mesti mematuhi perintah am dan dasar kerajaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s